Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah

On 02/05/2010, in Uncategorized, by admin

Alhamdulillah kerana saat ini aku masih diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas ini. Manusia yang hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan kerana kealpaan dan sifat manusia itu sendiri. Manusia juga tak dapat lari dari digoda iblis dan anak cucunya yakni syaitan. Oleh yang demikian kita dapat lihat di dunia sekarang pelbagai masalah yang timbul akibat sifat manusia yang tidak berpegang teguh pada kalam Allah.

Jesteru itu di sini aku ingin berkongsi satu kisah tauladan yang pernah dibaca satu ketika dahulu buat tatapan korang. Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Selesai sudah kisah tauladan yang aku ingin kongsikan. Bagaimana? Apabila korang baca kisah ni, ada tak dalam hati korang berdegup sebentar, kemudian mata mula berair, diikuti dengan rasa terharu dan insaf? Jika tiada perasaan sedemikian, kemungkinan hati korang tu sudah gelap dari sinaran cahaya iman. Dari pengalaman aku membaca kisah-kisah tauladan, kisah Nabi dan pelbagai kisah yang sebegini, aku pasti akan terasa degupan kencang dalam hati dan kadangkala sehingga aku menangis sendiri.

Aku bukan insan yang berperwatakan baik dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya aku ingin berbakti kepada manusia dengan berkongsi ilmu dan kisah yang baik untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di bawah.

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.

Random Posts:

 

39 Responses to “Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah”

  1. Kie-yu says:

    insaf baca artikel ni. sangat bermanfaat. thanks!

  2. lilacfla says:

    Alhamdulillah bro.. thanks for sharing. Moga Allah kurniakan kita mata yang turut menangis takutkanNya.

    teringat cerita kisah silam, para sahabat yang menangis tatkala terdengar seruan azan, dan kita tatkala azan masih mengadap facebook. T_T dsb..

    moga hari ni lagi baik dari semalam. Amin..

  3. Mr.Bintang says:

    thanks.. aku pun masih belum sempurna.. banyak cacat dan cela.. :( semoga aku masih berkesempatan untuk memperbaiki diri.. amiin..

  4. Anarm says:

    aku takde rasa nak nangis pon.. serius! mungkin sbb hati aku memang dah gelap.. tp niat utk berubah tu memang sentiasa ada dalam diri aku.. dan aku juga takutkan Allah S.W.T.. ada masa2 tertentu je yg mampu buat aku menangis bila timbul rasa takutkan Allah..

    aku lebih terasa berdesup masuk dalam hati/jiwa bila mendengar (ceramah, khutbah contohnya).. membaca ni aku kurang skit.. mungkin dgn cara mendengar lebih sesuai dgn jiwa aku.. lain org, lain cara kan..

    P/S: artikel yg menarik.. dah tekan like.. :D

    • syahirul says:

      @Anarm, erk… cuci hati balik beb.. mungkin hati aku lembut sgt kot tak keras mana.. hope dugaan yg dtg dpt la dihadapi.. riso!

      • Anarm says:

        @syahirul, aku cuma manusia biasa.. huhu.. macam yg aku ckp, aku boleh menangis kalau mendengar.. setakat membaca ni aku kurang feel.. tp tak bermaksud hati aku keras (dalam hati ade taman der).. hati kotor tu dah semestinye.. erkk..

        walau apa pun, harap kita sempat berubah sebelum pintu taubat tertutup buat kita.. sangat takut~

  5. mala says:

    thx for the sharing

  6. mohdisa says:

    satu artikel yang menarik dan menyentuh jiwa, thansk for sharing it. :)

  7. MrRollies says:

    Nice artikel..
    Tersentuh kalbuku baca mende ni T_T

  8. denaihati says:

    Sekali anak menangis sudah faham ibunya bahawa anak kecilnya dahagakan susu begitu juga Allah setitis air mata tumpah dari matanya hambanya sudah faham-Nya apa hasrat, derita, dan hajat yg ada di dalam hati hambanya.

  9. Syafrizal says:

    Bagus kerana berkongsi sama tapi ramai tidak takutkan Allah. Tak kira online atau offline. Masih lagi tidak takutkan Allah.

  10. imran says:

    Semoga kita dapat menangis dengan bersungguh-sungguh kerana menyesal atas perbuatan lalu bukan menangis kerana tengok drama dan filem.

  11. redz one says:

    insaf n sebak bila aku baca… tambah2 kat ayat Rasulullah s.a.w. kata umatku umatku. entah kenapa bila aku baca sampai ayat tu air mata aku dah mula mengalir…

    • Hafiz says:

      Betul tu, betapa kasihnya Rasullullah S.A.W kepada umatnya walaupun kita tak pernah bersua dengan Baginda. Cuma kita je yang lalai dan lupa dengan perngorbanan Rasullullah S.A.W, kalau bukan kerana pengorbanan Baginda, siapalah kita hari ini. Tersangatlah takut bila difikirkan seksaan yang akan diterima suatu hari nanti dan tersangatlah seksa kehidupan bila dah mati nnt menunggu hari yang takkan pernah ada pengakhirannya, Subhanallah, Allahu Akbar. Moga kita semua diberi hidayah dan pengampunan oleh Allah S.W.T. Amin.

