Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memujiNya atas segala nikmatNya dan saya berdoa kepadaNya tambahan kurniaanNya dan kemurahanNya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Tapi, setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis. Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam, saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah SWT ampuni saya atas segala apa yg saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian.
Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dlm tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi.
Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yg punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorang. Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah, saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah SWT. Tapi semua yg terjadi telah ditakdirkan, dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah.
Demi menjaga maruahnya, cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yang berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm, hanya Allah SWT dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya. Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia, kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, dan sememang jahanam si syaitan durjana itu kerana dia telah menghembuskan api cinta dalam hati saya untuk dirinya. Iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji.
Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul, tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu. Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik, walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yg batil tetap batil. Yg haq tetap haq. Allah swt pernah berfirman:
“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)
Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan. Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya.
Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya, kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.
Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah SWT mengurniakan hidayahNya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yg saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu. Hanya untuk Allah SWT, Pemilik Cinta Teragung dan rasulNya. Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah SWT dan dengan dia sekali. Dia telah banyak menyedarkan saya akan hakikat cinta itu yg sebenarnya. Hakikat cinta yang sejati hanyalah Allah SWT.
Kini, untuk kembali mencari keredhaan dariNya saya tinggalkan cinta di hati saya ini untuk Allah SWT. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya. Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu, tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaanNya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri. Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yg buat saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Kini, segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, dairi saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja, saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa? TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yang berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.
Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya, dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Ilahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami. Tidak..!! Haram untuk seorang muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun, dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah SWT di hati saya dan biarlah masa yang tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan. Cukuplah setakat disini dulu. Saya sudah “letih” dan “penat” dengan semua yang terjadi ini.
Perasaan saya di hati ini saya tidak akan lawan kerana saya takut jika saya lawan satu hari nanti ia akan pecah. Jadi , adalah lebih baik saya kawal dulu perasaan ini. Satu hadith ada menyatakan..
“Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”
Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yg halal bagi saya.. Bi idznillah. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya. Mohon doakan saya ya..
Wallahu’alam.
Nota: Artikel ini adalah sebuah artikel yang diberi oleh salah seorang sahabat aku melalui email. Terima kasih Nurul.










salam. gambar tu………..
macam gambar member saya je…….
amik kat mana ni?????/
google image…
gadis solehah idaman para jejaka~ moga anda dpt pasangan yg di idam2kan…
uikkk guna mask pun boleh cam ke :P
sy sgt terhru dengan artikel tersebut… tq 4 sharing
[...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, syahirul.com. syahirul.com said: Demi CINTA, aku tinggalkan cinta: Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam… http://goo.gl/fb/I05LN [...]
siapakah..
xD
Mukhlis sadiqy…..cantik nama nih.
sangat cam… huhuhu
dulu rasa pernah simpan gambaq nieh..
aku pun di dalam dilema macam ni juga
haizz bila difikirkan balik,macam tak bererti je asyik bercinta ni
xlah.cinta ni ada ertinya juga..walau disekat perasaan cinta tu, apabila ianya hadir, kita tetap akan menerima.xcaye?… ttttuuuuuuuuunngguuu,…
nak copy ayat nih “Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal” boleh x?
mamat ni sumpah bengap..mennyusahkan hidup
setuju..kihkih..
bagus betul syahirul..
awak telah melakukan satu perkara yg berat tapi amat tepat tindakannya..
apabila kita ingin berubah InsyaAllah, Allah akan membantu…
teruskan mencari cinta Ilahi yg kekal abadi…
Luahan hati yang sangat menyentuh hati, dulu aku pun begitu….. tp Allah itu Maha besar, Allah tahu yang mana baik untuk kita. Carilah cinta Allah, dan cinta yang lain akan mengikuti… insayallah. Dan doa kan semoga Allah akan temukan putera agama mu.
telah lama cinta terbiar,
dari cinta yang suci…
telah lama cinta tersasar,
dari cinta hakiki..
dan, sesungguhnya cinta nafsu selalu mengecewakan…
inilah yg aku fikir2kan.. apa yg harus aku lakukan? Oh Tuhan.. Tunjukkan aku jalan…
kudus rasanya diri ini…
terkejut tadi
sebab cakap lelaki
ingatkan kisah gay dah tadi
askum syah…hope u will continue wit ur story..lama xjadi follower syah.hehe
thanks ya atas artikelnya salam kenal
assalamulaikum..
crta nie byk psamaan dgn sy..bkn sng nk bperang ngn prsaan sndri..tp demi Allah,ssh cmna pn kna usaha jgk..byk bdoa smga Allah bg kkuatan & smgat..
salam..
cite ni juga sdikit sebyk lbh kurg same ngn saya juga..sy juga br dpt tau si dia ad gurl len…slps bace..sy ase kne hadapi ni dgn redha n tenag..dan kne berperg ngn perasaan ni..smga ALLAH ampuni dosa2 sy yg pnh sy wat sblm ni…smga ALLAh beri kekuatan n ketabahan dlm ati ni n beri smgt tok truskn kehidupan…amin..:’(
Assalamualaikum.
Cerita yang sangat memberansangkan.
Hati wanita memang sering diduga begini.
Kisah hampir sama saya baca di ILuvIslam.com satu tahun yang lepas.
Moga Allah memberi cahaya kepada hamba yang mengingati-nYA.
Salam perkenalan.
“Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”
He knows the best..
salam,
penghujung artikel ni sama dgn kisah hidup saya skrg. saya kini berusaha mencintai & mendekatkan diri dgn Pencipta saya. skrg saya semakin tenang
setelah saya ditinggalkan saya benar2 kecewa. Alhamdulillah, keinsafan dtg dan saya tidak terus hanyut dengan kekecewaan cinta manusia yg sementara itu.
ape yg penting samada kte sedang kecewa atau gembira solat wajib jgn ditinggal.bangkit 1/3 mlm utk lakukan amalan sunat.jadikan al-Quran bacaan seharian & berdoa seikhlas hati diri ini mahu berubah ke arah kebaikan..
kawin je..senang cite..ape susah2 sgt..hehe
hebat perempuan..betapa pengorbanan yg dilakukan..xramai sanggup wat pengorbanan cam tu..demi utk mnjaga hatinya dan hubungan ngn Allah, dia lakukan sume ni..subhanallah..
thanks 4 sharing..sy sgt terharu..
Assalamualaikum..
..skrg masi lg bergelut dgn perasaan sy sndri..xtau smpai bile..rse seksa sgt..sedih sgt rse kehilngn shbt baik
sy cume boleh berdoa Allah berikn sy kekuatan..semoga prpisahan ini dpt mmberikn kami ruang untk mmprtingkatkn CINTA pada-Nya..aminn..wassalam..
prkongsian yg sgt bagus..kisah hmpir sme dgn sy..smlm sy bru je putuskn xnak brhubung lg dgn die