Author Archives: admin

Nabi Musa tidak dapat melihat hikmah perbuatan Nabi Khidir

Pagi ini saya mendengar radio Ikim.fm di dalam kereta setelah selesai bersarapan pagi, panelnya Ustaz Syed Mohd Norhisyam yang bercerita tentang hikmah, yakni suatu perkara yang berlaku ada sebab musababnya dari Allah Taala. Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya dan Allah tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Ustaz bercerita tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang pernah saya baca ... Read More »

Hikmah: Mati kemudian tetapi masuk syurga terlebih dahulu

Diriwayatkan oleh sahabat Nabi bernama Talhah bin Ubaidullah, dia berkata: “Dua orang laki-laki dari Baliy datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan masuk Islam. Salah seorang dari keduanya lebih semangat berjihad dari yang lainnya, kemudian dia (orang pertama) pergi berperang sehingga dia menemui syahid. Sedangkan orang yang kedua masih hidup hingga setahun setelahnya, lalu dia meninggal dunia. Kemudian aku bermimpi ... Read More »

Kewafatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

12 Februari 2015, hari Khamis, malam Jumaat, jam 9:40 malam, maka diutuslah Malaikat Maut kepada seorang Tuan Guru di rumahnya untuk bertemu Penciptanya. Tamat sudah umur selama 84 tahun yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada Tuan Guru. Terlalu ramai manusia bersedih, berdukacita dan menangis apabila mendengar khabar berita ini. Seorang guru agama yang juga dianggap seorang ulama’ ini wafat membawa ... Read More »

Sa’ad bin Mu’adz: Kewafatannya menggegarkan ‘Arasy Allah

Sa’ad bin Mu’adz adalah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan kaum Ansar di Madinah yang menyintai dirinya berada dalam medan jihad. Jabir bin Abdullah pernah meriwayatkan ketika kewafatan Sa’ad bin Mu’adz, dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jenazah Sa’ad bin Mu’adz berada di antara mereka (para Malaikat) membuat ‘Arasy Ar-Rahman bergegar.” (Sahih Bukhari, no. 3519, Sahih ... Read More »

Larangan mentertawakan orang yang kentut

Sudah menjadi suatu kebiasaan dari dahulu hingga kini apabila seseorang itu terkentut maka dia akan ditertawakan dan diejek oleh orang-orang sekelilingnya, walaupun itu bukan kemahuannya untuk kentut di hadapan mereka. Kentut adalah suatu angin yang semulajadi keluar dari dubur seseorang atas banyak sebab, maka tak wajar seseorang itu ditertawakan atau diejek apabila dia terkentut. Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga ... Read More »

Wali Fasik: Kekasih Allah dari kalangan orang berdosa

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam. Allah berfirman: “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang ... Read More »