Monthly Archives: January 2015

Azan & Muadzin: Sejarah, kelebihan dan amanah Rasulullah

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. Seruan azan mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia tidak didapati pada zaman Nabi-Nabi terdahulu. Begitu juga seorang muadzin, yakni ... Read More »

Keistimewaan kalimah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله

لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله adalah kalimah tauhid di mana seseorang itu membenarkan dalam hati dan lisannya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala. Melalui kalimah tauhid ini juga seseorang itu dikira telah beriman dengan Allah Taala. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa hadith yang didapati dari kitab mengenai kalimah ini yang mana walaupun sebutannya pendek dan ... Read More »

Rasulullah juga diqisas

Qisas adalah seperti hukum had (hudud) yakni hukum yang diturunkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Qisas bermaksud dibalas kembali perbuatan seseorang yang menyakitkan atau mencederakan atau membunuh seseorang yang lain. Maka dalam hadith ini diceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut diqisas oleh salah seorang sahabat dalam beberapa kisah. Read More »

Surah Al-Ikhlas: Wajib baginya syurga!

Firman Allah Taala: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.” (Al-Ikhlas, 112:1-4) Ini adalah suatu surah yang diturunkan kepada Rasulullah di Makkah yang mana surah ini mengandungi ayat-ayat tauhid dan menceritakan secara ... Read More »

Manusia pertama membunuh dan terbunuh

Setelah turunnya Adam dan isterinya Hawa ke bumi kerana telah memakan buah terlarang di syurga, maka mereka berdua bertemu setelah sekian lama berpisah lalu hidup sebagai satu keluarga. Kemudian lahirlah zuriat keturunan manusia dari keduanya. Kata Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu: “Diberi nama Hawa kerana dia Ummu kulli haya’ (ibu segala manusia yang hidup). Dia mempunyai anak sebanyak empat puluh orang ... Read More »

Julaibib: Isterinya dilamar dan dinikahkan oleh Rasulullah

Diriwayatkan dari Abu Barzah Al Aslamy bahawa sudah menjadi tradisi orang-orang Ansar bila mereka memiliki wanita janda, maka mereka tidak akan menikahkan puterinya sehingga mengetahui apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memiliki hajat atau tidak. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada seorang lelaki Ansar: “Nikahkanlah padaku anak perempuanmu!” Lalu dia menjawab: “Silakan, kehormatan dan kemuliaan buatku.” Lalu beliau bersabda: “Sungguh ... Read More »