
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati. Ikuti kisahnya.
Pada suatu hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana, dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang. Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.

Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan.
Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.










jin irfit pembantu nabi sulaiman? mksdnya jin yg baik la ek? tp nape terbakar?
@x-po, Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman
@syahirul, oh maknanya semua ikut cakap Nabi Allah Sulaiman la..i see.. baru faham, btw terima kasih..
suka baca entri2 macam ini…=)
@x-po, Tapi sehebat hebat ifrit, hebat lagi manusia yang memindahkan istana Balqis itu…
jin ifrit la y memindahkn istana balqis tu
x la.. manusia yang pindahkan istana permaisuri Balqis tuh…
xlah..bkn jin ifrit..tp seorg abid..
Ustaz Ismail Kamus – Mengenal Jin 3.mp3 >
http://goo.gl/euSi8
Kisah jin Ifrit dibunuh dengan ayat Kursi | syahirul.com…
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk…
oo..maknenye kalo ape pn terjadi, kite kene bace sampai abes la eks?
[...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, syahirul.com, Dauspozi, Muhammad Zaidi, mohd hafizuddin and others. mohd hafizuddin said: RT: @pge46: Updated: Kisah jin Ifrit dibunuh dengan ayat Kursi http://is.gd/cDvOU [...]
Salam. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri diganggu jin.. Semasa saya diganggu jin pun, sy mengamalkan ayat kursi. Tetapi SANGAT SUKAR UNTUK MENGHABISKAN AYAT YG TERAKHIR kerana di saat itu badan rasa terlalu panassss. Hanya mampu membacanya di dalam hati dengan jeritan! Lidah terasa keras dan kelu langsung tidak dapat menyebut apa. Tetapi, dengan rasa sakit yg amat sy ulang semula dan cuba sedaya upaya menghabiskan ayat terakhir itu. Apabila habis je sy baca ayat terakhir itu. Jin yang mengganggu serta merta hilang dan saya terus tersedar dari tidur..~ itulah bukti kehebatan ayat kursi DALAM HIDUP SAYA sehingga saat ini. Saya akui diri ini sering diganggu oleh makhluk ALLAH yang dijadikan daripada api itu. Entah bila akan berkesudahan..~
hope ia akan berakhir tak lama agi.. kuatkan semangat oke..
@Lady Nass, ayat Kursi ni adalah senjata untuk melindungi kita dari gangua syaitan iblis, tapi bacaan kena betul..
hmm.. rasa mcam biasa baca dah crita ni..
tp x pa bagi aku crita2 camni kalu baca selalu pun x pa aku x jemu… sebab dah minat aku baca artikel2 camni…
hehehe…
thanks bro..
erm aku baru perasan kat google dah byk cite2 mcm ni.. nanti aku nak tulis cite yg jarang org dengar la :P
salam..
pernah laluinyer jugak..
terkena gangguan ms nk tidu..
ulang ayat terakhit ayt kursi sebayak 3 kali…
barulah jin tu hilang dan xkacau dh…terngiang2 suare jin tu menjerit terbakar..
waallhualam..
sorang lagi menceritakan pengalaman.. bagus berkesan jua :P
aku biasa amalkan baca ayat kursi seblom tido.. insyaallah selamat dari sebarang gangguan time kite tgh tido..
fuh.. yeke anarm ko mcm tu, nanti nak tdo umah ko la :P
kalu baca yat kursi lepas solat,boleh lindungi semua orang yang berada dalam rumah tu……….bukan kite sorang….so sentiasa la kita amalkan eh….
erm satu kenyataan yg berguna..
@nur, betul…saye ni pun kadang-kadang terlepas nak baca, tapi bila ingat baca la, tak kisah sebelum atau selepas…
jangan nak tunggu bakar jin je..
amalkan tiap2 hari..
lepas solat.. sebelum keluar rumah dan sebagainya
Allah bagi kita 10 malaikat pagi dan 10 malaikat malam untuk jaga kita
efektif nya bergantung pada amalan dan iman kita
satu hujah yg bagus.. boleh diamalkan selalu
salam…..menjadi amalan saya membaca surah al-fatihah 1 kali, ayat kursi 1 kali, surah al-ikhlas 3 kali, surah an-nas 1 kali, al-kafirun 1 kali, al-falah 1 kali, setiap kali sblm tidor, sblm memandu kereta, dan setiap kali slps solat fardu. insyaallah kita akan dilindungi dr segala keburukan.
alhamdulillah masih ada yg mengamalkannya dengan telus.. moga yg lain dapat mengamalkannya jua..
