Monthly Archives: January 2015

Kewafatan Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha

Ummul Mukminin, yakni ibu sekalian orang-orang beriman, Aisyah radhiallahu ‘anha adalah puteri sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yakni Abu Bakar As-Siddiq. Dia adalah orang yang dicintai oleh Rasulullah di kalangan kaum Hawa dan ayahnya adalah orang yang dicintai Nabi di kalangan kaum Adam. Sahabat Nabi, Amru bin Al-Ash bercerita: “Saya menemui Rasulullah seraya bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang engkau ... Read More »

Ayat Kursi: Syaitan bocor rahsia kepada sahabat Nabi

Tersebutlah dua kisah yang seakan-akan serupa keduanya namun terjadi kepada dua sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbeza. Syaitan mendatangi mereka dalam rupa bentuk manusia lalu ditangkap oleh sahabat Nabi. Kemudian syaitan mengajarkan kepada mereka kelebihan ayat Kursi yakni surah Al-Baqarah ayat 255. Read More »

Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina!

Isu zina sangat sinonim terutama pada akhir zaman ini. Di mana-mana sahaja kini berlakunya kes penzinaan tak kira sama ada yang muda atau tua. Tak kurang juga kes rogol dengan kerelaan mahupun tanpa kerelaan. Zina yang besar adalah dari kemaluan, manakala debu-debu zina (zina kecil) adalah perbuatan dari anggota tubuh manusia itu sendiri. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi ... Read More »

Hampir saja Malaikat itu dilihat manusia semuanya

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri, dia berkata: “Pada suatu malam, Usaid bin Hudhair membaca (surah Al-Baqarah) di tempat penambatan kudanya. Tiba-tiba kudanya meronta-ronta. Dia membaca lagi, dan kuda itu pun meronta-ronta lagi. Kemudian dia membaca lagi, dan kuda itu meronta-ronta kembali. Usaid berkata: “Saya khuatir kuda itu akan memijak Yahya (anaknya yang ada di sisi kuda tersebut), maka aku pun ... Read More »

Warkah buat Sungai Nil di Mesir

Ketika Amru bin Al-Ash menjadi Gabenor Islam di Mesir yang dilantik oleh Sayyidina Umar Al-Khattab radhiallahu ‘anhu, beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil yang merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh negara tersebut. Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti yang merupakan masyarakat pribumi negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang ... Read More »

Abdurrahman bin Auf ditawarkan isteri dan harta

Abdurrahman bin Auf radhiallahu ‘anhu adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari penduduk Makkah yakni kaum Muhajirin yang mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah. Dia adalah salah seorang yang terawal memeluk agama Islam dan yang terkenal dengan banyak hartanya. Abdurrahman bin Auf adalah salah seorang yang disebut nama oleh Khalifah Umar Al-Khattab menjelang kewafatannya untuk mengganti tempatnya. Umar Al-Khattab ... Read More »