Saturday , 20 December 2014

Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapa

Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.

Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.

Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.

Puteramu,
Along

Comments

  1. AkuWanita says:

    =(

    1. aku says:

      artikel ni siyes dibuat.bukan berdasarkan cerita benar.and larat ke mak ayah die nak bce panjang berjelaaa suratnye?lalala

      1. ^_^ says:

        apa plak xlarat…kertas 2 bukannya berat mcm batu nak kena bersusah-payah angkat n pegang maa……:oups: ,larat ke nak baca surat berjelaaa?? surat je kan?confirm xsampai 2oo bab mcm buku cerita,novel ke dsb. ;)
        kalau betul pun artikel ni sengaja dibuat-buat,itu xpenting pun rasanya kan?yg penting isi kandungan yg cuba penulis cuba sampaikan kan?kan? :cool:
        jOm! sama-sama hayati MESEJ yg cuba disampaikan….. :love:

    2. subur says:

      nikah khitbah bukan budaya islam. apa gunanya kawin kalau tak beranak pinak, tak berkeluarga dan tak bertanggungjawab?. bukankah kahwin tujuannya untuk itu semua? bukan semata untuk pegang2 tangan dan seks sahaja.

      kalau nak tahu, khitbah sama sahaja dengan kahwin kontrak di negara2 arab dan di eropah. cuma namanya dan kaedah diubah sedikit.

      1. TeRa says:

        xstuju la dgn pndapat saudara..mcm yg dia kata kat atas,nikah bukan je utk wat anak berkeluarga tu sume je..nikah juga sebagai satu cara utk kita elok diri dari zina..

        bukankah syarat wajib nikah tu adala ‘sekiranya mampu dan dikhuatiri terjerumus dlm zina?’

        dlm hal ni,dia memang mmpu dlm zahir dan batin cuma dlm hal batin dia tngguhkan je utk menuntut ilmu,iaitu satu jenis jihad..

        sama la kalau seorang suami yg merupakan askar,dia pergi jihad di medan perang,dia xbleh bgi nafkah batin bukan??jdi,sama la bgi cara nikah di atas..

        maaf ya,ini pendapat sya..

  2. fina fento says:

    indah isi surat ni..

  3. chichakscobeng says:

    aku mcm tak berapa setuju kowt….walaupun surat nampak INDAH BAHASA….malas nak bidas..kang jd lain… :-|

    1. malek says:

      boleh huraikan?

    2. Alif Satar says:

      Ape yg x setuju lagi? Ini jalan keluar terbaik kowt. Kalau ada jalan lain yg x membawa kepada maksiat kemukakan lah kt sini InsyaAllah boleh dilakukakan kalau bersesuaian.

  4. fastabiqul khoirat says:

    jangan nnt bila tak bersedia dr segi mental dan tanggungjawab dh la ye…kalau sebut nikah tu semua org nak nikah. budak umur 12thn pn dh blh nikah…tp kita bkn lg dizaman Rasulullah dan para sahabat…perkara2 kecil bleh jadi besar..so, ingatla akibat sebelum membuat sesuatu keputusan..

    1. hmba Allah says:

      yup…..sya pon kurg stuju….umr dier pon sbya jek ngn sya….nikh ney bukn setkt fikr 2 jek….bhkn ken wat pngorbnn yg bnyk..klu dapt ank..cmner nk jga…i2 pon kne prlukn wet jgk….dier kne fikr semsk2nyer lum nk nikh…kok ye pon..sbo jer lh….pose kn de dlm…lgy stu…xknlh asyk2 study..ngn pompuan jek….plik2…nk nikh pon..tggu da sdia dr segi ekonomi kne mntp…t xder lh nk mnnyushkn parents….adoi….mamt ney xbrfikirn jauh toi…

      1. che lah says:

        kalau yakin dgn jalan Allah maka semua perkara akan dipermudahkan..

