Monthly Archives: March 2014

Perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!

Suatu pagi, seorang lelaki pergi memburu mencari rezeki yang halal. Namun, sudah hampir malam, dia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Lalu dia berdoa sepenuh hati: “Ya Allah, anak-anakku menunggu dengan kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan.” Tidak lama setelah berdoa, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Dia pun bersyukur ... Read More »

Raja dan menteri: Hikmah di sebalik musibah

Di benua Afrika terdapat seorang Raja yang suka memburu. Beliau mempunyai seorang menteri yang sangat rapat dengannya. Setiap kali memburu, raja akan membawanya bersama. Menteri ini mempunyai kebiasaan yang mana jika mendengar sebarang musibah, dia akan katakn “al khair khiyaratullah (ada kebaikan dan hikmah disebaliknya, pilihan Allah adalah terbaik)”. Pada suatu hari, Raja membuat sedikit persediaan dengan mengasah alatan memburu, ... Read More »

Kota yang tidak akan rosak, pemiliknya tidak akan mati

Seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya setiap pengunjung adakah cacat dan cela dan kekurangan kota yang dibangunkannya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya menjawab tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota ... Read More »

Sedekah itu tiada merugikan manusia

Suatu hari, anak seorang lelaki miskin yang hidup dari menjual barang-barang dari pintu ke pintu mendapati poketnya hanya tinggal beberapa sen duit sahaja dan dia sangat lapar. Anak lelaki tersebut nekad untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi, anak itu kehilangan keberaniannya saat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, dia hanya berani meminta ... Read More »

Khalifah Umar Al-Khattab dan Penjual Susu

Pada satu malam Sayyidina Umar radhiallahu ‘anhu bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin. Akhirnya Sayyidina Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog. Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya: “Campurlah susu ini dengan air!” Lalu anaknya membantah seraya bertanya: “Apakah ibu tidak takut ... Read More »

Karamah Umar Al-Khattab: Telefon tanpa wayar pertama

Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: ... Read More »