Bilakah Izrail mencabut nyawa?

On 24/04/2010, in Uncategorized, by admin

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Apabila Izrail mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

 

Tempat tinggal roh

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sila dengar lagu ini:

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Rujukan: Buku agama

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya
 
 

99 Responses to “Bilakah Izrail mencabut nyawa?”

  1. yatichedet says:

    salam…
    wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu
    namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu
    Ampunkan dosaku.. terimalah taubatku
    sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa2 besar…

  2. wadiah says:

    alhamdulillah..mohon untuk share ya..

  3. wadiah says:

    jazakallah khairan katheera syahirul..bolehkan saya tahu hadis2 dan sumber ini dapat dr mane??sgat berguna untuk peringatan..jz wanna share with others..

  4. hambaAllah says:

    mohon utk share…

  5. farhana says:

    mohon share yer..thnx

  6. diela says:

    subhanallah..takot krna ketidaksempurnaan dan kecacatan pd diri..

  7. togok says:

    Apa yang dilihat oleh orang nazak

    Iblis dan syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis akan mandatangi manusia sewaktu sakaratul maut.

    Menurut al-Qurtubi dalam Al-Tazkirah yang diriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa di saat seorang hamba yang hampir menemui ajalnya akan datang dua syaitan yang duduk menghampirinya. Satu akan duduk di sebelah kanannya dan satu lagi akan berada di sebelah kirinya. Yang di sebelah kanannya akan menyerupai wajah dan sifat ayahnya. Ia berkata kepadanya: “Dulu aku mengasihi dan menyayangimu. Akan tetapi matilah kamu dalam agama Nasrani, kerana agama tersebut merupakan agama yang terbaik.” Syaitan yang berada di sebelah kirinya akan menyerupai sifat ibunya. Ia berkata kepadanya: “Hai anakku, perutku telah mengandungmu, susu ku telah memberimu minum, dan pahaku telah memangkumu. Akan tetapi matilah kamu dalam agama Yahudi, kerana agama tersebut merupakan agama yang terbaik.”

    Manakala menurut Abdul Hasan al-Qasibi di dalam kitabnya Syariah Risalah Ibnu Abi Zaid dan Abu Hamid menyebut maknanya dalam kitab Kasyfu Uluum al-Akhirah, apabila hampirnya saat-saat getir kematian, seseorang itu akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ini adalah kerana iblis telah mengarahkan para pengikutnya secara khusus untuk cuba menghasut dan menggoda umat Islam.

  8. suziana says:

    bergenang air mata kerana saya nak tgn saya saya dijabat para malaikat pada hari saya nanti keluar dr kubur.dapatkah saya?Ya-ALLAH MUDAH2AN Kau makbulkanlah doa ku ini?jadikanlah aku hambamu yg akn memenuhi syarat untuk dapat merasa tanganku dijabat.aminnn

  9. siti says:

    salam..saya minta share ye artikel ni…terima kasih….

  10. ya allah..sungguh besar kekuasaan mu ya allah..terima kasih ats artikel yg sgt manfaat

  11. Aidil says:

    sedangkan nabi muhammad pun merasakan sakaratul maut,apatah lagi kita semua sekalian manusia

  12. hidayah ramli says:

    salam mohon share. Ya Allah,semoga aku hidup dan mati sebagai hambaMu yang beriman.

  13. qeman says:

    Terima Kasih Teman,mohon share.

  14. mahukembali says:

    erhm..saya bukan hamba Allah swt yang taat….berasa tidak layak untuk comment di sini…..byk dosa yg sy dah lakukan…sedih pada diri sendiri hanya saya yang tahu….tp jauh di sudut hati saya masih mengharapkan belas kasihan dari Allah swt…saya benar2 takut pada balasa akhirat, kematian dan segala yang berkaitan….harapnya saya mendapat hidayah Allah swt sebelum terlambat…suka saya membaca artikel2 di sini…buatkan hati ini lebih gundah gulana dengan dosa2 lalu…..dan buatkan sy berfikir untuk kembali ke pangkal jalan….sekurang2 nya itu yang saya mampu lakukan sekarang….doakan saya kembali….

    • syahirul says:

      “Setiap anak Adam berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (Hadits Riwayat Imam Tirmidzi)

      “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang banyak dosa, tapi banyak bertaubat.” (Hadits riwayat Imam Ahmad)

      • mahukembali says:

        tq….sudah pun saya jot down hadits ini dari artikel yg satu lagi…utk simpanan peribadi…harap2 bleh digunakan utk mereka yg dekat dgn saya…sdikit sbyk mnambah ilmu sy…thanks to u for sharing good knowledge…keep up the good work…insyaAllah saya akan selalu baca di sini…..

  15. RFS says:

    terima kasih atas sharing yg amat berguna…saya minta izin memanjangkan artikel2 post awak ni ye…;)Terima kasih..

  16. sarah says:

    mohon share

  17. hadi says:

    Subhanallah… dimana agaknya kita nanti. Mohon dimasukkan juga sumber hadis dan lain-lain.

  18. hamba Allah says:

    Salam, saya fikir apa-apa yang berkaitan dengan agama perlu kepada nas dan dalil yang sahih… ditakuti kita menyampaikan perkara yang tiada dalil, walaupun niat kita baik… Ini kerana perkara yang tidak bersumberkan dalil yang sahih dikhuatiri kita berdusta atas nama Allah, nabi & agama kita sendiri.

  19. insan biasa says:

    Salam,

    Post yg amat menyentuh hati & menitiskan air mata sy. Masih belum terlambat utk kita memperbaiki & mendekati diri dengan Allah SWT.

  20. hazwani says:

    sgt2 berguna…. :D

  21. fahiz says:

    terbaik..artikel ni..tapi dah dimaklumkan..tentang 100 hari kematian 3 hari sebalum itu semua dari hadith yang lemah.sangt2 atau dhaif,just ambil sbagi muhsabh xpe..tapi jgn terlalu percaya,sedagkan rasulullah sndiri tidak tahu ajal stiap umatnya..lagsung apatah dirinya sendiri,wallahualam..

  22. siti abu bakar says:

    assalamualaikum,
    mohon share ok. thank you.

  23. Nies alhaQ says:

    Assalamualaikum ~

    Artikel yg sangat memberi manfaat . Mohon share ya :)

    Syukran ^^,

  24. fieza says:

    Insaf baca entry ni…. Tq so much, saudara syahirul

  25. Mohamad Amerul Zufar says:

    Buku agama apa yang menjadi sumber artikel ini?

  26. Nur Aimi says:

    banyak dosa saya

  27. norasnizah aleias says:

    MAHA HEBAT KUASA ALLAH.

  28. hendi says:

    Assalamu’alaikum, ijin share ya..

  29. miorhasrey(new comment) says:

    MENGINGATI MATI ITU BIJAK

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog