Kerana sahabat ahli syurga enggan masuk syurga

On 14/05/2010, in Islam, by syahirul

Sahabat… Bila terdengar atau terbaca perkataan ini, aku teringat sahabat lamaku yang telah tiada. Siapa antara korang yang masih belum ada sahabat? Jika masih belum ada, carilah seorang yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan kita. Tak rugi kerana bila ada sahabat yang baik, waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Sama seperti kisah yang aku akan sampaikan di bawah ni.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.

Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.

————————————

Apabila aku baca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan. Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmatNya. Tanpa rahmat dari Allah, tiada siapa pun layak ke syurgaNya.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ

Related Posts:

64 Responses to “Kerana sahabat ahli syurga enggan masuk syurga”

  1. Anarm says:

    skrg ni susah nk dapat sahabat.. kawan ramai laa.. yg btol2 setia dgn kita tu baru layak dipanggil sahabat..

  2. myebuzz.net says:

    Kerana sahabat ahli syurga enggan masuk syurga | syahirul.com…

    Sahabat… Bila terdengar atau terbaca perkataan ini, aku teringat sahabat lamaku yang telah tiada. Siapa antara korang yang masih belum ada sahabat? Jika…

  3. Danial says:

    ish sahabat yang baik bukan senang nak cari.. kalau dapat tu selamat dunia dan akhirat..

    Entry best : Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang

  4. yonna says:

    pergh. nanges T_______________T. thank you for sharing,bro. aku pun rasa menggeletar baca firman tu..

    tapi, masih adakah kawan yang begitu? :( :(

    • syahirul says:

      @yonna, masih ada, cuma sukar utk ditemui.. hari ni punya khutbah jumaat lagi sedih.. dengan khatib pon menangis waktu baca.. isk3 :(
      لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ

      • Hamb Allah. says:

        tidak mengapa mr syahirul. insyaallah kalu ana ade sebarang cerita untuk di kongsi ana akan inform pada saudara. :cool:

  5. Kujie says:

    tiba2 teringat kisah selembar bulu mata…yg menangis ditengah2 mlm mohon keampunan pun dgn rahmat Allah akan masuk syurga…

    selembar bulu mata pun akan menjadi saksi kita di akhirat…apa lagi tangna, jari, keyboard, pc , skrin ..segala ni akan menjadi saksi di akhirat…fikirlah sebelum menaip

    berkongsi ilmu begini tentu mendapat pahala dari Allah..teruskan

  6. Piston Pecah says:

    susah nak dapat kawan yang sebegini…
    mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam ahli-ahli neraka.

  7. nisa says:

    Ya Allah! terharunya! sahabat yang mulia. thnx sangat2 atas cerita nii. teruskann. ;))

    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Tafsiran mimpi [ Part 1 ]

  8. nur says:

    ya ALLAH..bukan setakat berderau tp menggigil badan baca kisah nie..tp susah nak cari sahabat kat dunia nie…tp thanks sgt sbb tulis entry nie..mengusik kalbu…n harap syah sabar ngn citer tue…n citer selembar bulu mata betul2 membuatkan kita sedar…=)

    • syahirul says:

      @nur, ye.. mcm2 perasaan bercampur baur bila baca kisah sebegini.. malah ia dtg setiap kali membacanya..

  9. apiih says:

    sahabat sejati mmg susah nak cari zaman skrg nih..

  10. Syafrizal says:

    bila ada orang menasihatkan ke arah kebaikan.. jgn dicemuh.. jgn dimaki.. jgn dihina..

  11. MrRollies says:

    huhu…Allah maha pemurah lagi maha mengasihani!!

  12. wazy says:

    Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
    Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
    kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

    • syahirul says:

      @wazy, ye betul apa yg ko kata.. mereka takkan buat ape yg dicatitkan kat statement ko.. itu kwn yg baik..

