Oh! Lawanya theme Quadro

Hohohoho.. Seperti mana yang korang nampak, aku dah bertukar theme blog ini daripada Miss Mystique kepada Mr. Quadro. Aku bukanlah seorang yang suka nak ceraikan Miss Mystique ni, tapi apakan daya, dia buat hal pula setelah Mr. WordPress aku ni diupgrade ke versi 3.0. Bukan time upgrade tu dia buat hal, tapi setelah beberapa minggu, jadi terpaksa tukar juga.
Nak jadikan cerita, setelah install theme baru ni, aku mengambil masa lebih 24 jam untuk ubah apa yang patut dan apa yang tak patut. Ada plugin yang kena buang dan ada yang kena tambah. Terpaksa jelajah berjenis-jenis coding dalam theme ni sampai aku rasa sakit kepala. Tapi usaha titik peluh asam garam telah membuahkan hasil.
Tak lupa untuk aku berterima kasih kepada Eins kerana telah memberikan aku theme yang hebat ini setelah beberapa jam aku mencari theme untuk menggantikan Miss Mystique. Jasamu akan ku kenang. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Fizz yang datang dari perlis semata-mata untuk menolong aku menggodek theme ini (sila percaya). Okey jom kita lihat beberapa ciri yang best dalam theme Quadro ini.

Lepas saja install Quadro dalam wordpress dan aktifkannya, korang akan lihat ada satu menu di sebelah kiri bertajuk ‘Quadro Theme Option‘ dan di atas ni adalah interface dia. Korang boleh ubah macam-macam dalam setting ni dan ianya mudah digunakan. Quadro disertakan dengan beberapa tema berwarna iaitu biru, merah, hijau, ungu dan merah jambu.

Mr. Quadro telah disediakan dengan tab menu, tab kategori dan butang search untuk memudahkan pengunjung memilih dan mencari artikel dalam blog. Tahukah korang bahawa kedudukan tab menu dan tab kategori boleh di’switch’kan? Menarik bukan? Sila tengok dan ubah apa yang patut dalam option yang diberikan.

Korang boleh memilih sama ada hendak meletakkan tab menu seperti rajah di atas untuk menunjukkan entri bulanan, komen semasa dan entri yang paling banyak dikomen. Kalau korang ni hebat dalam coding, sila tambah tab-tab lain contohnya seperti tab untuk tags yang digunakan dalam blog. Sumpah aku tak reti nak buat yang ni.

Kalau korang lihat laman utama blog aku, pasti tiga entri terkini dalam kategori ‘Blogger’ akan menjadi entri paling atas. Ini dinamakan ‘featured slider’ yang berfungsi untuk meletakkan entri terkini dalam kategori tertentu pada bahagian atas blog ini. Korang boleh mengubah jenis kategori entri untuk dipamerkan di bahagian ini pada bila-bila masa. Bilangan ‘featured slider’ ini boleh diubah ikut suka hati korang. Aku memilih 3 entri sahaja untuk dipaparkan di bahagian ini.

Gambar kat atas ni pula menunjukkan entri terkini dalam blog aku tapi ia dibahagikan dalam kotak kecil agar pengunjung dapat melihat banyak entri pada halaman utama blog ini. Fungsi ini korang boleh enablekan dalam Quadro option dan pilihlah seberapa banyak entri yang korang rasa sesuai untuk penuhi laman utama blog sejajar dengan kepanjangan sidebar.
Selesai juga serba sedikit review aku tentang theme Quadro ni. Kepada yang nak cuba, silakan. Sila google theme ni kalau nak muat turunnya sebab aku tak dapat berikan secara free kat sini. Oh ya, aku nak bagi pengiklanan 125×125 di sidebar blog ini secara percuma.

Pengiklanan percuma (sepanjang hayat theme ini) akan diberikan kepada mana-mana blogger atau individu (seorang sahaja) yang boleh design logo untuk blog aku ni secara kreatif dan menarik. Contoh aku dah buat macam atas ni. Di sebelah kiri adalah logo asal dan sebelah kanan adalah ciri-ciri logo yang aku mahukan iaitu nama blog dan tagline blog wajib ada. Logo hendaklah transparent iaitu tanpa backround. Bagi sesiapa yang hebat, bolehlah buat secara kreatif dengan menambah apa-apa gambar pada logo. Ingat, saiz logo amat memainkan peranan penting.
Faktor font dan warna boleh menjejaskan logo yang korang akan cipta itu jika salah pilih. Bagi yang berminat sahaja, sila email aku link logo tersebut ye! Aku tahu kat dunia blogger ni ramai yang berbakat menggunakan photoshop kecuali aku.
Notakaki: Ayahanda, ibunda, abang dan adik perempuan aku dah selamat menaiki kapal terbang menuju ke rumah Allah untuk menunaikan umrah petang tadi. Tercapai juga hasrat mereka, alhamdulillah. Aku redha dan aku menangis kegembiraan…
![]()










