
Siapa Ahmad? Anonymous? Atau seorang yang hanya pandai berkata-kata tanpa memikirkan baik dan buruk tentang apa yang dikatakan? Berlagak alim dengan menggunakan avatar mencerminkan seorang yang soleh yakni dengan memakai kepiah/lebai dan dengan selamba menghentam orang lain dan sekaligus memalukan umat Islam dan masyarakat melayu?
Bermacam-macam persoalan yang aku berikan pada korang sebagai intro untuk entri kali ini. Kenapa ye? Mesti orang tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Okey, tak payah nak serabutkan kepala, jom kita usha snapshot yang aku temui semalam dan aku ingin kongsikan dengan korang bertujuan untuk meraih pendapat yang berbeza dari setiap individu.
[klik gambar untuk membaca dengan jelas]
Snapshot ini mungkin berasal dari satu group dalam Facebook dan ia telah aku temui melalui Google Image dan apa yang aku lihat ia adalah suatu yang amat memalukan orang yang mengaku dirinya umat Islam. Mungkin kejadian ini sudah lama berlaku dan mungkin juga ramai yang telah mengetahuinya. Macam yang aku tulis kat atas, aku just nak minta pendapat dari korang semua apakah patut atau tidak patut Ahmad berhadapan dengan David dengan mengeluarkan kata-kata di atas?











Kesimpulan aku, hanya orang yang jahil je cakap camtu…
yep, jahil tentang agama.. satu agi jahil tentang adab dan tingkahlaku
kite patut nye bantu david utk masuk islam…bkn nye merendahkan dye…x semua nme ahmad mcm ahmad nie…ahmad is variation of the name Muhammad…so ahmad pkr dlu smblm cakap…
ahmad tu lagi kurang iman berbanding david..
memalukan jer ahmad tu..
tak heranlah kenapa western memandang rendah dengan islam..
puak2 yang dok berlagak samseng tak habis ni selalu buat kecoh..
padahal kecik jer punya hal..
Kristian Katholik percaya Allah tu wujud..
owh yeke? baru aku taw kristian katholik ada kepercayaan mcm tuh.. sampai bila la dak melayu mcm ni akan terus wat masalah??
Salam. Masa aku duk asrama dulu ramai dak kristian sedorm ngan aku sbb kt sabah mmg ramai kristian. Pastu diorg siap citer sebenarnya agama kristian ni mengikut perjanjian lama mmg sebiji mcm islam. Solat 5 waktu, puasa n semua samalah. Pas kelahiran nabi isa n nabi muhammad terus ada puak yg buat bible berdasarkan perjanjian baru yg sampai skrg diorg ikuti. Dalam agama diorang, nama tuhan diorg Allah juga. Cuma sebutan je lain. Diorg ni percaya islam tu mmg agama betul cuma diorg xleh percaya nabi muhammad nabi terakhir. Tu yg diorg wujudkan bible yang pada asalnya kitab Injil tp diorg dah ubah kitab Injil tu. Tp ahmad ni mmg ckp xsyg mulut lah. Dia patut respect org dari agama lain puji islam. Sekurang2nya bagilah david tu nasihat n tunjuk jln yang benar bawa dia masuk islam. ni dia gi marah david tu pula. isk3….
@mimie, thanks bro..aku baru nak tau..
Ahmad… Ahmad…
menegur dengan tidak berilmu
camni la jadinya
so sape harus dipersalahkan? tak mungkin mak ayah dia tak didik kan?
@syahirul, berhenti cari kesalahan, “mulakan” cara nak selesaikan masalah tuh..
ahmad tu lebih memalukan
tapi david tu juga perlu fikir dahulu
sebelum cakap begitu, sebabnya kat
tv dalam berita or al kulliyah pun ada
cakap, haram org bukan islam bagi salam
or mengucapkan ayat2 begitu.
Takkan dia tak aware..
@azham zanal, terima kasih atas komen yg membina ini.. tapi mungkin juga david tidak tahu menahu tentang hukum halal haram mengucapkan ayat2 sebegitu sbbnya dia seolah2 mahu belajar tentang islam.. memang tak boleh org bukan islam bg salam, namun harus ditegur bila dia berbuat begitu dan jgn buat mcm ahmad tegur tuh. jadi kesimpulannya kita sebagai islam kene melayan org bukan islam dengan baik macam Rasullullah melayan mereka..
maaf, mencelah.
salah tu.
orang bukan Islam tidak tahu menahu pon hukumnya haram memberi salam kepada orang Islam.
sebaliknya orang Islam yg menjawap salam dari orang bukan Islam, jatuhnya hukum haram.
peh….aku da baca ni malam td…malu gile kot aku ngan david…..
n malu gile ada saudara sesama Islam yang jahil macam ahmad ni
mmg malu ar.. takpe ni namanya satu pengajaran.. erm mmg la mlm td cik teh baca sbb saya bg link tuh.. hahaha
memang la…I know that pge46 tu encik syahirul (ak pakai taram je id kamu ni..haha…sori kalau salah)
eyh kenapa dgn adam tu?
