
Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih memanjangkan nyawa dan membenarkan aku bernafas di bumiNya ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke-25 dan Allah masih membenarkan aku untuk memperbaiki segala kesilapan dan bertaubat padaNya. Syukur yang tak terhingga aku panjatkan. Amin…
Seperti tahun-tahun yang lalu, aku masih anggap ulangtahun kelahiran adalah sama seperti hari yang biasa aku lalui. Tiada bezanya walaupun umur aku kian meningkat. Aku bukan seperti remaja lain yang ulangtahun kelahiran mereka mungkin disambut meriah dan mungkin juga ada yang akan buat birthday party atau pun majlis doa selamat. Aku tidak begitu.
Dalam hidup ini aku hanya pernah beberapa kali sahaja dapat merasai ‘hari penting’ ini apabila ia disambut sederhana dengan kek serta diberikan hadiah oleh keluarga. Tapi waktu aku kecil la, dah besar-besar macam ni dah tiada kek, tapi hanya pizza hut sahaja jadi santapan. Tak apa, syukurlah family masih ingat.
Kad birthday dah lama sangat aku tak terima walau dari sesiapa. Zaman moden ni ramai guna sms, mms, email dan paling mudah ramai akan wish birthday kita di laman sosial seperti Facebook. Terima kasih pada sesiapa yang telah wish aku sejak dari malam tadi, aku hargainya. Bercakap mengenai Facebook, korang dah add aku di fanpage belum? Maaflah sebab aku tak terima friend request di akaun Facebook peribadi. Nama pun peribadi kan.
Sebelum terlupa, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu yang telah melahirkan aku ke dunia ni, tak lupa juga kepada ayahku yang siang malam bekerja keras untuk membesarkan aku dan adik-beradik yang lain, tanpa penjagaan dan kasih sayang mereka, mungkin aku tidak dapat menulis blog pada hari ini. Adik dah besar!
Kepada kekasih hati, yakni tunangku, terima kasih kerana selalu sabar serta terus-terusan memberi semangat sepanjang dua tahun perkenalan kita. Moga ikatan yang dibina akan kekal dan dirahmati Allah, insyaAllah. Moga Allah memberi kita rezeki untuk membina masjid yang diimpikan. Kirim salam pada mak dan bapak kitak!
Kepada para sahabat, saudara-mara dan kawan-kawan sejak aku tadika hinggalah kini, terima kasih kerana sudi menceriakan hidup aku selama ini. Terima kasih kerana sudi hidup susah senang dengan aku. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku dan melayan karenah aku. Andai umur aku tak lama, maafkan segala salah silap dan dosa aku ye! Aku dah maafkan korang juga.

Kini dah 25 tahun. Aku perlu segera mengejar apa yang termampu dan menanam azam baru. Moga apa yang aku impikan akan tercapai. Moga apa yang aku usahakan akan berhasil. Moga Allah memberikan aku ‘nur’ keredhaanNya dan semoga aku dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~
Ya Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang Maha Pengampun lagi Maha Mengatur segala sesuatu. Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa para muslimin dan muslimat serta dosa umat Islam seluruh dunia. Pada ulangtahun hari lahirku ini, aku memohon ke hadratMu agar Engkau panjangkan umurku jika hidup ini baik buatku, matikan aku jika hidup ini buruk untukku, tambahkan rezekiku jika masih ada rezeki untukku, kuatkan dan kukuhkan imanku seperti Rasulullah S.A.W, berkatilah segala pekerjaan yang bakal dikerjakan aku, hindarikanlah aku dari segala perkara yang menjerumus aku ke arah maksiat dan dosa, jauhi aku dari segala fitnah dan hasad dengki, berikanlah aku kesabaran dan kekuatan agar aku dapat menghadapi segala dugaan dariMu dan ia dapat menghapus dosa-dosaku. Ya Rabb, jadikanlah akhlakku, imanku dan solatku seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar tiada manusia yang sakit keranaku. Engkau tuhan yang Maha mengetahui segala sesuatu, tuhan yang telah meletakkan takdirku di Luh Mahfuz, aku pohon moga Engkau sentiasa memberi hidayahMu agar aku tidak sesat di dunia yang penuh dengan kezaliman ini. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur denganMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, jika Engkau tidak mengampunkan aku maka bakarlah aku di dunia ini agar aku terlepas siksa akhiratMu. Amin ya rabbal alamin.
