Bidadari syurga menurut Al-Quran dan hadith

On 24/06/2011, in Uncategorized, by admin

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

AL-QURAN

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)

HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

Video kuliyah mengenai bidadari syurga

Ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Walau bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan boleh membayangkan sesuai dengan rupa aslinya, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

 
 

48 Responses to “Bidadari syurga menurut Al-Quran dan hadith”

  1. question mark??? says:

    salam, sy nk tanye, kalau seorang pompuan tu meninggal sblom bkawen, adakah dye akan bersama bgn bidadara di syurga??

    • syahirul says:

      salam..

      tiada istilah bidadara syurga. jika perempuan yg belum kahwin di dunia kemudian meninggal dan masuk syurga, maka akan dinikahi dia dengan lelaki dari ahli dunia yang tidak berkahwin juga seperti dirinya di dalam syurga.

  2. lelaki says:

    terima kasih atas perkongsian artikel ini..

  3. Nur Islam says:

    SUBHANALLAH..hebatnya Allah..

  4. Ali ridha says:

    Bagaimana la nak dapat bidadari syurga.
    jika didunia sudah ada isteri.

    • Afif says:

      Banyak cara utk dapat bidadari, termasuk sedekah dan juga bangun sembahyang malam/tahajjud. Kalau di dunia sudah ada isteri, dan pasangan suami isteri itu dua-dua masuk syurga, maka isteri itu akan jadi ketua kepada para bidadari yg suami tu dapat.

      Mohon ditegur jika ada tersalah maklumat :)

      Wassalam.

  5. Syukran! Banyak betul encik Syahirul buat research semata-mata untuk mengemaskini blog ini. Keep up the good work.

  6. shahirah,shah says:

    kalau perempuan pulak cam ner….. ada bidadara utk kami????

  7. nur says:

    and kalau lelaki yang dah berkahwin,isteri mereka bagaimana?..dapat bidadari syurga juga kah atau isterinya yang akan menjadi bidadari?

  8. MashaAllah. Harap-harap kita terpilih untuk melepasi titian sirat pada akhirat nanti.

    Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
    (Muslim)

  9. sesuatu yg di syurga x pernah di lihat di dunia….fuuuu…..subhanallah….

    tp jgn terlalu mengharap or jdkan ni pemangkin…sbb sedar xsedar, or x islam jdkan mende ni bahan ejekan kite………sbb ade yg terlalu taksub nk imbuhan or balasan2 mcm ni……

    • jajar says:

      salah tu…..cerita syurga ni sebnrnya..mcm iklan yg di promotkn utk kita semua….bkn ejekan tpi iklan @ twarn…
      so sbb tulah ustaz azhar idrus katakn cerita ni mcm jgak dgn iklan…bezanya kita yg untung……

      • pilotHans says:

        hi jajar, u clearly misunderstood me. wonder if u have any non muslim friends around…

        setuju on the iklan part…but all we can do is try and do our best in our ways….

  10. lissa says:

    Membacanya sahaja membuatkan hati ni cemburu …semoga kita termasuk dlm golongan ahli syurga…amin

  11. ibnuahmad says:

    Satu informasi yang baik,buat kita meningkatkan motivasi menjalankan amal maaruf nahi mungkar..sungguhpun didunia berdakwah banyak halangan,akan tetapi di akhirat bnyak ganjaran dan kenikmatan.
    Tiada yang lebih indah di dunia dari wanita yang soleh dan bidadari di syurga.beruntunglah menjadi wanita yang menjaga akhlak,kehormatan didunia wlaupun masa kini perspektif terhadap wanita Muslimah dianggap kolot.

  12. Ya Rabb ampuni dosa-dosa kami jika kami terlanjur dari segala hal yang sengaja atau tidak sengaja. Ya Rabb telah Engkau sediakan segala macam kenikmatan Ukhrawi dari segala macam yang tidak kami ketahui. Maka ampunilah kami rahmatilah kami dan tempatkan kami dikalangan hamba-hamba yang mendapat redhaMu……amin ya rabbal alamin…..

  13. Khair Al-Imam says:

    tabik spring…..!

  14. humblerone says:

    tersengih pak cik dibuatnya…. patutlah seronok semacam jer ngaji surah arrahman and alwaqiah…surah bersebelahan lak tuh… adeh..macamana nih…disyurga takder orang tua2..habes pak cik camno nok buek?

    • Aswani says:

      pak cik..pak cik.
      nanti bila masuk syurga semua ahli syurga akan sama sahaja
      umurnya dan sebaya.

      semua orang yang skg atas dunia umur ada 60 tahun,45 tahun,11 tahun atau 5 tahun….nanti bila masuk syurga Allah buat semua umur mrk sebaya dan lebih kurang ajer.

      ini apa yang dikatakan oleh Rasulullah swt.

      kesimpulan artikel ni lelaki yang soleh atas dunia mmg dah ada bidadari tunggu di syurga.dan org perempuan xada bidadari.tapi mrk boleh jadi ketua bidadari2 tersebut dgn menjadi isteri solehah di dunia.

      maka di akhirat nanti bila suami isteri masuk syurga,suami akan dapat bidadari2 tadi dan isteri solehah tadi masih boleh jadi isteri kepada suami di syurga plus ada pangkat sebagai ketua bidadari tadi.

      subhanallah….

  15. Radhiatul Adawiyah says:

    ya mmg saya tidak dapat menggambarkan sejauh mana kecantikan bidadari syurga setelah mmbaca artikel ini….sesungguhnya hanya DIA yg Maha Mengetahui

  16. farrah says:

    subhanallah….

