Manusia pertama dibunuh di dunia

On 13/08/2010, in Uncategorized, by admin

Manusia pertama hidup di dunia adalah Nabi Adam A.S. Beliau telah diturunkan ke dunia ini  bersama pasangannya Siti Hawa setelah mengingkari perintah Allah supaya jangan memakan buah Khuldi di dalam taman syurga, namun atas godaan Iblis, mereka memakannya juga dan tercampaklah mereka serta keturunan manusia ke muka bumi ini. Mereka hidup di dunia dan dikurniakan dua pasangan kembar iaitu Qabil dan Iqlima serta Habil dan Lubuda.

Dikisahkan apabila anak-anak Nabi Adam telah memasuki alam remaja, maka Nabi Adam berfikir cara supaya anak-anaknya tidak terjebak dalam maksiat. Lalu Allah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar mengahwinkan kedua puteranya dengan kedua puterinya. Setelah mendapat ilham dari Allah, maka Nabi Adam menetapkan bahawa Qabil dikahwinkan dengan adik kembar Habil iaitu Lubuda manakala Habil dikahwinkan dengan adik kembar Qabil yakni Iqlima.

Qabil serta-merta menentang keputusan ayahnya atas alasan Lubuda tak secantik adik kembarnya iaitu Iqlima, jadi dia berpendapat bahawa dirinya yang layak berkahwin dengan adik kembarnya. Oleh kerana Qabil tetap tegas dengan pendiriannya dan Nabi Adam pula tak mahu terjadi perpecahan dalam keluarganya, lalu Nabi Adam menyerah pada Allah untuk memberi satu jalan keluar yang terbaik dari masalah itu.

Allah memutuskan bahawa Habil dan Qabil hendaklah menyerahkan korban kepadaNya dan ia mesti diletakkan di atas sebuah bukit. Korban yang terbaik akan menjadi pilihan Allah sekaligus pemiliknya akan berkahwin dengan Iqlima. Nabi Adam pun menyampaikan apa yang diperintahkan Allah kepada anaknya Habil dan Qabil dan kedua-duanya akur dan setuju dengan syarat yang dikenakan.

Habil yang mempunyai banyak binatang ternakan telah memilih seekor kambing yang paling baik serta gemuk untuk dijadikan korban manalaka Qabil yang mempunyai hasil ladang yang banyak telah memilih gandum yang paling buruk lalu diisikan dalam sebuah karung. Mereka meletakkan kedua-dua korban tersebut di atas sebuah bukit. Nabi Adam serta keluarganya melihat dari jauh korban maka satukah yang akan dipilih Allah. Tak lama kemudian, turunlah api dari langit menyambar korban kambing yang dipersembahkan oleh Habil kepada Allah manakala korban Qabil sedikit pun tidak terusik.

Melihat hal tersebut, ketahuilah Nabi Adam bahawa selayaknya Habil akan dikahwinkan dengan Iqlima. Musnahlah harapan Qabil untuk mengahwini adik kembarnya sendiri lalu dia merancang untuk membalas dendam terhadap Habil dengaan niat membunuhnya. Suatu hari Nabi Adam hendak berjalan jauh, lalu ditinggalkan amanat kepada Qabil supaya menjaga ibu serta saudara-saudaranya. Qabil menggunakan peluang ini untuk menjalankan niat buruknya.

Setelah Nabi Adam pergi, Qabil mengajak Habil menuju ke hutan dan Habil menurutinya. Tiba di sana Qabil berkata, “Kamu tahu mengapa aku ajak kamu kemari? Aku sebenarnya ingin menamatkan riwayatmu dari muka bumi ini”. Habil terkejut dengan kata-kata saudaranya lalu berkata, “Kenapa kamu hendak membunuhku? Apa salah aku?” Qabil menjawab, “Aku hendak membunuhmu kerana korban kamu diterima Allah sedangkan korban aku ditolak, maka sudah tentu kamu akan dikahwinkan dengan adik kembarku”.

Habil berkata, “Apakah aku berdosa disebabkan Allah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Bukankah kamu telah menyetujui usul yang dibentangkan oleh ayah kita? Dengarlah saudaraku, janganlah kamu terburu-buru mengikut hasutan Iblis yang telah menurunkan ibu bapa kita dari syurga yang mulia. Ingatlah jika kamu berkeras untuk membunuhku, aku takkan sesekali menentangmu dengan tanganku kerana aku amat takut kepada Allah. Aku berserah padanya atas apa yang telah ditakdirkan”.

Oleh kerana Iblis terus menghasut hati Qabil, maka segala kata-kata Habil tidak diendahkannya malah kata-kata saudaranya itu sedikit pun tidak melembutkan hatinya. Akhirnya Qabil mengambil satu batu besar dan diketuknya kepala Habil sehingga mati. Setelah membunuh Habil, Qabil terpinga-pinga kerana dia tak tahu apa yang patut dibuat pada mayat tersebut. Lalu dia masukkan mayat Habil ke dalam peti dan membawanya tanpa arah tuju sehingga mayat itu busuk.

