Monthly Archives: December 2014

Dajjal: Kemunculannya, sifatnya, fitnahnya dan kematiannya

Diriwayatkan kisah ini oleh salah seorang sahabat Nabi yakni Abu Umamah Al Bahili: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkhutbah di hadapan kami, dan kebanyakan isi khutbah beliau selalu menceritakan kepada kami tentang Dajjal supaya kami berhati-hati. Dan di antara isi khutbah beliau adalah: “Sungguh, semenjak Allah menciptakan anak cucu Adam, tidak ada fitnah yang lebih besar dari Dajjal, dan tidak ... Read More »

‘Kematian’ juga pasti akan mati

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah mengumpulkan manusia pada hari Kiamat di satu tanah lapang kemudian Dia mendatangi mereka, Dia berfirman: “Ingat, setiap manusia mengikuti apa yang pernah disembahnya.” Lalu penyembah salib diperlihatkan penjelmaan salibnya, penyembah patung diperlihatkan penjelmaan patungnya dan penyembah api diperlihatkan penjelmaan apinya lalu mereka ... Read More »

Bedah siasat: Dalil asal khutbah terakhir Rasulullah

Seperti yang semua maklum tersebar di segenap alam maya dan masjid-masjid bahawa para guru menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberikan khutbah terakhir beliau di Padang Arafah ketika Haji Wada’ (akhir). Sudah lama saya terbaca akan teks khutbah berkenaan namun semalam ketika saya menziarahi rumah abang sulung saya di Putrajaya, saya terlihat akan frame gambar yang terisi teks khutbah ... Read More »

Doa yang lebih utama untuk dimohon oleh manusia

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah menurunkan Islam sebagai agama yang dirahmati dan diredhai hingga ke hari Kiamat. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad shallallahu ‘alahi wasallam yang menjadi cahaya penerang kepada umat ini. Di sini saya ingin membawa satu topik berkaitan hajat, iaitu dalam banyak-banyak hajat atau doa yang diingini manusia, mana satukah doa-doa ... Read More »

Masjid Al-Haram: Pengubahsuaian sebelah pintu King Abdul Aziz

Pembinaan dan pengubahsuaian di Masjid Al-Haram, Makkah sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mengerjakan umrah dan haji. Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap tahun mereka telah melihat dan melalui proses-proses pembesaran masjid bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai saban tahun sesuai sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bahawa Makkah ini bumi yang diberkati dan barakah serta sabda baginda ... Read More »

Tiga lelaki dalam gua bertawassul dengan amal soleh

Kisah mahsyur ini telah diceritakan oleh Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahawa dia pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Suatu ketika tiga orang laki-laki sedang berjalan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat hingga mereka berlindung ke dalam suatu gua yang terdapat di sebuah gunung. Tanpa diduga, ada sebongkah batu besar jatuh lalu menutup mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Kemudian ... Read More »