
Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
- Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
- Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
- Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
- Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
- Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
- Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
- Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.










Alhamdulillah. Saya mengenakan stoking. Namun, saya ada seorang teman yang belajar di Yaman. Beliau mendalami ilmu-ilmu hadis sohih. Dan beliau tidak mengenakan stoking. Saya pernah bertanyakan hal ini kepada beliau. Dan beliau punya hujah yang boleh diterima. Oleh sebab sang murabbi tidak berkata apa-apa, saya memegang bahawa tindakannya benar.Beliau buat berdasarkan ilmunya.
Sekadar perkongsian ilmu.
boleh kongsikan apa hadith, hujah dan ilmu yang diguna pakai beliau?
Maaf. Saya sudah lupa. Lebih 3 tahun perhubungan itu. Awalnya, saya ikut juga. Sebab, yang berbuat begitu adalah orang yang saya percaya ilmunya. Namun, lama kelamaan, saya merasakan mahu yang lebih baik walaupun ada rukhsahnya (dari perbincangan dengan sang kakak).
Maaf saya ucapkan sekali lagi. Sudah lama kami tidak berjumpa.
semasa belajar dulu, saya mempunyai 2 orang kawan yang berasal dr Egypt… Mereka memakai jubah dan bukannya telekung seperti kita… Ketika kami berjemaah di masjid, saya perasan jubah yang mereka pakai langsung tidak menutup kaki… stokin juga tidak dipakai… lalu saya bertanya, “bolehkah bersolat jika kaki tidak ditutup? bukankah kaki juga aurat?”
Kedua2nya memberi jawapan yang sama, “mazhab kami benarkan… kaki tidak perlu ditutup ketika bersolat…”
Saya bukanlah arif tentang mazhab lain… tapi saya sekadar mahu berkongsi pengalaman… wallahualam…
Ingin berkongsi sedikit pengalaman, saya seorang mualaf, dan mempunyai seorang rakan yg juga mualaf. Kami memeluk Agama Islam melalui perkahwinan. Suami saya berbangsa melayu dan suami rakan saya itu indian + muslim.
Persoalan saya (1) : Rakan saya pernah menunaikan solat zohor tetapi telah memasuki waktu asar (azan telah pun berkumandang) dengan alasan dia telah berniat untuk menunaikan solat zohor namun masa tidak sempat. apakah ini perkara yang betul untuk dilakukan ?
Persoalan saya (2) : Rakan saya mengenakan stokin d kaki, namun ada ketika dia memakai pakaian punjabi dan seluar nya amat nipis hingga menampakkan bentuk kaki. Apakah hukum mengenakan baju punjabi?
bismillah. izinkan saya cuba menjawab soalan ukhti.
1. seeloknya kita perlulah menjaga waktu solat kita. bagaimana kita boleh terlepas? itu salah kita. dan Allah maha menerima taubat. tetapi satu inisiatif bagi kita apabila sudah kesuntukan masa, adalah solat sahaja walaupun sudah masuk waktu. itu tanda kita prihatin dengan solat kita. ia lebih baik dari tinggal solat terus.
2. mana2 pakaian yang jarang dan menampakkan bentuk tubuh, tidak boleh dipakai.
kalau ada salah silap, sy minta ampun.
Syukran ya akhi Syahirul untuk entri yang agak khilaf disini.
Rasulullah SAW pernah bersabda tinggalkanlah yang ragu-ragu bertepatan dengan hadith ini:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abu Thalib r.a. berkata:
“Saya menghafal dari Rasulullah s.a.w.: Tinggalkanlah apa yang engkau ragukan dan kerjakanlah apa yang tidak engkau ragukan. Sesungguhnya jujur itu menimbulkan ketenangan dan dusta itu menimbulkan kebimbangan”
(HR At-Tirmizi)
salam.bang kenapa lama senyap?rindu artikel-artikel baru.
then harap abang kupas sikit isu mengenai murtad di Malaysia yang semakin membimbangkan tapi tak ramai umat islam sedar akan bahayanya.
