Antara persoalan kahwin awal

On 05/10/2011, in Uncategorized, by admin

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

 
 

144 Responses to “Antara persoalan kahwin awal”

  1. siti anne says:

    Salam,
    Untuk point ke 2, perbelanjaan yang disebut cuma makan. Di zaman yang serba mahal ni, RM50 belum tentu cukup. Pasangan muda (masih belajar) yang bakal berkahwin juga akan menyewa rumah, menggunakan elektrik, telefon, duit minyak/public transport dan sebagainya. Dan kedua-duanya tidak memohon PTPTN. Perlukan mereka berkahwin dahulu bagi mengelak maksiat dan membebankan ibu bapa masing-masing atau berjauhan seketika sehingga tamat belajar dan mendapat pekerjaan kemuadian baru berkahwin?apa pendapat saudara tentang kahwin awal untuk situasi ini?

    • ...... says:

      wasalam..kenapa nak peningkan kepala…kita boleh fikir jalan penyelesaian yang lain…kalau sudah tahu si suami tidak mampu untuk menanggung semua perbelanjaan yg saudari sebutkan…tggl saja berasingan…saya rasa tidak ada maslah tinggal berasingan dan berjauhan..sekurang2nya..bila suami dan isteri bermeseg atau berbual melaui tel dan sebgainya…tidak pula berdosa seperti mana org2 yg ber’couple’itu lakukan…lagi pula, tggal berjauhan…InsyaAllah..akan memutikkan rindu yang memaniskan lagi setiap pertemuan dengan pasangan masing2…

      • naimSarwana says:

        btol2..Islam ni mudah..manusia yg mnyusahkannye..mane yg mmpu,kte buatla..insyaALLAH ALLAH akn mmbantu..

      • zack says:

        bg pandangan saya..blajar le bg hbs ulu…bkn apa nanti klu dpt anak,kesian kat anak tu..pamper,makan minum..parents kuliah..tutorial,test…hmm..pikir2 la sebelum nak kawin waktu still belajar..

        • :) says:

          Allah yg mmberi rezeki, Allah boleh mmberi dengan asbab, dan Allah juga boleh mmberi tanpa asbab…
          pda pndpat sy, kawin msa blajar tdk mjadi salah tp bcinta msa blajar itu yg jd salah…
          Allah mmjanjikn phala yg bganda utk psangan yg sudah nikah ats sesuatu amalan baiknya, jika msih blajar, tdk kah pahala akan mnjadi lbih bganda2 mahupun satu huruf…
          slain itu, jika sblum nikah itu mrasai rindu(zina hati), ttapi slpas nikah smuanya bertukar mjadi phala yg brganda2…
          ni utk org yg punya kekasih, nikah gantung pun okey… yg penting terpelihara hati, mata dan lain2…
          Wallahua’lam.

        • muslim says:

          zack sy rsa awk cuma fikir scra rasional tnpa fkir baik bruk untuk msa kini dan akn dtg lah..x ap lah klu ad ank awl..anak tuh stu rezeki juga…klu bljr n x kwen lpas tuh tlnjur n punya ank lg parah..prtma dosa besar,kedua kturunn ank tuh x di iktiraf dan ketiga mlbtkan maruah.dn bnyk lg kburukan bbnding kbaikan..lg pun bnyk kaedah nk elak mgndung.stlh bkwen..mrncg lah katakan?.bek lg klu nk kwen tem bljr..ptma Allah dh jnjikan org yg bkwen xkn miskin kita kena ykin

          • muslim says:

            klu zack nie kne dgn btg hidung sndri bru saudara akn fkirkn kot…ap pun hrap saudara zack boleh fkirkan dri smua sudut…bukn hny scra rsional..jgn jd mcm idealogi zman dhulu shgga meng andaikan sejarah hny dri fikiran dan secara rasional..bljar tinggi mana pun x guna…ctohny mgatakan mnusia berasal dari monyet..huhuhuhu..
            ;)

          • zack says:

            sebab tu lah allah suruh laksanakan hudud..itulah jawapan bg segala masalah…cuba korang pikir blk…klu laksanakan hudud,semua masalah anak luar nikah insyaallah dpt diatasi..bkn apa,klu kawin waktu belajar,nak bg makan apa dkt anak? dgn stdy lg..nanti bergaduh hbs antara anak ngan mak mertua…byk dah kes mcm nie…sabar lar dulu..bg kewangan stabil dulu..

