Persoalan: Aurat kaki wanita & Menyeret pakaian labuh

aurat-kakiMelabuhkan pakaian menutup punggung telapak kaki

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa menjulurkan kainnya dengan rasa sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” Ummu Salamah bertanya: “Lalu apa yang harus dilakukan kaum wanita dengan dzail (lebihan kain bahagian bawah) mereka?” Beliau menjawab: “Mereka boleh memanjangkannya satu jengkal (iaitu dari tengah-tengah kedua betis, ada yang menyebutkan: dari kedua mata kaki).” Ummu Salamah bertanya lagi: “Kalau begitu punggung tapak kaki mereka akan terlihat!” Beliau bersabda: “Mereka boleh memanjangkannya sehasta, dan jangan lebih.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1653, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 4259)

Dalam hadis di atas disebutkan adanya rukhsah (keringanan) bagi wanita untuk melabuhkan pakaian dan menyeretnya ketika berjalan, kerana hal itu lebih mudah menutup aurat mereka.

Imam Al-Baihaqi berkata: “Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa kaum wanita wajib menutup kedua punggung telapak kaki mereka.” [Asy Syaukani menyebutkan hal serupa itu di dalam kitabnya Nail Al-Authar (11:59)]

Pakaian yang labuh hingga menyeret di tanah

Imam Malik dan ulama’ hadis lainnya meriwayatkan dari budak wanita milik Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf, bahawa dia bertanya kepada Ummu Salamah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang kain bajuku memanjang ke bawah, dan aku berjalan di tempat-tempat kotor.” Ummu Salamah menjawab bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ia (bahagian bawah kain) akan disucikan oleh tanah (yang dilalui) setelahnya.” (Sunan Abu Daud, no. 326, Sunan At-Tirmidzi, no. 133, sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 524, Muwatha’ Malik, no. 41, Musnad Ahmad, no. 25283)

Diriwayatkan juga dari seorang perempuan dari Bani Abdil Asyhal, dia berkata: “Saya pernah bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya jalan yang kami lalui menuju ke masjid kotor (bernajis), maka bagaimana yang kami harus lakukan apabila hari hujan?” Beliau bersabda: “Bukankah sesudah jalan (yang kotor itu) ada jalan yang lebih bagus (suci)?” Saya menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Maka tanah di jalan yang kotor tadi akan disucikan oleh tanah di jalan yang suci.” (Sunan Abu Daud, no. 327, Sunan Ibnu Majah, no. 526, Musnad Ahmad, no. 26181)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*