Monthly Archives: January 2015

Mahar: Khalifah Umar Al-Khattab ditegur seorang wanita

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan riwayat dalam tafsirnya: Diriwayatkan daripada Masruq, beliau berkata: “Umar bin Al-Khattab radhiallahu ‘anhu menaiki mimbar Rasulullah lalu berkata (berkhutbah): “Wahai sekalian manusia, mengapa kamu terlalu meninggikan mahar wanita. Sesungguhnya dahulu Rasulullah dan para sahabat, jumlah mahar di antara mereka hanyalah empat ratus dirham dan kurang dari itu. Jika meninggikan mahar adalah tanda ketaqwaan kepada Allah ... Read More »

Al-Hasan bin Ali: Kecintaan para wanita & kewafatannya

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma ialah putera sulung dari pasangan Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Rasulullah. Beliau dilahirkan pada bulan Ramadhan tahun ke 3 Hijrah menurut kebanyakan para ulama’ sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari (Juz VII, m/s 464). Read More »

Keajaiban: Enam yang petah berbicara ketika bayi

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada empat orang yang dapat bicara di waktu masih bayi, iaitu Isa bin Maryam, saksinya Juraij, saksinya Yusuf dan putera tukang sisir puteri Firaun.” (Musnad Ahmad, no. 2682) Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada bayi yang dapat berbicara ketika masih berada dalam buaian kecuali tiga ... Read More »

Wafatnya Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Al-Hafidz Ibnu Kathir berkata: “Abu Bakar As-Siddiq meninggal pada hari Isnin pada malam hari, ada yang mengatakan bahawa Abu Bakar meninggal setelah Maghrib (malam Selasa) dan dikebumikan pada malam itu juga iaitu tepat lapan hari sebelum berakhirnya bulan Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah, setelah beliau mengalami sakit selama 15 hari. Pada waktu itu Umar menggantikan posisinya sebagai imam kaum Muslimin ... Read More »

Rasulullah melamar dan menikahi Aisyah dan Saudah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bernikah dengan beberapa orang wanita setelah kewafatan Khadijah binti Khuwailid. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bernikah dengan wanita lain untuk memadukan Khadijah, kecuali setelah Khadijah meninggal dunia.” (Sahih Muslim, no. 4466) Di antara isteri-isteri yang pernah dinikahi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Khadijah ialah Aisyah binti Abu Bakar, ... Read More »

Zina: Beberapa kisah pada zaman Rasulullah

Di akhir zaman ini terlalu banyak kes penzinaan berlaku sama ada yang diketahui umum kerana tertangkap ataupun tidak diketahui umum yakni dilakukan secara sembunyi-sembunyi oleh masyarakat. Yang berzina secara sembunyi-sembunyi ini, Allah telah menutup aib mereka dan mereka pula tidak memberitahu akan perbuatan mereka kepada pemerintah untuk dihukum, maka sama ada mereka ini bertaubat lalu taubat mereka diterima Allah atau ... Read More »