
Syahirul.com adalah laman blog peribadi milik seorang anak tempatan bernama Mohd Syahirul Azfar yang berumur 25 tahun pada 2010. Ia dihasilkan bertujuan untuk berkongsi pendapat, meminta pandangan daripada jutaan blogger dan juga berkongsi bermacam-macam idea, ilmu agama serta berkongsi tutorial yang berguna untuk pengunjung.
Weblog ini dengan rasminya telah bertapak di laman siber sejak 1 April 2010. Domain dan hosting telah dibeli pada 24 Mac 2010 melalui syarikat hosting OneBytes.com.my. Sebelum laman blog ini ditubuhkan, penulis pernah menulis blog yang berniche tentang komputer serta tutorial di killvearn.com. Kini laman blog tersebut telah dilupuskan berikutan penulis hendak melangkah ke satu era penulisan blog yang baru.
Sedikit informasi tentang penulis:
Nickname: Syah, Syahirul atau Azfar
Tarikh lahir: 23 Julai 1985 | Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki tulen
Tinggi: 170 cm
Berat: 70 kg
Hobi: Chatting, blogging, edit gambar, belajar perkara baru, repair komputer, pemasangan software, gathering dan fotografi, baca buku, mencari dan mendalami ilmu agama.
Keluarga: Anak ke-3 daripada enam adik beradik
Status: Belum berkahwin dan belum berpunya
Tempat tinggal: Subang Jaya, Selangor
Pendidikan:
1991 – Tadika Sempurna, Selangor
1992 – Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak, Selangor
1993 – Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya, Selangor
1998 – Sekolah Menengah Subang Jaya, Selangor
2001 – Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak (Mechanical Engineering)
2003 – Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang (Civil Engineering)
2008 – Kuala Lumpur Infrastructure University College (Civil Engineering)
Pekerjaan: Pernah bekerja sebagai staff kitchen dan rider untuk syarikat McDonalds, dan Shakeys Pizza. Menambahkan ilmu komputer apabila bekerja di sebuah kedai komputer di Plaza Lowyat sebagai technician. Meneruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan awam dengan bekerja di tapak pembinaan yang projeknya bernilai 18 juta. Kini bekerja sebagai blogger part time.
Kepada sesiapa yang mengenali mahu pun tidak mengenali penulis, diharap anda dapat memberikan sokongan yang terus untuk blog ini. Anda juga boleh memberikan sebarang tips, cadangan atau pun idea kepada penulis demi menaikkan martabat blog ini dengan menghantar email kepada:
me[at]syahirul.com



