
Gmail adalah email yang dilancarkan oleh Google dan ia antara email yang paling banyak digunakan di dunia ini. Dalam sehari berapa kerap email masuk ke dalam akaun korang dan betapa susahnya korang nak pergi semak sama ada email terbaru ada atau tidak dalam inbox. Kini korang tak payah bersusah-susah lagi kerana dah ada satu perisian yang boleh digunakan untuk memeriksa email dengan mudah.
Nama perisian ini adalah Gmail Notifier. Ia memudahkan korang untuk mengetahui update dalam inbox gmail. Terdapat dua aplikasi yang boleh korang pilih untuk install iaitu dengan cara install dalam komputer atau pun install dalam browser firefox. Jom kita lihat berbezaan kedua-dua aplikasi ini.
1. Gmail notifier untuk firefox
Okey, mula-mula korang buka firefox dan pergi ke url ini. Kemudian install gmail notifier dengan menekan butang hijau “add to firefox”. Korang akan diminta restart firefox dan akan kelihatan logo gmail di sebelah bawah kanan firefox korang. Satu lagi option, korang boleh tambah logo gmail tu pada navigation bar seperti di bawah.



Kemudian korang boleh ubah setting aplikasi ni dengan menekan butang preferences. Ubah apa yang patut dan simpan. Kemudian tekan logo gmail untuk login ke akaun korang. Setelah berjaya login, korang akan lihat notifikasi yang dipaparkan. Jika hendak melihat email tersebut, korang tekan saja logo gmail dan ia akan terus membawa korang masuk ke akaun gmail.





.
.
2. Gmail notifier untuk komputer
Muat turun Gmail_Notifier.zip dan install dalam komputer korang. Kemudian pilih bahasa yang hendak digunakan dan tambah akaun gmail ke dalam aplikasi tersebut. Setelah login dan sekiranya terdapat email dalam inbox korang, gmail notifier akan mengeluarkan sound mengatakan bahawa terdapat email beberapa email dalam inbox. Korang boleh baca email tersebut live melalui gmail notifier ini. Tak faham boleh rujuk gambar kat bawah.





Selesai tutorial aku kali ini mengenai gmail notifier yang sangat berguna untuk geek yang menggunakan gmail sebagai akaun email utama. Korang boleh cuba kedua-dua cara ini dan aku sarankan korang guna add-ons firefox sahaja. Ingat, sambungan internet kena ada ye!
Notakaki: Sumpah bosan gila kat Singapore ni. Lyshabella pula busy, so aku tak tahu nak keluar pergi mana tanpa tourist guide. Kenapa majoriti penduduk Singapore menggunakan iphone sebagai telefon bimbit utama? Brand lain dah tak laku kot! Menambahkan jeles aku disitu.










Aik? Ko gne xp lak? W7 xpkai dah? Haha.
pakai xp sbb ni lappy lama ayah aku letak kat umah dia kat s’pore.. aku ada pc aje, takde lappy.. pc aku tu yg win 7…
ko kat singapore ngan sape? sorang² ke?
with my dad le fizz… saje lepak sini… kat sini pun busan beb.. ades..
kalau kt firefox untuk yahoo pon ada kan?cuma tak seperti yahoo messenger punyer..tapi guna yahoo messenger memang agak menyakitkan…
erm maybe ada la aku tak cek pon.. lagipon yahoo tak payah nak add menda ni sbb bila open aje ym dia akan kua logo mail bwh tu jika ada email.. tak susah da kan? gmail ni je takde, so kene add la hahaa…
bagus gak gmail notifier ni,thanks bro
sama2… selamat membaca email dengan mudahnya..
semakin memenuhi citarasa pengguna gmail ni….
kalau jenis email setiap jam masuk , aku rasa memang patut guna email notifier ni…hehe..
untuk email, aku lebih suka guna yahoo…hahaha.. yahoo punya notifier xde ke?
lor kan yahoo dah ada bila ko on ym… so sentiasa la on ym.. senang kan? hehehe..
thanks for sharing. mende yang best mesti di cuba.. hehehe
sama2 bro kreuger yg ensem dan bakal dpt anak :P haha.. cuba jgn tak cuba :P
emel utama aku kat yahoo
gmail ni emel sampungan je
btw..thx for the info
sama2… gmail da best mail.. bertukarla segera :P
@syahirul,
yeke?
huhu…nanti la…emel wp kat yahoo
@mokteh, seriously, memang patut tukar..yahoo pakai untuk yahoo product macam flickr sudey..laen pakai gmail..sgt best..all in one
aku dah jarang guna gmail. sebulan sekali jer login..
kalau ada ni senanglah,.
erk… abes tu guna ape? live.com?
info yg bagus. thx ya
sama2… sila2 jemput download dan guna ye…
hoho. sejak guna blackberry, dah lama tak bukak aplikasi desktop notifier sumer. hoho~
org kaya leh la amanz… aku ni duit cukup2 aje.. lalalala
erm gmail bagus gak notification nie.. ada lagi yang lain ..tapi guna digsby application .. dia boleh nampak macam nie.. dengan email2 yang lain, yahoo, msn n sbagianya tapi tak banyak la…
aku guna gmail saja yg penting.. kalo yahoo kat ym dah ada.. hehehe…
nak kena pakai jugak software ni..
Gmail notifier memudahkan pengguna | syahirul.com…
Gmail adalah email yang dilancarkan oleh Google dan ia antara email yang paling banyak digunakan di dunia ini. Dalam sehari berapa kerap email masuk ke dalam…
[...] add-ons ini lebih kurang sama macam Gmail Notifier yang pernah aku perkenalkan dulu, namun aku rasa Webmail Notifier ini jauh lebih seronok digunakan. [...]