
Setiap 50,000 tahun, kehidupan seorang Creation King yang memerintah seluruh alam semesta akan berakhir. Sebelum itu terjadi, Creation King baru harus diputuskan. Tugas untuk melakukannya terletak di tangan Gorgom, sebuah organisasi jahat. 19 tahun yang lalu, pada hari gerhana matahari, Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko lahir. 3 tahun setelah gerhana matahari itu, ibu bapa Kotaro’s dibunuh oleh Gorgom. Keluarga Akizuki memelihara Kotaro seperti ahli keluarga mereka sendiri. Kotaro dan Nobuhiko membesar bersama seperti saudara. Pada ulang tahun ke-19 mereka, Gorgom muncul sekali lagi dan menculik Kotaro dan Nobuhiko.
Kedua-duanya dibawa ke sarang rahsia Gorgom. Apa yang mereka tahu adalah mereka akan diubah menjadi cyborg untuk Gorgom dan salah seorang sahaja akan dipilih menjadi Creation King baru. Untuk melaksanakannya, Gorgom harus menjalankan pembedahan pada Kotaro dan Nobuhiko supaya terhapusnya kenangan silam mereka. Creation King telah memberi Gorgom dua jenis Kingstones (batu ajaib diraja). Kedua-dua Kingstones itu harus dimasukkan ke dalam tubuh Kotaro dan Nobuhiko untuk menukarkan mereka menjadi cyborg.
Setelah pembedahan, mereka berdua secara rasmi digelar ‘Century Kings’. Pertaruhan utama adalah untuk membuat kedua Century Kings saling berlawan antara satu sama lain. Pemenangnya akan menjadi Creation King. Profesor Akizuki iaitu ayah Nobuhiko, yang kebetulan juga menjadi salah satu saintis Gorgom tiba di sarang Gorgom. Dia tidak mahu Gorgom menghapuskan kenangan anak-anaknya kepadanya. Pembedahan masih diteruskan dan Profesor Akizuki telah mengganggu pembedahan itu sekaligus memberikan kesempatan untuk Kotaro dan Nobuhiko melarikan diri. Kotaro berjaya melarikan diri tetapi nasib tidak menyebelahi Nobuhiko apabila terkena renjatan elektrik yang diganggu sewaktu pembedahan. Kotaro terpaksa melarikan diri, meninggalkan ayah angkatnya dan Nobuhiko di belakang. Sebuah Kingstone telah siap terpasang ke tubuh Kotaro.
Kesimpulan cerita ini adalah mengenai Gorgom yang cuba untuk mendapatkan kembali Kingstone dari Kotaro Minami. Kotaro telah menyedari bahawa Kingstone dalam tubuhnya memiliki kekuatan luar biasa dan unik. Dia meninggalkan nama Black Sun, sebuah istilah yang diberikan oleh Gorgom kepadanya dan menggelar dirinya Kamen Rider Black (Suria Perkasa Hitam). Kotaro berjaya menggunakan kekuatan penuh dari Kingstone itu untuk mengubah dirinya menjadi cyborg bertopeng. Dengan kekuatan itu, dia berjuang menentang Gorgom dan berharap suatu hari nanti dia boleh menyelamatkan abangnya, Nobuhiko.
Transformasi pertama

Di atas adalah gambar dari transformasi pertama Kotaro kepada Kamen Rider Black. Sebelum dia menjadi Kamen Rider Black, dia adalah seorang makhluk seperti belalang dan berjalan selama beberapa saat sebelum transformasi penuh selesai. Nobuhiko dapat dilihat dalam bentuk belalang sewaktu ia disimpan di bola kristal Gorgom, menunggu untuk berubah menjadi Shadow Moon.
Sekual transformasi





Motosikal
Kamen Rider Black mempunyai dua jenis motosikal iaitu Battle Hopper (Belalang Tempur) dan Road Sector (Wira Perkasa).

Kedua-dua motosikal ini dicipta untuk digunakan oleh Creation King yang terpilih, namun Kotaro telah mengambil Battle Hopper sewaktu melarikan diri dari markas Gorgom. Road Sector pula muncul pada episod 12 dan ia juga sepatutnya digunakan oleh Creation King. Ia disorokkan oleh Daimon Akira di dalam hutan.
Kebolehan istimewa

Rider punch (tumbukan padu maut) dan rider kick (tendangan padu maut) adalah dua kebolehan istimewa yang digunapakai dalam siri Kamen Rider Black. Ia digunakan untuk menumbangkan pihak musuh (Gorgom) sekaligus memusnahkan mereka.
Kingston flash adalah satu-satunya kuasa paling kuat yang dimiliki Kamen Rider Black dan ia adalah sumber tenaga yang didapati dari cahaya matahari untuk memberi tenaga kepadanya. Ia digunakan hanya pada saat-saat genting apabila berhadapan dengan Shadow Moon.
Kamen Rider Black mempunyai keseluruhan 51 episod. Cerita ini boleh ditonton di laman Youtube. Kotaro Minami telah melakonkan watak sebagai Kamen Rider Black RX pada episod baru yang jauh lebih hebat dan menarik.
——————
Notakaki:
- Siri ini dikenali juga dengan nama Suria Baja Hitam, Suria Perkasa Hitam dan Masked Rider Black.
- Aku masih belum sempat habis tengok kesemua 51 episod. Nasib baik streaming Youtube laju.










