Kisah peniaga dan solat Jumaat

On 12/11/2010, in Uncategorized, by admin

Seperti biasa, hari Jumaat umat Islam akan menunaikan solat Jumaat dan pastinya banyak gerai-gerai penjualan dibuka seperti bazar Ramadhan di tepi-tepi masjid untuk menjual makanan, ubat-ubatan dan pelbagai barangan. Kalau korang perasan, orang jual kasut Crocs pun ada tau. Gambar di atas adalah suasana selepas solat Jumaat berlokasi di tepi Masjid Al-Falakh, USJ 9, Subang Jaya yang aku sempat tangkap sebentar tadi.

Aku biasanya akan solat di sini sebab masjid ni terletak berhampiran dengan rumah aku. Tak adalah dekat sangat, kena naik motor juga nak pergi sini. Tapi kalau jalan kaki dengan berwuduk, lebih besar ganjarannya sebab setiap langkah menuju ke masjid dengan niat untuk solat berjemaah mendapat pahala. Kembali kepada tajuk utama, aku nak cerita tentang peniaga di tempat aku solat Jumaat ni. Ia berdasarkan pengalaman aku sepanjang berpuluh tahun solat di sini.

Dalam banyak-banyak gerai yang menjual makanan, aku paling suka makan mee rojak yang dijual oleh mamak di sini. Sedap sangat rojak. Lepas tu makan cendol pula, kira 2 in 1 la. Tadi tak ada mee rojak sebab orang tu kata tak sempat buat. Cis kempunan aku. Selalunya aku akan makan rojak selepas selesai solat Jumaat. Harga satu pinggan rojak biasa rm3.50, macam mahal pula rasanya.

Berbalik kepada kisah peniaga-peniaga kat sini, ada yang aku tak berkenan mengenai mereka. Kenapa ye? Sebabnya mereka tidak hormat kepada solat Jumaat dan bahasa singkatnya, mereka langsung tak hormat Allah. Namun bukan semua peniaga begitu. Aku cukup sedih apabila melihat situasi di mana orang lain sedang solat jumaat, namun ada antara mereka (lelaki) masih tidak solat dan meneruskan perniagaan mereka. Apa kau ingat perniagaan kau tu halalkah?

Ceritanya bermula apabila di suatu hari aku lambat bangun tidur kerana mengantuk yang teramat sangat, so bila tengok jam macam dah lewat nak pergi solat, tapi aku kuatkan diri dan bersiap untuk pergi solat. Dengan memecut seperti orang yang berlari 100m dalam sukan olimpik, aku tiba di masjid dan sempat tengok beberapa lelaki Islam masih selamba menjaga gerai dan ada juga yang sedang menjual barangan.

Gerai makanan yang tiada lelaki Islam turut dijaga dan menjual makanan kepada pengunjungnya. Tapi perempuan Islam yang menjaga di gerai terbabit. Korang  tahukah siapa pembeli-pembelinya? Ya, umat Islam juga yang membeli di sana. Kebanyakannya adalah wanita Islam, ada juga wanita bukan Islam dan ada juga segelintir lelaki Islam sibuk membeli sewaktu orang sedang kusyuk solat Jumaat. Apakah mereka tak malu? Apakah sifat malu itu akan wujud setelah gambar atau video penjualan mereka sewaktu solat Jumaat tersebar?

Wahai orang-orang Islam yang berniaga, tahukah apa hukum jual beli ketika solat Jumaat? Baca lebih lanjut di pautan ini {link} dan {link}. Kesimpulan yang aku perolehi adalah seperti berikut:

  • Haram lelaki Islam jual/beli setelah azan pertama
  • Tidak haram wanita Islam jual/beli setelah azan pertama

Jadi sebaik-baik rezeki yang peniaga ni nak cari adalah setelah selesai solat Jumaat. Dengan begitu moga rezeki yang diperolehi akan Allah lipat gandakan nanti.

Random Posts:

 

51 Responses to “Kisah peniaga dan solat Jumaat”

  1. nikamirul says:

    aku setuju. tapi tempat aku takde camnie

  2. mrnamie says:

    hoho… ada jugak yang macam ni..tapi tempat aku ni tak ada yang meniaga waktu solat jumaat..mayb area kampung kot..rumah pun dekat2 je.. hehe

  3. sengal ubi says:

    aktiviti ini patut dipantau oleh agensi kerajaan yg berkaitan…
    kenapa x gubalkn undang-undang larangan berniaga pd waktu tersebut????
    kn lebih elok tu…

  4. encik luth says:

    macam pasar siang pulak eh dekat dengan masjid. lelaki islam atau lelaki muslim?

