Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat

On 06/05/2010, in Uncategorized, by admin

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.

Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Rujukan: Himpunan Kisah Teladan

Random Posts:

 

96 Responses to “Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat”

  1. chah says:

    Dia Maha segala-galanya..

    mohon izin mau copy article ni.. =)

  2. zik says:

    Alhamdulillah.. memang itu menjadi matlamat untuk melihat Allah.. insyallah.. :-)

  3. apiih says:

    Alhamdulillah..1 entri yang menarik bagi aku..aku xleh nk komen byk,sbb aku x berapa nk kuat iman..huhu..pengakuan berani nih..haaha

    • syahirul says:

      tak kuat iman, kene kuatkan.. aku pon sama… tapi aku cuba setiap hari nak jd yg terbaik.. korang pon boleh kan?

  4. mie says:

    good info….
    thankz for sharing..

  5. mohdisa says:

    Alhamdulillah, semoga aku berkesempatan melihat Allah yang Maha Esa ini.

  6. nisa says:

    alhamdulillah. bergenang air mata.! teringin nak melihat Allah Aza Wa Jalla! :(

    NISECA suka merapu

    • syahirul says:

      kalo teringin tengok Allah, jadilah kekasih Allah seperti mana ada satu kisah pada zaman dahulu.. nanti saya cerita lagi..

  7. nisa says:

    saya baca bilakah tiba hari kiamat. menakjubkan. sungguh menakjubkan. pagi ni, saya habiskan masa baca entry anda. tahniah atas entry ini!!

    NISECA suka merapu

  8. KNizam says:

    aku suka entry2 mcm ni. hehe :)
    gambar pun cun

  9. redz one says:

    aku pun sama… teringin nak lihat wajah Allah

    aku dah donlod kedua2 fail pdf kat atas tu…
    thanks bro

  10. lizz says:

    mahu juga…insyaAllah 1 hari nanti.huhuhu

  11. eiyda says:

    semoga diri ini layak bertemu Allah..Amin..

  12. Fazreen says:

    bro, aku mmg suka baca2 kisah mcm ni..dulu kecik2 rajin beli buku kisah2 mcm ni..mmg terbaik…teruskan buat entri mcm ni..besar pahalanya..dakwah alaf baru..

    • syahirul says:

      aku beli buku kisah2 yg lebih kurang mcm ni dalam 7 buah.. satu buah ada bape story ko rasa? kalo 7 buku nak letak kat blog da bape ratus entri? hahaha

  13. TMUkmkd says:

    huh lama dah tak baca tulisan ko yang genre macam ni :D

  14. neon says:

    seronok gile kot..kalau dapat jumpa pencipta kita..

  15. bdk_SkemA says:

    salam syahirul..bnyk kn lagi entry2 gini..aku suka baca ini…^_^

  16. zhoe wynz says:

    Entri menarik…
    Semoga kita berada dalam golongan org yg diredhai Allah..

  17. myebuzz.net says:

    Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat | syahirul.com…

    Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti…

  18. Subhanallah. insaf baca entry ni. keep on writing an entry like this.
    .-= Entri terakhir Aisyah Ibrahim: My sleeping partner =-.

    • me says:

      nape promote blog anda kt sini?slain dari khidupan anda dan gosip2 xde pape yg bermanfaat dlm blg anda….

  19. Azman says:

    Ya allah indahnya kehidupan di syurga

  20. Affandy says:

    Moga² syahirul tak putus asa meletakkan lg entri² mcm ni…

  21. topengperak says:

    indahnya hidup di syurga…ya ALLAH aku memohon ehsan mu…

  22. Xy says:

    Assalammualaikum…Saya amat selesa baca segala artikel di blog saudara. Saya harap dapatlah saudara teruskan semua ini. Harap saudara tidak keberatan. Semoga saudara sejahtera hendaknya. ;)

  23. Syuhada says:

    suke semua entry awak :)

  24. dina says:

    thanxs tuk artikel kat ats tu.
    sy mintak save yer.

  25. khairul says:

    Assalamualaikum…sy nk minta izin saudara untuk copy entry saudara ini untuk sy masukkan dalam blog sy,boleh ke??