Kemudian Allah hendak menunjukkan contoh kepada Qabil, lalu Dia mengirimkan dua ekor burung gagak yang sedang berkelahi dan akhirnya seekor dari burung itu mati. Burung gagak yang hidup itu pun menggali tanah dengan paruhnya sehingga dalam dan menanam mayat burung gagak yang mati lalu menimbusnya. Qabil yang melihat kejadian itu lalu menguburkan Habil dengan cara yang sama.

Inilah pembunuhan manusia yang pertama terjadi di dunia dan Habil adalah manusia pertama dikuburkan. Dari tanah manusia dijadikan dan kepada tanah manusia dikembalikan.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Notakaki:

Download e-book himpunan kisah-kisah teladan di sini.

 
 

25 Responses to “Manusia pertama dibunuh di dunia”

  1. mrnamie says:

    alhamdulillah… dapat sedikit pengisian rohani… hehe..

  2. Azfarul says:

    menarik cite ni :)

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hadihaizil Din and Kaki Komplen, saiful merahs. saiful merahs said: RT @pge46: Manusia pertama dibunuh di dunia: Manusia pertama hidup di dunia adalah Nabi Adam A.S. Beliau… http://goo.gl/fb/NXbsQ [...]

  4. pligg.com says:

    Manusia pertama dibunuh di dunia | syahirul.com…

    Kisah manusia pertama dibunuh di dunia……

  5. Manusia pertama dibunuh di dunia | syahirul.com…

    Kisah pembunuhan pertama yang terjadi di dunia……

  6. myebuzz.net says:

    Manusia pertama dibunuh di dunia | syahirul.com…

    Kisah manusia pertama dibunuh di dunia……

  7. x-po says:

    oh, first time aku tahu psl kahwin2 tu..psl kena tanam, aku dah tahu..tq bro psl info ni

  8. Cik Nass says:

    Nice sharing… :D Mereka antara manusia yang bertuah kerana dapat berhubung direct dengan Allah.

  9. uhhhh sungguh menyayat hati kisah ni. Perlu di jadikan teladan supaya manusia tidak terlalu mengejar kebendaan dan duniawi =)

  10. redz one says:

    Alhamdululllah…
    teruskan lagi entri2 camni k
    n x silap aku la masa dulu2 aku besa dengar ustaz kata yang kita semua ni dari ketutunan qabil… sebab habil mati.
    tp x tau la sebab aku ingat2 lupa

    • syahirul says:

      tak silap aku la, aku ada terbaca, selain kembar habil dan qabil, ada lagi anak2 Nabi Adam yang lain, semuanya kembar… so kita smua mungkin dari mereka…

  11. rashid says:

    Anak-anak Nabi Adam yang lahir terdahulu, kebanyakanya kembar laki perempua, jadi boleh la dinikahkan berselang seli…

  12. syahrilhafiz says:

    cite ni best…
    teladan buat kita semua.. :)

  13. “Manusia pertama hidup di dunia adalah Nabi Adam A.S ?? ”
    bkn anknye si Habil??

    • ahaks..!
      typing errOr ~

      cOrrectiOn2 :
      “Manusia pertama mati di dunia adalah anknye nabi Adam,si Habil??”

      ape kesudahan Qabil?
      mungkin dr situ timbul haluan 2agama kOt??
      sampei ke hari neh..

  14. maria says:

    tu pasal la sume org islam bersaudara..we come from the same root ;)

  15. eManust says:

    tak silap prnah bace bnde nie kt Majalah Solusi ..

  16. Azhadi says:

    Oh..macm tu rupenye… =)
    Thanks Shahirul! :)

  17. terima kasih untuk artikel diatas.

  18. Faris says:

    Inilah kisahnya manusia pertama di bunuh pada zaman Nabi Adam, zaman bermulanya kehidupan manusia di dunia. Lagipun disitu banyak petunjuk dari Allah S.W.T. Zaman fasa 4 yg kita berada skang dah banyak kes bunuh berlaku atas sebab tertentu lagipun Iblis dah bersumpah bahawa dia akan mati pada hari kiamat. Time Iblis tengah hidup la lancarkan buat satu “Projek Rosak Manusia” kepada seluruh anak cucu Nabi Adam.

  19. nur says:

    pernah baca sebelum ni,,tp tertanya2 dengan kisah selepas tu,,ada kisah sambungannya?? mksud saya dr pembunuhan Habil,,macam mana selepas tu ,,apa yg berlaku sehinggalah sekarang terdapat banyak manusia yg terdiri dari berbagai jenis dan puak.

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress主题
Page 1 of 11
WordPress主题