terbaik……
aku ada koleksi episod pertama sampai yang last…memang layan habis
mana nk download ek?
aduuh~ pelik kenapa orang lelaki minat dengan benda2 ni.huhu~~ :PP
boleh juga ditanya balik kepada orang perempuan kenapa mereka suka barbie doll dan sailor moon.
emm tapi saya bukan dari golongan itu
Pernah tgk time kecik (umo dlm 5 atau 6 tau cmtu r, masih segar di ingatan) tp aku x panggil makhluk ni Kamen Rider… aku panggil dia Masked Rider… hoho
erkk..betul2 giler katun ni
wow…touching gile bc entry ni…
rindu zaman kecik2 gile tgk cite nih-__-
danm, cool giler rajin ko buat entry ni. mmg teringat zaman kanak2.
skng dh macam2 dah kamen ryder ni. version org putih pon dh ada
best! skang ni pun dah timbul mcm2 versi kamen rider ni..
urgh! sangat ramai peminat mereka ni. housemate aku, adeh. letih aku tengok. tak habis2. smp ultraman pun layan.
aku tak minat! haha.. go detective conan!
fuhh..dah lama. dulu download kat youtube. Sekali terpadam plak..
[...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, syahirul.com. syahirul.com said: Kamen Rider Black: Setiap 50,000 tahun, kehidupan seorang Creation King yang memerintah… http://goo.gl/fb/OEUyI [...]
best cite ni..satu lagi cite gaban..
gaban pun best jugak..hehe..
taksub tul ko ngan kamen rider ea.. flashman ade tak. cybercop ke
mase kecik2 je tgk cite kamen nih, skung dh besar mcm tak de mood nak layan..
Kamen Rider Black | syahirul.com…
Kamen Rider Black. Satu siri animasi yang pernah ditayangkan pada mereka yang lahir dalam zaman 80-an di Malaysia. Jom sama-sama baca kisah ini….
Kamen Rider Black | syahirul.com…
Kamen Rider Black. Satu siri animasi yang pernah ditayangkan pada mereka yang lahir dalam zaman 80-an di Malaysia. Jom sama-sama baca kisah ini….
housemate aku yg budak kelantan ni peminat kamen rider…aku sikit2 je…yg kamen rider berkumpul ramai2 aku tgk la..tajuk apa xtau lupa dah..dulu waktu aku kecik org pggil bajak hitam ekeke
zaman sekarang…kamen rider dah macam power rangers…
aku ada koleksi beberapa siri kamen rider..sampai penuh hardisk dok mendownload…
kamen rider black dan black rax ni aku dah tgok sampai habis koleksinya masih ader…sekarang kamen rider black dan black rx ni dah kira macam lagenda kamen rider….aku memang peminat fanatik kamen rider …..yang paling tersentuh hati ilah lagu ending kamen rider black ( long long ago 20 century )memang sayu sekali lagu tu menurut aku baca satu komen ia berkaitan dengan jaln cerita kamen rider black …
peerrgh..cite lame..mmg best,dlu lah lyn skrg lyn gak KR..
henshiiin..haha
wahh cerita zaman kanak-kanak ni
boleh layan,tengok banyak kali pun tak jemu
setiap hari khamis jam 5 petang. first aku tgk masa 1991.
pehhh bro,,, mmg bgus memory ko,,, aku xigt dh ari ape die kua tv ptg2 dlu,,,, tp yg aku igt mesti standby dpn tv dh b4 cite ni kua,,,, klo tgk sinchan 2 lbey krg mcm 2la kte mase2 kcik2 dlu layan kamen rider ni,,, black mmg legend rider,,,,
crite ni sgt3 best waktu dia nak bertukar..
sampaikan mak aku jerit suruh mandi pown aku tak berganjak dari t.v..haha
Saya dapat melihat bahwa Anda adalah seorang ahli di bidang Anda! Aku sedang mulai membangun sebuah website segera, dan informasi Anda akan sangat berguna bagi saya .. Terima kasih atas semua bantuan Anda dan berharap Anda semua sukses dalam bisnis Anda.
Dmna nak download ceta ni??? rindu lh kn liat mcm wktu knk2 dlu, haha, lam bnyk2 kamen rider sekrng ni, yg ani is the best of the best hahah,
[...] beberapa tahun dahulu kami menonton cerita kegemaran iaitu Suria Baja Hitam atau dikenali dengan Kamen Rider Black, baru kali ni kami perasan bahawa ada satu babak hero tersebut disaman pihak polis kerana [...]
tamak nyer kamen rider nie..
moto die smpai 2..
haha sampai ponteng ngaji nak tgk kr masa 2 … balik umah kena tibai haha
tguk gak bende ni waktu kecik2 dulu..tp name suria baja itam…same ke ngan kamen rider black??
plg best part die jerit betukarrrrrr!!!,,, 2 yg plg ditungu2,,,, part ending jerit tumbukan padu maut,,,, dgn tendangan tanpa bayang ke xsilap aku klo dlm bahasa malaysia cte ni dlu,,,, kenangan2,,,,
hahaha kenangan betullah cita ni..kecik2 dulu aku panggil suria baja hitam..
tumbukan padu maut! sambil main tumbuk2 dengan anak jiran sebelah..