Kisah aku dan negeri Sarawak

On 17/09/2010, in Uncategorized, by admin

Pada 8 September lepas, aku telah berangkat ke Kuching, Sarawak sempena Aidilfitri yang tiba. Ini kali kedua aku beraya di Sarawak, jauh dari keluarga. Selama 8 hari aku tinggal di sana dan banyak juga pengalaman dan ilmu baru yang aku dapat dari sana. Yelah, bila dah stay di negeri orang kenalah tahu serba sedikit tentang masyarakat di sana.

Berbanding dengan tahun lepas, aku lihat tiada perubahan atau kemajuan yang ketara, masih sama seperti dulu. Mungkin aku tak lawat tempat lain, so aku tak tahu bahagian mana yang dinaik taraf. Sepanjang 8 hari di Sarawak, aku hanya pergi ke area Kuching, Lundu dan Sematan sahaja. Banyak masa dihabiskan di area Kuching dan Sematan sempena hari raya.

Seperti biasa, aku akan kongsikan gambar sewaktu aku di sana. Korang boleh lihat gambar dan cerita mengenai aku di live blogging juga. Oleh kerana aku hanya menggunakan telefon bimbit sebagai kamera, maka kualiti gambar kurang memuaskan.

Sewaktu berlepas dari LCCT ke Kuching

Seperti yang dijanjikan dalam live blog, aku ingin kongsikan pengalaman menaiki kapal terbang bagi sesiapa yang tak pernah merasainya. Ini adalah  perjalanan sewaktu dari LCCT ke lapangan terbang Kuching.

Baju raya tahun ni, merah keorenan

Santapan setelah solat sunat hari raya

Kek lapis sarawak yang siap dipotong kecil-kecil

Kek lapis sarawak

Gambar di bawah adalah pemandangan dalam mode panorama yang ditangkap menggunakan Nokia 6120 Classic. Lokasinya adalah sekitar Sematan dan Kuching.

Sematan, Sarawak

Perkuburan di Kuching

Pantai Sematan

Pekan Sematan

Kuching airport

Dalam Airasia

Apa yang aku dapat simpulkan disini mengenai Sarawak adalah seperti berikut. Ini adalah sekadar pandangan dan apa yang aku lihat di sana. Ia mungkin berbeza dengan pendapat korang yang tinggal di sana atau pun pernah ke sana dan mungkin berbeza dari kehidupan aku di KL.

  • Roti paling sedap dan terkenal iaitu Gardenia tidak dijual di Sarawak dan kalau ada pun, ia dijual dengan harga yang mahal.
  • Kebanyakan penduduk di sana menggunakan parabola berbanding Astro untuk menonton TV.
  • Laksa Sarawak amat sedap dimakan sehingga aku tambah 3 kali. Kuahnya hanya terdapat di sana (kata orang sana).
  • Sambal belacan Sarawak amat sedap berbanding dengan semenanjung. Rasanya terlalu hebat sehingga aku ketagih.
  • Sarawak mempunyai 2 tol jalan raya sahaja.
  • Tiada pasaraya yang terkenal di Sarawak seperti yang terdapat di semenanjung.
  • Tiada panggung wayang hebat seperti GSC atau TGV di sana.
  • Baju raya iaitu baju melayu dan baju kurung dipakai bukan pada hari raya pertama dan kedua sahaja, bahkan ia dipakai terus sehingga selesai bulan syawal sewaktu beraya.
  • TNB tidak membekalkan elektrik di Sarawak dan ia diuruskan oleh Syarikat SESCO Berhad.
  • Siapa yang bukan anak kelahiran Sarawak diwajibkan mempunyai passport atau slip lawatan sosial apabila memasuki Sarawak. Slip ini akan tamat dalam masa 3 bulan. Mereka kena renew pas tersebut di imigresen jika ingin terus berada di Sarawak.
  • Kebanyakan remaja di sana amat gemar modifikasikan motosikal dengan menggunakan tayar sotong (kecil dan nipis). Cover set motor juga sering diubahsuai menjadi lebih menarik menurut minat masing-masing. Oh ya, susah nak jumpa motor 2 stroke di sana, rata-rata guna motor 4 stroke.
  • Plet baru di Sarawak bermula dengan huruf Q (QCC123) manakala plet lama bermula dengan huruf K dan berakhir dengan huruf Q (K123Q).

Salah satu tol di Sarawak

Cukuplah serba sedikit mengenai pengalaman ke Sarawak, pengalaman yang lain (banyak) aku simpan untuk tatapan sendiri sahaja. Terima kasih kepada keluarga si dia kerana melayan aku sungguh baik sewaktu lebih seminggu di sana. Jumpa lagi Sarawak!

