Monthly Archives: December 2014

Dua Raja keluar dari kerajaannya menuju redha Allah

Telah diceritakan oleh Abdullah bin Mas’ud, sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya: “Tatkala seseorang (raja) dari umat sebelum kalian sedang bertafakur di kerajaannya, dia menyedari bahawa apa yang ada padanya telah menyibukkannya dari beribadah kepada Rabbnya, lantas pada suatu malam dia keluar dengan sembunyi-sembunyi dari istananya dan pada pagi hari dia berada di kerajaan orang lain. Kemudian dia mendatangi pesisir ... Read More »

Si Kusta, si Botak dan si Buta menghadapi ujian kesihatan dan harta

Tersebutlah akan kisah yang diceritakan oleh sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yakni Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada tiga orang dari Bani Israil yang menderita sakit. Yang pertama menderita penyakit kusta, yang kedua berkepala botak dan yang ketiga buta. Allah Ta’ala menguji mereka dengan mengutus malaikat menemui mereka. Yang pertama, malaikat mendatangi orang ... Read More »

Makkah & Madinah: Secebis perkongsian perjalanan

Hari ini sempena dengan pemergian boss saya menunaikan ibadah umrah buat kali pertama, maka tergerak hati saya nak kongsikan pengalaman dan perjalanan menuju ke dua Tanah Suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Umrah seperti yang semua tahu adalah ibadah yang dituntut akan perlaksanaannya seiring dengan ibadah Haji, dan alhamdulillah saya telah dipilih oleh Allah Taala untuk mengerjakannya sebanyak 3 ... Read More »

Jangan disuruh isteriku membuka penutup wajahnya!

Dari Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Musa Al-Qadhi, katanya: “Aku pernah menghadiri majlis di mana Musa bin Ishaq Al-Qadhi menjadi hakim di kota Rai pada tahun 286 H. Ketika itu ada seorang perempuan mengadukan persoalan kerana walinya menuntut bahawa suaminya masih mempunyai hutang mahar sebesar lima ratus dinar, namun dia (suami tidak mengakuinya. Musa Al-Qadhi berkata: “Mana saksi-saksinya?” Wanita ... Read More »

Persoalan: Aurat kaki wanita & Menyeret pakaian labuh

Melabuhkan pakaian menutup punggung telapak kaki Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa menjulurkan kainnya dengan rasa sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” Ummu Salamah bertanya: “Lalu apa yang harus dilakukan kaum wanita dengan dzail (lebihan kain bahagian bawah) mereka?” Beliau menjawab: “Mereka boleh memanjangkannya satu jengkal (iaitu dari tengah-tengah kedua betis, ada yang ... Read More »

Wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab

Khutbah terakhir Umar Al-Khattab Dari Ma’dan Bin Abu Thalhah Al Ya’mari bahawa Umar Bin Al-Khathab berdiri di atas mimbar pada hari Jumaat, kemudian memuji dan mengagungkan Allah lalu menyebutkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar, kemudian berkata: “Aku bermimpi dan aku menganggapnya itu adalah pertanda akan tibanya ajalku, aku bermimpi seakan-akan seekor ayam jantan mematukku dua kali.” Ma’dan berkata: ... Read More »