Masjid Al-Haram: Pengubahsuaian sebelah pintu King Abdul Aziz

Pembinaan dan pengubahsuaian di Masjid Al-Haram, Makkah sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mengerjakan umrah dan haji. Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap tahun mereka telah melihat dan melalui proses-proses pembesaran masjid bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai saban tahun sesuai sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bahawa Makkah ini bumi yang diberkati dan barakah serta sabda baginda bahawa pada akhir zaman banyak bangunan-bangunan tinggi didirikan.

Kerana kecintaan saya kepada bumi Makkah amnya, dan Masjid Al-Haram khususnya, maka saya ingin belanja pembaca blog ini dengan gambar-gambar sekitar pengubahsuaian sebelah pintu King Abdul Aziz, di mana pintu ini adalah pintu paling utama yang dimasuki oleh jemaah sebelum ini dan ianya betul-betul bertentangan dengan Menara Jam Makkah.

Kali terakhir saya pergi ke Makkah adalah pada  April 2014 yang lalu, maka mungkin telah banyak perubahan yang berlaku sehingga kini. Pintu sebelah mana yang menjadi pintu utama sekarang masih belum saya ketahui. Mungkin apabila tiba waktu haji tahun 2015, banyak pembinaan yang akan selesai. Semoga lebih banyak kemudahan di sana disediakan untuk para tetamu Allah di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*