Mestikah lelaki kacak hanya untuk perempuan cantik?

On 24/08/2010, in Uncategorized, by

Aku yakin, mesti sudah ramai yang acap kali mendengar pepatah orang-orang melayu zaman sekarang ini ‘kenapa lelaki handsome, mesti awek tidak cun langsung’ dan ‘kenapa perempuan cun, mesti balaknya muka macam geng pecah rumah’. Aku sendiri pun kadang-kadang terfikir dan menyaksikan semua ini di depan mata aku sendiri. Sebenarnya adakah kita perlu menganggapnya sebagai sindrom yang aneh? Aku ini, mirip-mirip Aaron Aziz (yang dikatakan oleh ramai blogger) pun still tiada awek yang tersangkut. Nasib badan.

“Eh bro, kenapa ek aku tengok awek mamat tu, cantik sangat. Sebijik macam model. Tapi try ko tengok balak dia, muka dan cara pemakaian dia, alahai macam penagih dadah dah aku tengok, muka hitam, cengkung, rambut serabai”. “Ala, apa yang ko peliknya, mungkin itu sudah jodoh dia”.

Jodoh? Ya, 90% aku setuju. Sudah jodoh mereka, kita memang tidak boleh berbuat apa-apa lagi dah. Mungkin orang zaman sekarang, tidak lagi mementingkan dan melihat rupa paras semata-mata, tetapi melihat terhadap hati budi seseorang. Mungkin walaupun muka lelaki itu seperti penagih dadah, tetapi dalam hati ada sunway lagoon, kita mana tahu kan? Hanya pasangannya sahaja yang dapat menilai semua itu. Kita yang orang luar ini, duduklah senyap-senyap.

Dan kemungkinan ada satu lagi faktor kenapa semua ini berlaku. Kenapa lelaki kurang kacak selalunya akan mendapat awek yang cun? Mungkin lelaki itu hebat dalam selok-belok percintaan. Dia mungkin lebih romantis dan pandai mengambil hati. Jadi, mereka mungkin menjadi lebih istimewa di mata perempuan. Selain itu, kemungkinan kenapa perempuan tidak memilih lelaki kacak sebagai boyfriend ialah kerana perempuan tahu yang KEBANYAKKAN lelaki kacak ini ramai yang playboy atau kaki perempuan. So untuk elak dari dipermainkan awal-awal, perempuan mengambil langkah bijak untuk tidak memilih lelaki kacak. Haha.

Dan kenapa selalunya lelaki kacak mesti bercinta dengan perempuan kurang cantik? Kemungkinan lelaki itu menganggap perempuan yang cantik ini kaki kikis duit, melecehkan, nak itu nak ini, nak gincu ini, nak mekap ini. Yela, nama pun perempuan cantik kan. Jadi sebelum duitnya dirembat oleh perempuan yang cantik, jadi lelaki itu mengambil langkah awal-awal untuk bercinta dengan perempuan yang kurang cantik.

Apapun, sebenarnya ini adalah pilihan masing-masing kan. Kita tidak berhak hendak pertikaikan hak masing-masing. Setiap orang mempunyai taste yang berbeza-beza. Namun aku faham, kebanyakkan orang termasuk aku mudah untuk masuk campur atau menyibuk hal orang. Jadi, bersama-samalah berdoa agar kita dikurniakan pasangan yang akan kekal sampai ke akhir hayat.

P/s: Jangan siapa-siapa terasa dengan apa yang aku cakap ya. Itu cuma andaian aku sahaja. Salam.

Nota:

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Encik X-PO. Beliau boleh ditemui di:

Blog | Twitter

Random Posts:

 

83 Responses to “Mestikah lelaki kacak hanya untuk perempuan cantik?”

  1. Pelakon Korea says:

    Ini semua hanya kebetulan. Kecantikan itu sangat subjektif dan setiap orang mempunyai prespektif berbeza tentangnya. Mungkin kita nampak pasangan tu macam beuty & beast, tapi ada orang nampak mereka sangat padan.

  2. azlan says:

    jodoh tu bro.ensem lawannya tak cantik.cantik lawannya tak ensem.normal le tu..

  3. bagiio says:

    ramai org cakap aku hensem…nak sangkut awek pun susah… tak reti nak ayat awek..tapi ade awek kerjaya guru fizik n biologi minat kat aku..rupe kurang cantik..tak lah hodoh sangat..kire sederhana le…tp betul org cakap..tuhan memang bg mcm tu..cantik ngan kurang kacak…kacak ngan kurang cantik…sebenarnye aku pun tak percaya ngan perempuan yg cantik,,hehehehehe

  4. Mengikut logik Teori Darwin (Theory of Natural Selection), lelaki kacak memang akan mencari perempuan lawa sebagai pasangan untuk menghasilkan zuriat yang lebih kacak dan lawa. Tak semestinya anak mereka 100% akan jadi lawa atau kacak, tapi peratus kebarangkalian untuk mendapat anak cun dan ensem memang lebih tinggi dari berkahwin dengan orang yang tak lawa atau ensem.

    Sebaliknya, lelaki yang kureng ensem akan hanya mencari perempuan kureng lawa, dan vice versa. Sebabnya mereka yang kurang dari segi perawakan biasanya akan hanya berkeyakinan untuk berpasangan dengan orang yang setaraf dengan mereka dari segi rupa. Namun, lebih ramai daripada mereka ini akan akhirnya tidak mempunyai pasangan kerana terlalu memilih atau tidak dipilih langsung. Ini akan menyebabkan mereka yang kureng lawa atau ensem akan kurang (atau tidak langsung) menghasilkan zuriat yang kurang lawa atau ensem.

    Secara teori, golongan kurang lawa atau ensem akan pupus dan dunia akan dipenuhi dengan semua yang awek cun dan balak macho sahaja pada masa hadapan. Wallahualam.

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Themes
Page 1 of 11
Premium WordPress Themes