Apakah jodohnya penzina juga?

Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :

  1. Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
  2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
  3. Masih ber’boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.

Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32. Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

Artikel oleh: Ustaz Zaharuddin

26 comments

  1. Allah dah cakap jangan dekati zina. dekat pon jangan apa lagi buat.

  2. Jauhinya..jangan dekatinya…kalau tak..
    jangan marah sape-sapa kalau jadi apa-apa..

  3. salam… nak bertanya sikit…
    penzina yang ditulis di atas tu adakah golongan zina perbuatan sahaja
    atau semua jenis zina termasuk zina hati, zina anggota atau zina yang lain-lain?

    • die lebih kepada perbuatan zina (melakukan hubungan seks) .. tp Allah berfirman.. JANGAN dekati zina.. means, segala jalan yg mendekati nye tak kesa la ape care sekali pon.. hati mulut ke apatah lagi dengan perbuatan.. kesimpulannya, ikutlah perintah ALlah.. jauhi laranganNya.. 🙂

  4. Pernah tidak merima hubungan secara serius dengan seorang lelaki yg mengaku dia tak solat subuh dan tak tahu solat yg ditinggalkan boleh diqadha.
    Ada kesal saya tak membimbinginya secara keseluruhan. Saya tahu saya tak mampu masa itu.

    • saya pun pernah b’kawan dengan seorang lelaki yg agak cetek pengetahuan agamanya,tapi syukur Alhamdulillah sekarang die dah banyak berubah n slalu mendekatkan diri pdNya..sy hanye mampu berdoa agar taufiq dan hidayah yg die dpt sentiase kekal slmanya..

  5. di sekolah, dah puas nasihat pasal benda ni. tapi ada juga kes budak perempuan mengandung. Semuanya gara-gara pengaruh rakan sebaya..perasaan ingin mencuba..entahlah. kekadang sedih tengok anak murid sendiri terjebak macam ni.. =(

  6. what goes around come around

  7. jodoh ketentuan kuasa tuhan.
    kalau dijodohkan dengan orang baik alhamdulillah..
    kalau kurang baik tu tugas kita membetulkannya..
    setiap manusia adalah khalifah dimuka bumi.. 🙂

  8. buat apa lah berzina, mcm lah seronok sgt padahal cuma menambah dosa je :((

  9. Emm, benar, mesti benar-benar bertaubat. InsyaAllah, pasangan hidup dari kalangan orang-orang yang baik-baik.

  10. menarik! nice entry, alhamdulillah.. pntg nih.. sedikit memberi harapan kpd para penzina yg telah bertaubat.. jodoh di tangan Allah.. =)

  11. Assalamualaikum w.b.t. mcm mane pule klu lelaki yg pernah berzina dan telah bertaubat, skrg tlh berkahwin dgn seorang perempuan yg baik..org suke b’ckp yg satu hari nnt anak die akan buat perkara yg same spt bapanye..kire satu balasan lah..betul ke??

  12. sempena bulan ramadhan yang mulia ini, perlu diambil kesempatan untuk mensucikan segala dosa-dosa yang telah dilakukan, mahupun yang terlanjur…

    jom sama2 banyakkan ibadat…

    lupakan kisah silam

  13. sudah terhantuk baru tersedar rasa sakit…

    itulah sifat manusia…

    selalu alpa dan lalai…

    semoga sama2 dapat kembali ke pangkal jalan… 🙂

  14. sy mohon shared dgn sdkt ubah suai…

  15. sy mohon share, sy credit kamu 🙂

  16. prnah mmbuat hbngan, tetapi brhrap agar hbngan itu kkal slamanya… bgaimankah cara utk mmujuk psngan utuk mmbuat sesuatu yg harus spaya prkra bruk tdak akn tjdi lg..

  17. wow. anda menggelarkan mereka yg memakai tudung glamor sebagai munafiq?

    wow dasyatnya bahasa dakwah anda.

    Sebagai perempuan, saya sendiri tidak memakai tudung tersebut, tetapi tak wajar la gelar sebegitu rupa. Tak terfikirkah dengan ayat sinis anda membuatkan mereka-mereka tersebut semakin mual dgn islam. Berhati-hati memilih perkataan wahai saudara. Kita mahu approah yang mendekatkan diri dengan islam, bukan dengan menjauhkan mereka.

    • Berkata benar walaupun pahit. nabi pernah ckp ada wanita yang bertudung tetapi hakikatnya mereka berbogel… kalau bertudung mengikut fesyen dan memakai tudung yg tidak tutup leher atau tengkuk, bukan munafiq nama nya tu? wallahhuallam

  18. Sudah tiba masanya sy mengurangkan chatting d FB dgn lelaki bukan muhrim kecuali soal jwb agama dan bkaitan dgn kerja shja.. khuatir jika menimbulkan fitnah & zina.. Nauzubillah min zalik..

  19. salam..sesungguhnya aku ingin pulang ke pangkal jalan…tetapi tidak jua aku menemui pembimbing aku sekarang dan selamanya kerana aku tidak mampu bangkit seorang diri pada tahap yang kritikal ini…

  20. salam..

    sesungguhnya aku ingin pulang ke pangkal jalan…tetapi tidak jua aku menemui pembimbing aku sekarang dan selamanya kerana aku tidak mampu bangkit seorang diri pada tahap yang kritikal ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*