
Di atas ni adalah gambar surat yang telah dihantar oleh Google AdSense dan ceritanya pernah aku warwarkan pada entri di blog lama dulu. Tapi entri tersebut telah tertanam bersama-sama entri lain di dalam perkuburan server, so tak boleh nak trace balik. Sila sedih!
Okey dah mengarut banyak, apa yang aku nak cerita hari ni adalah aku telah mendapat satu lagi surat dari pihak Google, namun kali ini bukannya dari Google AdSense tetapi dari Google AdWords pula. Kenapa ya Google suka hantar surat-surat macam ni tapi tak pernah pula nak hantar cek rasmi untuk aku? Ye lah earning AdSense aku berapa kerat la sangat, so tak boleh claim. Sekarang jom bercerita apa isi kandungan surat yang baru diterima ni.

Dipendekkan cerita aku terima surat ni pagi tadi bersama kad jemputan kahwin seorang blogger cun ni. Agak terkejut jugalah sampai aku mati-mati ingat google hantar cek. Ingat boleh la sekejap enjoy duit kan? Hahaha.. So lepas buka aku tengoklah dan baca-baca sikit walaupun aku ni tak fluent bahasa inggeris. Berikut adalah isi kandungannya.


Maaf ye gambar tak berapa clear sebab aku punya handphone tak boleh auto-focus macam sony ericsson korang tu. Ini pun aku dah sedaya upaya cuba terangkan.
Berbalik pada isi surat tadi, google menawarkan satu promosi berharga RM150 untuk aku mengiklankan barangan atau servis di dalam Google AdWords. Korang tahu ke apa itu Google AdWords? Kalau tak tahu sila rujuk di sini. Bila sudah iklankan barangan atau servis melalui pengiklanan, pasti ramai orang yang akan datang ke website, blog mahupun web bisnes kita. Ia sekaligus membuatkan trafik naik mencanak-canak jika maklumat iklan yang diisi sewaktu mendaftar dalam AdWords mampu memenangi kehendak pengguna internet seluruh dunia.
Aku dah cuba tadi nak daftar dan buat semua yang dikatakan dalam risalah yang diberi mereka. Namun bila tiba waktu nak masukkan alamat bil dan cara pembayaran aku dah tak sedap hati. Memang google bagi promosi pengiklanan percuma sebanyak RM150, tapi setelah tempoh pengiklanan percuma tamat, aku kena bayar untuk seterusnya. Jadi aku bertindak menutup terus akaun AdWords tanpa banyak fikir. Kod promosi masih aku simpan dan belum digunakan.
Nasib baik aku tak terperdaya dengan kata-kata manis promosi tersebut, kalau tak memang lingkuplah aku. Kepada semua pembaca, kalau ada sesiapa yang serius inginkan kod promosi ni, bagi tahu aku secara bertulis pada email sebelum 5 Mei 2010 untuk mendapatkan promosi penuh sebanyak RM150. Jika korang daftar selepas 7 Mei 2010, promosi tu akan menurun kepada RM100 pula. Itu pun kalau ada yang nak kan? First come first serve!
Notakaki:
» Nak bertukar link dengan blog aku? Klik sini.
» Belum subscribe blog aku? Klik sini.
» Belum follow twitter aku? Klik sini.
Pesanan khas:
Aku lihat ramai freshie blogger yang ada akaun twitter namun tak reti bagaimana nak gunakannya secara keseluruhan dan mudah. Disebabkan aku malas nak buat entri tentang twitter yang dah lapok, so siapa yang tak reti nak guna akaun twitter tu, tengok entri lengkap di pautan berikut:











