Dia berpakaian tetapi hakikatnya bogel

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillahiminzalik! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadith di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya. Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri

Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki

Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadith tersebut menyatakan: “Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya

Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.

4. Tidak menghidu bau syurga

Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.

Sukar untuk Berubah

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.

Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.

Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21

18 comments

  1. Didikan agama dari kecil terlalu penting bagi membentuk akhlak dan masayrakat yang sihat dari dalaman. Kita masih tidak nampak akan balasan yang diberikan kepada mereka yang melanggar perintah Allah ini. Nauzubillah…..

  2. Bagus posting ni di viralkan… izinkan post di blog saya

  3. hum..btul !,
    kaum wanita yg memilih utk mncari redha tuhan juga perlu kuatkan smngat utk mghadapi cabaran pd ms kini..insyaALLAH..

  4. akhirnya diri ini dpt mengubah cara pemakaian dari yg ketat2/sendat2 kepada yg longgar2 dan labuh2..skrg dalam proses menegur adik bradik pompuan yg suke pakai baju kecik2.. biler sy beri nasihat..tak mau terima.. =(

    • Assalamualaikum saudari..saya pun terharu bace komen saudari,situasi saudari same dengan saya..saya pun dalam proses menegur adik2 saya untuk menasihati mereka supaya menutup aurat tetapi tidak diendahkan,kita jangan cepat putus asa yer..teruskan memberi nasihat dan sentiaselah berdoa padaNya supaya Allah membuke pintu hati adik2 kite untuk berubah ke jalan yang diredhai,InsyaAllah..:)

      • insyaALLAH, puji adk2 kita tatkala mereka bpakaian elok, n lg cntik klo ttup aurat dgn sempurna..trgkan kt diorg, sape2 pon msti skakan y kmas, cntik tertutup,cthnya, antara jam tgn di pasaraya y terdedah dan y brada dlm bks kaca,ditutup dgn kain baldu, pasti kita mmilih y tertutup itu kan, o itu,sama jga dgn keadaan kita sbgai seorg muslim,…bpakaian mnutup aurat jgk blh elak kita drpd bkelakuan tak elok, dan blh mlindungi kita, i.ALLAH..

  5. tersentuh..hampir menitik air mata membaca entry ini

  6. Alhamdulilah, ada fikir risau atas agama lebih baik drp 60-70 ibadah sunat .. Dan Fikir Bagaimana seluruh umat dpt ikut cara Nabi saw n the last born baby dpt Kalimah Syahadah..

  7. saudara saya nak copy wat kempen ttup aurat kat progrm le??? cuba la wat gmbr ttup aurat untk lelaki skali …baru la best nok kempen untk dua2 skali…

  8. Menutup aurat dgn cara yg sempurna adalah tuntutan agama. Dgn menutup aurat dgn sempurna, si wanita yg tersebut telah pun menjalankan kewajipannya pd Allah, & telah terhindar dari dosa x menutup aurat. Juga mendapat pahala disisiNya jika ikhlas melakukannya. Tapi jika cuai menutup aurat dgn sempurna, bukan sj diri dia yg berdosa, bahkan semua lelaki yg melihatnya dgn nafsu akan menambahkan dosa siwanita, juga semua yg melihatnya dgn cara sedemikian turut berdosa disisi Allah. Menutup aurat dgn sempurna juga bakal menutup pintu2 fitnah.

  9. aku brhrap agr wlaupn sdah brusia 19 thun, hrapan brubah msih ade… harap sngat ape yg d tlis dlm wall ini dpt aku ikuti smoga hdup kita sma2 dbrkati ALLAH SWT kelak amin….

  10. Assalamualaikum. interesting read. I was once like that too. pakaian dedah sana, dedah sini. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi ruang untuk saya bertaubat. Sekarang sudah dapat mengubah cara berpakaian. Sebenarnya tidak susah untuk berubah. Cara saya yang pertama adalah membuang pakaian saya dan unsur2 negatif supaya dapat fokus untuk beribadah, seperti berhenti mendengar music, sebab dulu saya budak metal. Senanglah beribadah apabila unsur2 negatif ini di buang.
    May Allah grant us all Jannah and guide us all to the righteous path. May Allah protect us from jahannam and disbeliever

  11. Salam.Sy sangat bersetuju tentang perkara di atas. 😉

  12. salam saya ingin share di wall facebook saya ya.

  13. @sagshafraa othman

    insyaALLAH, sama2 kita berusaha dan memohon ptunjuk drNYA…AMEEEN

  14. saya tergerak hati nak pakai stokin, tapi saya masih tak tahu macam mane nak buat sebab saya bukanlah jenis yang baik, bercampurgaul dengan lelaki. tapi saya nak berubah. saya start dengan pakai kasut setiap masa. secara tak langsung bila saya pakai kasut sayan akan pakai stokin. tudung pun saya cuba labuhkan. tapi saya masih tak berani nak pakai stokin dengn sandal ataupun kasut yang terbuka. harap Allah membantu saya.
    amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*