Mahar yang tinggi untuk apa?

On 21/06/2011, in Uncategorized, by admin

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.

Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.

Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak

Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.

“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”

“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”

“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”

Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal

“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.

“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,

“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”

“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”

“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”

“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Artikel oleh: Ustaz Muhammad Isa

 
 

40 Responses to “Mahar yang tinggi untuk apa?”

  1. Assalamualaikum.
    Bagi ana konsep mahar ni senang sahaja.

    1. Pihak lelaki mampu membayarnya.
    2. Pihak perempuan sesuai dgn nilai mahar tersebut.
    3. Apa jua nilainya, asalkan ikhlas krana pernikahan itu nilainya bukan terletak pada nafsu, tetapi harganya pada agama.

  2. Rezar007 says:

    Itulah hakikat pada zaman sekarang, segalanya material yang di pandang dan bukan syariat yang dipandang. ini baru sahaja di zaman kita, kalau di zaman anak-anak kita saya rasa lagi tak masuk akal. semakin lama semakin tersepit pihak lelaki nak berkahwin…

  3. paeh says:

    aku suka quote yang niii….

    “Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”

  4. annadzirah says:

    suka2..
    tapi pandangan aku sebagai seorang perempuan, nak letak hantaran tinggi2 tu boleh asalkan pihak perempuan pun tolong sediakan duit tu jugak.
    barulah fair kan?.
    kata nak hidup sama-sama so kenalah belajar berkongsi.
    tak gitu?.
    ;)

  5. ilham says:

    hmm… x kesah mahar yg tinggi..

    asalkan bakal isteri berkobelehan dlm semua aspek..
    nie nak masak gulai pun x reti, 10k?…haha

    • asmira says:

      salam…mahar mana boleh kongsi…tanggung jawab bakal suami utk diberikan kepada isteri…kalo wang hantaran tu…baru leh share…kalo nak support 100% pun xpe….

    • haris says:

      letak la satu kebolehan 500 ringgit :D

  6. mahar tidak penting..yg penting keikhlasan dalam mendirikan rumah tangga..

    • Hamba Allah says:

      mahar tu pentinglah..dalam islam wajib pihak pengantin lelaki memberi mahar kpd pengantin perempuan..mahar tu dituntut hukumnye..:) mahar (mas kawin) bukan wang hantaran..hope pembace faham..

  7. nuwi says:

    Wah.. blog syahirul.com dah tukar template.. nice..

    Teringin nak guna wordpress tapi tak dapat sebab x reti.. yang percuma reti la..

    Pape pun entri mahar yang tinggi adalah entri yang baik.. x perlu la tinggi sgt.. tak bawa mati nyer

  8. As’salam….dah memang fesyen lagu tu….nak buat camna….la ni manusia dah lupa jalan yang terbaik adalah mengikut sunnah….bila nak kawin katanya nk mengikut sunnah….tp bila bab hantaran pi letak tinggi2…Islam itu mudah…tp yang menyukarkan adalah mereka yang takut tomahan masyarakat. Lagi takut manusia dari takut padaNya. Akhir zaman….akhir zaman….

  9. kakikartu says:

    salam…lelaki sgt suke bab-bab mahar murah ni kn……….hehe..
    bkn nk m’yangkal murah atau mahalnya mahar…tp lebih kpd ini -
    nk kasi berapa ribu pun jgn la menganggap si wanita itu suda “perfect” dlm segala hal rumahtangga kerna perkahwinan itu memberi dan menerima lebih mahupun kurangnya seseorang itu…perkahwinan itu jgk bkn la pembahagian tugas..tp b’lajar bersama melaksanakan tugas..

    kau jemur kain
    kau lipat kain
    kau masak
    kau jaga anak

    aku cari duit
    aku balik aku tidur
    aku tak cukup duit kau kasi duit…

    ish bkn bkn mcm tu ok!!!

    perkahwinan itu perkongsian…
    segala tugas di buat seikhlas mugkin beserta kasih syg dan rasa cinta..
    tiada soal bahagi2 tugas…perintah & memerintah..
    kita bkn raja memerintah tahta..tp kita raja y belajar agar corak pemerintahan itu penuh warna cinta dlm alam rumahtangga…

    salam…

    • is-sofia says:

      yer laa.. saye setuju ngan awak.. mgkn agak kasar mgatakan ” aku bayar 11k, ko xleh wat itu ini.. ” .. adakah anda bersama isteri, ada “bayar” untuk memiliki die sebagai seorang yg “serve” u everthing.. bersabar laa… rumah tangga itu pon maseh proses belaja.. kalu isteri x reti masak gulai / ikan, tegur la baik2.. InsyaALLAH, nanti isteri akan perbaiki, belaja lg.. tp, jgn lah sampai di ungkit soal mahar..