        • sis ati says:

          en. zack. chill. watlek okay. saya dah kawin muda. jangan risau. insyaAllah. allah kata kun fayakun, it will be okay. jangan fikir negatif sebab kita laksanakan tanggungjawab. sunna rasulullah. you can get a lot benafit esp di akhirat nt :) alhamdulillah, cukup semua. baby sihat. husband and i elok je blajar. lepas kawin kami lebih mudah nk jalankan ibadat kepada allah, kami rasa lebih bertanggungjawa, our parent really respect us. rezeki pun bertambah. alhamdulillah. kawin time diploma. lanjut ijazah di australia. really perfect if niat kita nk melakukan sesuatu perkara yang dituntut. allah bantu jika kesulitan. insyaAllah. duit tk de masalah langsung bagi kami. rancangan alhamdulillah menjadi. husband and i tawakal berniaga kecil-kecilan. alhamdulillah, we’ve being consultnt di usia muda. perniagaan kami pun dah meluas. we’re perfect. allah beri akal untuk kita berfikir. di usia muda, kami melanjutkan sarjana, membesarkan baby, membantu family, menunaikan umrah. anggaplah semua urusan kita mudah dan bersabarlah dengan setiap dugaanNYA. alhamdulillah. everything dipermudahkan jika kita ikhlas. bila ada salah faham, kita jangan sesekali menyesali perhubungan bersamanya kerana ianya adalah kemurkaanNYA. allah akan memberikan kelapangan jika kita bersabar dan sentiasa ingat padaNYA. saya hanya berpendapat. mungkin en. zack mempunyai alasan tertentu. tp, percayalah, Allah Maha Adil :) wallahua’lam :)

    • hamba Allah says:

      betul tuh..yg penting ikatan yg halal..makan minum tu takpelah kalau keluarga tanggung dulu buat sementara waktu nih..tinggal berjauhan lagi bagus..rindu-rinduan laginye..bila dah habis blajr dan bkerja brulah bleh pkir family planning..rezeki Allah bagi bukan makcik katering yang bagi..ok!! wallahualam..

      • wR~ says:

        Bismillah..
        Memang benar semua itu..
        Tapi perlu diingatkan nikah ini juga terbahagi kepada kepada 4 hukum..
        WAJIB
        SUNAT
        HARAM
        (HARUS / MAKRUH) > maaf terlupa.. salah satu

        Perlu diingatkan, bukan semua sunnah nabi itu sunat..
        Sebagai contohnya, poligami dilakukan nabi Muhammad. Tetapi hukumnya harus, bukan digalakkan..
        Pernah puteri Abu Jahal ingin dilamar Saidina Ali b Abi Talib, tetapi Fatimah Az-Zahra tidak rela dan Rasulullah SAW telah mengetahui dan telah memberitahu Saidina Ali secara halus supaya tidak memadukan dan diceraikan Fatimah Az-Zahra jika mahu menikahi Puteri Abu Jahal tersebut.

        Rasulullah juga pernah menceraikan isteri beliau (yg ke-14) kerana baru mengetahui bahawa wanita tersebut mempunyai penyakit kulit. Adakah itu sunat juga utk dilakukan?

        Renung2kanlah, Sunnah Nabi bukan semuanya sunat. Ada juga yang harus dan boleh berubah2 mengikut zaman dan individu..
        Hal yang berkaitan Fiqh ini ada banyak pandangan.. Perbezaan pandangan sering berlaku.

        Cuba kaji buku2 yang lebih jernih dan asal.

        Saya hanya hamba yang banyak melakukan kesalahan dan lemah. Nasihat sebagai sesama saudara Islam, serahkanlah hati dan fikiran anda kepada Allah. InsyaAllah dipermudahkan Allah dan berada di jalan yang lurus.

        Allahualam..
        Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

        • :) says:

          pandangan yang baik..

        • muslim says:

          btul awk kata tp untuk zaman kini dgn kdaan negara kita mcm nie awk rsa kita nk dlu kan yg mna dlu?hkum mna yg ptut kita dlukan?sdgkan bru hkum hudud nk d lksna kan brpa rmai yg bntah jdi bgaimanakah kita hrus mmbendung ZINA…?bgaimana kita sgup melihat ratusan bayi d buang?ap yg ptut kita lkukan?

  2. mas says:

    saya rase memang senang utk cakap…agak suasah untuk nak laksanakan.paling susah, nak dapatkan restu mak ayah…bagi sy, kalu kuarga lelaki dlm kategori financial nya bagus, boleh la…at least ade ‘back up financial’.. katakan la, pregnant pulak..macamane? nak cari mane duit..sy percya tntg rezeki adalah hak Allah..tp at least, kite xleh la letakkan 100% atas qada’ qadar. sy sendiri punya keinginan utk kawin awal, tapi bila pk ibu bapa…memang pening jugak. bagi saya, perlu utk balas jasa diorang dulu…xde la kite myesal bila diorang dah xde dah nnti ni. sy xkatakan yang bile dah kawen susah nak balas jasa ibu bapa…tapi kmungkinan susah sikit..sbb kita dah punya tanggungjawab tang lbih aula…btw, tahniah kpada rmaja2 yang dapat mlepasi ‘halangan mak ayah’ utk berkahwin! saya respect diorang sbb bukan senang nk lepas halangan tu… 8)

    • ain nabilah says:

      sy setuju sgt ngn saudari mas.. ckp mmg sng tp nk lksanakan tu yg ssh sgt. sbg student even single mingle pn dh mcm2 halangan.. prbelanjaan la, bz ngn study la..apatah lg nk bersuami/beristeri.org ckp xd yg sshnye stdy pas kwen, mmgla sng klu stkt nk dpt cgpa 2.0. Bab nk dpt restu parents pn lg satu hal, xsmua mak ayah sokong ank2 kwin awl.lbh2 lg dr fmly yg ssh, mst la mak ayah hntr kita bljr tggi2 dgn hrpn agr kita dpt tlg diorg bl abis stdy, pas tu baru fkr psl kwin.

      • hamba Allah says:

        bahaya sbnrnye pemikiran mcm nih..ini lah budaya kita yg perlu dibuang jauh2..inilah yg dimaksudkan adat..otak kita asyik fikir “money..money..money..” mmg lingkuplah jadiknye..pujuk mak ayah elok2..pastu buat mesyurat dgn keluarga mcm mane nak selesaikan masalah ; duit, belajar, masa dan sbginye..the very important thing is mintak pada Allah dan usaha serta tawakkal..

        • jiwa_muda says:

          sokong hamba Allah: bagi saya kita jangan sempitkan pemikiran kita dengan wang..dan bagi saya pula, ingin membalas jasa ibu bapa tidak semestinya dengan WANG RINGGIT..anak menjaga ibu bapa,doakan ibu bapa pon dpt membahagiakan mereka..klu kite senang pon,boleh ke kite jamin kita boleh bahgiakan ibu bapa kita? mane tao kite sbk bekerja?tolonglah semampu yg boleh..mgkn anda tdk ada pengalaman berkongsi cerita dengan pasangan yg berkahwin muda,.ingin saya ringkaskan cerite pensyarah saya kahwin awal ketika study..kate beliau mmg agak susah tetapi akn terasa pengorbanan,kesungguhan dlm hidup slps berkahwin..terasa susah..tapi itu semua ujian bila dia terasa diri dekat dengan Allah..Allah mendengar apa yg dia doa dan minta..Allah trnkan pertolongan satu persatu..now die ok dan life die mcm kwn2 die yg baru kahwin..yg penting tu niat..

    • muslim says:

      klu kita brkhwin kena btul kan niat….mmg x sng nk lps dr hlgn tp hti mereka bukn btu..dan doa adlh senjata org mukmin..mhon pa ALlah agr d mudhkan..urusanklu itu kputusan yg tbaik,, insyaAllah..kita merancang Allah mnntukan klu untuk pkra yg baik x salah kita berusaha..

  3. nana says:

    assalamualaikum..
    saya nak tanya…macam mana klu ibu bapa saya sudah menetapkan sekiranya ingin berkahwin, seseorang lelaki itu kena ade sekurang-kurangnya diploma dan nilai hantaran sekurang-kurangnya RM10 000…pada pendapat saudara, apa yang boleh saya lakukan?

  4. effie says:

    berjanggut jugak la sy menunggu incik Syahirul update blog..hiks..

  5. ingin tahu says:

    sekadar ingin bertanya…
    assalamualaikum..
    ingin berkahwin tp msalah kewangan tidak mengizinkan…
    kwn2 seusia semua sudah kawin…tp bila memimirkan masalah kewangan rse cm susah jer nk kumpul bnyk2…
    nk pndpt?

    • PSI says:

      “Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

      ^___^

  6. danny says:

    em, yela skrag kn zman it zman sumu nye janggih2…mby kte pn bleh nilai diri kte sendiri kn…klu nk ikut kn zaman te’dahulu mmang la jauh be’beza kn…fikir kn lah klu rase ape yg terbaik untk kte..kadang2 membantah 2 pe’luade kerana ea melibat kn kebahagiaan kita…tpi ape yg lebih penting restu dpade mak ayah lah…

  7. sayonara says:

    fikiran masih d’takuk lama dn susah utk menerima apa yg islam bawa.. Islam itu mudah.. buka mnda, buka hati.. fikir2kanlah.

