Author Archives: admin

Wafatnya Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Al-Hafidz Ibnu Kathir berkata: “Abu Bakar As-Siddiq meninggal pada hari Isnin pada malam hari, ada yang mengatakan bahawa Abu Bakar meninggal setelah Maghrib (malam Selasa) dan dikebumikan pada malam itu juga iaitu tepat lapan hari sebelum berakhirnya bulan Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah, setelah beliau mengalami sakit selama 15 hari. Pada waktu itu Umar menggantikan posisinya sebagai imam kaum Muslimin ... Read More »

Rasulullah melamar dan menikahi Aisyah dan Saudah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bernikah dengan beberapa orang wanita setelah kewafatan Khadijah binti Khuwailid. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bernikah dengan wanita lain untuk memadukan Khadijah, kecuali setelah Khadijah meninggal dunia.” (Sahih Muslim, no. 4466) Di antara isteri-isteri yang pernah dinikahi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Khadijah ialah Aisyah binti Abu Bakar, ... Read More »

Zina: Beberapa kisah pada zaman Rasulullah

Di akhir zaman ini terlalu banyak kes penzinaan berlaku sama ada yang diketahui umum kerana tertangkap ataupun tidak diketahui umum yakni dilakukan secara sembunyi-sembunyi oleh masyarakat. Yang berzina secara sembunyi-sembunyi ini, Allah telah menutup aib mereka dan mereka pula tidak memberitahu akan perbuatan mereka kepada pemerintah untuk dihukum, maka sama ada mereka ini bertaubat lalu taubat mereka diterima Allah atau ... Read More »

Kewafatan Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha

Ummul Mukminin, yakni ibu sekalian orang-orang beriman, Aisyah radhiallahu ‘anha adalah puteri sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yakni Abu Bakar As-Siddiq. Dia adalah orang yang dicintai oleh Rasulullah di kalangan kaum Hawa dan ayahnya adalah orang yang dicintai Nabi di kalangan kaum Adam. Sahabat Nabi, Amru bin Al-Ash bercerita: “Saya menemui Rasulullah seraya bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang engkau ... Read More »

Ayat Kursi: Syaitan bocor rahsia kepada sahabat Nabi

Tersebutlah dua kisah yang seakan-akan serupa keduanya namun terjadi kepada dua sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbeza. Syaitan mendatangi mereka dalam rupa bentuk manusia lalu ditangkap oleh sahabat Nabi. Kemudian syaitan mengajarkan kepada mereka kelebihan ayat Kursi yakni surah Al-Baqarah ayat 255. Read More »

Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina!

Isu zina sangat sinonim terutama pada akhir zaman ini. Di mana-mana sahaja kini berlakunya kes penzinaan tak kira sama ada yang muda atau tua. Tak kurang juga kes rogol dengan kerelaan mahupun tanpa kerelaan. Zina yang besar adalah dari kemaluan, manakala debu-debu zina (zina kecil) adalah perbuatan dari anggota tubuh manusia itu sendiri. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi ... Read More »