      ** saye maseh belom berkahwin, tp, pada pendapat saya, harap kaum lelaki jgn la keterlaluan mengungkit hal wang/ mahar kemudian hari.. kalu rasakan 11k / mahar di awal perkahwinan, kenapa tidak di tolak shj, bahkan mahu diungkit pula selepas kahwin??? ** maafkan saya jika ada tersalah bhs**

  10. efa.. says:

    cmane plak klo pihak perempuan xletakkan mahar..tp,ibu pihak laki meletakkan mahar tggi…sedangkan anak lakinya masih menstabilkan diri…

  11. farisan says:

    kebiasaannye skg ni suke letak mahar tinggi2 sebab keluarga pihak pompuan nak cover balik duit walimatus urus tu…ye la…org dtg bagi duit…ditambah lg dgn duit hantaran…finally…keluarga perempuan tak kuar ape pon….hurm

    • farah says:

      betul tu kadang-kadang bukan orang perempuan yang letak harga tetapi ibubapa yang terlebih.. mahu menjemput seramai-ramai jemputan. padahal tidaklah berkemampuan mana. maaf kata sedemikian. cuma dah ramai keliling saya begitu.

  12. teDD says:

    x perlu letak mahar tinggi..janji dua2 pihak stuju jalan..

  13. Juwa says:

    Nak mintak permission share ye :)

  14. hakim says:

    tapi kan,mahar tu bukankah mas kahwin?yg ada sesetengah negeri selaraskan berapa puluh atau ratus..tak silap saya yang sampai beribu2 tu hantaran yang mnjadi adat org melayu kita..ni lah yg terjadi bila adat lebih dipentingkan daripada agama..

    • Fitri says:

      Mahar tu mas kahwin la, yg dah ditetapkn di negeri2. Yg tu wajib dibayar, wajib dilafaz dalam lafaz ijab dan qabul. Yg mahal beribu2 tu “hantaran”. Hantaran ialah ‘ADAT’.. Xwajib bagi pun, tp kalu tak bg, takleh kawin… Ahahaha…

  15. arinzaly says:

    yg menghairankan, hantaran tinggi melangit tapi mas kahwin (yang wajib) hanye setakat yg minimum je. RM80 tunai… adil ke???

  16. Islam itu mudah..simple…..bukan serabut or menyusahkan…so watpe mengadakan yg xda or menambah2……..tp up to kemampuan laki tue utk tambah….jgn plak ambil kesempatan nk skadar lepas tgn ajer…..

  17. ibnu ahmad says:

    Salam ukhuwah..
    Memang masa kini bila mana dua orang lelaki dan perempuan diijabkabulkan,tajuk yang diperdebatkan adalah tentang hantaran pihak lelaki.Ada yang mahal ada yang sederhana tak kurang juga yang rendah.
    Pada dasarnya saya berpendapat segalanya biarlah sederhana..” Sebaik-baik perkara adalah sederhana,” pesan Nabi.Maksud sederhana disini bergantung kepada status dan kedudukan kewangan semasa kita.Berbanggalah kita dapat mengawinkan anak kita dan menyelamatkan dari kancah maksiat daripada berbesar kepala mengagungkan jumlah hantaran anak kita darip[ada pihak lelaki.Di pihak lelaki juga,perlu ada persiapan yang berpatutan seperti kewangan yang mencukupi untuk perkahwinan,ilmu tentang dunia rumah tangga dan keibubapaan kerana duit yang anda laburkan untuk berkahwin tak sama dengan besarnya tanggungjawab anda kepada isteri dan keluarga.

    Waallahu a’lam

  18. kimi says:

    as salam…mohon share…

  19. farrah says:

    adat org skrg.yg nk mnunjuk dan berlagak..
    same2 mringankan beban klu nkkan yg terbaik dlm perkhawinan..

  20. Lim says:

    Bercakap pasal hantaran ini sebenarnya subjektif. Pendidikan yang tinggi , rupa paras bukan ukuran pada hantaran. Saya berpendidikan dan berjawatan tinggi. Terdidik dengan ajaran Islam. Niat hati tidak mahu menyusahkan pihak suami. Hanya mas kahwin yang saya pinta. Tapi perkahwinan kami tidak berakhir dengan baik juga. Dia tidak menghargai saya..mungkin terlalu mudah bernikah dengan saya..sebab itu terlalu mudah juga dia membuangnya.

    • afi says:

      sabarlah…jodoh pertemuan di tangan Allah…Allah tahu yang terbaik utk umatNya..ada hikmah disebalik setiap yg berlaku…xbaik kite menghukum sebegitu…mungkin dia masih bukan yg terbaik utk anda

    • gmeaz says:

      baru tuhan uji skit dah slh itu ini..sebaiknya muhasabah diri..ujian tu kan penguat iman, penghapus dosa..cuba fikir diri tu ada kesilapan ke x..jgn tuding org dulu..

  21. zulhilmi says:

    salam, artikel yg bgs.. mohon share ye

  22. Hamba Allah says:

    maaf, hanya ingin membetulkan sesuatu….

    Nabi s.a.w. bersabda , bukan menyebut..

    waállahuálam :)

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Free WordPress Themes