  8. wawa says:

    percaya , yakin pada Allah s.w.t Dia pemberi rezeki

  9. marimar says:

    bg saya ler,abihkn dlu blajar..dr pgamatan sy tgk kwn2 yg kawin ms blajar ni..hidup tuggang laggan ckit,mn nk lksanakn t.jwb pd psngan lg, nk siapkn esimen, bla2 mcm2 lg la.tmbh2 lg pasngn sm2 blajr…tntu2 msalah kwangan x dpt delakkn..tp yg x kawin pn masalah x cukup duit blambak jerr.. :) klau 1 group dgn yg dh kawin ni….penig sgt2 nk mlayn krenah diaorg yg mmg byk t.jwb ln..slalu je excuse ms nk discuss sal esimen.. =( slain 2 x leh ad cuti ckit,nk je blk, tp x leh nk salhkn jgk…sbb diaorg blk nk tunaikn t.jwb pd psngan.. :love: .jd sblum nk kawin awal kna pikir dlu…byk yg prlu dpikir…jgn smpai mnyusahkn mak pak…

    • hamba Allah says:

      hidup ni mmg susah..org beriman tu tidak boleh merasa selasa dgn kehidupan dunia..agama satu perkara, stigma org melayu kita sekarang adalah makan minum, jaga anak orang, jaga anak kita..so the conclusionnye plak bercouple..banyak cantik! orang lagi nak elak zina..

      • PSI says:

        Yup…btol 2….klu nk tgok situasi org yg b’masalah je watpe?? cbe tgok plak site yg aman bahagia, walau diuji dgn rntgn n cbrn idop brumah tgge, tp still ley senyum….bkn ke kte idop kt dunia ni mmg utk diuji??

        “..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (At-Taghaabun:11)

  10. Najhan says:

    Sy berkahwin sewaktu thn pertama pengajian di universiti. Suami juga masih belaja waktu itu. Kami berjimat cermat dan berniaga kerepek, ngaja tuisyen dan suami jual burger. Ditakdirkan Allah kami dikurniakan anak ketika thn kedua perkahwinan. Alhamdulillah, kami berjay melalui saat2 manis itu walau dlm serba sederhana (walau bg

    • Faiz Fauzi says:

      Alhamdulillah..mesti bahagia kan…rezeki dan jodoh pertemuan di tangan Allah..berkat niat kerana Allah, Dia pasti akan menolong hamba2nya..

  11. mal berkat says:

    bila nak nikah sibuk cerita pasal restu TAPI ringan2/pimpin tangan tanpa ikatan tuh saper yang izinkan? ops lupa, iblis lah… last2 zina jadi andartuh sampai mati!

  12. azam says:

    salam,nmpk je mudah kwin nie,tp nk laksana tu payah..tambah2 lg klu pihak keluarga yg demand..zaman skrg nie semua pdg kebendaan…DIP pn hantaran mau 10k…nie plak msih stdy dh nk kwin..mmg ssh lar …

  13. bfabb says:

    Assalamualaikum. Perkahwinan adalah perkara yang paling mudah dalam Islam. Kalau nak dikatakan tentang sibuk belajar, Nabi s.a.w lagi sibuk dari kita semua yakni umatnya. Isteri Baginda lagi sibuk daripada seorang pelajar yang sibuk dengan belajarnya,tapi rumah tangga mereka adalah rumah tangga yang paling bahagia. Terletak pada hati,ibu dan bapa akan merestuinya jikalau memikirkan apa yang dimahukan oleh pasangan itu adalah satu tuntutan agama dan untuk mengelakkan dari dosa dan keluarga juga pasti akan berhadapan dengan persepsi masyarakat yang terikat dengan budaya. Kadang2 remaja yang ingin bernikah ini sendiri jadi keliru mana satu adalah adat dan mana satu yang dituntut agama.

  14. siti says:

    salam..sy pun tgh dilema nk kawen skrg nie..kisah sy ialah sy dah lama kapel ngan si dia dlm 8tahun jgkla..dlu sy mmg kurg mendalami hukum2 kapel ni..skrg sjk senang mndptkan maklumat,sy byk mengetahui berkenaan dgn hukum2 nie..jd kami skrg dlm proses utk kawen..mslh nye kewangan..kami dr family yg sederhana jd agak susa utk pnjam duit dr ibubapa..pd mulanya,sy luahkan pd si dia bhwa sy nk buat akadnikah dlu tp mslh skrg mak sy nk hantaran dlm 8k..mne si dia nk cr duit sbyk tu memandgkan si dia bru je dpt keje huhu..sy try utk jelaskan pd mak tp mak pula jawab,igt senang ke nk kawen huhuhu..sdh sgt..ibarat kalu xde duit zaman skrg,jgn pikirlah nk kawen..tp mslhnye kami dah la dah lama kapel..kami nk mnjadi kekasih halal..sy skrg byk tahu hal2 hukum kapel nie jd sy takut..ibarat sy tau tp sy x apply utk diri sy..sy takut dgn murka Allah…sy masih berusaha…walaupun sy xnk jadikan kewangan punca utama..ttp hakikatnya mcm tula..dgn zaman skrg ni yg sungguh mencabar…sy cuma berharap sy dapat menikahinya secepat yg mungkin…insyaAllah

