Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak

On 06/09/2010, in Uncategorized, by admin

Zaman kanak-kanak adalah saat yang tak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Pasti ada kenangan dalam kehidupan sebagai kanak-kanak. Dulu aku ada tulis entri tentang nostalgia cerita teladan pada zaman kanak-kanak dan hari ni aku nak bangkitkan memori silam dengan menulis entri tentang lagu-lagu yang sering kita dengar dulu terutamanya bagi mereka yang lahir dalam zaman 80-an sebaris dengan aku.

Waktu kecil dulu, aku selalu didengarkan dengan nyanyian berbentuk hiburan dan nasihat yang dapat membentuk satu peribadi baik untuk diri. Aku pasti zaman sekarang masih ada lagi ibu bapa yang still nyanyikan lagu-lagu yang aku nak kongsikan ini pada anak-anak supaya otak anak-anak mereka berkembang dengan cara mendengar nyanyian ini. Tapi mungkin apabila zaman makin moden, nyanyian ini makin dilupakan.

Berikut adalah senarai lagu dalam bentuk video yang dapat aku cari dan kongsikan demi mengimbas kembali kenangan silam.

1. Tanya sama pokok

2. Lagu tiga kupang

3. Anak rusa Nani

4. Air pasang pagi

5. Rasa sayang

6. Lompat si katak lompat

7. Bangau oh bangau

8. Enjet-enjet semut

9. Lenggang kangkung

10. Burung kakak tua

11. Bapaku pulang

12. Rama-rama

13. Labah-labah

14. Sepuluh budak hitam

15. Tepuk amai-amai

16. Jong-jong inai

17. Anak itik Tok Wi

Dalam banyak-banyak lagu ni, aku hanya tak jumpa satu lagu yang masih aku ingat sampai sekarang, iaitu lagu bertajuk “ton ton todak”. Di bawah adalah lirik lagu tersebut.

ton ton todak, todak mayang labu
ke mana pergi budak, ambil air selabu
buat apa air selabu, nak asah ladin
buat apa ladin, menetak bemban
buat apa bemban, nak jolok bulan
buat apa bulan, buat main adik
adik tak hendak, beri pada mama
mama tak hendak, beri pada papa
papa tak hendak, pulang balik pada adik
oo adik oo adik, rumah adik nak roboh
ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang
rak rak rum, rak rak rum

p/s: Walaupun aku tak tahu maksud lagu ni, tapi aku suka sangat dengar mak aku nyanyikan dulu.

Siapa masih ingat lagu-lagu atas ni? Bagi korang yang tak pernah dengar langsung lagu-lagu ni, mungkin ibu bapa korang tak mendedahkannya waktu kecil. Tak apa, janji korang dah dengar sekarang kan? Bagi sesiapa yang mempunyai anak kecil, bolehlah nyanyikan untuk anak-anak waktu nak tidur atau pun waktu terluang. Tolong luangkan lebih masa untuk anak-anak agar mereka dapat merasa kasih sayang korang.

 
 

50 Responses to “Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak”

  1. ery farieha says:

    bro lahir 80an ek?
    lagu lebeh kurang je dgn ery time kecik2 dlu
    ery lewat 80an

    hahaha

    • syahirul says:

      80-an di sini bermaksud siapa yg lahir dalam julat 1980-1989.. ada paham? hehehe.. means lagu ni femes kepada kanak2 yg lagir dalam julat ini.. pernah dgr tak smua ni?

  2. wazy says:

    Lagu yang aku ingat sampai sekarang Anak itik Tok Wi dan Jong jong inai,

  3. mrnamie says:

    teringat dulu, lagu-lagu camni jugak yang kena nyanyi kat tadika ramai-ramai… hehe

  4. pj says:

    lagu bapaku belikan kereta terbaek..dpat hadiah kereta kan bagus

  5. syafiq.net says:

    wow lagu todak tu tak pernah dengar haha. Banyak lagu dulu yg aku rasa kalau x didokumenkan akan pupus nanti

  6. cikgufarha says:

    waaaa yg lirik paling last tu je tak pernah dgr…dan lagu rama2 tak pernah gak hehehe

  7. ariff says:

    semua lagu tu aku tau da..

  8. Rjuna says:

    Peh nostalgia beb, tu la lagu aku nyanyi masa tadika, masa darjah 1-3, rajin ko kumpul pastu upload kat fesbuk

    • syahirul says:

      hahaha.. ni baru versi BM, lom versi org putih agi.. nantikan :) gyahahaahha~ ko bila nak ada anak ni?

  9. pligg.com says:

    Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak | syahirul.com…

    Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak. Saksikan muzik video yang telah aku sediakan. Ia betul-betul mengimbas kembali kenangan silam….

  10. Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak | syahirul.com…

    Mari imbas kembali kenangan lagu zaman kanak-kanak……

  11. myebuzz.net says:

    Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak | syahirul.com…

    Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak. Saksikan muzik video yang telah aku sediakan. Ia betul-betul mengimbas kembali kenangan silam….

