Monthly Archives: January 2015

Rahib mengetahui Rasulullah bakal menjadi utusan Allah

Diriwayatkan oleh Abu Musa, dia bercerita tentang kisah sebelum diutusnya Rasulullah sebagai Nabi: “Abu Talib dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju negeri Syam (untuk berniaga) bersama dengan pembesar-pembesar Quraisy. Setelah beberapa ketika mereka singgah dan berhenti dari perjalanan, tiba-tiba seorang Rahib (Nasrani) keluar hendak menemui mereka, padahal sebelum daripada itu, rahib tersebut tidak pernah keluar walaupun ada serombongan orang ... Read More »

Lelaki yang dibakar jenazahnya oleh anak-anaknya

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu ‘anhu, dia bekata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan mengenai seseorang di zaman dahulu atau orang sebelum kalian telah masuk ke dalam syurga sedang dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun. Allah telah mengurniakan kepadanya harta dan anak. Menjelang wafat, dia berkata kepada anak-anaknya: “Hai anak-anakku, bagaimana keadaanku selaku ayah bagi kalian?” Anak-anaknya menjawab: ... Read More »

Sahabat Nabi bermimpi tentang akhirat

1. MIMPI ABDULLAH BIN SALAM Diriwayatkan oleh Kharasyah bin Al-Hurr, dia berkata: “Saya pernah duduk pada suatu halaqah di dalam masjid Madinah yang dikelolakan oleh seorang syeikh yang berpenampilan menarik, iaitu Abdullah bin Salam, yang dia menyampaikan nasihat kepada para jemaah. Setelah Abdullah bin Salam berdiri, maka para jemaah berseru: “Siapa yang ingin melihat seseorang yang termasuk ahli syurga, maka ... Read More »

Khalifah Umar ditegur oleh lelaki yang bermaksiat

Para ulama’ sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah kemaksiatan. Hal ini telah ditegaskan oleh Al-Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulum Al-Din: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Read More »

Hikmah: Lima perkara yang menjauhkan diri dari dosa & maksiat

Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham: “Wahai tuan guru, aku seorang pembuat dosa yang rasanya tak mungkin boleh lari dari perlakuan maksiat. Tolong tunjukkan aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?” Ibrahim ... Read More »

Teguran Imam An-Nawawi terhadap Raja yang ingin mengambil harta rakyat

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (631-676H) telah diminta oleh Raja pada zamannya bernama Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Read More »