Dedah aurat: Alasan yang biasa didengar

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

———

Dengar kuliyah mengenai aurat:

Part 1 – Part 8
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961535046584
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961538086660
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961541166737
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961546086860
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961548806928
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961553647049
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961558447169
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1961563247289

54 comments

  1. Em, satu artikel yang cukup lengkap! Memang tiada alasan bagi seseorang itu untuk meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Segala apa yang diperintahkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri..

  2. Mengikut hadis di atas, sukacita saya simpulkan bahawa seseorang itu perlu bersyukur dengan nikmat yg diterima, dan berusaha mengerjakan ibadah sebagai saham di akhirat..

    thanks for this info~

  3. Alhamdulillah..bertambah keinsafan
    minta izin share dlm blog sy ea.. 🙂

  4. terima kasih utk artikel ni..
    sangat bagus untuk dibaca, direnung2kan

  5. kebanyakan artis pun memerlukan keikhlasan utk btudung skrng…walhal tu perkara wajib. 😐

      • Bukan soal bertudung sahaja yang perlu d ambil kira..Yg wajibnya “MENUTUP AURAT”..Bertudung sahaja bukan dikira menutup aurat..Bertudung yang bagaimana..?Memakai pakaian yg bagaimana..?Bahagian mana yang perlu ditutup..?Yang mana boleh dinampakkan..?Hiasan yang bagaimana..?Dan bnyk lagi..

        Sekarang ni,ramai yang bertudung,tapi masih ramai yang tidak menutup aurat..Moga Allah beri taufik dan hidayah pada sy dan sekalian ummat utk melaksanakan segala perintah ALLAH SWT dan meninggalkan laranganNYA..Mngikut cara Nabi Muhammad SAW..Amin ya RABB..Wallahua’lam.. =(

  6. bertudung bukan hanya di rambut

  7. x suka dgr jawapan artis..asyik2 ckp biar la smpai seru dulu..

  8. A: Kenapa tak pakai tudung?
    B: Alaa.. macam la pkai tudung bagus sangat, even ustazah yg pkai tudung labuh ke lutut pun kena tangkap khalwat.

    Konklusi: nanti hari perhitungan, jawab kat Allah macam tu jugak lah yek.

    ~ selalu sangat dgr org jawab macam tu… haih… asyik nak tunggu hidayah je… klau x cari, mana nk datang..

  9. Alhamdulillah. Rencana yang cukup baik. Mohon izin untuk menggunakan sedikit content untuk masa hadapan kelak. Hanya sekadar menyebarkan perintah Islam yang Ad’din. Insyallah.:)

  10. alhamdulillah.. aza suke baca artikal cam nie.. wanita zaman sekarang remaja terutamanya bnyak yg memandang remeh tntang hal nie… malah ada yg jadikan tudung hanya sekadar fation untuk megikut peredaran zaman… za harap lepas ni bnyak lagi artikal2 yg menarik .. dan za ingin meminta kebenaran tuk copy n sebarkan pasal nie .. boleh ??? 😉

  11. sekarang ramai muslimah yang bertudung. tp sayang tudung dijadikan sebagai perhiasan, bukan untuk menutup perhiasan.bertudung tp ketat (tudung sendiri pon dah ketat sampai nampak bentuk telinga dan leher) jarang dan singkat. dipadankan pula dengan baby-T dan legging. apa maksud menutup aurat? adakah dengan bertudung saja seorang wanita sudah dikira menutup aurat?
    :bloody: :bloody: :bloody:

  12. manusia sentiasa ego. hanya mahu menang walaupun mereka tahu menutup aurat itu wajib dilaksanakan. sentiasa mencari alasan yang menunjukkan mereka benar sedangkan mereka dijalan yang salah. sama juga seperti solat. mereka tahu solat itu wajib, tetapi masih ramai yang tidak menunaikannya. semoga mereka ini diberikan taufik dan hidayah serta membuka hatinya ke jalan Allah SWT. insya-Allah.

  13. terima kasih atas perkongsian ini.sangat2 berguna sbb remaja sekarang ni biler ditegur ada jer alasan nye..so skrg kite da ade jawapan atas semua alasan diatas..alhamdulillah.