tetiba nak hangin.
kita patot bimbing david masuk islam.
ilmu apa semua beliau dah ada cuma nur blom sampai.
ini dimakinya plak si adam neh.
haish.
yeah sokong ngan pendapat u.. ilmu dah ada, nur pon mcm ada aje sbb dah ngucap :P
Islam itu agama yang sopan. Tidak memaksa-maksa. Ahmad tak patut cakap camtu.
ahmad ahmad. tak baik lu cakap camtu…. isk.
dia respek sama Islam. kenapa lu takleh respek dia balik.
masalah betul lu
sbb dia pk semua org bukan islam bila mereka sebut aje ttg islam, dah nak perang ngan depa kunun berjuang la tuh.. padahal diri sendiri cetek ilmu
biasalah tu. geng bajet baik. macam dia masuk syurga, orang len masuk neraka. padahal bahasa dia tu tak melambangkan bahasa ahli syurga yang penuh dengan kesopanan.
kalo ye pun marahkan orang kristian menggunakan nama Allah apa semua tu, hujahlah dengan sopan. apsal nak maki2 orang?
bila jadi kes camni.. yang sesat terus membenci golongan yang dikatakan ‘alim’ ini. dia nak berubah, orang kutuk dia, hina dia, perli dia. bajet macam dia tu kompem ke syurga la.
manusia.. mmg tak sempurna. jadi janganlah rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain. kerana hanya Allah s.w.t yang Maha Mengerti.
barsyisya yang ibadat beratus tahun pun mati kufur.
pelacur yang bagi minum kat anjing je pun masuk syurga.
wallahualam.
huh panjang eh komen adek.. kisah yg dua2 adek sebut tu mmg dah penah baca, amat seronok utk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua umat islam..
hehe.. sorrylah abam. adek mmg suka tulis panjang2. betoi tu abam, kita sebagai umat Islam ni kena tawakal kepada Allah s.w.t. ibadat hari ni banyak2 pun belum tentu masuk syurga. sbb tu takleh nak maki, kutuk dan hina orang lain. entah2 dia masuk syurga lagi awal daripada kita.
betoi tu aku setuju…
bangang punya ahmad… aku baca si david punya explain terasa sejuk je ati… tp ahmad yg panas pasal pe? grrr… memalukan!!
org bukan islam = kasi sejuk hati
org islam sendiri = kasi panas satu badan
result = memalukan islam dan melayu
cara menegur ahmad tu salah,hmmm
orang lain tenang he..ah,ad je lebih2.. =_=
memalukan betol..
agak2 ler pun nak menegur tu…guna akal yer lain kali ahmad…jgn sedap jari jer menaip…
jarinya tak dibedung kot sbb tu menular kemana2 tah…
kita kalau kita xde ilmu yang cukup..jangan buat pandai ataupun terlebih pandai…nanti terpesong apa yang nak disampaikan dan nampak sangat kebodohan diri sendiri nanti
bak kata karam singh walia: “bagaikan kucing terpijak tahi sendiri”
Ahmad 2 fikiran pendek dowh…
lagi sorg manusia yg sgt JAHIL (Ahmad). Hmmm,name je islam,gaye tulisan mcm zaman jahiliah. Ape la slhnye ditegur dgn sopan…tak mencerminkan lgsg keharmonian dlm islam.
tu macam tulisan mat2 rempit yg pandai IT aku rasa.. haha.. mmg takde akal nak diguna walaupun otak besar geliga..
x ptut ckp cmtu,kta sbg org islam,bla org bkn islam mnunjukkn mnat untk mendalami agama islam,kta ptut bimbing,bkn ktuk,sy kcewa dgn sesetngah org islam yg bla msuk bab2 cmni,mreka menghina org dri agma lain,tdk sptutnye ini berlku,sri klu sy skitkn hti sesiape dgn kmen sy ini,slm.
ur comment is rite.. sokong!!
mula2 baca apa yang david kata tu
aku dah kata dlam hati yang dia ni mkin akan dapat hidayah dari Allah.. seronok n sejuk hati bila baca n mungkin dapat sedara baru.
bila baca komen si ahmad tu…. ya Allah…. Allah saja yang tau betapa sakitnya hari aku
nampak ja cam alim tapi perangai cam ____
cuba hampa semua pikiaq tengok, david tu berkemungkin besar dah nak masuk islam
tetiba dia cakap camtu.. apa nanti david tu kata pasai islam nanti.. dah la dia tu bubuh gambar cam orang alim…
AKU RASA MALU KAT DAVID TU….
aku pon rasa malu sgt2 waktu 1st time jumpa snapshot atas tuh..
isk3..
