Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sila dengar lagu ini:
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Rujukan: Buku agama










insaf aku baca entri ni. Tanda2 kematian aku dapat tengok masa arwah ayah aku meninggal. tgh2 sakit dia tiba2 arwah bselera makan. Esoknya sakit balik. Hidung dh jatuh… dsb
apa2pun entri ni buat aku insaf…….
serious? bagus la ko at least leh nampak tanda2 tuh.. bukan smua leh tgk.. ape2 pon takziah…
Insaf nyer..
Terima kasih sebab buat entri yang macam ni..
sama2… moga ape yg baik kita sebar2kan..
huhu2 insaf2
thanks bro, it is really touch me… May Allah swt gives all of us hidayah before we meet Al-Maut. InsyaAllah…
amin ya rabbal alamin…
Insaf aku baca…
mati ni x kira umur muda atau tua
jdi sama2 la kita berbuat baik n bertaubat
jangan tunggu tua… mana tua kot2 umur kita x sampai tua..
BUATLAH IBADAH/KEBAIKAN BAGAIKAN NAK MATI ESOK HARI N KEJARLAH DUNIA SEAKAN-AKAN NAK HIDUP 1000 TAHUN LAGI…
bro, selalu2la buat entri camni.. dapat menginsafkan diri kita semua…
tq
ye betol, sokong 101%… slalu umur dak2 lani tak lama.. aku sangat takut.. slalu pk.. adoii.. insyaAllah akan selalu buat entri tentang agama :P
@syahirul, hmm tu ar skrang bnyk orang mati muda2…
slalu pk pasal mati bgus… dpat pahala n dapat mengelakan kita dari melakukan perkara terlarang…
ye setuju.. aku slalu pk dan ingat, tapi kerap melakukan dosa tanpa sedar
sy baca ni sy pon takot … tapi , al maut pasti akan menjemput kita … tq kerana buat entri cam ni … moga sesiapa yg baca entri ni … akn insaf …
Saya suka la kandungan blog ni. Cara olahan tulisan buat saya dah lekat diblog ni..
erk siyes ke lekat? dah subscribe lom :P
insaf sekejap..trime kasih ats entri nih,sedikit sebanyak mendatangkan ilmu dan mafaat buatku
ilmu yg baik adalah ilmu yang dapat memberi at least sedikit kesan di hati pembaca…
haih terus terasa takut bila teringat balik banyak dah dosa.pahala pulak ntah cukup ke tak lah nak tampung.nasib baik terbaca ni.rasa insaf lah sikit.thanks for the info!
sentiasa perbaiki diri sebelum terlambat
memang menginsafkan.
takutlah.
T_____T
aku rasa seram sejuk baca entri ni.. insaf sangat2.. harap aku dapat kuatkan iman dan semangat aku untuk berubah.. amin~
moga2 juga.. aku lgi takut…
ya Allah ! seramnya. takut! sumpah takut! insaf..insaf..
adakah kita perasan akan tibanya saat kematian kita?
sentiasalah bersedia..
mekasih bro.
moga kembalinya kita dalam husnul khatimah. bukannya suul khatimah. T_T
wah2 dah nampaj style laki orang ni. :P
amin… moga2.. style laki org? hoho, dari dulu saya begini oke :P
insafnya~…bnyk baca entri berunsur keagamaan sejak kebelakangan ni membuatkan hati selalu rasa takut dengan kekuasaan Allah..
saya belum bersedia lagi dicabut nyawa oleh malaikat Izrail..
banyak amalan belum sempurna :’(
semoga umurku masih panjang untuk terus bertaubat && menunaikan ibadat..
membaca ilmu agama dengan banyak buatkan hati makin lembut, amalkan oke…
kotak komen ade..hehhe(jwb sokln dr twitter tadik)
insaf betul baca entry tu..huhu..kita tak tau bila kita kan pergi tinggal kn dunia ni..huhuhu…
semoga Allah menerima Amal Ibadat ku yang xseberapa ni…huhuhu amin
thanx sbb sudi jawab kat sini.. haha.. yg baik disebarkan, yg buruk dijauhkan :P
ok.. bro komen sini
Insaf jap bila baca entri ni,kematian boleh menjemput kita tak kira masa,hmm entah dah cukup ke belum amalan kita selama ni…
sama2 kita muhasabah diri..
[...] Wali Band tu (KLIK SINI kalau nak dengar). Oh! Berapa banyakkah amalan ku? Sudah cukupkah sebelum Izrail datang mencabut nyawa-ku? *Sad. Kalau dosa tu tak payah cakap la. Silap2 ketinggian Gunung Everest pun kalah. [...]