  26. natsumi says:

    wow! speechles n crying! congrats syahirul. bykkn lg bnde2 mcm ni yer.
    Allah pon suke.:)

  27. Nys says:

    i like

  28. Nurul says:

    Assalamualaikum..terima kasih saudara kerana tlh byk menyedarkan kepada kami ttg kebesaran Allah. Sekiranya x keberatan blh sy nak kongsi blog ini bersama rakan2.
    Ya Allah bertapa nikmatnya alam di Syurga..
    Ya Allah kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan jauhilah kami dr seksaan azab api nerakan amin…

  29. aziah says:

    artikel yang padat dapat menyadar kita semua…….Alhamdullilah

  30. wak-rock says:

    tidak mampu utk aku memberikan sebarang komen..subahanallah..

  31. syaz says:

    sgt suka baca artikel ni..alhamdulillah..

  32. Noriza says:

    subhanallah……. nikmatnya

  33. suara hati says:

    subhanAllah…sesungguhnya nikmat Allah kepada hambanya yang taat n beriman dpt dirasai pada hari kiamat nanti…Amin…

  34. esaris risma says:

    subhanallah bersyukur aku terhadapnya =( =( =(

  35. nur sakinah shamina says:

    subhanallah… Dia la yang satu…

  36. Erafiq says:

    Artikel yang sungguh menyayat hati.. Saya minta izin bagi mempublish semula artikel ini utk hidayah bersama..

  37. muhammad says:

    YA ALLAH
    TETAPKANLAH KAMI DLM HUDAYAH MU
    SENTIASA TAKUT DN YAKIN PADAMU…
    A =( MIN

  38. muhammad says:

    MINTA MAAF PEMBETULAN…..COMENT (MUHAMMAD)

    YA ALLAH TETAPKAN LAH KAMI DALAM HIDAYAHMU
    ,TAKOT N SENTIASA YAKIN PADAMU

  39. ayong eida says:

    YA ALLAH … AKU MEMOHON PADA MU AKU MAHU JADI HAMBA YANG TAAT …. YA ALLAH KAU TETAPKAN HATI KU PADA MU … YA ALLAH…

  40. amanitaa says:

    terima kasih….ada lagi x pdf2 yg lain??? nk print ;)

  41. siti mariam says:

    mohon share yer… =(

  42. Bergenang air mata baca entri ni . Moga dapat bertemu Allah swt di syurga nanti . Amin =(

  43. madiha says:

    Subhanallah…
    rasa diri ni amat hina dan kecil bila baca entry ni..layakkah diri untuk bertemu dengan Allah?Subhanallah……

  44. Hamba Allah says:

    Layak ke aku meliihat Allah

  45. hambamu says:

    smalam rase cam mau bnuh owg kafir yg drahnye hlal tok kte prangi bb cket pn ap yg d 2lis kt blog dy, sume mncaci maki allah swt..p ary ni aty ni rse tnang cket ble tbce blog ni, hambamu mncintaimu ya allah. blog yg bez.. :)

  46. Aduka says:

    semua cerita ni benar dan sahih ke…?adakah ianya terdapat dalam al-quran?

  47. hamba berwajah says:

    1) Melihat ‘wajah’ Allah?
    2) Allah mencipta manusia yg berwajah
    3) Allah mencipta malaikat yg berwajah
    4) Allah mencipta binatang juga berwajah
    5) Kesemua makhluk ciptaan Allah berwajah 7 kesemua makhluk ciptaan Allah bergantung kpd wajah. Sifat wajib makhluk adalah begantung kepada sesuatu yg lain diantaranya ada ciptaan yg bernama wajah.
    6) Apa itu wajah? Wajah adalah ‘rupa bentuk’ muka kepada sesuatu zat yg dapat dilihat
    7) Adakah Allah juga bergantung kpd sesuatu yg diciptanya yg benama ‘wajah’?
    8) Astaghfirullah.. hati2 dalam menyampaikan walaupun ianya beniat demi kebaikan.

    • iron_lady says:

      stuju…..amat complicated ada byk cerita disebalik cerita. Terpulang pada pemahaman dan pengertian seseorg.

  48. iron_lady says:

    Bagus blog ko dik. Semoga apa yg ko try sebarkan menjadi berkat kepada setiap pembaca blog. Smg Allah bukan kan pintu hijab Nya pada kiter semua. Subhanallah.

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Blog
Page 1 of 11
WordPress主题