Random Posts:

 

22 Responses to “Kisah aku dan negeri Sarawak”

  1. mrnamie says:

    aku dulu duduk sarawak pun dah lama tak pergi kuching ni…

  2. mira says:

    betol2.
    tol ade due je xsilap..hehe.bguskan? ;)
    salu gune tol yg dalam pic tu pegi Boyan.
    yg dekat kedai kek dayg salhah tu.
    nasi aym penyet kat situ sedapppppp sangat. :8

  3. afiq aiman says:

    teringin nak ke sana tp duit tak mengizinkan lagi al maklumla student ekeke

  4. syahrilhafiz says:

    pergh best nya..
    lawa gambar..nice edit…

    p/s tak bawa balik ole2 ke… :)

  5. hanif says:

    Tak pernah pergi sarawak,tringin gak nak pergi sana nak makan laksa sarawak.. heee :)

  6. Serra says:

    Nice pic n nice information…U better try going to other place in sarawak..Its cool..Oo maybe u can go to sarikin..Sempadan Kalimantan Sarawak…

  7. maz says:

    ole2 dr sarawak ader x? kek lapis special sarawak..huhuhu… :)

  8. Roy says:

    Aku adela skit pengalamn dok serawak. hampir 4 tahun dok sane x pernah balik semenanjung. ape yang aku dapat.
    1. segulung ijazah dari UNIMAS
    2. Hari Raya, korang xkan jumpe air biase. sumenye iar gas (berkarbonat)
    3. LAWA bermakne SOMBONG
    BERBUKE PUASE kate lain SUNGKEY
    4. AYAM dipanggil MANOQ
    5. TEMBIKAI dipanggil SEMANGKA
    6. KERETA dipanggil MOTO, MOTO dipanggil MOTOSIKAL.

    Banyak lagi la…..Best dapat belajar bahasa Serawak…
    * Kitak oghang siney?? Kalo tau ape maksudnye…..

  9. AMR says:

    sarawak tanah airku.. hehe..

  10. zik says:

    sedapnya kek lapis sarawak…

  11. Mus says:

    aku pun balik sarawak raya lepas

  12. Mr J says:

    salam dari Blogger Sarawak. Best tak di Sarawak?

  13. kat sematan ke yg banyak pakai parabola? sbb kalau kuching majoriti pakai astro. even rumah papan yg nak roboh pun ada 2 astro, beyond pulak tu..haha.. :)

  14. molmolla says:

    Ok cantik semua gambar!! kata pakai hp, cantik jeee! :D hahaha~

    aku tak pernah sampai sarawak lg

  15. ema fatimah says:

    ” Tiada pasaraya yang terkenal di Sarawak seperti yang terdapat di semenanjung.
    Tiada panggung wayang hebat seperti GSC atau TGV di sana.”

    i’m really disappointed with this, u baru g kuching, belum miri, aku dari hujung ke hujung borneo dah g, u pnh g dspring x? MBO? Boulevard? Sarawak Plaza? pasaraya? ko da kuar g ujung mggu kt satok x? ada g pasar Muhibbah kat Miri x?

    sy sbg org swak, sgt kecewa la syah..if I meet u that day, of course I bawa u sampai ke hujung borneo

    • syahirul says:

      sory la cik ema kalo u tak suka that statement.. ia bukan menghina ke ape.. it just ape yg dilihat dari mata.. kan dah tulis atas tu dari pandangan dan pengalaman… nanti kalo next year i pi, leh la bawak i jenjalan :)

    • dvd says:

      betul kata owner tu… dia tak raun abih lagi…

  16. eyra says:

    kek u mmg hidang besar2 camtu? wahhhhh

  17. teringat masa plkn bout that slip lawatan sosial. cop untuk 3 bulan. citer kat member lain yang gi plkn tapi kem kat semenanjung, diorang kata takde pun nak cop2 kad segala. sekarang baru terpikir. rindu la sana.

  18. nananera says:

    that’s why byk org swak yg tak puas ht>SWAK KAYA MINYAK,GAS,BALAK+++,TP SEMENANJUNG YG DAPAT LEBIH(plik jugak ek,sbh/swak kaya hasil bumi,tp negeri lain yg jd kaya).ESPECIALLY SELANGOR & JOHOR(NEGERI PLG BYK HUTANG).APA2 PUN SEMENANJUNG DPT DULU(serupa zmn penjajah gak).APSAL??lg satu,smatan & lundu tu mmg le xde shppg cmplx & pggg wyg sbb 2 tmpt tu blh dikira pedalaman(nasib awak le).ptutnye awak ronda2 bndrya kcg.@ p tmpt lain kt swak…>PSST:jgn marah yek,saje je kongsi pendapat :-)

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Theme
Page 1 of 11
WordPress主题