Sebagai orang islam patutnya bagila sokongan, bukan macam atas nie… ish2 apa da…
leh tak encik zik bg sokongan kat saya dengan bersolat jemaah besama2 kat surau kolej :P
Salam, semua…
ishkk3.. mmg x patut betul si ahmad tu buat cm2… klu betul dia marah si david tu guna kalimah Allah, apasal x komen sampai msuk akhbar, mcm isu kalimah Allah gne dlm Kristian tu…
Aku duk kt egypt pn, Surat khabar kristian gne kalimah Allah, selambee je, org Islam x marah pn… lebih lg kt sne ramai ulama’2. dr universiti azhar lg… so, ape perlu kite menyibuk jika kita tau yg kte ni cetek ilmu…. jgn nak memandai-mandai lahh….
Apakah kite ini dijamin masuk syurga? Adkah kte ini pling bnyk ilmu berbanding org len smpai blh komen seseorg?
Ape2 pn, ini merupakan pengajaran buat kite semua… Jgn lh kita mudah mengukur seseorg berdasarkan luarannya….
Sekiannn……
don’t judge the book by its cover.. itu org puteh kata… terima kasih memberi komen yg bernas!
slm..pa.thanks coz tagging me dlm fb 2..da baca da..nice entry kali ni..but sadly,ahmad ni wat malu org Islam je..teguran die xbhikmah lgsung..n xde initiative wanna persuade the person 2 love Islam more n more..nway.hopefully dgn ‘nur’ yang da ad dlm diri david 2 akn bertmbah2 n may Allah lead him 2 our kalimah syahadah..amin..
sama2 tqa.. amin.. jaga diri kat sana.. baalik mei ni kan?
Ahmad such a low class guy…uneducated guy..just ignored him..
ape kisah seterusnye ah? tadek link ke facebook tu ke? nak baca jugak.. huhu..
aku puas cari tapi takde, aku g masuk group2 psl penggunaan nama Allah dan group2 seumpamanya n cari tak jumpa lak.. kalo dpt link dak tu abesla profile dia..
tak patut betul ahmad tulis begitu..
malu je dekat si david tu..
nanti islam pulak dipandang serong..
sekurang-kurangnya, berilah pendapat dengan berhemah sedikit,,
kata² komen yang baik :P sebab lipas seekor, habis rosak kuah dal semangkuk..
hahaha… peribahasa baru…
Ha ha.. camni la jadi nye bile org x berilmu cakap.
Konon nak backup Islam.. tapi.. haiih..
tu la…
nak backup islam la konon
Xdak otak punya orang
sakit ati aku x abih 2 lagi
Inilah bahayanya laman sosial bila jadi macam ni. Entah betul atau tidak ahmad tu Islam. Kadang-kadang ada yang buat akaun FB untuk menghentam Islam menggunakan nama seperti ini. huhu
setuju dengan pendapat anda… kita harus berjaga2…
Salam
Siapa si Ahmad ni ya
memang betol boleh memalukan Islam
tidak faham dengan Konsep Islam itu sendiri
sedangkan nabi Muhammad boleh pergi zairah dan bertanya khabar kepada perempuan Yahudi yang berusaha membunuhnya,.
Makin ramai mereka yang berlagak alim, tetapi sebenarnya ilmu agama amat kurang di dada.
mmg x bleh pakai la ahmad tuh!
bwat malu orang islam je..
ape la ahmad tu memalukan nama aku je.. ini mesti budak tak sunat lagi ni, tu yang tak boleh nak berfikir.. bahasa tu biar la sopan sikit kalau nak tegur pun. memalukan orang islam la kau ni…. aku yang bace ni sakit ati pulak rasa macam nak jumpe je ko. bia aku skolahkan balik…
Aku ada pernah baca pasal ni..lama gak la sampai tak ingat kat mana aku baca..mula2 memang panas ja baca..tah macam bodo rasa perangai mamat tuh..tiba2 ja nak emo..sebab dia boleh jadi david tuh or mana2 orang lain berbelah bagi nak join ISLAM even macam dah nak join before ni..
bila fikir2 banyak2 kali, david pon ada salah gak..tapi ahmad tuh lagi la salah..tak nampak rasional betulnya tindakan dia tuh..
Ahmad Memalukan orang Islam? | syahirul.com…
Siapa Ahmad? Anonymous? Atau seorang yang hanya pandai berkata-kata tanpa memikirkan baik dan buruk tentang apa yang dikatakan? Berlagak alim dengan…
hmmm…mmg xpatut ahmad tulis cm2…kita sepatutnya beri peluang n panduan pada David utk mendalami Islam…mudah-mudahan Allah titipkan cahaya hidayah dalam hatinya..
mmg x patut.. klau nk tgur pun.. tgur la elok2.. ni tak ayat kasar btl.. mcm mane org nk respect islam..
Salam…
nama saya pn ahmad,
tapi siapa si ahmad tu???
Islamkah dia? atau hanya propaganda…
sentiasalah berhati2 dengan segala tipu muslihat orang2 kafir…
jangan bertindak membuta tuli..semoga sentiasa berfikir ke arah kebenaran…
Barakallah…
hmmm…. ada org counter balik x si ahmad n david nih?