      2. syah says:

        rezeki 2 ALLAH yg tetapkn,aslkn kte jlnkn ssuatu ikut syariat ALLAH.
        ALLAH dah jamin dah,manusia ni xkan mati sbb kbulurn..so,yakinlah dgn janji YANG MAHA ESA.DIA yg mncpta kita.DIA tau sgalanya.WALLAHU A’LAM

      3. puteri says:

        salam hamba Allah.. mugkin anda patut baca dulu pengertian nikah khitbah tu sendiri.nikah khitbah ni utk menghalalkan perhubungan antara pasangan tu je. tapi suami tak perlu tanggung isteri lagi dan kedua2 mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa. lagi satu, kalau dah nafkah zahir (duit, rumah dll) pun tak bagi, malu lah sikit nak bagi nafkah batin kan. so nikah khitbah ni just utk menghalalkan apa2 yg couple selalu buat cth mcm pgg tangan, keluar berduaan, calling2, rindu merindu semua tu.kan dosa tu. jadi lagi baik nikah khitbah. soal berfikiran jauh, sememangnya mamat ni sangat berfikiran jauh sbb dia mahukan keberkatan dlm hidup dia n nak kurangkan dosa..bukan sekadar nafsu semata2.. kan lagi baik tu.. =)

      4. putera says:

        saya setuju dengan saudari…kepada yang lain cuba fahamkan dulu apa makna nikah khitbah..kita tgk sekarang bebdk suka sgt berdua-duaan.. salah tu.. agama kita dah ckp benda salah tetap salah… so apa salah kita ikut agama kita ni dengan cara yang betul.. jgn duk fikir nikah jer nak buat anak ikut nafsu…nak mewah2…cuba ikut sunnah nabi kita hidup sederhana jer.. pastu ingat satu lg klu direstui oleh Allah rezeki tetap ada walaupun kita x kerja pun… klu xde rezeki alamat dia kita mati…fikir2 kan lah…. ;)

      5. puteri says:

        betul tu putera. lagipun remaja ni bukannya makin muda. jadi apalah salahnya kalau kita berfikiran jauh sikit dan pada masa yg sama dapatkan keberkatan. insyaallah :)

      6. wie says:

        setuju dengan che lah, puteri n putera. igt lah pada dosa dan kedua org tua jika mahu berdua-duaan, bagi prmpn fikirlah bahawa ayahlah yg akan menanggung stiap dosa yg dilakukan.

      7. Ralph says:

        bukan x betul…tapi dlm keadaan ni, sudah tentu anak muda ini sudah cukup matang sehingga berani untuk menrangkan perkara yg sebenar kpd parents dia…cabaran anak muda zaman sekarang dah lain, lg superb…so dr tgk anak muda berkapel, baiklah ikut jln yg Islam dah sediakan..

      8. firdaus says:

        assalamualaikum
        masalahnya ada ke ibu bapa yg setuju nak bg anak diorg nikah khitbah ni? tambah2 anak prempuan. kalau semua pasangan couple kt malaysia ni ibu bapa diorg bagi nikah khitbah..diorg x akan couple.. diorg akan plih nikah khitbah ni. tapi mengapa diorg couple? mohon pandangan dan juga JAWAPAN. assalamualaikum

      9. TeRa says:

        waalaikumussalam..
        bgi soalan saudara saya rasa begini..nikah khitbah ni sesuatu yg xbiasa dilakukah kat negara kita ni..xbnyk org buat lagi,at least buat masa sekarang la..so,ibu bapa pun xbnyk lagi yg btol2 faham psal nikah khitbah ni..

        bgi remaja2 sendiri plak,ada yg langsung xtahu psal nikah khitbah ni..kalo ade pun yg tahu,maybe mereka ni fikiran belum cukup matang utk pkir jauh smpai ke pernikahan ni..xde bimbingan mungkin..

        saya bukanla ustaz mahupun org yg alim,tpi sya harap pendapat sya bleh diterima saudara..

      10. wan k says:

        bro… dia xminx pun duit kt mak bapak dia.. aku rasa x salah… sedang kan zaman sekarang ni budak2 muda bayak yang dh rosak akhlak, 70 aku rasa penah wat sexs,, budak tingkatan 1 pn dh xde dara..
        sebab apa.. sebab kita dah melawan fitrah kita.. tiap2 manusia ada nafsu.. tunggu syaitan goda je.. laki kuat tahan lagi kuat dia goda.. lagi pun manusia xkan lari dari kesilapan.. apasalah nya nikah awal. xkisah la gantung ke khitbah ke.. asal kan halal.. konon nye nk blajar dlu baru kahwin.. kalu macam tu nnti mati baru kahwin la… menuntut ilmu kan dituntut sehingga ke liang lahat.. tapi pasti kan fikiran anda betul2 matang.. bukan sebab nk main je..