      • wazy says:

        @syahirul,
        Betul tu,memang susah la sekarang ni nak jumpa sahabat sejati,yang betul-betul bersama kita masa susah dan sennag

  13. x-po says:

    kawan skrg byk yg hipokrit..depan baik punya, blkg, hampeh punya..aku rasa, skrg ni, hanya parents dan adik2 aku je yg menjadi ‘kawan baik’ aku..

    • syahirul says:

      @x-po, betul juga kata ko, tapi tak smua juga.. kene pandai cari kwn yg betul2 elok akhlaknya.. aku dah hilang sorg, tinggal sorg lagi aje…

  14. redz one says:

    hmm… payah nak cari sahabat skarang ni…
    kawan ramai la…

  15. PoJiePooH says:

    Ya Allah, bahagianya andai dikurniakan seorang insan yang benar² seorang sahabat dunia dan akhirat. Di manalah sahabat itu, masih lagi tercari²..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  16. MC says:

    sedih juga aku bace artikel nih…

  17. FS says:

    hmm.. mmg susah nk dpt sahabat yg btol2 baek.. tp sy bersyukur sbb sy masih ada sahabat yg stay dgn sy wlupun sy susah.. =)

  18. bdk_SkemA says:

    YA ALLAH..mmg susah nak cari sahabat yang betul2 sahabat sekarang ini…sebab nye dunia hari ini memang lain,makhluk ALLAH lebih mementingkan harta bende dan pangkat…kalau da sahabat sejati bersyukurlah….^_^

  19. Azizwan says:

    sedih pula aku baca entri ni :(

    apa2 pun, nak cari sahabat biarlah yg molek (se’eloknya, yg kuat agamanya).. bukan sahabat yg membawa kpd kehancuran..

    • syahirul says:

      @Azizwan, lagi setuju… tapi kene pastikan, yg kuat agama tapi talam dua muka pon bahaya gak..

  20. neslo beng says:

    salam…sowang sahabat itu boleh diumpamakan tukang besi dan tukang minyak wangi…tukang minyak wangi,jika tidak membeli dripadanya kite masih lagi mendapat haruman dripadanye,tetapi tukang besi,diri akan teraniaya ekoran terkena percikan api…
    silalah berkunjung di teratak sy..

  21. Fazreen says:

    kawan sahabat dan teman semuanya maksud berbeza-beza. marilah kita berkawan…jangan bermusuh…respect each other

  22. Amir says:

    Aku suka kawan yang boleh bawa kita kepada kebaikan dan bukannya keburukan. btw very nice entri.
    .-= Entri terakhir Amir: Amir Said Berpindah ke Rumah Baru Bhg 1 =-.

  23. Azizuan says:

    ilmu berguna..lama tak pekena ilmu ceni..keke..tq bro..keep it going
    .-= Entri terakhir Azizuan: Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

  24. Zala Wajik says:

    subhanallah, *speechless*
    .-= Entri terakhir Zala Wajik: Arabic Excel ’10 di UKM, Bangi =-.

  25. MrSup says:

    salam sahabat..

    wah.. mulia sungguh hati orang beriman tu.. dalam byk2 kawan aku, ade ke salah sorg yg boleh jd kawan baik aku seperti org beriman tu ye? mungkinkah sahabat baik aku tu ade kat sini? harap2 camtu la..huhu
    .-= Entri terakhir MrSup: Wudhuk Zahir Dan Batin =-.

  26. [...] اللهِ Sumber Awards Showcase   Total Awards: 1 __________________ DVD Komik [...]

  27. Siddiq says:

    Assalamualaikum,

    Ini hadis sahih ke? Siapa perawi die? Apa pandangan ulama’ tentang hadis ini? Dan firman Allah tu diambil dari surah ape? Ayat ke berape?

    Aku dapati entri ko ni pelik. Sorg hamba taat, lg sorg hamba derhaka, tp kedua2 sahabat mati dalam keadaan beriman? Padahal yg sorg tu peminum arak. Ape ke hal?

