
Salam.. Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya. Tapi adakah semua umat Islam yang solat mengerti apa yang dibacanya dalam solat? Mungkin sewaktu kecil kita didedahkan dengan bacaan dalam solat dan maksudnya, tapi seperti biasa, kebanyakan dari kita akan mengahafal bacaan arabnya dan tidak menghafal maksudnya. Jadi mulai sekarang marilah sama-sama kita mengerti bacaan dalam solat yang kita lakukan setiap hari.
1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
5. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
6. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku
8. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
10. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Sumber: Facebook










[...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, syahirul.com, syaiza, mohd firhan jasni, Ds Khairunnisa [香] and others. Ds Khairunnisa [香] said: RT @pge46: Adakah anda memahami bacaan dalam solat?: Salam.. Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut… http://goo.gl/fb/iLjzm [...]
Thanks for the info.minta izin share ye…=)
thanks..amat berguna
dah lama x bacabenda2 mcm ni, thnx bro, nice, berpahala entri ni, *bookmark
thanks for sharing this bro syahirul =)
Saya setuju sgt,mmg kita perlu faham makna bacaan dlm solat sbb bkn shj utk khusyuk tapi dpt mempengaruhi kesihatan seseorg,berbanding dgn yg x paham.
thanks bro..honestly tidak…kena print entry ni n simpan di rumah..thanks again bro….
thanks ilmu amat bernafaat
ustazah selalu kata, kalau mengaji lebih elok mengaji ayat al-Quran yang ada terjemahan. Yaasin pun ada terjemahan. apatah lagi dalam solat kena tau maksud..
thanks
semoga berkah
save page as
dalam solat..
berkata…
kerana kita tahu..
Allah itu ada…
xmampu melihat..
tapi mampu rasa,,,
Time – time jumaat macam ni mmg elok baca benda ni.10q
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat ni
sgt2 bermanfaat……
minta izin share ye….
hampir2 kita solat sia2 pastu minta dimurahkan rezki…
mohon izin nk share… bagus ni
benar, memahami bacaan di dalam solat adalah dituntut. begitu juga dengan doa, adalah lebih afdhal. semoga dengan perkongsian bro dapat membantu semua org.
bila kita memahami solat seperti kita berbicara dengan Allah setiap kali kita bersolat..indahnya
Ini sangat bagus, thanks Syahirul
Bila dah faham, setiap yang kita baca tu membuatkan kita tekun dan khusyuk…selalu baca buku mari belajar solat r…
bagus entri nieh.. bila kita faham doa dalam solat tu.. akan lebih kuatlah keimanan kita sbb kita faham dan tahu maksudnya..
Terima kasih bro kerana sudi berkongsi
Memang benar kita harus memahami setiap bacaan di dalam solat,semoga amalan kita diterima olhe Allah swt
MasyaAllah, memang bagus peringatan ini. Mekasih bro.
mntk share ye..syukran..
bro, nk share skali ye..tq
thanks 4 the info..sgt2 berguna
ijin share
thanx bro. May Allah bless u…
thanks for shared this info.. sgt2 bermanfaat
salam, mohon share jgak
sangat bermakna
INSYALLAH. sempurna solat kita. Terima kasih saudara kerana mengingatkan
Alhamdulilah…sy dpt apa yg sy kehendaki dgn adanya tax yg tersgt indah n bermanfaat ini dlm hidup sy tq…
dgn ade text sebegini mmg mudah untuk fahami, dlm solot kusyuk harus di cari.. Sekiranye tidak nk bt mcm mane kn? Tp solat itu tetep sah sekiranye tidak kusyuk, tp harus di cari.
Assalamualaikum, mohon share
assalamualaikum ya akhi..nak mintak print out..semoga ALLAH merahmati usaha awak..memahami bacaan akan menambahkan kekhusyukan..insyaALLAH..