Entri pertama yang menyedihkan

On 02/04/2010, in Islam, Laman Web, by syahirul

Alhamdulillah! Setelah seminggu sibuk menguruskan pembelian domain, hosting dan memasang wordpress dan plugin-plugin yang diperlukan,  kini syahirul.com telah berada di dunia siber. Pemilik blog ini adalah seorang blogger dan dia pernah menguruskan satu laman blog yang menarik. Dia juga pernah menghadirkan diri dalam beberapa perjumpaan blogger di Malaysia.

Tamat sudah mukadimah aku untuk entri pertama blog ini. Apa yang menyedihkan di sini untuk dikongsi bersama adalah pelawak nombor satu Malaysia yakni Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah meninggal dunia pada jam 12.30 pagi, 2 April 2010. Arwah yang sedang bekerja di radio era.fm kini telah meninggalkan stesen radio tersebut selamanya.

Arwah pada awalnya disyaki dijangkiti virus kencing tikus dan beliau kritikal dan dimasukkan ke ICU di Hospital Selayang. Namun umur arwah tak lama di dunia ini dan Allah lebih sayangkan beliau. Beliau meninggal dunia akibat daripada denggi berdarah. Moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah! Malam tadi aku sempat dedikasikan satu komentar terakhir khas buat arwah di laman web era.fm seperti yang berikut.

(klik untuk melihat tumbesaran gambar)

سْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين الرَّحْمـنِ الرَّحِيم مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Related Posts:

Tagged with:  

37 Responses to “Entri pertama yang menyedihkan”

  1. paeh says:

    Alfatihah kepada Arwah Din Beramboi

    Wohoho… Aku first Komen.. Yeeehaa… bak hadiah…

  2. sachiasukai says:

    aspa!!!!i’ll support u!!

  3. x-po says:

    slmt kembali kt dunia blogging bro

  4. Anarm says:

    jutaan tahniah di atas pelancaran blog baru..

    jutaan takziah kpd abg din sekeluarga.. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan umat yg beriman dan bertakwa.. amin amin amin~

  5. AMR says:

    al-Fatihah..
    Takziah untuk keluarga Din Beramboi..
    anyway,this is nice blog!!

  6. hydir says:

    Salam …
    ni blog baru ko ke?
    anyway .. kenal Din Beramboi mula2 dulu melalui majalah Ujang, kemudian dengar kaset Din Beramboi dan sekarang dah kenal muka orangnya ..

    Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 beliau.

    Aku pun dah buka blog bola yang baru tapi kini dalam Bahasa Melayu. Juga ada forum yang menawarkan hadiah.

    Jumpa aku di sana!

    • syahirul says:

      erm blog bola baru number 10 eh.. agak semat blog tu.. ko mmg kaki bola beb.. dari dulu sampai lani bola bola bola.. hehe.. nanti aku g usha lagi eh..

  7. syahirah says:

    syahirul, syahirah. eh silap. heee

    takziah buat allahyarham

  8. JHafiz says:

    Syah, glad to have you here! Welcome back to the bloghosphere Syah. Benar telahan aku, seorang kaki blogger tegar sepertimu takkan mudah nak meninggalkan begitu sahaja dunia blogging.

    Takziah utk keluarga Bang Din. Sape2 yg ade follow twitter Bang Din, leh semak ape dia tweet sblum detik2 terakhir nya. Macam petanda bukan?

    • syahirul says:

      thanx atas pujian melampau tuh.. haha… support aku slalu oke.. aku blur gak ni skrg sbb rasa mcm baru 1st time berblog.. haha…

  9. wazy says:

    Salam takziah untuk Keluarga Din Beramboi,Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

  10. imran says:

    Al-Fatihah. Semoga rohnya aman bersemadi di alam kubur.

  11. azizan4444 says:

    al fatihah buat arwah..

  12. Piratz says:

    Selamat Kembali bro…

    Al-Fatihah buat Arwah Din…

  13. Mr.Bintang says:

    Oit.. oit.. sejak bile ada domain nama sendiri nih? x kabo pun.. :(

    Aku turut terasa kehilangan beliau.. sedih sangat.. :(

  14. aman says:

    al fatihah buat arwah.

    selamat kembali menulis saudara kill vearn

  15. Azah says:

    hai, nak panggil apa ni? syah?syahirul?atau killvearn?
    huhu… nk join jugak atr mereka yg pertama…

    ~ al-fatihah juga buat arwah.

  16. syin says:

    fuhh…aku baru tahu hari ni ttg blog ni…hehehe….

    al-fatihah utk arwah din…semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.

  17. Piston Pecah says:

    Takziah bagi keluarga arwah din beramboi…semoga roh arwah di tempatkan di kalangan golongan yang beriman…

    sudah tiada lagi riuh di kala pagi…tiada siapa dapat menggantikan arwah…

  18. azam says:

    suka dengan lawak Din Beramboi..
    btw, welcome back..

  19. luth textile says:

    wah.. syah tak tau plak pelancaran blog baru ni.
    hidup mesti tak tenang sbb tak ada internet, blog, twitter dan lain – lain lagi.
    welcome bro..

    • syahirul says:

      hehe, mmg tak tenang.. tapi lani dah tanam anggur balik, so byk masa free, so jadi full time blogger lew mc khai, tapi mcm tak dpt nak cari $ aje melalui blog…

  20. Mus says:

    permulaan yang sedih..

  21. Encik One says:

    salam bro..

    maybe agak terlambat tp aku tetap nak ucapkan juga.. selamat kembali ke dunia blogging dan semoga blog yang ni akan kekal utk slama-lamanya.. takmo jd mcm killvearn..

    Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi

    • syahirul says:

      thanx wan 4 ur support.. insyaAllah aku akan maintain blog ni walau tak berupdate (mana taw bz nanti)

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Free WordPress Themes