  17. Sabariah says:

    Macam mana kalau suami yang ada ramai isteri? isteri mana yang dapat bersama-samanya di syurga jika semuanya beramal soleh

  18. ash says:

    “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.”

    Allah… ana cemburu:(
    terasa diri kerdil…

  19. nurfatehah says:

    Ya Allah.. Eerrrmmmm ..hati dah rasa cemburu ni.. Di syurga ni takde kot perasaan cemburu2 ni kan.. huhuhuhu!!!

  20. Anwar Afiq says:

    apakah kelebihan ketua bidadari pada suaminya? tidakkah ada rasa cemburu? boleh ke ketua bidadari menjadi pelayan seorang?

  21. asma says:

    salam…hmmm hati ini terdetik rasa cemburu kepada para bidadari di atas sana,tapi saya mohon agar suami saya nanti berjaya mendapat bidadari,tetapi dengan satu syarat hanya saya yang akan menjadi permaisuri untuk suami saya walau di syurga.Para bidadari itu hanyalah pelayan-pelayan kami.Saya tidak mau berkongsi suami walaupun di syurga melainkan diri ini sudah menjadi kekasih mutlak kepada Ya Rabb dan hanya bersamaNya sahaja.Amin…Allah Maha Mendengar dan Mengetahui akn permintaan permintaan hambanya.Semoga niat di hati ini tidak mendapat kemurkaanNya. :love:

    • Pahlawan Tentera Islam says:

      Janganlah saudari khuatir dan cemburu kerana di dalam syurga nanti, saudari akan menjadi lebih cantik daripada bidadari-bidadari suami saudari dan di syurga kelak tidak ada perasaan yang negatif seperti cemburu or rasa iri hati kerana di dalam syurga nanti semuanya baik-baik. Dan ketahuilah bahawa di syurga nanti, jika suami saudari melihat saudari,maka akan lupalah suami saudari akan bidadari disekelilingnya kerana terpesona dengan kecantikan saudari..

  22. fahmi says:

    ya allah.ku dambakan nikmatmu di syurga kelak.
    bidadari bidadari,jadilah pendampingku~

    aaa,si isteri di dunia, apabila menjadi permaisuri di kalangan bidadari2 ni nnt.kecantikan dia akan mengalahkan sang bidadari sehinggakan, cantik mana bidadari di syurga itu nanti,si suami hanya akan nmpak si isteri sahaja yang plg cantik disampingnya..so jgnla risau..+ nnt di syurga tiada perasaan cemburu..
    peliharalah dirimu wahai sang isteri..jadilah isteri yang solehah.. ;)

    • zulfaqar(new comment) says:

      xsilap ade bace isteri yg solehah 700 kali ganda lebih cantik dari bidadari… btolkn klo salah..

  23. sham says:

    Assalamualaikum, izinkan saya share.

  24. lan says:

    maaf, bagaimana pula bagi lelaki yg syahid sblm berkahwin? bagaimana penjelasan syurga mengenai lelaki pula? mohon beri pendapat?

    • Pahlawan Tentera Islam says:

      Bagi lelaki yang meninggal sebelum berkahwin, Allah akan mengahwinkan akan lelaki tersebut dengan perempuan yang meninggal sebelum berkahwin..

  25. nizam says:

    Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan keindahan syurga yang tanpa dapat dibayangkan manusia. Maha Suci Allah dengan keagungan-Nya, kebesaran-Nya. Jika inilah keindahan nikmat syurga, bagaimana pula kehebatan nikmat yang paling besar sekali iaitu melihat Zat Allah yang Maha Agung..Subhanallah…Semoga kita semua diberikan rahmat untuk Melihat Zat Allah yang Maha Besar..amin..

  26. poji says:

    bgus blog nei. termotivasi dibuatnya

  27. Norman says:

    Assalamualaikum Syahirul,

    Harap dapat jelaskan hubungan anak2 dgn ibu bapa bila disyurga nanti. Adakah mereka ini masih mempunyai pertalian dgn ibu bapa mrk atau sebaliknya? Wassalam

  28. bukan bidadari(new comment) says:

    Allahurabbi mngalir airmata hamba ktk mbaca krn cemburu akn bidadari d syuga.btp ku redha didunia hdup bpoligami dn sabar juga tabah semata2 utk mdapat keredhaan Allah juga kbhgiaan diakhirat. andai xsll dpt bsama suami didunia ini biarlah ku dpt mjadi bidadarimu d syurga. ckuplah bkongsi didunia izinkan isterimu ini mjadi bidadari mu seorg dakhirat kelak. Allahuma Amin.

  29. andre(new comment) says:

    sunggUh KaU Maha BesaR Ya aLLah….

    gak kebayang masuk surga kaya gimana?

    gak mau berharap banyak….. q malu ma dosa2 Q….

    q cuma minta tambahkan dan kuatkan iman hambamu ini ya… allah

    (amin)

  30. mustaghfiroh(new comment) says:

    subhanaAllah……. aku ingin seperti Aina mardiyah

  31. perlu diingatkan(new comment) says:

    Perlu diingatkan dan ditegaskan lelaki sentiasa tinggi setingkat seperti kehendak tuhan. Tiada bidadara untuk wanita. Tetapi wanita yang matang dan faham akan nilai kehidupan dengan menerima kehendak tuhan, maka dia lebih diutamakan..

    Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog