Author Archives: admin

Apakah kamu diutus kepadaku sebagai pengawas?

Setiap manusia pasti akan melakukan dosa kecil mahupun dosa besar kecuali para Nabi dan Rasul yang maksum. Oleh kerana itu kita perlu ada sifat ihsan sesama makhluk Allah Taala dengan selalu memberi harapan bahawa adanya jalan keluar dari segala dosa dan kemaksiatan yang dilakukan mereka. Janganlah kita menjadi penghukum dan mengambil alih kerja Tuhan dalam menentukan dosa pahala atau seseorang ... Read More »

Poligami: Tak minat ke?

TAK MINAT KE? Sang faqir seringkali diajukan oleh sahabat-sahabat, kebanyakannya dalam bentuk gurauan, dengan soalan; “Bila hendak tambah cawangan lagi? Kalau ada 2 mudah uruskan urusan…” Lazimnya sang faqir akan tersenyum sahaja. Adakala ada dari kalangan sahabat begitu bersungguh untuk berpoligami dan kalimat yang sering mereka garistebalkan adalah Sunnah, sang faqir akan soalkan semula, “Berapa banyak sunnah Sayyiduna Rasulullah Shallallahu ... Read More »

Persepsi: Jubah, Serban, Tudung Labuh, Niqab

PERSEPSI Berjubah besar, serba hitam, bertudung labuh dan memakai niqab. Apatah lagi melihat suaminya pula memakai jubah, berkain pelekat dan berserban. Apabila di mata masyarakat, kebanyakan (bukan semua), persoalan dan jawapan yang keluar dari corak pemikiran mereka adalah : “Awak pengikut arqam ye dulu?” “Awak Jemaah Tabligh, kan… Selalu keluar ke mana?” “Jenis pentaksub puak Ya hanana tu…” “Dah macam ... Read More »

Doa dalam permusafiran

Sebelum musafir, bacalah doa seperti yang dibacakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu supaya aku tidak sesat atau disesatkan, aku menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atas diriku.” (Sunan Abu Daud) Ketika berada di atas kenderaan dan sebelum memulakan perjalanan, maka bacalah: “Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci ... Read More »

Taubat wanita cantik

Seorang wanita muda dan cantik dijanjikan wang sebanyak seribu dirham jika dia mampu menggoda seorang ulama’ Kufah yang zuhud bernama Rabi’ bin Khuthaim. Wanita itu menerima tawaran tersebut lalu berhias secantiknya. Dia memakai pakaian terbaiknya dan mengenakan minyak wangi paling harum. Apabila ulama’ itu keluar ke masjid, wanita itu menghalangnya di tengah jalan lalu membuka tudungnya dan mempamerkan kecantikannya. Ulama’ ... Read More »

Perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!

Suatu pagi, seorang lelaki pergi memburu mencari rezeki yang halal. Namun, sudah hampir malam, dia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Lalu dia berdoa sepenuh hati: “Ya Allah, anak-anakku menunggu dengan kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan.” Tidak lama setelah berdoa, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Dia pun bersyukur ... Read More »