Tayangan multimedia dunia akhir zaman

Entri ini ringkas sahaja dan aku dah lama nak sebarkan pada semua tentang flash video ni. Ia telah dicipta oleh seorang blogger dan aku suka kebanyakan entri dalam blognya. Kepada korang yang nak tengok entri dia tentang ‘tayangan multimedia dunia akhir zaman’ ni bolehlah ke blognya. Sebelum tu aku harap korang dapat muat turun fail tersebut di bawah.

Durasi tayangan: 22 minit
Saiz fail: 40.3 MB
Format: Executable file (.exe), untuk pengguna Windows sahaja.
Muat turun: pautan

Setelah tonton, lontarkan pendapat korang tentang isi video tersebut dalam ruangan komen di bawah, boleh?

Menunaikan impian 3 blogger ke Genting Highland

Seperti yang aku warwarkan dalam live blog semalam, ini adalah sambungan terperinci kisah percutian antara aku dan kawan-kawan blogger ke “Moscow” Malaysia. Al-kisahnya nak sambut malam kemerdekaan dengan mereka dekat area KL saja, tapi bila kami 7 orang dah berkumpul, tak tahu ke mana arah tuju sebab kami fikir semua tempat ramai orang. Kami ni jenis tak suka tempat sesak semata-mata nak tengok bunga api. Tapi memang tak ada bunga api pun semalam.

Jadi dah habis beberapa jam lepak dekat area Subang Jaya dan Bangsar sebab memikirkan tempat untuk sama-sama bergembira pada malam Merdeka. Aku terfikir untuk mencari kelainan dari pengalaman hari kemerdekaan sebelum ni, tapi serius otak tak mahu berfungsi ditambah stress melampau sebelum keluar malam kelmarin. Jadi kami semua lepak dengan Khai dekat area Bangsar sambil memikirkan destinasi yang hendak dituju.

Salam Kemerdekaan wahai Negaraku

Esok tepat jam 12 tengah malam maka sekali lagi negara Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan temanya “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Seperti biasa, pasti ramai muda-mudi akan keluar ke kota untuk menyambutnya dengan melihat bunga api serta bersorak-sorak gembira. Ada juga golongan yang akan mengadakan parti tertutup serta dihidangi dengan minuman keras dan ada juga yang terkinja-kinja menari di kelab-kelab. Tidak lupa juga pasti ada yang tertangkap melakukan khalwat dengan pasangan di hotel-hotel murahan pada malam kemerdekaan.

Apakah ini semua satu erti kemerdekaan buat korang? Merdeka tu adalah bebas berbuat apa sahaja yang diinginkankah? Buat umat Islam, adakah kemerdekaan tu kita boleh sewenang-wenangnya merewang sana sini dengan kekasih serta melakukan hal-hal yang dilarang agama? Ya, ramai yang tak tahu erti kemerdekaan dan mereka mengambil peluang cuti kemerdekaan untuk melakukan maksiat. Ia dah biasa dipaparkan pada dada-dada akhbar dan media massa. Tak percaya, tengoklah nanti.

Kisah blogger berbuka puasa di Shah Alam

28 Ogos 2010 mencatat satu lagi sejarah dalam komuniti Gengblogger apabila dapat mengumpulkan lebih dari 60 orang blogger untuk bersama-sama menyertai majlis buka puasa. Tahniah kepada Joe sebagai pengarah program kerana telah berusaha untuk mengadakan majlis ini. Ia diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara blogger di samping dapat mengikat ukhwah antara satu sama lain sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Sebagai seorang blogger yang aktif dalam gathering yang diadakan oleh mana-mana komuniti, aku rasa cukup bertuah mengenali ramai blogger yang hebat dan ada juga di antara mereka yang blognya belum pernah aku kunjungi. Ini sekaligus dapat menambah kenalan yang berkongsi hobi yang sama dengan aku iaitu blogging. Jadi aku nak korang semua baca pengalaman semalam yang amat menggembirakan.

Aktiviti semalam bermula dengan permainan bowling yang di adakan di Plaza Alam Sentral (PAS). Joe tiba seawal jam 2.30 petang di pusat bowling bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Aku pula lambat sampai ke sana oleh kerana DSLR buat hal. Kemudian aku terus menjemput Ariffshah, Fazreen, Paeh dan Khairul dan membawa mereka ke PAS. Tiba di PAS, jam menunjukkan sudah 5.30 petang, jadi kami berlima tak jadi ke pusat bowling dan terus menuju ke bazar berhampiran Stadium Shah Alam.

Page 1 of 2512345678910...Last »