    Mmg cerita yg ko bwk ni ade maksud yg sgt bagus, tapi biarlah bertepatan. Kalau bleh buktikan kesahihan hadis ni dan tunjuk kt sume pembace firman Allah tu diambil dari surah mane.

    Niat btul care pun kene btul. Sebab kalau kite x tahu kesahihan sesuatu hadis, dan kalau didapati hadis itu palsu, berdose kite. Itu seolah2 kite telah mengeluarkan sesuatu yg Nabi Muhammad SAW sendri x penah ucap. Itu sudah menjadi fitnah terhadap baginda. My point here is we need to have accountability for things related to agama. Utk elak timbul fitnah di dunia & akhirat.

    Wallahua’lam.

  28. [...] yang aku maksudkan adalah pada entri yang bertajuk “Kerana sahabat ahli syurga enggan masuk syurga“. Penulis komen tersebut yang digelar Siddiq telah menyuarakan pendapatnya seperti [...]

  29. anecdote says:

    mampukah aku menjadi seorang sahabat seperti itu?
    duh..
    mohon izin copy..
    :’)

  30. hawa says:

    bergetar jiwaku ketika membacenye..
    sesungguhnye Allah maha pengasih dan pangampun~
    izin kan saye copy ye (^,6)

  31. hidup_singgah _mati says:

    kembarku..sahabatku..heeeeeee

  32. ahmad sinar says:

    assalamualaikum, sedih dh sebak hati ku baca cita yg penuh bermakna… =(

  33. Enna Banana says:

    mohon kebenaran untuk copy paste ini entry ke notes saya.
    minta halalkan :)

  34. fazidahaziz says:

    amin…smg hidup kita sentiasa diberkati…

  35. messes says:

    salam…
    subhanallah…
    mampukah diriku mempunyai sahabat seperti ini…?
    bantulah ak ya Allah…
    ikhlaskan hatiku dlm menjalinkan silaturahim sesama umatmu…ameen..

  36. keranamu says:

    mohon share

  37. asyrani says:

    sahabat yang baik =(

  38. ZENN says:

    aku masih xjumpa sahabat…asal nk knl rapat jek terpaksa berjauhan membawa haluan hidup masing2…huhuhuhu =(

  39. dila says:

    sesungguhnye allah maha pemurah . ;)

  40. nuar says:

    semoga ada sahabat ku yang menolong ku di akhir nanti.

  41. nuar says:

    semoga aku berjumapa sahabat yang akan membantu ku di akhirat jua,kerana ku sedar aku tidak sebaik sahabat aku

  42. Hamb Allah. says:

    Sahabat, perkataan tu banyak maksudnya.

    :cool:

  43. dapat zuriat says:

    terima kasih kerana berkongsi cerita..

  44. perindu sahabat says:

    ada orang bagi tau saya sahabat dan kawan tu 2 benda yang berbeza.kawan adalah rakan yang membawa kita kebahagian dunia semata-mata tapi sahabat adalah kawan yang membawa kebahagian kepada kita dunia dan akhirat. alhamdulillah saya da ada sahabat dan saya merinduinya sebab saya sangat jauh dari dia.sedih baca entri ni.dapatkah saya menyayangi sahabat saya sampai ke tahap ini? :[

  45. umi says:

    subhabaAlloh,,,
    Masih da g sch sahabat seperti itu,
    Moga aq msih bs menemukanny..hehehe

  46. iffah says:

    moga bertemu sahabat yg bnr2 sahabat..

  47. humblerone says:

    bahkan pak cik bergotar satu badan dibueknyo…maha pemuroh tuhe kito dih…

  48. muhaimin says:

    mohon share.. :)

  49. mattom71 says:

    apapun jua..aku tetap percaya bhw..ALLAH SWT maha pengampun lagi maha mengasihani…Maha Suci ALLAH…

  50. ju'anne says:

    serius menangis bila baca artikel ni. sy ada seorang sahabat yg telah pergi berjumpa penciptaNya.semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman…amin…

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Premium WordPress Themes