Saya tau khasiat ayat Kursi dari ceramah dekat radio…lepas tu saya jadi berani, kalau nak tinggal sorang dalam rumah ke, jalan dekat lorong gelap atau bercerita pasal hantu, saya tak takut, sebab saya akan baca, dan baca ayat kursi ni…
bagus, amalkan selalu ye :P moga ia menjadi suatu ayat yg diamalkan oleh semua org..
en.syahirul,izinkan sy pinjam entry ni letak lam notes fb ye.nanti sy letak krdit tuk blog ni.
thanxs.
salam. boleh saya tau dari mana sumber ini, dan bole nyatakan sama ada ianya hadis atau apa2 saja riwayat yang menyatakan ianya sahih?
SubhanAllAh…
berdasarkn kisah ni, jin ifrit da mati ke?
jin ifrit bukan satu sahaja.. ada byk..
woaa.. syahrul..
keep it up bro.. bekerja smbil beramal..^^
jin bleh mti ke? stahu ak x
ke die trbkar buat slame2 nye?
jin dan manusia akan mati..
jin bukn x leh mati ker…………sbb depa jnji dgn ALLAH untk nyesatkn ank adam hngga kiamat………kan x3
itu iblis.. bukan jin..
sy nk berkongsi ilmu sket ye..
iblis tu jin laa..bangsa dari jin jgk..ada ayat dalam al-quran sebut dan iblis itu yang asalnya dari bangsa jin..tapi aku xingat ayat surah mana..az-zariyat ke ape..ak xingat..yg pasti iblis itu jin..dlu die sorang jin yg baik..kena bukak kitab balik..
jin xmati..sbb memang da janji die.. kalo die tbakar ble ad org bce ayat..memang die tbakar, tapi die akan idup balik.. tp idup dalam format lainlaa..misalnya, sebelum tu die dalam format anjing hitam, n ble die terbakar..dia akan hidup balik dalam format ular itam ke, asap itam ke..
agama hindulaa yg bawak kepercayaan jin..bile mati hidup balik, jadi lembulaa,ayam,itiklaa..dieowg panggil menda nie, ‘recarnation’. orang hindu tu kn sembah jin..
saudara syahirul da bagus buat kerja2 macam nie, tapi kena byk belajar lagi.. kena byk berguru lagi..tambahkan lagi ilmu di dada tu..
iblis memang dari kalangan jin. tapi jin dan iblis itu tidak sama. jin ada keturunan macam kita. mereka hidup dan mati mengikut apa yg telah ditakdirkan Allah. namun iblis sahaja yg dijanjikan Allah hidup sehingga kiamat. wallahua’lam..
mmg betul syahirul katakan.. selari dgn firman Allah iaitu tidak aku ciptakan manusia dan jin selain tuk mengabadikan diri kepada KU.
firman Allah lagi setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. jadi 2 makhluk ciptaan Allah ini adalah sama tujuan yang Allah ciptakan iaitu perlukan mengabadikan diri pada Allah dan kedua2nya bernyawa dan pasti merasai mati..
tapi atas kehendak tuhanlaa..kalo die nk sekor jin tu mati, matilaa dia… wallah’hualam..
saya setuju dengan syahirul..iblis dan jin adalah dua makhluk yang berbeza..saudara luq kena banyak buat rujukan lagi..
kalo yang macam santet ilmu hitam itu jin apa iblis apa syeitan ?
lalu jin/iblis/syeitan yang bisa membunuh manusia?
Terima kasih saudara syahirul atas artikel2 yg sgt berguna ni..walaupun ada ramai org yg sudah tahu tentang sesetengah artikel yang syahirul keluarkan tp masih ada yg baru kali pertama membacanya seperti saya..saya harap lebih banyak ilmu yg dpat syahirul post utk pengajaran kita bersama.. Assalamualaikum…
terima kasih untuk artikel diatas..
assalamualaikum.maaf nk tnye cikit..jin ifrit tu seekor ke atau merujuk stu kumpuln?
jin ifrit tu merujuk kepada kategori jin..maknanya jin ifrit tu byk…dlm cite ni salah sekor dari kategori jin ifrit ar..betulkan saya kalo sy salah..
Salam semua,
artikel yg bagus teruskan usaha anda.
hebat sungguh ayt kursi ini… pnglaman saya sndri diganggu mkhlus halus dua tahun yang lepas. semasa saya membaca ayt kursi ini mkhlus itu masih mengganggu tetapi sebaik sahaja saya hbis membacanya dengan izin Allah gangguan mkhluk itu tidak terasa lagi…. pengalaman ini berlaku berulang kali. sangat menginsafkan saya. Ya Allah berikanlah kami kebenaran dengan petunjukMu… Amin.
assalamualaikum.. sy nk minta copy citer ni boleh?