[...] yang baik untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di [...]
Memang menginsafkan tapi ramai tak insaf2. Online dan offline.
aku teringat allahyarhamah nenek aku
dia meninggal kat Mekah masa buat haji, Alhamdulillah dia sempat habiskan
hbat2…. teruskan prjuangan ……
cam pernah tgk kat killvearn ja pic tuh..keke
pic yg mana satu? kalo yg atas skali mmg KV takde.. kalo pic kedua tu mmg ada :P
Bilakah Izrail mencabut nyawa? | syahirul.com…
Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin…
MASYALLAH…..u did the best entry…moga dirahmati ALLAH kerana sudi berkongsi cerita2 mcm nie….salah satu amalan yang blh dibuat untuk dapatkan pahala….tq
…Moga dijauhi azab seksa….
ku xlayak untuk ke SYURGA-MU..namun tidak pula aku xsangguo untuk ke NERAKA-MU….
amin.. moga kekal begini…
Saya baca blog ini…teringat pada arwah suami yng pergi pada 13 mei 2010. Saya sayang sgt arwah…tapi saya sedar “pergi takkan kembali lagi”…Moga arwah tergolong bersama orang2 beriman. Amin…..
Ya allah..kuatkanlah semangat ku Ya Allah….
takziah saya ucapkan.. moga anda jadi kuat dan tabah.. al fatihah
terima kasih diatas ucapan dari anda..Saya amat hargai..Terima Kasih…
betul ker tanda tanda sebelum kematian ni ?
baru lepas melawat jenazah arwah ketua sewaktu di pejabat lama.. dia baik sgt.. itulah..Allah mengambil org2 yang Dia syg dulu.
thnks for da info…..
Assalamualaikum.wbt.
Terima Kasih saudaraku Syahirul kerana mengingatkan saudara-saudaramu tentang kematian agar kita bersedia dengan bekalan yang perlu dibawa menemui ALLAH tuhan yang satu dan sedar bahawa transit kita di dunia bakal menghampiri penghujung Landasan kehidupan.
Semoga Allah memberikan Rahmat kepadamu di Bulan yang Mulia ini.
this post.. sungguh mnginsafkan
terima kasih saudaraku,
sungguh sulit untuk di ungkapkan dengan kata-kata,hanya tangisan yang merasakan akan kematian.
taubat dan insaf akan membuat kita sadar.
semoga allah masih memberi dan menerima taubat umat-Nya. amin ya rabbalalamin.
[...] Untuk membaca tentang tanda-tanda kematian seseorang, sila rujuk disini [...]
aku selalu ingat akan mati,bila akan kiamat,berapa lama aku hidup di dunia ni..adakah aku akan masuk neraka..mcm2 dlm fikiran..subhanallah
ya Allah, terima kasih saudaraku,byk info yang saya dapat
Alhamdulillah. Terimakasih kerana mengingatkan saudara-saudara yg lena dan lalai dengan kematian yang bakal dan pasti mendatang…
salam….
post yg bagus….
tp lebih baik XPERLU ADA gambar reaper di atas itu. seolah2 cuba m’gambar kan rupa malaikat izrail.. harap d padam kan
Sayu bc entry kali ni. Mudah2an kita tergolong diantara mereka yg “sedar” kehadiran tanda2 @ signal nih…. Cukupkah bekalan ku???
1 Soalan, adakah gambar tirai ini menunjukkan wajah sebenar IZRAEL ?. Sila kasi penerangan .
does anyone have a translation of this in english?
semoga kita umat Islam mati dalam keadaan yang baek..Amin..!!
thanks..sgt berguna mengingatkn saya yg terleka…mohon share ye..thanks a lot..May Allah bless you
trima kasih.. mintak halal ye utk copy n paste and share:)
Subhanallah…
subhanallah…mudah2an aku tidak akan pernah lupa..mengngatkan diri sendiri bahawa mati itu pasti datang..cuma masa dan saat ketikanya tidak diketahui…apa yg dipaparkan benar menginsafkan aku…YA ALLAH..YA TUHANKU..AKU MEMOHON PD MU MATIKANLAH AKU DENGAN CARA KEBAIKAN…BKN SEBALIKNYA..AMIN..YARABALALMIN…
Ya Allah ampunilah segala dosaku Ya Allah.Kita semua tidak tahu bilakah kita akan mati.Bismillah.
kenapa letak gambar tuh(atas sekali)?
pohon share ya, info yg sgt bermakna dan berguna utk dijadikan panduan dan pedoman.