  5. HiasanDunia says:

    Andai,ana juge bole menulis surat spt ini..

    Indahnyer,cinta slps berkawen :)

  6. Hamba ALLAH says:

    Assalamualaikum.

    Perkara sebegini amat sukar utk diterima masyarakat moden.

    Jika mengikut peredaran zaman, apakah punca rezeki kita dr zaman dahulu & sekarang berlainan ?

    Percayalah sesungguhnya rezki itu dtg dari ALLAH SWT.
    Yang penting, ada usaha, niat & ikhlas.

    1. akudahkawen says:

      aku setuju….

  7. Hamba ALLAH says:

    Semakin bertambah keimanan, semakin besar dugaan.

    Hamba merayu kpd tuan2 sekalian, janganlah memandang serong atas perlakuan Rasulullah.

    Sesungguhnya dia terpelihara oleh ALLAH SWT. (maksum)

    1. Kelatani Haq says:

      bkn kah Rasullullah itu sebagai contoh telatan?..

  8. Nur_Ada says:

    masalah2…..syahirul…ada surat utk si lelaki tak????yang SI DIA ni pun tak paham2….aku ingat,tak nak je jumpa dia..tepon pon tak leh..meseg2 je..biar sama2 menanggung rindu..baru padan dgn muka…hahahaha…(kak long 5PKM 2)

    1. syahirul says:

      suruh dia baca dua2 artikel tentang nikah khitbah ni.. insyaAllah dia paham..

  9. cik zila says:

    Atasnya dah indah..Bile bace tntg nafkah….saya tidak bersetuju…Bukankah tugas seorang suami menanggung nafkah zahir dan batin…Andai ‘along’ boleh menahan hatinya daripada bercinta, bekerja terlebih dahulu…Jgn mahu berpasangan hanya kerana tuntutan batin anda sahaja…Mengapa mahu nikah jika anda menyimpan hasrat batin anda dan tidak dapat memberi nafkah zahir kepada pasangan anda..Bukankah lebih baik anda mencukupkan apa yg tidak cukup dahulu…Nikah la bila anda sudah bersedia segala-galanya… :love:

    1. enchek kuli says:

      kepada cik ila cuba faham sebetul-betulnya kerana mengupas sesuatu yang dah tersurat kat surat tersebut….hehehe,peace no war ;) :)

    2. cik yana says:

      salam cik ila.name pon nikah khitbah.cuba saudari bace n fahami dulu tentang perincian nikah itu sendiri. ;)
      nikah khitbah ni utk menghalalkan ape yg masrayrakat dok wat skang ni. maksud sy yg kapel2 ni dok pegg2 tgn n menghampiri zina.if dua2 masih dlm tanggungan parents, tak perlu si suami utk menanggung.islam tu kn indah.takde satu pon dlm dunia ni allah buat tanpa bersebab.mungkin saudari perlu menyelami dulu nikah khitbah. :love:

      1. wan k says:

        salam.. aku rasa nikah khitbah ke gantung ke sama je macam nikah yang lain2..korang nikah je… pastu depend la kt parent korang nk tolong korang ke x…mana ada mak ayah sanggup tengok anak dia bersusah payah.. abang aku kawen cam biasa.. belanja rumah still abah aku masih tanggung…

      2. cik yana says:

        aah.betol la tu wan k.kwn sy pon ade gak nikah gantung.okay je melalui2 hari2 mereka yg baru umur setahun jagung. ini memg bergantung pade individu dan family masing2. kalo dua2 belah da setuju, xpyh la nk tunggu2.

        good luck la pd yg telah berjaya.semoga Allah merahmati hubungan perkahwinan kalian dunia akhirat. :love:

  10. ingin tahu says:

    Sy ada beberapa soalan:

    1. bukan ke ada hadis yang menyebut: “Wahai pemuda, seandainya diri kamu sudah mampu utk bernikah, maka menikahlah, sekiranya tidak mampu, maka berpuasalah…(hingga akhir ayat)”, lantas di mana pengamalan hadis ini sekiranya nikah khitbah dibenarkan?