terima kasih.
salam…this is my first time viewng ur blog…sgt2 suker….kwn yg bg link suh tengok….n ape yg dishare disini sgt brmanfaat untuk stiap umt islam kt muka bumi ni…moga ALLAH mrhmati hidup kamu…
kalau dalam keadaan darurat tu macam mane?ingin tahu..:)
itulah..kekadang, bila ditegur. Tarik muka masam. Aku lepuk kang. Baru tauu..
assalamualaikum saya ingin bertanya bagaimana pula kalau seorang perempuan tinggal di asrama yang mempunyai penghuni perempuan yang bukan islam.ada tak rukhsah
perempuan islam tinggal bersama perempuan kafir, takde masalah dedah kaki..
bukankah aurat perempuan islam kepada perempuan kafir adalah sama seperti dengan aurat muslimat kepada muslim?
Salam.
Benar kata Saudari Munirah.
Buat Saudari Hasaniah.
Jika kita telah tinggal sebilik dengan mereka yang belum Islam.
Kita boleh menjaga aurat kita seperti mana kita dengan sesama wanita Islam, tetapi setelah kita yakin. Bahawa teman sebilik kita itu tidak akan menceritakan aurat kita dengan orang luar.
Wallahu ‘alam.
munirah: boleh rujuk jawapan ustaz azhar kat utube….ada kelonggaran bg wanita mslimat smasa di asrama dgn wanita non muslim
Assalamualaikum..
saya rasa kalau kita nak buat orang lain pakai stokin..kita yang kena mulakan dulu (beri contoh yang baik) ..
dan jika kita nak tegur juga, tegur lah dengan cara yang lembut,berhikmah,beri kelebihan berstokin tu dan sebagainya.. =)
Assalamualaikum wbt,
Sy tertarik dgn topik ini. Dan ada satu kemusykilan. Hrp sekiranya ada pendapat yg dpt dikongsi.
Kemusyilan sy adalah, menutup aurat mestilah tdk menampakkan bentuk tubuh. Tetapi jika memakai stokin masih menampakkan bentuk kaki.
Kdg kala sy bersolat menggunakan stokin tanpa memakai kain telekung. Soalan sy, adakah dibenarkan sedemikian?
Terima kasih.
tiada istilah ketat yang membentuk kaki setelah dipakai stoking.. istilah ketat hanya pada tubuh badannya iaitu dari pada badan, hingga ke pergelangan kaki..
terima kasih
Masih ramai wanita yang tak mahu menutup kaki…..
“”"Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:……..”"” (Seperti petikan di atas tadi)
Al-Quran dan Hadith…. follow…
LMAO…
alhamdulillah saya masih berkemampuan untuk menutup aurat…terima kasih atas perkongsian ini,
salam ‘alaik.
Pandangan ini merujuk kepada pndangan peribadi ataupun dari mana2 kitab?
hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang berbunyi :
” قلت يا رسوا الله اتلى المرأة درع وخمار فى درع وخمار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى ظهور قدميها ” – رواه ابو داود
Yang bermaksud :
“Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju labuh dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup labuh sampai menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud
Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
” لا ينظر الله إلى من جر ثوبه خيلاء . فقالت أم سلمة : فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال : يرخيت شبرا. فقالت : إذا تنكسف إقدامهن ؟ قال : فيرخينه ذراعا لا يزدن عليه ” – رواه الترمزى
Yang bermaksud :
“Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh megah. Lalu Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan hujung (pakaian) mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal. Kata Ummu Salamah : Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. : kalau begitu, mereka perlu melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis riwayar al-Termidzi.
banyak hadith yang menyokong kaki adalah aurat yang wajib ditutup.. pendapat imam hanafi ada dua, yakni kaki itu aurat dan kaki itu bukan aurat berpandukan kepada ulasan2 yg panjang pernah dibahaskan, ia adalah pendapat minoriti, namun jumhur ulama’ kata kaki adalah aurat seperti mana dalam solat wajib tutup kaki..
