Seperti mana yang semua tahu, dalam entri yang lepas aku ada tulis tentang gathering Gengblogger yang diadakan di putrajaya. Waktu tu ada seorang brader dari akhbar Kosmo! datang interview Ariffshah, Joegrimjoe dan juga Broframestone. Tiba-tiba hari ini aku dapat panggilan dari pakcik saudara (Encik Zawahir) yang kerja sama dengan aku di construction site dulu. Aneh juga sebab jarang dia telefon aku tambah-tambah lagi bila aku dah tak kerja di sana lagi.

Rupa-rupanya dia nak bagi tahu aku yang muka aku masuk akhbar Kosmo!. Aku agak terkejut kejap, aku fikir baru saja beberapa hari kami bergathering, tapi kejapnya dah masuk akhbar. Dulu gathering Nuffnang tak cepat pun macam ni, ambil masa lama juga untuk keluar dalam akhbar. Okey jangan buang masa, jom lihat gambar yang aku sediakan untuk entri ini.

Keratan akhbar Kosmo! 14 Julai 2010, muka surat 37…

Zoom sikit…

Okey, di atas ni macam tak cukup ramai, cuba tengok bawah ni…

Terima kasih kepada brader Kosmo! yang sanggup datang membuat liputan tentang gathering Gengblogger ini. Kami sebagai blogger picisan menghargainya.

Berbalik kepada tajuk entri ini, apabila wajah aku masuk akhbar, pasti ada yang memberitahu terus dengan menelefon aku sebaik sahaja membaca akhbar. Bukan seorang sahaja, malah beberapa orang. Aku hargai kerana mereka prihatin dan terus menelefon aku dengan spontan. Bukan sekali, tapi waktu gathering Nuffnang di Times Square dulu pun mereka telefon bagi tahu bahawa wajah aku terpapar dalam akhbar.

Moga aktiviti sihat seperti ini akan giat diadakan untuk memupuk semangat berblogging dalam hati anak bangsa. Dengar cerita gathering Gengblogger seterusnya akan berlangsung tak lama lagi dengan aktiviti main bowling.

Notakaki:

- Kredit gambar akhbar Kosmo! kepada Eyra dan Kak Jie.

- Rank Alexa blog ini semakin naik, iaitu 149,047.

Related Posts:

57 Responses to “Bila muka aku masuk akhbar, pasti ada orang telefon”

  1. FeezMior says:

    gambar feez jgk takde.. wakakka..tak smpt nk interpreme jd glamer kejap.. T___T

  2. Kujie says:

    he he he…. org femeslah kata, kan

    dalam berjuta rakyat malaysia, hari ni kita keluar paper..wahhh…masing2 serbu kedai beli kosmo

    • syahirul says:

      tu la kak jie.. bukan selalu ada peluang mcm ni.. abes la kosmo arini dek blogger beli.. hehehhee… :)

  3. ery farieha says:

    mase gatsby tu muka x masuk
    cisss

  4. Khai says:

    Abang, nak sign…. nak sign kat dada.. gyahahahahhaa!! menyempers..

  5. ariff says:

    heheheheheh..
    sebenarnya wartawan tu dah call hari ahad hari tu.
    saje senyap2.

    • syahirul says:

      dia kol kata hari ni publish eh? hebat2 ariff.. pasni lagi ramai gadis akan ke blog ko.. gyhahahahahaa :D

  6. GreenLava says:

    Wah…bertambah-tambahlah traffic GengBlogger

  7. Cik Nass says:

    Tahniah! Masuk paper! Semoga terus maju dalam dunia blogging.. :D tumpang gembira untuk kamu.

  8. wazy says:

    Tahniah la bro sebab masuk akhbar lagi,
    hehehe leh tumpang femes macam ni :)

  9. x-po says:

    perrgghh siap masuk paper lagi tu..mantap2..tahniah bro

  10. [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Shahir. Mohd Shahir said: RT: @judinbo: RT: @pge46: Blog Update: Kosmo! love Gengblogger http://bit.ly/bOM8t2 gyahahahahhahah~ [...]

  11. ezdevon says:

    wah,,,tahniah,,,,jd cover surat kba,,popular kjp,,hehhehe,,,kat sni tggalkn jejak tuk djejaki,,, :)

    • syahirul says:

      sila tinggalkan passpot dan wang sekali.. hehehe…

      bukan cover, but dalam surat khabar tu satu page aje :)

  12. myebuzz.net says:

    Bila muka aku masuk akhbar, pasti ada orang telefon | syahirul.com…

    Hari ini aku dapat panggilan dari pakcik saudara (Encik Zawahir) yang kerja sama dengan aku di construction site dulu. Rupa-rupanya dia nak bagi tahu aku yang muka aku masuk akhbar Kosmo!…

  13. nur hidayah says:

    feymes nye, nk autograf…

  14. eyriqazz says:

    wah,seronoknya masuk paper..saya pun bila first time masuk paper samsung corby pun dah ckup teruja walaupun masuk malay mail saje…hik3…

  15. hanz says:

    uummpreee….nice…glamorr desh kekekeke… =( aku nak g tapi x ader rezeki kan kekekeke

  16. azizan4444 says:

    klu aku yg temuramah artu aku da mskkan da name korang kat paper tu satu persatu..hahahaa :p

  17. apiih says:

    waaaa..femes la bro nih..huhuhu 8) 8)

  18. Azuan says:

    Wah.. hebat lah bro.. terus jadi terkenal..

  19. Luth Textile says:

    hebat2.. rasa tak layak pulak nak komen kat blog orang hebat ni :D =( =(

  20. RIS-IT says:

    Tahniah! Makin popular le korang semua dan juga komuniti geng blogger.
    Aku terpikir juga nak join komuniti ni tapi bila dipikirkan, sapalah aku berbanding blogger yg lain. Aku blogger kecil2an shj (hahaha… tau tak pe)

  21. dayah says:

    xsangka klua paper. kena frame ni paper kosmo dlm kenangan kan :)

  22. kulanz says:

    Memang seronok dapat kumpul ramai-ramai macam ni.. boleh berkenal-kenalan lagi..

  23. joegrimjow says:

    skrg alexa dah 147
    ;)

  24. zikri says:

    hebat komuniti nih… sampai kuar kat surat kabar….

  25. taca says:

    dasat ko pge…. weeyyy lama tak jumpe da bertunang ko ehhhh…

  26. Mr.Bintang says:

    phewiittt… jeles siot.. ekekeke.. :P

  27. nur says:

    huuh…best nya..best lagi kalu dapat join…. =(

  28. mrnamie says:

    waseh..macam artis la pulak selalu masuk paper.. hehe :)

  29. akuzle ayu says:

    wah… dah 2 akt. bloggers masuk paper… hebat!! taniah utk bro syahirul juger…. berjaya handle GB Gath tuh selaku ajk… n3 report juger besh d baca…..

  30. farah says:

    weee bestnyer dpt kumpul ramai2..ramai jugak yg pegi erk:)

  31. denaihati says:

    Aku memang tak ada harapanlah nak masuk surat kabar ni….

  32. [...] orang takkan tahu bertapa hebatnya blog kita bertapa glamornya kita di dunia internet melainkanlah mamat ni yang selalu masuk surat khabar! [...]

  33. atie says:

    hurmmm anda menutupi wajah ku yerp…hahaha

  34. dina says:

    ensem la ariff shah tu.
    hehe.
    ;)

  35. Dotdot Anne says:

    kalau sy pun prnah jugak….tpi scara tk sngaja! kwwkwkwk :aie:

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress主题
Page 1 of 11
Premium WordPress Themes