marketing strategy katekan huhuhu
boleh la nak kata sedemikian :P nasib tak masuk jerat :|
aku pun dpt juga. hehehee.. rasanya google send kat semua org yg berdaftar kat diorg (cth: google adsense) sbb it’s money bebeh. dan kalau boleh, kat semua org diorg nk bg tp takde alamat utk diorg post benda tu. keh3..
erm aku tak taw pon beb.. terkejut gak tgk komen ko.. google ni mmg nak kene potong ni.. haha.. tapi aku paling suka surat yang adsense hantar dulu..
aku tak dapat tengok la gambar tu
p.s aku baru jenguk forum.SK baru tahu ni blog baru ko weh KV
erk sila cuba sekali lagi utk usha :P hehe.. erm baru taw eh.. nasib aku tulis kat sana :P hehee
ku dapat juga surat google ini
owh yeke.. bila dpt? dah apply? (saja nak bg u rugi)
sayang google juga~
Aku pun xtau dpt ke x..alamat surat menyurat ni semua ak letak umah sewa aku..
erk.. ko letak umah sewa? bahaya le.. nanti dpt cek pon ke umah sewa, burn la dak2 tu amek..
uitzz nak sayang google gaklee hahaha…apasal xde shoutbox kat sini strategy katakan
huhu tasha.. ada shoutbox la awek comey oi, kat sebelah kanan tu kan ada yg leh bukak tutup :P tak nampak ke or ur lappy probs? nak wat leh mintak fizz :P
google sayang ada makna tu.. hehehe..
aku apply google adsense xde respon pun. google x sayang kat aku la… sedihnya… T_T
owh ttg tu ko kene ada blog berbahasa inggeris yang mantap sket pon jadila.. then baru apply guna blog tuh.. blog yg sekarang ni ko tambah aje la kod bila dah approve nanti :P
ha, iklan la blog hang nie…kejap pon xape.hihi
leh aje nak iklan guna rm150 tuh, tapi nanti yg baki ang bayo le.. guna kad kredit ang! hahaha
pernah baca kt blog mana entah, dia ckp…google dah terdesak utk cari pengiklan…betul ke?
erk saya pon tak taw kak jie sejauh mana kebenaran.. mcm ne syarikat rank no 1 dunia leh terdesak? aneh gak.. haha..
@syahirul, sbb pengiklan skrng dah beralih arah kpd FB memandangkan FB ada option buat pengiklan.. so target utk mndapatkan pelanggan tu lebih persis dan jitu.. he3
Google pun pernah sayang kat Aku.. tapi seminggu lepas tu dia suspend adsense.. hehe
haha.. pasal ape dia suspend? ko ada langgar syarat kot? ke ko main kelik2.. hehe
gogle tak sygs l0lly camane ?
so lolly kene ngurat encik google dengan lebih proaktif.. sila mainkan SEO ye.. hehe
hahaha… google sayang hang ada makna…
mmg ada makna tersirat.. nasib aku tak terperdaya…
erk…naseb ko telek betul2
tu la pasal, kalo tak sia2 kene bayo nanti :P haha
Cuba baca baik-baik tulisan kecik kat bawah tu. Bila dah subscribe, kalau tak manage dan adwords jalan laju. Once dah lebih dari kupon disakun tu, akan kena bayar. Adwords ni bukan boleh setting sampai RM150 dia automatik stop
tu la masalahnya.. mula2 baca sekali lalu aje, then waktu nak daftar tuh yg baru rasa dia nak jerat… :P hehee..
Aku xde lak dapat surat cinta dari google ni,hehehe
ko ada daftar ngan google adsense ke ape ke? kalo takde mmg tak dapek le..
@syahirul, x de wat pape pun.. sbb time tu aku ‘bodo’² lagi.. hahaha..
@Mr.Bintang, alamak.. tersilap reply kat sini lak.. haha.. :P
Google x sayang aku pun.. dulu aku ada gak adsense.. skali kena banned daaa.. aku pun x taw camne leh jd camtu.. setau aku x wat pape pun.. hahaha..
kene banned? ko ada klik2 sendiri ke or masuk code tambahan dari coding dia bg?
Google tak anto pung..
Adsense aku lambat lagi nak cashout..
erm, aneh gak eh ko tak dpt.. bape baki lagi nak cukup 100 dollar?
patut macam kenal je sampul surat kad jemputan kahwin tu…
ermmm google br org yang domain sendiri ek…
aku xterasa nk berhijrah lg… tgk le cmne…
hoho.. kalo ko pernah daftar ngan google adsense or ape2 yg memerlukan ko bg nama , alamat, no fon, pasti depa akan antar kot.. ala meh la pindah WP
aku pun ada dapat benda ni, tapi sorry lah nak join. wat abiskan boras jerk. hehe
hahaha…aku kene banned da..mebi kes jeles ak ltak add sense len
sayang betul google dengan ko. Hehe..
cena nak letak ads google kat blog? aku register tak dpt sebab bahasa melayu..tak faham aku..tapi blog ni boleh plak..
huhu bukan senang nak dapatkan iklan google dlm blog… tapi ada trick dia.. kene usaha lebih skit.. buat satu blog BI dan isi beberapa entri.. tunggu lama sket, pandai2 la ping.. then baru apply adsense guna blog tu.. nanti dah dpt letak ads tu kat blog BI dan blog BM.. setel :P
@syahirul, banyak kerja gak la..haha..boleh try nnt..
macam mana yer nak tutup akaun ad words..sebab ingatkan free..kalo kita x setup lagi akaun (billing, etc) kita tp dah sign up just buat akaun je kita kena byr ke?help me
blog x dapat nak adsense coz BM language…hu3,kena ubah dulu ke BI la ni…