wohohoho … elegant themes For the winner la bro
nice one
FTW :P hehehee… ko takmo test?
theme memang cun ok! pernah dulu nak guna tapi xsure sebab apa aku tak jadi dulu.
huhu.. kene mengolah lebih sket theme ni.. susah gak memula
Nice!!! Simple je.
sila percaya..hehe.. gile abis otak aku kena perah ngan ko.. kah kah kah..x pee.. aiman x kesah.. :P
—
Alhamdulillah, semoga ayah, ibu, abang dan adik ko selamat sampai ke tanah suci.
p/s: Titisan air mata seorang blogger yang gagah perkasa ini gugur kat KLIA td.. hehe.. :P
p/s/s: sorry weh.. aku bnyk diam jer ari ni.. smlm pun same.. skrg ko tau kan aku camne.. aku mmg mcm ni.. gile pendiam aku kat luar.. hahaha.. jgn mara erk? lalalala…
thanx fizz sbb tolong aku :P heheee…
p/s: sape tak sebak…..
Oh! Lawanya theme Quadro | syahirul.com…
Review tentang theme baru di blog ini iaitu ‘Quadro’ dari Elegant Themes. Sila join contest reka logo blog ini….
Oh! Lawanya theme Quadro | syahirul.com…
Seperti mana yang korang nampak, aku dah bertukar theme blog ini daripada Miss Mystique kepada Mr. Quadro…
agak jeles dengan pengguna WP ni
huhu
okess
nanti masa GB ajar buat ek
hehe
erk, masa GB ada org bawak lappy ke? hehehehe… guna la wp balik joe…
Congratz bro,da tuka theme baru. Mmg nmpk cool abis la blog ni.
P/S: kwn jeles ni. keh3
tak baik jeles2… try la sendiri… thanx
Woot theme premium kan? Nak try laaa
yeah premium
takmo design logo?
aku dah try theme ni kat test blog aku tu.Memang senang nak organized.Tapi macam ada yang tak kena la dengan jiwa aku ni.haha
Sorry,aku tak reti la nak design2 ni.
hoho… tak kene ngan jiwa? parah2.. heheeee
Cantik gak theme baru ko ni,aku ada gak prob dengan theme mystique aritu sejak ugrade wp 3.0,nasib baik la leh repair lik,hehe
aku takleh repair.. tahla.. sedih2…
putih dan gelap..sesuai utk lelaki
nampak macho
thanx kak jie… hehehe.. kak jie nya theme n header baru pon hebat :P
cantik theme ni..simple tp nampak elegant
good job!
thank you
berapa saiz tuk banner atas tuh..?
terpulang pada ko aje.. tapi mcm yg aku buat atas ni height dia 52.. jgn tinggi sgt dah le :P
fuh! meleleh beb. jeles pun ada. hehe, nak gak la.
amek aje… tapi kene pandai cari.. dah try bg taw
takpa, nnt aku cari. aku ada projek baru ni. nak test pakai theme ni. hehe
theme yang elegan dan simple.. boleh aku cuba utk niche blog.. tq pasal buat review pasal theme ni..
sama2.. dah buat nanti jgn lupa bg link, nak usha…
Bro, bagi la aku iklan free 125×125 kat sidebar…link tuk blog einsthemes…hehe
Masa nak upgrde tu kan, buat automatic je ke?? Ke ada buat bak-up dulu ke?
*budak baru blaja nak tanya*
style bro! simple!
Theme ni nampak simpe dan kemas.. cun lah.. anyway, free ke berbayar theme ni bro? Bro nak logo yg ada nama sahaja ke? or logo yg mcm simbol gitu?
theme dari elegant themes smua power2, terutama theme yang latest-latest ni.
dahla murah
emmm gua nk try la..ade bukak lg ke kontest dsgn logo tu bro?
jatuh cinta gak la dgn themes quadro nie… tp nak cuba cari theme lain la. xnak sama . haha
lawa glew
lawa glew