  5. el ameerah says:

    hi syahirul,
    i dh suggest kt my parents utk tgk ur blog..haha..my mom mcm suke..anyways, keep it up to do more abt islamic stuff..

    btw, for this entry, yg tido dlm kereta tu, sometimes, mereka ni musafir..mcm my brother dlu dye tido dlm kereta utk berehat..sbb kami dh solat jama’ waktu tu..so x de tmpat nk rehat, then kami stop kt tmpat parking masjid..
    just givin personal opinion..

    goodluck.

  6. ahmad says:

    yee…arini khutbah di mesjid area aku pun cerita kan psl hukum membeli/berniaga time jumaat..dan khutbah arini sungguh best skali sbb xterlalu typical yg slalo baca text dgn nada yg biase…ni lebih semangat (sampai klua bahasa ingeris lagi) n penuh pengisian…harap setiap jumaat dpt dgr khutbah camtu…

  7. yoy says:

    ni dah tahap tak tau malu..duit sagalanya…

  8. Nys says:

    berjual beli dgn lelaki islam semasa s0lat jumaat adalah haram kecuali mereka uzur dan bermusafir…

  9. annesya says:

    aduhh =_=” kat kafe dlm kampus aku pun ape kurangnye syahirul weh. tensen woo~
    kengkawan non muslim pon persoalkan. malu dohh =(

  10. [...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, syahirul.com, syahirul.com, andyhowtt, zerohanz and others. zerohanz said: Kisah peniaga dan solat Jumaat: Seperti biasa, hari Jumaat umat Islam akan menunaikan solat Jumaat dan pastinya … http://bit.ly/965Cet [...]

  11. iamnerves says:

    betul2…
    da selalu sgt aku tgk hampir sume masjid..
    ada peniaga2 bila da azan pertama..
    rilek je jual lg..

    hmm..
    aku mampu tegur dlm hati je
    =(

  12. nurul says:

    baru tadi nmpak budak lelaki ngan awek dia mkn kat gerai. tak g solat jumaat kot..coz time tu dah azan dah.. hurm.

  13. serol says:

    kalau lapar sangat pun, takkan tak boleh tunggu lepas solat jumaat.. :D

  14. Mungkin seseorang patut menegur mereka yang besar panjang ni tentang pentingnya menghormati si pencipta..

  15. liyanaziz says:

    hamboi, banyaknya gerai.. kadang2 kalau tengok ramai lelaki yang lalu tepi masjid masa solat jumaat, kita yang malu.. x tau kenapa.. 8)

  16. arrizz says:

    adoi patutnya pergilah solat jumaat dulu..tula penting bawa saudara perempuan, ada gak tolong2 tengokkan time solat tue..

  17. luq says:

    men cari hal 2 dunie tu bepada2 la.
    mase solat kite salat la
    abas je solat kite sambungla blk kije 2.kan.
    x mcm 2.
    renung2 kan selamat beramah…. ;)

  18. akuBlog says:

    Sudah menjadi lumrah.. Perkara biasa di zaman ini..

    Boleh dikatakan most of the mosque area KL and selangor semuanya begini.. Sedih..

  19. redfingger says:

    sumer masjid macam nie sekarang, dah xde malu da..bukan x boleh meniaga, relax jap p solat dulu la..akhir zaman, bulan pose pun orang makan kat kedai..

  20. amirsyah says:

    kadang2 dioran jual minyak wangi depan masjid… sambil jual, sambil dengar kutbah.. aih!

  21. Syafrizal says:

    macam mana la nak berkat..
    semua tak nak kejar pahala
    tapi kejar fulussssssss

  22. fitri says:

    yup orang lelaki memang haram berjual beli bila dah azan…sempat lagi melantak mase org tgh dengar khutbah..ish3 :(

  23. Ye la…. patutnya diorang standby kan orang pekerja wanita sepanjang sume orang solat jumaat..

  24. Nizam says:

    Memang betul tu… itu yang kita nampak kat luar. Yang tidur kat rumah tu ape cter? Rasanya ramai kan… Sama-sama kita doakan agar diberi petunjuk dan hidayah…

  25. h3r0 says:

    Tak ada orang yang jaga ke kawasan tue?

    Buat para peniaga kat situ, ingat lah…

    Jangan hanya untung di dunia, tapi papa di akhirat..

  26. shaharil says:

    Mereka ini terlalu sibuk dan leka mencari keperluan hidup.

  27. aik, ada plak yg tdo waktu solat jumaat?pentipu la tuh…org gi solat, dia leh ponteng tdo dlm keter lak..isk..

  28. Mr.Bintang says:

    hehe.. aku dah pernah tngk suasana tu… :P time tu aku tertanya2 gak.. diorg x solat ke? huhuhu…

  29. ohcikgu says:

    emm..kalau dah siap video tuh..leh la kongsi ek..