    2. Adakah dalam Islam perbezaan antara menikah dan berumah tangga?

    Maaf, ini hanya pendapat saya, telusuri balik sirah perkahwinan antara Rasulullah s.a.w dan Saidatina Aisyah r.a, mengapa baginda berkahwin, tetapi tidak tinggal bersama ketika itu. Faktor umur Aisyah mungkin salah satu sebabnya. Jadi, sekiranya menggunakan sirah td utk benarkan nikah khitbah utk golongan yg umur mereka 2+, kelihatannya tidak wajar.

    1. wan k says:

      kalu tinggal sekali pun apa masalah nya….
      rumah mak ayah kan ada.. tumpang la rumah diorang….kalu nk tinggal berasingan pn boleh… habis yang suami g outstation,, xpn tempat keje jauh antara suami istri bleh plak tinggal berasingan??? knape dalam nikah khitbah ni xbleh tinggal berasingan..contoh untuk student yang berlainan university.. kalau bab duit… untuk student dah ade ptptn.. guna la ptptn untuk sara diri.. suami guna ptptn sendiri.. begitu jgk dengan istri.. hai time kapel bleh plak nk jalan sana jalan sini.. belanja makan tgk wayang xkan dh kawen xbleh guna kan duit tu untuk hidup bersama kot.. nk seribu daya.. xnak seribu dalih…ayah aku dlu kawen xda duit.. bla dah kawen rezeki melimpah ruah..dlu harta xda.. skarang keta 4 biji.. lori 2 biji rumah lagi tanah lagi.. rezeki ni tuhan bagi..so jgn di tanya nk bagi bini makan apa…

      1. Tun Tejaa says:

        bg saya bukan soal tempat tggal skang ni….maksud tinggal bersama 2 analogi kepada nafkah batin….nafkah batin 2 wajib….nafkah zahir 2 wajib setakat yang termampu..Rasulullah menyediakan pakaian kepada isterinya 2 helai setahun…sebab itu kemampuan Rasulullah…Rasulullah menangguhkan bersama Aisyah kerana waktu itu Aisyah belum lagi mumayyiz..sebab itu nafkah batin ditangguhkan..bukan keranan suka2 untuk ditangguhkan..Nafkah batin itu wajib ke atas isteri. :)

    2. TeRa says:

      saya cuma ingin jwb soalan yg pertama je..maafkan sya kalau pandangan saya silap..

      bagi hal saudara yg menulis surat di atas tu,saya rasa dia da cukup mmpu utk nikah..dia sendiri kata dlm surat tersebut yg dia akan bncng dgn bakal isterinya tentang nafkah dan dia akan byar dgn duitnya sendiri..

      nikah khitbah dibenarkan,tapi sya rasa wlaupun ia dibenarkan, syarat2 bgi nikah pun perlu ikut..syrat wjib ‘jika mmpu dan dikhuatiri terjerumus zina’..dan lain2 syarat sunat,makhruh,harus dan haram..

      jdi saya rasa perkara ni xada msalah kalau seseorang tu nikah khitbah dgn mengikut syarat2 nikah tu..

      saya harap saya menjwb soalan..

      assalamualaikum..

  11. sweet aila says:

    menrik sekalli dgn cara penulisan warkah ini. jodoh bergantung pada individu ada yg jodohnye cepat dan ada yg lambat. pada saya jika jodohnya sewaktu belajar, cara nikah khitbah ini amat sesuai. x perlu kita nk tunggu hingga habis blaja, br nk nikah ;)

  12. hamba ALLAH says:

    =( cute’y isi surat ne…
    aq pon nak bgi la p ibu ngan abah..
    kaci suspen ckit… ;)

  13. enchek kuli says:

    wah…..satu surat yang berpandangan jauh….kalau fikir balik memang banyak yang fositif,yang utama sekali mengelakkan maksiat. rezeki seorang manusia tidak diketahui selain daripadaNya. Semoga elok dijadikan panduan buat muda-mudi hari ini… 8)