  12. MuNsYi~SaMa says:

    Betul. sampaikn walau satu ayat pon insyaALlah dpt tlg masa akhirat kelak. thanks for sharing this bro.

  13. wazy says:

    Terima kasih bro di atas info ni,sama-sama la kita menghayatinya

  14. bulat says:

    wahh..tduduk jap..tringat dosa2 yg lampau..ermm..

  15. joegrimjow says:

    tengah buat projek gile
    huhu

  16. [...] Entri ini ditulis bertujuan untuk berkongsi sebuah kisah pada zaman dahulu tentang kasih dan cintanya seorang wanita ini kepada Allah S.W.T. Mari sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah yang membuatkan mata dan hati aku menangis. [...]

  17. myebuzz.net says:

    Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah | syahirul.com…

    Alhamdulillah kerana saat ini aku masih diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas ini. Manusia yang hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan…

  18. [...] aku baca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan dan satu perasaan yang tak dapat digambarkan hadir dalam hati dan diri aku. Allah maha pengampun lagi maha pemberi [...]

  19. [...] maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini [...]

  20. ntc says:

    tq untuk kongsian artikel yang menyentuh jiwa ini

  21. wanita mencari hidayah Allah says:

    Saya baru sahaja pulang dari menziarahi arwah abang saya yang meninggal hari jumaat lalu. rasa sedih dan tertanya2 bagaimana pula taqdir yang akan saya lalui bila ajal saya tiba?

    Adakah semudah abang saya yang sedang duduk dan mengilatkan kasut untuk menghadiri majlis saudara pada esuk harinya, tiba2 tersandar dan habis disitu jua hayatnya?

    Allah , berilah aku peluang untuk menambah amal yang ikhlas, mengurangkan dosa2 ku yang banyak dan berilah aku mati dalam husnul khatimah..aku amat takut padaMu jua azabMu wahai Tuhan yang Pengampun..

  22. ahmad sinar says:

    subahanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar…sedih dgr kisah ni .semoga kita semua selamat didunia dan =( akhirat,amin ya rabbal alamin

  23. hamba Allah says:

    subhanallah..
    aku harap hatiku tidak digelapkan,YA ALLAH..

  24. nor faizal says:

    …syukur…syukur…syukur…kerana dijadikan sebagai umat Muhammad yang mulia…namun ada yang sangup menukar agama kerana keuntungan dunia yang sedikit…rugi..rugi..rugi..dengan sebesar-besar kerugian.

  25. wan cripton says:

    dulu ana kuat menangi kerne..bergaduh dng adik beradik…dan apbila sy mncecah 13 tahun..sy bertekad untuk x menangis lg….dan sehigga skang sy sngt2 susah untk menangis….. =(

  26. fadhli85 says:

    banyak yang dah dibaca sesungguhnya Allah itu maha mengetahui

  27. nice one..alhamdilillah..thanks..

  28. sulaiman says:

    assalaamu ‘alaikum..hati khusuklah yg akan sensitif untuk menangis untuk Allah,aku percaya ia adalah rahmat Allah kepada hambNya yg ikhlas,saya kagum kepada assyekh Abd.Rahman As Sudaisy yg menangis disela2 bacaan solatnya.jangan memaksakan diri untuk menangis,tapi ikhlaskan hati didalam beramal ibadah,insyallah rasa haru akan muncul bila berdo’a,bersholat,mengaji,dan membaca artikel seperti akhi syahirul postkan ini.lakukan dgn serius..insyallah dgn rahmat dan pertolongan Allah.wallahu a’lam..

  29. sulaiman says:

    assalaamu ‘alaikum..hati khusuklah yg akan sensitif untuk menangis untuk Allah,aku percaya ia adalah rahmat Allah kepada hambNya yg ikhlas,saya kagum kepada assyekh Abd.Rahman As Sudaisy yg menangis disela2 bacaan solatnya.jangan memaksakan diri untuk menangis,tapi ikhlaskan hati didalam beramal ibadah,insyallah rasa haru akan muncul bila berdo’a,mengaji,dan membaca artikel seperti akhi syahirul postkan ini.wallahu a’lam..

  30. lynn says:

    As salam..minta kebenarn utk share posts ni ye. Tqvm.

  31. shahrul5689 says:

    asalamualaikum, mohon share ya admin,

  32. Nur says:

    selalu menagis kerana takutkan Allah. S.W.T. Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini. aminn.

  33. Rahimuddin says:

    AssalamuAlaikum wrwb,

    Terima kasih atas perkongsian cerita antum wahai hamba Allah, semoga Allah melimpahkan rahmatNya angtum dan kita semua……

  34. sam says:

    artikel baik….biarlah menagis atas kesedaran serta takutkan allah kerana jgn berpura-pura menangis.

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Theme
Page 1 of 11
Weboy