Mabuk dalam cinta terhadap Allah

On 20/07/2010, in Uncategorized, by admin

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”.

Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu”. Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”.

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  • Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  • Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
  • Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima”.

  • Mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  • Mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab.
  • Mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
  • Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  • Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Notakaki: E-book tentang kisah-kisah teladan Islam yang pernah ditulis dalam blog ini boleh dimuat turun di sini. Sebarkan.

Random Posts:

 

18 Responses to “Mabuk dalam cinta terhadap Allah”

  1. TMUkmkd says:

    karam sudah orang itu dengan cintanya :D

    • syahirul says:

      ye, begitu dalam kan cita dia setelah Allah beri rasa cinta yg terlalu sedikit… maha suci Allah

  2. Cik Nass says:

    Aku INGIN SEKALI menyintai ALLAH sebagaimana pemuda itu….~ =( Aku begitu kehausan cintaNYA dari hari ke hari…~ terlalu haus!

    • syahirul says:

      keimanan perlu kuat dalam diri.. andainya kita hidup satu zaman dgn nabi, pasti kita dapat merasai kenikmatan yg tak terkira…

  3. zikri says:

    Bayangkan hanya setengah… sudah menjadi begitu…

    agak agaknya kita ni berapa berat cinta kita kepada Allah????

    adakah 1 per seribu dari setengah berat cinta pemuda itu atau kurang lagi???

    fikir fikirkan lah….

  4. nur says:

    sungguh bermakna.tp ape yang paling penting, walau cinta pada kita pada manusia sejuta kali lg berat, xterbanding dengan cinta setengah berat zarah dari ALLAH swt..subhanAllah.

  5. redz one says:

    Subhanallah…

  6. isa abdul hafiz says:

    sesungguhnya orang yang hauskan cintanya pada Allah, maka ketahui lah ketika sepi dia tidak sendirian,kerana ada Kekasih (Allah) yang menemaninya,dia juga tidak akan menjadi orang yang dihormati,kerana di dunia ini mereka diharamkan dari mengejar duniawi, dan sesungguhnya ketahuilah mereka adalah bukan dari golongan yang rugi, bahkan menjadi manusia yang bakal menyambut cinta Allah di akhirat nanti. Kalian akan cemburu melihat Allah mencintai seorang dari hambanya itu, dan sesungguhnya kalian bakal cemburu dengan cemburu yang sangat cemburu..lebih cemburu dari melihat seseorang yg kalian cintai di dunia bersama yang lain…namun ketahuilah, kemenangan besar adalah milik mereka dan tiada siapa yang dapat merampas kemenangan kekasih2 Allah,,,

  7. Zulkifli Wahab says:

    SubhanALLAH – Maha Suci ALLAH dr segala bentuk kesyirikan kerana DIA ,NO-1 dlm sgl perkara…YA ALLAH…jdkan aku dr golongan yg sedikit….

  8. salam ziarah

    cinta Allah cinta yang hakiki
    mari kita sama2 berusaha mendapatkan cintaNYA

  9. emancloud says:

    =,( bro. nice entri. Allah maha besar…

  10. kaka says:

    cintailah yg MAHA MENCINTAI…..

  11. Jayim says:

    hanya mampu mengalirkan air mata membaca kisah ringkas ini. terima kasih, bro.

    -aku pernah meminta untuk dimatikan hatiku terhadap cinta manusia. kerana aku takut cinta manusia akan mematikan hatiku untuk mencari cintaNYA.

    -apa guna dicintai seluruh manusia dimuka bumi, andai cinta pemilik nyawa dan kehidupan tidak dapat aku perolehi?

    -aku ingin berubah. walaupun terpaksa berkorban dan terkorban. demi cintaNYA, demi redhaNYA. :)

  12. Sulaiman says:

    assalaamu a’laikum..subnallah yaa akhi..toyyib..sangat bermamfaat..sebenarnya pengakuan cinta kita ini hanyalah semu belaka..cinta kita terhadap dunia masih lebih besar dibanding cinta kepada-Nya..”Ya Allah..bantulah kami untuk mencintaimu..!sesungguhnya kami ini sangat da’if dan bodoh..”

  13. wan zuraida says:

    aku ingin mencintai MU spt pemuda itu. T_T

  14. isteri dan ibu says:

    mohon share ye..TQ :-|

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Weboy
Page 1 of 11
WordPress Themes