Info yang sgt berguna…terima kasih atas peringatan…
salam, pernah terbaca satu artikel yg kate ade dua mazhab katakan yg kaki bukan aurat bagi mazhab tersebut,.tp yg pasti bukan syafie la. lepas tu ustazah tulis artikel tu kata harus memilih yg mana,, sampaikan ada org yg baca bersama saya kata, oh jadi x dosa la kalaw x tutup kaki,. saya jd confuse, tp x nk la tinggalkn stokin . cuma ingin tahu, boleh ke kita ikut mazhab lain dalam sesetengah perkara?
ilmu masih rendah. syukran
saya lihat ramai ustazah tak pakai stokin kaki, oleh sebab itu, saya juga tidak berstokin sebab tak tahu apa hukum sebenar memakai stokin ini.
kalau pakai kasut bertutup penuh tapi tak pakai stokin, boleh ke?
kalau pakai kasut tutup depan dan kain atau seluar labuh menutup atas kaki, maka boleh tak pakai stoking, tapi kalau tak tutup, maka kena pakai stoking.. ustazah2 tak semestinya mereka faham agama..
Assalamualaikum wbt.
Bagaimana pula dengan aurat pergelangan tangan bg wanita yg sibuk memasak atau berniaga dan selalu terdedah dgn persekitaran basah?ada rukhsah tak di stu.jazakaAllah khair.
alam. ada. untuk yg benar2 memasak atau basuh pinggan, atau berurusan dgn kerja2 dapur yg basah, tapi rukhsahnya sehingga tak lebih dari siku..
artkel yg sgt bagus..pohon share ea
As-salam…mahu bertanya, pergelangan tangan atau TELAPAK TANGAN seperti dalam hadis sahih tu ya?
salam. tapak tangan ya, pergelangan tangan pun ya..
terima kasih
Assalamualaikum
nak tanye, kalau pakai stokin yg warnanya seakan-akan kulit, itu pun kire menutup aurat ke? sebab kalau tengok sekali lalu tak nampak macam pakai stokin..
saya bersetuju dgn asyila .
ada juga yg pakai stokin seakan-akan warna kulit . sy rs sy pernah terbaca mengenai pemakaian baju inner adalah haram sekiranya warna sama seperti warna kulit .
adakah ia sama dengan hal ini?
salam,,,mohon share ye…=)
artikel yang amat bermanfaat..mohon share..syukran..
salam,,rukhsah mgnai aurat kaki dan pergelangan tgn ada hadis sahih ke?
Assalamualaikum, satu perkongsian yg baik…mohon share ye…
Salam..terima kasih atas perkongsian..nak tumpang tanya..kalau kain/seluar yg dipakai labuh sehingga menutupi pergelangan kaki tapi masih nampak lah kaki kalau pakai selipar/kasut..cuma pergelangan kaki memang tak nampak..jadi tak apa ke kalau tak pakai stokin? sbb kadangkala kaki saya merah berbintik2 dan gatal2 bila memakai stokin tapi saya akan pakai juga bila boleh…cuma bila dah mula berbintik, terpaksa tidak pakai…tapi rasa bersalah pula..mcm mana ya?
nk tnye ni..lau kaki kte selalu basah disebabkan penyakit,,adakah wajib memakai stoking??tlg explain
salam alaik.
kalau saya google berkenaan rukhsah aurat wanita di dapur, semua link akan memberitahu sumbernya dari sini.
jadi saya ingin bertanya.
boleh akhi nyatakan di sini mana dalil-dalil rukhsah tersebut, seperti menyinsing lengan tidak sampai ke siku dan kaki kalau sibuk di dapur?
benar, dalam keadaan begitu memang sukar utk menutup aurat. tapi saya masih belum menemui dalil yang sahih mengenai rukhsah tersebut.
mohon akhi boleh kongsi di sini.
mohon share..terima kasih..
Mohon share