Susun add-ons pada status bar Firefox

On 04/05/2010, in Uncategorized, by admin

Beberapa hari lepas aku ada membuat satu tutorial bagaimana untuk memasang add-ons firefox bagi memudahkan korang komen di mana-mana blog. Okey kali ini aku nak bagi korang satu lagi add-ons yang berguna jika korang pentingkan kekemasan pada browser yang amat digilai dunia, Firefox.

Seperti yang korang dapat lihat kat atas, aku baru saja menambahkan add-ons Alexa untuk firefox bagi memudahkan aku melihat ranking alexa pada sesuatu blog atau website tanpa perlu menggunakan cara manual. Amat buruk kan ikon add-ons alexa ni sebab dia panjang dan bila dilihat secara keseluruhan, ikon-ikon kat status bar ni amat serabut. Jadi aku nak susun semua add-ons ini bagi nampak comel sikit. Bagaimana?

Langkah pertama yang perlu korang ambil mestilah dengan menginstall add-ons di bawah ni yang diberi nama ‘Organize Status Bar‘. Setelah install, sila restart firefox kembali untuk membolehkan korang mendapat kelebihan menyusun ikon-ikon tersebut.

Pada menu bar firefox, sila klik Tools kemudian cari ‘Organize status bar’ dalam menunya. Rajah di bawah menunjukkan antaramukanya.

Korang boleh menyusun ikon-ikon pada status bar dengan menekan nama add-ons di sebelah kiri dan mengawalnya ke kiri atau ke kanan melalui butang ‘move up’ dan ‘move down’. Apabila nama add-ons ditekan, paparan pada status bar add-ons tersebut akan bertukar menjadi warna kuning. Ia menunjukkan item yang korang pilih. Korang juga boleh menyorokkan ikon pada status bar dengan memilih butang ‘hide’. Sila fahami rajah di bawah.

** klik untuk pembesaran gambar

Hasilnya adalah seperti di bawah. Dah kemas dan tersusun status bar aku. Korang bagaimana pula? Tak mahu cuba?

Notakaki:

Tahniah kepada syahirul.com kerana telah berjaya menurunkan rank alexa dari 732,557 kepada 583,748 pada tarikh entri ini ditaip. Bulan Mei 2010 adalah bulan kedua blog ini beroperasi.

Random Posts:

 

26 Responses to “Susun add-ons pada status bar Firefox”

  1. Rara says:

    ajarlah i camana nak turunkan alexa tu :( boleh tak?

    • Anarm says:

      @Rara, pasang alexa toolbar.. nak lagi best, jadikan blog sebagai homepage kt browser.. ada jugak yang sarankan pasang widget alexa kt dlm blog..

    • syahirul says:

      @Rara, buat entri yg membina, dapatkan perhatian org… kalo leh biar web2 yg beso ni linkkan kita.. ia dapat menaikkan trafik

  2. Anarm says:

    oleh sebab kt button tu die tulis ‘recommended’, sekarang gak aku pasang.. huhu.. rajin ko cari addons.. theme firefox yg cun2 ade x? :P

    • syahirul says:

      @Anarm, aku cari sbb aku tgk serabut aku nya status bar… then timbul idea nak post :P theme aku tak mempakai le :P

  3. Ramdzi says:

    yang gambar monyet n lipas tu add-on pe?

    • Fazreen says:

      @Ramdzi, yg lipas tu addon firebug >> kegunaan untuk inspect element coding..designer, programmer, coder pakai..kalau nk belajar modified theme, bljr la guna firebug tu..

      yg monyet tu addon grease monkey. add on ni kegunaan dia lbh krg mcm nak hack or guna script tertentu untuk buat something..hehe..hrp ko phm la ek wlupun explaination cm apa lg..

  4. Fazreen says:

    aku baru nak gtau ko pasal alexa rank ko..trun 200k dlm 1 hari…syabas! wei…yg mna entri yg dpt hits tinggi ak suggest ko buat highlight kt sidebar..mcm khai buat kt blog..dia..itu key post ko tu..

    • syahirul says:

      @Fazreen, highlight mcm ne? popular post tu pon mcm tak betul.. angin aje aku.. turun 200 maybe sbb dpt trafik dari ohtidak, kak jie dan 2 blogger yg review blog aku. then tentang isu hangat maybe.. lagi satu entri ko tu mmg byk trafik.. aku main hantam aje berblog, janji hepi..

  5. apiih says:

    aku jarang gune add-ons sbb aku peminat tegar chrome..ahahahaha

  6. Amir says:

    malasnya nak susun. haha. btw congratz sbb ranking Alexa dah turun.. lps ni target 100,000 plak. :D

  7. x-po says:

    aku xltk pun tools bar tu..hehe sbb bg aku, kalau ltk, lagi serabut mata memandang

  8. Syafrizal says:

    Hehe memang malas nak susun, rasa biarkan je tapi kalau sapa2 yang rajin tu susun lah ye. Sedap sikit mata memandang hehe.

    Nak turunkan Alexa punya nombor tu ada banyak cara. Salah satunya buatlah macam mana blog ni buat. Insya allah naik la ranking tu.

  9. eiyda says:

    mmg best..br nmpk tersusun..kalo tak serabut mate..hrhhe

  10. myebuzz.net says:

    Susun add-ons pada status bar Firefox | syahirul.com…

    Beberapa hari lepas aku ada membuat satu tutorial bagaimana untuk memasang add-ons firefox bagi memudahkan korang komen di mana-mana blog. Okey kali ini aku…

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Blog
Page 1 of 11
WordPress Themes