P/S: Terima kasih Maxis sebab bagi aku dan tunang aku sms dan panggilan percuma sepanjang hari sempena ulangtahun kelahiran aku.










amin…..
hepy besday bro, kahwin cpt2 ye..nanti kalau aku dpt posting srwk, awk pergi mkn nasik minyak hehe
Hepi Besday..
May Allah bless u bro..
Kullu Sanah Wa Anta Bikhair
Allah selamatkan kamu!yeay!abangku da tua!haha..ni entry khas utk kamu ni haa.huu,jangan mara~hihii..
hepi besday der.. (sekali lagi).. hehe… aku dah hadiahkan ko “doa” dah.. hehehe.. cukup la tu kan? nak lebih2, nnt wa lanje lu kat port biasa la kan.. hehehe.. :P
Ucapan hepi besday dari kami semua warga denaihati.com semuga sukses dunia dan akhirat dan redha dengan apa sahaja pemberian Allah swt dan jangan pernah bilang penat dalam menempuh ujian hidup.
happy birthday dude! =D
Happy Birthday !
happy birthday bro.. semoga You and ciknass berbahagia hingga akhir hayat.. nnt jgn lupe jmpt bila buat kenduri okeh.
hepy besday bro..
semoga cepat kawen..kui3..
happy birthday abg syah! Hahaah adk mu tdk ade duet nak beli hadiah
selamat mentuakan diri. dah tau makin tua, cepat2lah kaweeeen
cik nass, ehem2.
Happy birthday bro!
[...] This post was mentioned on Twitter by Lolly Luvfareda, azizwan. azizwan said: hepi b'day bro RT: @pge46: Alhamdulillah! Hari ini aku 25 tahun: Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih… http://goo.gl/fb/QzseV [...]
happy besday syahirul..dah beso rupenye die..hehehe..smoga panjang umur,murah rezeki..nnti kawin, jgn lupe ajak…
maxis kasik free sehari je..kalo celcom, seminggu tau..lagi lama…
Selamat Ulangtahun Kelahiran sayangku..~
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat2 dapat pekerjaan agar…abg mampu membalas jasa kedua orang tua, insyaAllah hingga ke akhir hayat mereka.
May Allah blessed you. Take care.
selamat hari lahir..semoga sentiasa mendapat keberkatan dari yang esa..
tak lama lagi giliran aku pula
selamat hari tua pacik pg!
semoga panjang umo,
semoga cpt kawen ngn nass,
semoga sihat selalu,
semoga sentiasa diberkati Allah di dunia dan akhirat..
sanah helwah ea,..(happy birthday)
selamat hari lahir yang ke 25..dh berumur dh dak syahirul nie..hehehe moga bahagia ngn cik nass..good luck in your life..
hepi forever after n must remember..be yourself!
happy birdtday bro..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki…cepat cepat sikit khawin tu
Selamat Hari Jadi bro..
Semoga Dipanjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki
Amin
salammm….
hepi belated bufday….
semoga di dlm redha Allah slalu…:)
informative blog~just love it:)
epi besday weh… hehe.. soryy lmbt wishh.. :P
happy besday bro….
terima kasih kepada semua kawan-kawan, kenalan, anonymous dan sesiapa saja yang telah wish birthday dan doakan untuk aku.. aku hargainya..
birthday tahun ni seronok dapat makan cake, pizza hut, mcd dan dapat dua kad ucapan hari jadi..
thanx to my family sbb belanja makan.. thanx to justkhai.com and oh media crew sebab celebrate secara kecil2an untuk aku juga..
hehe…selamat hari lahir bro…lambat plak wish kat sini…hehe
owh..happy belated birthday bro.
terlewat sket wish.
semoga sukses selalu