  30. mamat says:

    mereka ni mungkin masih menunaikan solat.. xmacam roomate saya xpenah solat setiap kali sembahyang jumaat tidur aje dalam bilik saya dah menasihati tapi dia buat dek aje..walaupon sy bkn beragama islam tapi saya sangat sensitif tgk kwn2 beragama islam xsolat..

  31. sfatimahzj says:

    realiti zaman sekarang…hmmmm.

  32. kamarul says:

    yess bro..upah la member2 bro yg non-muslim..tolong amek gamba & video mase solat jumaat..bole jadi bukti

  33. maria@ampang says:

    salam syahirul…kite pun selalu ikut hubby gi solat kat USJ9…memang betul apa yg u cakapkan…mereka tak hormat langsung dgn solat jumaat…apa dlm fikiran mereka ye

  34. aku lg says:

    salam bro kamarul..jgn nak jatuh kan agama sdiri la..nak soh non muslim amik gambar utk ader bukti smua?ckp pakai akal la bro..bawak pikir panjang sket..

    • iwan says:

      pikir positif yer bro.. aku rase xde kene mengene pon pasal ‘menjatuhkn agam sendri’

      ke atau ko sendri yg nak amek gambar tu…
      aku leh jer upah ko…

      • aku lg says:

        kpd ‘IWAN’…ko nak aku pikir positif?aku raser ko tu perlu fikir sbelum ko nak melihat dari sudut positif yer..hheheh…ko nak upah aku amik gamba time solat jumaat?marah tak kalau aku ckp ko ni xder otak bebal ker aper?mesti marah kan? ko fikir lah yer…>>>aku rase xde kene mengene pon pasal ‘menjatuhkn agam sendri’(iwan ckp)<<<<..ni lah kalau org xreti nak pikir jauh..lagi mau soh non muslim yg amik gambo.ppuan kan ader..aper la cetek sgt otak ko nih…knaper bg ko ppuan smayag jumaat jgk ker?wahahahhh….kalau ko nak tau..ni lah khianat kecil yg ko dah buat kalau ko suruh non muslim yg amik gambo org islam yg xpegi smayag semata2 nak buktikan pada org islam…choii!!!open your mind la brooo IWAN…p/s..nak sgt tau braper umur ko nih.. :D

  35. Belinda says:

    Di Amerika, wanita2 Islam pun sama2 berjemaah menunaikan solat Jumaat. Hukumnya sunat yg dituntut kepada wanita2 Islam.

  36. jija says:

    betul2..good idea upah non muslim ambk gambor…hehehe :D

  37. yana says:

    jgn kata peniaga..sesetgh company or syarikat besar pon bole xbg pekerjanya solat jumaat dgn alasan nty customer xbole tggu..hangin btul la..bila solat jumaat je kerja2 terkpsa di holdkn mula la org atasan memekak..sabar jela..

  38. amin says:

    Bro better upah wanita je bro,, upah non-muslim kang nanti dorg fikir pe lak?

  39. najlaa says:

    ok gak tuh..tp cam malu la suh org non-muslim..mungkin kalu minta tolong muslimah pon ok..

  40. aku lg says:

    kpd ‘IWAN’…ko nak aku pikir positif?aku raser ko tu perlu fikir sbelum ko nak melihat dari sudut positif yer..hheheh…ko nak upah aku amik gamba time solat jumaat?marah tak kalau aku ckp ko ni xder otak bebal ker aper?mesti marah kan? ko fikir lah yer…>>>aku rase xde kene mengene pon pasal ‘menjatuhkn agam sendri’(iwan ckp)<<<<..ni lah kalau org xreti nak pikir jauh..lagi mau soh non muslim yg amik gambo.ppuan kan ader..aper la cetek sgt otak ko nih…knaper bg ko ppuan smayag jumaat jgk ker?wahahahhh….kalau ko nak tau..ni lah khianat kecil yg ko dah buat kalau ko suruh non muslim yg amik gambo org islam yg xpegi smayag semata2 nak buktikan pada org islam…choii!!!open your mind la brooo IWAN…p/s..nak sgt tau braper umur ko nih.. :D

  41. misae says:

    uissh..jgn kate kat USJ9 aje..

    kt tempat lain..belambak jer laki islam x g semayang jumaat.

  42. hambal says:

    upah aku la…aku Islam tapi tak pegi semayang jumaat

  43. shahrul says:

    dari komen membina dah jadi komen caci maki lak…
    ckp islam bersatu….
    tapi sekoq2 dok jaga ego…
    sedih la…..

  44. Hairi... says:

    Sepatutnya kita semua cr penyelesaian…itu tanggungjawab kita bersama..c’mon, cuba kita berusaha utk kearah lbh bersatu..elakkan provokasi…x kira laki atau pompuan, sesiapa yg nmpk saudara, adik beradik ataupon kwn2 yg x solat, tegur diorg utk tunaikan kewajipan…

  45. asyrani says:

    apa nak jadi la agaknya :oups:

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog