Author Archives: admin

Al-Jassasah: Mata-mata si Dajjal

Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais, dia berkata: “Aku mendengar penyeru Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyerukan solat jemaah. Aku keluar ke masjid lalu solat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku berada di saf kaum wanita yang berada di belakang kaum lelaki. Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyelesaikan solat, beliau duduk di atas mimbar dan beliau tertawa, beliau bersabda: “Hendaklah setiap orang ... Read More »

Kita masuk syurga hanya kerana rahmat Allah

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja ... Read More »

Mahsyar: Manusia memohon syafaat para Nabi

Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda: “Aku pemimpin anak cucu Adam pada hari Kiamat dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri, ditanganku ada bendera pujian, dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri, dan tidaklah seorang Nabi pun selain Adam kecuali berada di bawah benderaku ketika itu, aku adalah orang pertama yang bumi dibelah untukku, dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri.” Beliau bersabda lagi: ... Read More »

Rahib mengetahui Rasulullah bakal menjadi utusan Allah

Diriwayatkan oleh Abu Musa, dia bercerita tentang kisah sebelum diutusnya Rasulullah sebagai Nabi: “Abu Talib dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju negeri Syam (untuk berniaga) bersama dengan pembesar-pembesar Quraisy. Setelah beberapa ketika mereka singgah dan berhenti dari perjalanan, tiba-tiba seorang Rahib (Nasrani) keluar hendak menemui mereka, padahal sebelum daripada itu, rahib tersebut tidak pernah keluar walaupun ada serombongan orang ... Read More »

Lelaki yang dibakar jenazahnya oleh anak-anaknya

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu ‘anhu, dia bekata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan mengenai seseorang di zaman dahulu atau orang sebelum kalian telah masuk ke dalam syurga sedang dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun. Allah telah mengurniakan kepadanya harta dan anak. Menjelang wafat, dia berkata kepada anak-anaknya: “Hai anak-anakku, bagaimana keadaanku selaku ayah bagi kalian?” Anak-anaknya menjawab: ... Read More »

Sahabat Nabi bermimpi tentang akhirat

1. MIMPI ABDULLAH BIN SALAM Diriwayatkan oleh Kharasyah bin Al-Hurr, dia berkata: “Saya pernah duduk pada suatu halaqah di dalam masjid Madinah yang dikelolakan oleh seorang syeikh yang berpenampilan menarik, iaitu Abdullah bin Salam, yang dia menyampaikan nasihat kepada para jemaah. Setelah Abdullah bin Salam berdiri, maka para jemaah berseru: “Siapa yang ingin melihat seseorang yang termasuk ahli syurga, maka ... Read More »