    • bfabb says:

      salam alaik saudari siti.apa yang saudari katakan disini dengan menjalinkan hubungan selama 8 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek tapi adalah satu jangka masa yang lama bahkan dalam tempoh itu berkemungkinan berlakunya dosa2 yang tak kita sedari. Apa yang saudari dan pasangan perlu lakukan cuba terangkan pada keluarga mengenai “NIKAH KHITBAH” atau nikah gantung. Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan dari saudari terus menjalinkan hubungan sebelum nikah. Jika cara ini tidak berkesan saudari dan pasangan ambillah keputusan untuk bermujahadah. Lahirkan tulus dari hati kecil,insyallah. Ingat Allah,hati tenang (Ar-Ra’d-28) =)

  15. hamba Allah says:

    salam. harap ap yg sy ckp kn di sini tdk diambil ringan. sy seorang pelajar. tp pelajar sekolah menengah. sy ad berbincang dgn psngan unutk berkahwin awl. soalan pertama sy, wajar ke tindakan kami untuk kahwin dlm mse yg terdekat? sy tahu mungkin ad yg beranggapan yg sy dgn dia dh terlanjur. anggapan itu salah. kami slg menyayangi dan sy x nk perkara buruk terjadi. baru smlm kami berbincang mengenai perkara nie. secara jujur, sy baru berusia 15 tahun dn psngn sy berusia 17 tahun. yes. anda akan kata yg kami masih sngt2 mentah dlm hal ini memandangkan kami masih di bangku sekolah. ttp tahun hdpn, kami akan jarang berjumpa. kami sedang menetap di sabah. tahun hdpn, sy berusia 16 thun (ting. 4) dn psngn sy sudah hbis bersekolah. sy ingin tahu, ap hukum untuk menikah bg keadaan kami yg masih bljr di peringkat sekolah? psngn bersungguh nk menikahi sy dn sy juga begitu. kami hendak mengikat msg2 dgn ikatan yg halal spya ap pun yg kami lakukan, kami ad ikatan dn hubungan. slps hbis skolah, psngn sy akan bekerja. ibu dia mempunyai sebuah syarikat yg sedang diusahakan. mungkin dia akan bekerja di semenanjung tanah air manakala sy pula akn menetap di sabah.mungkin juga dia akn smbung belajar di ting. 6 di sekolah yg sama dgn sy pula dn masih menetap di sini. kami bukan org sini. kami berasal dr semenanjung. kami tinggal di sini kerana mengikut bapa kami yg bekerja di sini. sy dn psngn sudah berhubungan hmpir 1 tahun dn dlm tempoh itu, ia tidak lngsung mengganggu pelajaran sy. mungkin anugerah Allah swt, sy tidak blh mencampurkn urusan belajar dgn hubungan. ketika belajar, sy lgsung tidak memikirkan hal luar. Itu satu kelebihan bg sy. sy juga ingin tahu mengenai soal nafkah. kalau psngn sy masih bljr, bagaimana nafkah diberi? dn soal tinggal berasingan, apakah yg dimaksudkan? adkh tggl bersama ibu bapa msg2? ade komen di atas bebunyi ”betul tuh..yg penting ikatan yg halal..makan minum tu takpelah kalau keluarga tanggung dulu buat sementara waktu nih..tinggal berjauhan lagi bagus..rindu-rinduan laginye..bila dah habis blajr dan bkerja brulah bleh pkir family planning..rezeki Allah bagi bukan makcik katering yang bagi..ok!! wallahualam..” bolehkah keluarga yg menanggung sy sedangkan sy sudah bersuami? apkh dikira suami berdosa krn tidak memberi nafkah ataupun tidak? kami sudah merangcang jauh perjalanan hidup kami. bermula dr kahwin ketika belajar, sehingga mempunyai ank.. tentang keluarga, sy masih belum maklumkan mengenai perkara ini. sy ingin meminta pendapat sblum meneruskan perancangan.. ad sesiape yg blh membantu?

    • aira says:

      salam… apa yang dimaksudkan dgn keluarga tanggung dulu tu sbnarnya, YES mmg keluarga masing2 tanggung segala makan minum macam sblum nikah. ianya tak salah skiranya telah mndapat persetujuan keluarga pihak lelaki dan perempuan. Yang mustahak, kita nak selamatkan dari sebarang maksiat dan hubungan yang tidak dirahmati Allah s.w.t. Apa yang boleh dlakukan bg psangan2 di luar sana yg ingin menikah awal, pertama anda dan pasangan perlu menganalisis dahulu diri masing2, ADAKAH LAYAK UNTUK BERUMAH TANGGA? SOLAT sudah cukup kah, atau sudah di improve kan atau tidak? Kerana, sdikit sbnyak peribadi yang baik dapat membantu pasangan2 yg menikah awal dlm menangani msalah bersama. Dua2 kena reflect diri masing2, dah bersediakah aku? Next, kalau mmg dah btul2 ready, bwak berbincang secara mendalam ttg niat dan rancangan untuk bkahwin awal ni dgn parents dua2 belah pihak. walaupun memang majoriti boleh dkatakan yang parents akan mempertikaikan hal nafkah, wang hantaran, tanggungjwab, kedua2 anda perlu fahamkan mereka (dengan cara baik dan bijak). Kita wajib mencegah pa yang dilarangNya dan melakukan apa yang disuruhNya. apa kata tengok site ni, ini pengalaman org yang bernikah awal. Sy hanya memberikan pandangan.