  14. sangat setuju dengan artikel ni. sangat bagus untuk renungan. tiada alasan untuk tidak bertudung bagi kaum hawa yang mengaku dirinya beragama ISLAM… ianya WAJIB. dengan bertudung setidaknya menjaga dan mencegah kita dari membuat perkara yang tidak elok atau meyimpang dari landasan agama. mudah2an menjadi pedoman dan pegangan buat semua muslimah dan diri sendiri tidak terkecuali.. amin.

  15. assalamualaikum…
    mmg benar seperti article tersebut…dulu sy juga berpendapat seperti itu…tapi insyaallah…berubahan hanya dari allah kini dan selamanya..
    tetapi sy musykil sebab mmg ada…
    walhal bertudung labuh,…tapi melempaarkan penghinaan pada saya dulu..bukan dia mahu menegur…
    malangnya sikapnya sendiri..berpacaran dan berpegangan tangan sesama pasangannya…saya diamkan semuanya..dan pendam….bagaimana ya keadaan itu…sedangkan sy sendiri menjaga batas walau tidak berhijap pada waktu itu..
    sedeh kan…:(

  16. kan Allah pencipta kita,dia tahu apa yg terbaik untuk hambanya..

  17. artikel yang mantap…
    semoga menjadi iktibar pada semua..
    puas dah nasihat tapi macam2 alasan diorg bg

  18. salam singgah… aku sangat suka dengan artikel ini… cukup terang dan cukup lengkap… memang tiada alasan lagi… terima kasih banyak2…

  19. sy pn stuju.cuma sy nk perbetulkn sdikit.. “aurat” dlm erti kata sebenarnya bukan hny bermakna jikalau sesorg sudah dengan bertudung, sudah menutup aurat..sbnrnya tidak ckup. bgaimana jika mmakai tdung ttpi berbaju sendat,,itu x bermakna tlh mnutup aurat…sbb sy tgok artikel ini hny mnyentuh mgenai bertudung sje sbg aurat. ape2 pn..slmt berdakwah. Wallahua’lam. 🙂

  20. dulu pernah sound beberapa perempuan, tapi macam biasa, alasan yang sama..entahla. aku dah wat apa yang patut, kalau maki yang aku dapat, aku nak wat camana. Sabar ajela..

  21. Assalamualaikum…
    Pernah gak la tnye beberape kengkawan lelaki yang agak2 nakal (cam saye gak)..kalau kawin korang nak gadis yg mcm mane??? walaupun kitorang agak nakal sket, tapi rata2 nak yang BERTUDUNG…manis je…tapi tak nak yang BERTUDUNG tapi pakai t-shirt lengan pendek ngan seluaq ketat…waaaa…

  22. subhanallah … minta share .. lagi satu kalau tidak keberatan .. boleh tak keluarkan artikel tentang couple ?

  23. saya ingin menambah, dalam satu hadis rasulullah dari buku 50 wasiat Rasulullah kepada wanita: tidak diterima solat wanita yang sudah baligh melainkan mereka menutup aurat mereka..

  24. artikel yg baik dan berinformasi.
    mintak kebenaran nak share ye…. :((

  25. tepat n padat! mmbuat kan kt tfkir stp pe yg kt lihat dlm dunia ni…mcm2..

  26. aurat adalah perbezaan antara islam dan kafir… 🙂

  27. mohon keizinan utk share…

  28. mohon share yer. nice info 🙂

  29. sangat setuju dengan artikel ni..
    mmg inilah alasan klise yang selalu diberikan remaja zaman skrg bila berckp tentang tudung / menutup aurat..

  30. Betul sgt, yang lelaki pon setuju. Tapi isu ini perlu dialihkan kepada yang lelaki juga. Isu pakai seluar pendek yang bagi mereka hanya perkara ringan.

    Isu Pemakaian SELUAR PENDEK kenape tidak selalu kita dengar? Renungkan lah kepada lelaki yang hanya selalu menyalahkan golongan perempuan.