  12. hanif says:

    Lagu no 11 tu sampai skang aku ingat lirik dia,,,masa darjah satu mula nyanyi lagu ni..

  13. NoorAfzan says:

    kat sekolahpun selalu nyanyi lagu2 rakyat ni.

  14. zik says:

    fuh kenangan betul nie bro… lagu rasa sayang best… :-)

  15. zool says:

    Ada yang aku ingat dan ada yang tak ingat.. lagu zaman sekolah rendah ni..
    teringat cikgu ngajar muzik. baru je meninggal tahun ni. Alfatihah buatnya

  16. Fathulimran says:

    Ye lah.. Lagu-lagu seingat saya, masa saya baru sekolah tahun 1. Sampai skarang ini, masih ingat lagiii..

  17. [...] minggu lepas aku ada buat entri tentang kenangan lagu melayu zaman kanak-kanak dan hari ni aku sambung entri tersebut dengan berkongsi video muzik lagu inggeris yang pernah [...]

  18. julia says:

    syahirul…boleh tak typekan lirik lagu embun sok sek…

  19. Dauspozi says:

    ♪ Di Di Di… Daun Keladi.. Sape Dulu Dia Yang Jadi… ♫

    ♫ Wor Wor Wor.. Taik Kelawor, Sape Dulu Dia Yang Keluor ♪

    Tu lagu yg aku nyanyi time umo 6-7 tahun dlu… Lagu tu fungsi dia mcm lalalitamplom… Utk kira pemain… Kalau main hide and seek atau polis2.. aku selalu nyanyi dgn geng2.. hehe

  20. Adha says:

    tetibe teringat tadika kemas :o: ..nostalgia sungguh.. :8

  21. nizam says:

    Aku ingat lagu zaman Tadika.. tajuk ape tah..

    Sebuah rumah dlm hutan,
    anak rusa meninjau ditingkap,
    seekor arnab berlari… mengetuk pintu…
    tolong, tolong katanya.. sipemburu nak tembak saya… mari masuk kedalam…. bersuka ria…..

  22. aeliyana says:

    ade lagu ni..mase tadika cikgu ajar..sampai hari ni saya still cntact ngan ckgu tadika.. =)

    saya ada seekor kucing..
    saya panggil namanya cing cing..
    dilehernya ada loceng..

    cing cing cing saya panggil dia..
    ring ring ring berbunyi loceng nya..
    [lagi da lupe laa..]

  23. Hunny_Qtn says:

    80% lagu kt atas time sy tadika.
    thn 99-00.. masuk darjah satu 1 lagu ckgu tak ajar dah.. ohhh!rindu zaman tu =(

  24. tihah says:

    lagu ikan kekek mak iloi2 pon best! haha

  25. petua hamil says:

    terima kasih untuk artikel diatas..

  26. cik sarah says:

    hihihi…skrg ajar budak2 tadika sndiri lak nyanyi lagu cute nih… nak ajar stdnt kolej,mmg kena cmpak tomato busuk la.sbb x sepanas lagu2 skrg. :)
    ap2 pown,mmg best..sbb smpai g brtnding…

  27. anina says:

    org yg lahir tahun 70-an pun tau gak la lagu2 ni…

  28. syish tawook says:

    salam,tapikan..betul ke knk2 diajak menyalahkan org dgn lagu bangau o bangau—dpt idea ni sembang2 ngn kwn2

  29. hidayah says:

    semua pernah dengar kecuali ton2 todak tu..
    mak sy punya versi macam ni
    “ton2 todak,mayang jambu2,
    mana dia budak,di balik kelambu,
    dia buat apa,dia asah pisau,
    nak sembelih apa,nak sembelih kerbau”
    hahah..sekarang masih nyanyikan utk anak buah

  30. shahrul5689 says:

    thank you bro! lagu2 ni memang nostalgik haa…aku pun memang duk cari2 lagu2 masa kecik2 dulu 1989 hoho ;) :)

  31. syahiirah says:

    sorry i tak nyanyi lagu sume ni… :PP

  32. Dickson says:

    Lenggang Kangkung Lagu Ini Saya Mahu ada sesiapa bileh tolong bagi saya Music Dia …… Terima Kasing !!!! Urgent !!!!

  33. HELLO,awk semua ni petingkan lagu je………x risau kan hari kiamat ke?????????????????????? :(( :(( :((

  34. Noname says:

    adoyaiii..lagu ton ton todak tu kelakar pulak..tak penah dengar pon,,ayah saya penah nyayikan lagu 10 budak itam je,yg lain cekgu yg ajarkan..:)

  35. ahmad zaidi says:

    nostalgia mengusik jiwa dan teringat masa kecik2 dulu mak ayah dodoikan bila nak tido..

  36. ahmad zaidi says:

    ada satu lagi lagu yg abah saya selalu nyanyikan utk kami adik beradik lagu kuda dibuat dari pelepah pisang..insyallah nanti saya akan tuliskan lirik lagu nya ya..

  37. lavenry(new comment) says:

    awak ni cikgu tadika ke?ngeh3~~

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Theme
Page 1 of 11
Premium WordPress Themes