      http://komuniti.iluvislam.com/topic/25135-jangan-takut-kahwin-awal/

  16. syufa says:

    assalamualaikum, sekadar memberi pendapat disini.
    bila pemikiran manusia dipenuhi dengan alasan, itu lah yg menyebabkan manusia ditakuk pemikiran yg dipenuhi oleh perkara2 duniawi. sbg contoh, nak kahwin awal, tapi tak puas lagi hidup bujang, sedangkan hidup bujang tu tidak akan berkekalan. kecualilah diri masing2 mampu kawal kelakuan dan berazam utk memanfaatkan zaman bujang mereka sebaiknya. sekiranya sebaliknya? tanyalah diri sendiri. restu ibu bapa penting, sekiranya ibu bapa itu sendiri sedar akan kebaikkan bagi anak mereka berkahwin awal, mereka juga akan merasa kemanisan perkahwinan anak mereka sendiri. tentang duit/rezeki, Allah telah menetapkan rezeki masing2, ikhlas kita beribadat kerana Allah, maka Allah tidak teragak-agak utk membantu hambaNya yg berusaha ke arah kebaikkan. takdir kita telah sedia tertulis, kita yg harus bijak mencari kebenaran, wallahualam. :)

  17. Faiz Fauzi says:

    Ibu bapa yg berfikiran cetek perlu dicuci pemikiran mereka..mmg benar mereka ibu bapa kita,bfikir yg tbaik utk kita..tpi siapa yg boleh menentukan adakah betul cara pemikiran mereka itu? adakah mereka rela membebankan anak2 dgn rasa bsalah thadap ibu bapa demi memuaskan hati mereka (anak2 menurut kata mereka)? ibu bapa juga manusia yg patut diceramah dgn hukum yg Allah telah tetapkan..lihat sendiri dgn kata2 Saidina Umar bin Al-Khattab di atas.

  18. Iedzrul says:

    Mohon untuk share

  19. experience says:

    salam…ana bakal berkahwin..masih lagi belajar…bakal suami juga masih belajar…awal2 memangla agak susah nak yakin kan ibu bapa…tapi…alhamdulillah..smuanya berjalan lancar..syukran jgk dkt syahirul.com artikel nh byk membantu utk memujuk kedua2 keluarga….keluarga ana tak la mnta hntaran yang banyak..jadi xmnyusahkan pihak lelaki…kenduri pun xbesar…xmnyusahkan keluarga ana…kalau kita fikir benda tu mustahil..memangla akan jadi mustahil…

  20. SNAJ says:

    sy ade 1 mslh..dan ingin meminta pendapat anda…sy skrang 21 tahun dan pasangan 23 thun…sy ditahun akhir pengajian ..dan kini sdg m,jalani latihan praktikal…psgn sy pula baru stahun b’kerja..kami b’cple lbey kurang stahun..dan pnh terpk utk b’khwin..kami merancang utk bertunang sblum sy start semeste akhir sy dan brkhwin dlm tempoh 2 thun after tu…prncgan kami d smbut baik oleh parent dy tp tidak bg parents sy..bkn stakat parents malah adik2 bradik sy pon..sy bru meminta izin utk tunang, dyorg da ckp sy nk belakangkan kuarge…sy xckp lagi pasal kwen dyorg ckp, senangkan mak bpk dulu bru kwen sdgkan if sy kwen itu sdh mnyenangkan makbpk sy kn…pling xley trime bile dyorg ckp sy blom matang dan msih bdk2 hanya krana sy anak manja dan anak prmpuan bongsu..dan ade y ckp, mereka da b’pengalaman…bile sy nk berbincang bersama. ade pulak y ckp sy bute krana cinta…padahal kami ingin bertunang utk mnjadikan kami lbih bertggungjawab sblm melalui alam p’khwinan…kami juga ingin mngelakkan fitnah bile kami keluar b’sama..sy da cube ckp ngn dyorg, tp tawu lah sume org nk betol..sy smpai da mls nk pk…hanya mmpu berdoa ibubapa sy x termakan dgn sikap batu api adkbradik sy…sedih…

  21. aisy says:

    nice entry . TAPI , realiti tak seindah mimpi . Zaman2 remaja ni memang ramai nak kawin , semua pon teringin nak kawen sebab fitrah lelaki suka kepada perempuan dan sebaliknya , tambahan zaman teknologi sekarang yang memaparkan lagi ‘keindahan’ couple walaupon sebenarnya haram di sisi Islam . In my opinion , tengoklah priority kita kat mane , jika masih belajar , habiskanlah belajar dulu , da keje baru la pikir nak kawen pulak , sbb nye perkahwinan zaman skrg ni bukannye free , lain lah kalau parents sanggup tanggung semua . Fikirkan tanggungjawab bila da kawin bukan hanya keseronokan .

