Mak abah menyambut seruan Ilahi

On 11/10/2010, in Uncategorized, by admin

Semalam aku happy sebab semua ahli keluarga aku berkumpul di rumah kecuali adik perempuan aku sorang tu yang sedang belajar dekat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Abang sulung aku dan kakak ipar pun ada sekali. Depa dah nak dapat anak sulung dan mak abah aku akan dapat cucu pertama. So tak lama lagi aku akan jadi uncle la. 13 Oktober 2010 ni iaitu dua hari lagi mak abah akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menyambut seruan Ilahi menunaikan fardhu haji selama 46 hari. Jadi mereka akan tinggalkan aku dan adik-beradik lain di rumah.

Dulu mak abah pernah ke sana menunaikan umrah, akulah yang paling sedih di dalam hati. Dua hari lagi mereka akan pergi ke sana lagi. Tak tahulah apa perasaan aku ketika itu. Mungkin akan berderai air mata sekali lagi. Hati memang cukup gembira sebab mereka antara yang bertuah dapat menjadi tetamu Allah di samping dapat menunaikan rukun Islam ke-5, namun hati berat untuk melepaskan mereka. Moga pemergian dan kepulangan mereka selamat dan mendapat haji yang mabrur, amin.

Semalam waktu kami sekeluarga berkumpul, mak dan abah membacakan wasiat yang telah difailkan dan memberitahu hak-hak dan tanggungjawab kami adik-beradik andai mereka kembali ke rahmatullah. Walau raut wajah tidak menunjukkan kesedihan, hati ini sentiasa menangis sewaktu mendengar patah demi patah yang diucapkan. Terasa bagai itulah pertemuan dan ucapan terakhir mereka. Kami adik-beradik dah faham amanat yang diamanahkan terhadap kami. Itu tanggungjawab besar yang perlu kami pegang sewaktu ketiadaan mereka. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ibu bapa dan urusan kami.

Berlokasi di Tabung Haji, Kelana Jaya adalah destinasi terakhir pertemuan kami pada 13 Oktober 2010 ni. Tabung Haji akan membawa para jemaah haji menaiki bas terus ke lapangan terbang KLIA tanpa melalui sebarang check in di airport. So maknanya bas itu akan terus menuju ke kapal terbang yang bakal mereka naiki. Sebarang penyemakan dokumen dan barang akan dilakukan di Kelana Jaya. Itu apa yang dimaklumkan kepada aku oleh abah, baru kali ni aku tahu. Selama ni waktu mengiringi sanak saudara ke Tabung Haji, aku ingat masih boleh berjumpa mereka di airport, ternyata tanggapan itu meleset.

Masanya kini hampir tiba, aku nak luangkan masa bersama mereka sementara waktu masih ada.

Mak, abah, sampaikan salam adik pada Allah dan para malaikatnya serta junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sewaktu di sana. Doakan untuk anak-anak mak abah ni nanti, mak abah saja mengetahui segala kekurangan yang ada pada kami. Moga Allah membuka pintu hati kami menjadi muslim yang diredhai.

Hari tu waktu umrah, mak abah dapat cium Hajar Aswad, dapat sentuh Kaabah, dapat lihat dari jauh pintu Kaabah dibuka, dapat rasa kedinginan angin yang keluar dari dalam Kaabah, dapat lihat sekumpulan burung helang tawaf sewaktu pintu Kaabah dibuka, dapat mengunjungi Raudhah, dapat rasa macam-macam perkara yang tak pernah terasa dalam hati. Kali ini adik doakan moga Allah berikan banyak lagi kenikmatan yang dapat meningkatkan iman dalam diri mak abah sewaktu menunaikan haji.

Mak, abah, adik sakit… Doakan adik sembuh. Selagi ada daya, adik akan bertahan.

Random Posts:

 

16 Responses to “Mak abah menyambut seruan Ilahi”

  1. x-po says:

    beruntungnya..aritu diorang pergi umrah kan? kali ni pergi haji plak..syukur2

  2. blowie says:

    org tua aku pun dalam usaha nak ke mekah utk haji, tapi belum tercapai. :)

  3. semoga selamat semuanya. Amin.

  4. Luthfi says:

    seronoknya diorang bro dapat pg haji. mak ayah aku sentiasa sebut dimulut tiap tiap tahun, bila la mak/ayah nak dapat pg haji..

    sedih aku

  5. Syafrizal says:

    doakan mereka selamat menunaikan ibadah dan pulang… insya Allah diberkati

  6. molmolla says:

    salam bro..
    kau sakit ke? sakit apa? emmm, Insya’allah semoga Allah menjaga setiap langkah mereka disana. Semoga selamat pergi dan selamat pulang.. :D

    *rindu nak pergi sana lagi :(

  7. joegrimjow says:

    tahun depan akan bawa mak pergi umrah

  8. neezee says:

    semoga mereka mendpt haji mabrur..& kpd anda moga cepat sembuh..aaminnn…

  9. eiyda says:

    umi n abah aku pegi haji lam tahun 2003 kot..masa tu aku sakit, hilang upaya sekejap..huhuh tpi Alhamdulillah..lepas umi n abh ku balik dari mekah..aku bertambah sihat..dan semakin sehat hingga sekarang..berkat doa mereka didepan Kaabah mungkin…
    selamat menunaikan Haji buat mak n abah ko yer..semoga selamat sampai dan selamat pulang…amin

  10. Hairi says:

    Alhamdulillah….
    aku sedih bace entri kau ni… =(
    sebab aku pun alhamdulillah dah ke sana menunaikan haji tahun lepas,
    rindu rasanya ingin kesana lagi..
    setiap kali aku tgk jemaah berlepas…hati aku meronta2 nak ikut sekali..
    tapi apakan daya Allah mempunyai perancangannya sendiri….
    Aku doakan semoga mak, n abah kau selamat disana…
    Ni pesan dari aku, buat mak n ayah kau..
    jangan lupa pakai mask sentiasa, sebab berdebu n penyakit yang popular kat sana adalah batuk…
    bekalkan gula2 berangin sebanyak yang munkin..
    kurangkan berjemur….
    n berpada2 wat umrah..sebab banyak tenaga nak dgunakan untuk masa haji nanti…..
    ketika tawaf n melontar berhati2….
    ikut jadual yang telah dtetapkan oleh pihak tabung haji…
    semoga mendapat haji yang mabrur
    k sampaikan salam aku pada mak n ayah kamu… ;)

  11. Cik Nass says:

    Alhamndulillah. Akhirnya terlaksana juga Rukun Islam ke-5 buat ibu dan ayah anda. Semoga mereka dapat menunaikan haji mabrur dan selamat pergi dan kembali ke tanah air. Amin. :D

  12. afiq aiman says:

    aku teringin nak p sana di usia yg muda. senang sikit bila muda sebab kekuatan tu masih ada…doa la agar dipermudahkan segala-galanya.amin

  13. fathulimran says:

    semoga ibu bapa Syah mendapat haji yang mabrur.. Insyaallah..

  14. zikri says:

    semoga mendapat haji yang mabrur… dan keselamatan pergi dan pulang…

    harapan suatu hari nanti kita pula menyambut seruanNya… Tak sabar nak bekerja, nak bawak ibu pergi sana menunaikan haji…. semoga umurnya dan diriku panjang untuk sampai kemasa itu…..

  15. hanz says:

    doakan mereka selamat pergi dan pulang wahai sahabatku syah

  16. akuzle ayu says:

    akak doakan parents awk selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendpt haji mabrur..amin3!!

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress主题
Page 1 of 11
WordPress Blog