  31. topic yang best…soalan yang no4 tu paling best…jawapan yang di beri pun best.. (saya tau hari itu akan tiba tapi bukan sekarang)..kalau sebelum hari itu akan tiba tapi maut yang lebih dulu menjemput mcm ner..?

  32. Assalamualaikum…terima kasih atas artikel yang bagus ini…walaupun saya bertudung, saya masih rasa kekurangan selepas membaca artikel saudara…terima kasih banyak-banyak…=)

  33. asalamualaikum..
    minta izin share ye.tq.

  34. mohon share yek..tenkiu’

  35. terbaik la bro..nampak ketegasan di dalam teguran tersebut… mantap!!!

    KLO BOLEH NK SHARE JUGAK..BLEH X?

  36. kalau orang tau kita tak sembahyang mesti kita malu..kan??
    tapi bila kita tak tutup aurat kenapa takdak rasa malu sedangkan tutup aurat tu wajib macam sembahyang jugak..

  37. susah skrg, ramai sgt wanita2 leni open minded habis di opennya..terutama artis..time ada kematian pandai pulak bertudung dgn pakej spek mata hitam besar..fesyen plok dah…

  38. terima kasih untuk artikel ini..
    perempuan di luar sana,renung2 kan lah..

  39. memg byk alasan yg selalu diberikan..adakalenye shgga sy terkelu..mcmnilah pd rakan2 diluar sne..bak kate pepatah,jika ada kmahuan disitu ade jln..tp kalau xnk bermacam2 alasan..emm

  40. Terima kasih atas artikel yang benar..mintak share di blog saya

  41. Setiap leleki muslim gak tahan jika melihat wanita seksy tanpa jibab,syawatnya terus tongkat kelangit…?seperti nabi Muhammad saat masuk kerumah Zaid saat itu Zaid gak dirumah, begitu pintu terbukah mata nabi melotot karena melihat tubuh Zaineb yang seksy lalu nabi berkata;

    Kemuliaan bagi Allah SWT yang dapat membalikan hati manusia, lalu dengan dalih penipuan wahyu tarun agar nabi dapat nikahih istri Zaid….kisah sejarah nabi cabul Muhammad yang dipujah umat muslim

  42. apa hukum berdoa tapi x tutup aurat?

  43. Julia: membandingkan diri kita lebih baik dari org lain tu kan satu contoh sifat angkuh kepunyaan syaitan laknatullah sewaktu dia membandingkan kejadian Nabi Adam as & dirinya…ingat selalu bahawa tidak akan masuk syurga kalau dalam diri sorg hamba itu terdapat sifat angkuh walau sebesar zarah…jln menuju takwa mmg bukan mudah..mesti kita ingat selalu syaitan sgt licik dgn teknik bisikannya…dia juga mmg telah bersumpah depan Allah SWT akan sentiasa menjebakkan manusia kejurang neraka bersama-samanya melainkan hamba yg ‘mukhlisin’ hamba Allah yg ikhlas..fahami erti keikhlasan yg sebagaimana Allah redha dgn kita..sesungguhnya itulah sebesar-besar perkara yg perlu kita fikirkan setiap masa…

    Mr Nunusaku: mmg suatu perkara yg aneh jika lelaki melihat wanita yg seksi dan tidak merasakan apa-apa perasaan..mungkin dia x cukup naluri kelelakiannya?

  44. 😉 terbaek ! huhu .

  45. info yg bagus.. sy juga dah tutup aurat..tudung kain jarang, baju ketat & seluar sendat dah tak pakai. skrg pakai tudung labuh. nak jaga aurat betul2..smua gambar2 dalam internet/facebook yg mdedahkan aurat dibuang..cume sedih je sebab ade lagi kawan2/adik bradik yang upload gambar gmbr lame sy yg terdedah aurat..nak tegur tp macam berat sgt..bila diorang tagged nama saya, saya terus remove untagged..rase sangat tak selesa..saya baru je kawen…tak mau la suami saya menanggung dosa saya.. :oups: :oups:

  46. untung asben meemee….saya ni baru jer belajar nk menutup aurat dgn sempurna, selama ni tutup tp tak sempurna…semoga Allah bagi kekuatan padaku yang lemah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*