  22. hubby says:

    isteri saya juga sudent..honestly, lepas kahwin pointer mencanak2 naik.bkn nk banggga apela..tp kahwin ni menuju jalan Allah..jgn sempitkan fikiran konon susah nk jage anak ape semua..dah name pn kahwin time study, buat la ape yg patut..hidup ala kadar..tinggal di asing2 di hostel..buat family planning..dah tau study watpe pikirkan nak ade anak..tangguh dlu hasrat sampai abis study, ade keje,then baru fikir nak ade anak..kahwin awal bole sucikan diri kite dr maksiat.. bile dah suci dr maksiat..ilmu pun sng je masuk..Allah sentiasa akan tlg org yg menuju ke jalanNya..jgn risau..pokoknya kita kena yakin dgn Rezeki dan pertolongan Allah..pengorbanan mmg plg penting la kalau kahwen time study..jgn hidup mcm org yg dah berkerjaya..kite hidup bkn kejar dunia semata2..kejar la akhirat sama..bile kite jage agama kite, Allah akan jage kite.. TAKUT? kalau takut bermaksud anda x Yakin dgn Rezeki dan pertolongan Allah..mmg xkan ada ibu bapa yg stuju kahwin time study..melainkan ibu bapa yg berfikiran mengutamakan agama..tp kita kena cuba yakinkan ibu bapa..buat solat hajat doa bnyak2 supaya pintu hati mereka terbuka untuk merestui perkahwinan kita..saya pun pernah alamai semua ni bersama isteri..kami dipandang hina oleh org sekeliling..tp buat ape nk pikir pandangan org? asal Allah memandang mulia kite..itu sudah cukup..bukan org lain yg tanggung dosa kite..skang dah setahun kami kahwin, Alhamdulillah semua ok. rezeki kami x pernah putus..xpernah lg kebulur..sbb kami yakin dgnNya.

  23. Arissa Yasmin says:

    As salam…Alhamdulillah if dapat berkahwin walau pd peringkat apa pun usia kita..Jodoh kita dah ditentukan oleh Allah dan bila tiba masanya, mmg itu lah yg diberikan kpd kita… cuma ada satu isu yg seringkali kita dgr tapi tidak begitu ambil pusing.. Bagaimana pula seseorang yang umurnya dikira masih awal untuk berkahwin, tetapi mempunyai niat dan jalan ke arah perkahwinan dgn pasangannya yang berbeza umur? maksudnya, pasangannya itu lebih berusia dari mereka? Pasangan itu mempunya kedudukan kerjaya dan pendapatan yg tetap dan dikira mampu utk berumahtangga, tetapi pasangan yg seorang lagi itu baru hendak memulakan kerjaya dan umur yang awal 20-an? Senang cerita, si lelaki yang baru hendak memulakan hidup dan si wanita yg telah mmpunyai pendptan dan kerjaya tetap? Sedangkan kita tahu lelaki adalah ketua kpd keluarga walau umur mereka lebih muda dari pasangannya, ttp mereka masih di peringkat hendak memulakan hidup…Apakah pandangan saudara sendiri dan secara khusunya, pandangan dari perspektif Islam ttg perkara sebegini…terima kasih…

  24. assalam…mohon kalian doakan sy dan seorang pemuda yg bersungguh berusaha untuk menikahi sy tak lama lagi..doakan kami kuat utk berhadapan ibu bapa…walaupun usia sy masih muda…awAl 20-an..

  25. muslimin says:

    salam,mintak maaf klu saya mencelah..saya hanya nk bertanyakan pendapat dari sudut syariat dan sunnah…begini,saya masih lg belajar tetapi saya berkahwin utk mengelakkan diri saya drpd berzina kerana saya takut iman saya tidak melawan nafsu tetapi bapa saya dan makcik saya membantah sekeras2 nya…makcik saya cakap saya perlu habis belajar dulu,pastu kerja dan carik duit sehingga kewangan itu stabil dan boleh ber”bangga” dengan status yg “org yg berada”,pastu bru crik duit utk kahwin dan dgn duit yg dikumpul boleh buat majlis yg besar-besaran…itu nasihat makcik saya…nasihat bapak saya,die suruh saya kerja dahulu dan stabilkan kewangan dan bru crik duit utk kahwin..bapak saya menganggar kan mungkin dalam 2 tahun lg kot bru boleh saya,sbb bg pemikiran die,ketika itu mempunyai kewangan yg stabil…ini lah yg menjdi dilema pd saya…kalo nk bertahan dm setahun,saya rasa saya mampu tpi kalo utk 2 tahun….bg pendapat saya,family saya lebih takotkan kritikan jiran2 dan kawan2 drpd balasan ALLAh….saya takot sgt sbb iman say tidak sekuat mane..mungkin saya akan bergelumang dlm maksiat dan berzina jika di tggu lama…saya betul nekad utk kahwin utj mencegah perkara ini…saya hanya mahukan cara dan pendapat tentang bagaimana mahukan menyakin kan bpk saya dan makcik2 saya supaya saya boleh berkahwin…terimakasih

  26. hamba allah says:

    salam..mcmane klu p’khwinan tu dpt hlngan dri adik bradik sje??hlgn dr ibu bapa xde mslh… antra sbb hlngan dorg..dorg mmikirkn kewngan..mmmikirkn adiknnye tidak matang lg… leh bg pndpt x tok mslh nie??

  27. diana says:

    saya setuju sgt utk kawen awal… tp keluarga belah lelaki mcm x berapa setuju utk kawen awal… kawen dalam islam mmg senang.. sy yakin sy dpt tunaikan tnggungjawab sy… tp bile sy tnye belah lelaki iaitu lelaki yg akan sy kawen…. terutama ibu bapa, mereka seperti tidak mahu memberi restu utk kawen awal.. alasannya.. nk bg mkn ape… makin pasir.?? rezeki dtangnye dr Allah.. yg penting kite yg kne berusaha.. itu x mnjadi masalah buat saya… fam saya beri restu tp mahukan juga kenduri…. mereka x mau sy nikah gantung… die tkut yg lelaki itu akan tggalkan sy …. maklumlah kami berdua sama2 belajar lg.. tp dlm hati ini,… ingin rasenye berkahwen awal n tkot lakukan maksiat…. tp mereka seperti tidak merestui kami utk nikah gantung… sesiapa ade pndgn atau cara2 utk exlainkan pd mereka??? ibu bapa si lelaki dilihat agak n ingin mereka shj yg betul membuat keputusan…

  28. Izzat says:

    Asalamualaikum…saya ada 1 masalah…saya takut saya terlalu muda…saya baru lepasn SPM dan dijangka akan meneruskan pelajarn slps ini…yg prmpuan pla bru SPM thn ini…ttpi sy ingin tggu dia siap SPM dia dlu..tkut mggu…slps itu sy ingin menyatakn hasrat untuk nikah khitbah/nikah gantung dgnnya…saya dgnnya tidak ber’cople’…tetapi kami berjanji untuk melaksanakn perkahwinan slps kahwin…sy jga tgh buntu dgn isu keluarga…tetapi sy tau mak ayh sye akn fhm…keluarga blh prmpuan pula kuat agama… saya x inginkn majlis besar-besaran… sy yakin dgn rezeki Allah s.w.t …insyaallah sy akn berhasil….sy tkut dgn zina hati….krn kdg2 sy teringat akn dia … jadi apakah saranan saudara/saudari sekalian ???

  29. hamba ilahi says:

    xuba lhat org bkan islam mreka glakkan ank2 mereka utok kahwin awal tkot2 tjdinya ank luar nikah… knpa org2 Melayu bfkiran terlalu cetek shinggakn menjual ank2 mereka untok dnikahi??? Bengong jugak org2 Melayu nie…

  30. shahida(new comment) says:

    assalamualaikum, saya lepasan spm. sedang bersahabat baik dgn seorang lelaki ni. dia sememangnya seorang yg baik dari segi agama dan tingkah lakunya. dia juga dtg dr keluarga yg baik2. solat 5 wktu sentiasa disurau..keluarganya dengan rela hati menerima saya. mereka juga bercadang mahu menjodohkan saya dan dan anak mereka apabila umur saya menjangkau 20 tahun..namun yg menjadi mslhnya, ibu bapa saya membantah kerana umurnya yg muda setahun dari saya. apa yang patut saya lakukan?

  31. ML(new comment) says:

    Salam. Mintak pendapat. Saya dan pasangan bercinta hampir 2 tahun. Dan saya akan melanjutkn pelajarn tidak lama ag dan pasangan saya baru melanjutkan pelajaran di tahun ke 2. Saya ade menyatakan untuk berkahwin awal, namun masih dlm dilema kerana umur kami masih ag mude. Saya ingin mengelakkan drpd melakukan maksiat. Tp msing2 tidak mampu membuat apa2 keputusan ag. Buat masa sekarang, saya memilih untuk berpisah selagi keputusan untuk berkahwin tidak disetujui. Tapi saye berat untuk meninggalkan dia. Tolong bagi pendapat.

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Weboy