  14. fendi says:

    kita kena yakin dengan janji ALLAH, ramai yg sebelum berkahwin tidak berharta, tp selepas sedar tanggungjawab setelah kahwin mereka akan mencari nafkah… ALLAH telah berjanji dalam surah an-nur ayat 32 “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

    1. mencari ketenangan says:

      sy setuju… sbb kwn2 sy dulu sblm kwen… khidupan amat susah dan x teratur… selepas dieorg kwen mengikut islam dan ikhlas krn allah… dierg dilimpah rzki yg xterduga… bygkan.. dieorg blaja kat yaman.. kwen smbil blaja… klu di ikutkan lojik akal,, nk dpat mane duit 2 sedangkan x kje… tp Allah maha berkuasa… DIa berkehendak apa yang Dia hendaki.. dan kwn sy yg duk syria kwen ms umur 20thn… skrg n ank 3org… alhmdllah… rzki mkin bertambah… sesunggguhnya ALLAH menolong hambaNya yg meminta ptolongan dgn bersungguh2..niat msti ikhlas dan redho… yakin la… janji ALLah itu PASTI… islam itu indah… yakin la dgn islam… zamn moden bkn alasan lagi… nk seribu daya,,, xnk beribu2 dalih… fikir2kan lah…

      1. akudahkawen says:

        saya “like” komen kalian

      2. aman says:

        nak like jugak lah..haha

      3. ama says:

        SUPERLIKE!!

  15. amniey says:

    menarik,mintak nak copy?? boleh…huhu

  16. Syafrizal says:

    Surat yang sangat indah dan mendalam maksudnya. Moga-moga mendapat pengajaran.

    1. ana.nha says:

      indah…sedih pun ade…insyaAllah satu hari nanti kita akan dipertemukan dengan jodoh yg telah d takdirkan untuk kita…insyaAllah… =(

      1. Syafrizal says:

        saya sangat mendoakan dapat jodoh yang sesuai dan sederhana, tidak mengutamakan bersanding dan kenduri yang mengamalkan pembaziran

      2. ana.nha says:

        amin…insyaAllah……

  17. nur says:

    kalau ada yang tak puas hati..tanya je kat dia..nak halal ke haram?? nak dosa ke pahala..??

    1. mencari ketenangan says:

      betul… duit… bkn alasan

      1. akudahkawen says:

        betul tu..tu semua alasan jew. aku kawin tym stdy pe.now kat Aussie.alhamdulillah hidup je smpi rini.assg on-time, class xmiss, siap keja part time g.. kalo nak seribu daya weh….gua pon bukan alim sgt..tapi gua just xnak terlalu “ROCK” selamba sampai wat dosa jer!!!

  18. ati says:

    salam..nak tanye,nikah khitbah ni kan just keluarga 2-2 belah pihak je kn yg tau,jdnyer bile suami isteri 2 keluar berdua,mungkin ade pihak lain yg xtau tentang pernikahan mereka akan berkata yg bukan2.so perlu ke utk bgtau sume org tentang pernikahan khitbah 2 utk mengelakkan bnde 2 brlaku.tq

    1. akudahkawen says:

      aku bukan ler ustaz. tapi camni ler. dari wat dosa kan.yg maner g ok? camni, lam quran, Allah cakap “fitnah itu lebih buruk dari bunuh org” (Al-Baqarah)…tapi kan tu adalah Allah nak kiaskan tntg dosa fitnah…zina plak, jelas2 dosa BESAR.. anyway, 2) kalo dah nikah, wat kenduri kesyukuran kecil2 dah ler(kalo betul nk elak fitnah).siyes aku cakap.coz aku dah wat.n aku wat camtu.n itu g baek dari mendosakan diriku n isteri ngn zina.n secara tak langsung mak ayah kitorang dapat dosa…
      3) realiti org zaman skrg ni dah xmen fitnah2 ler..org mesia pon dah maju ler.kg aku yg hulu pon xder nk men semua2 ni dah…kalo ada g, tu mslah len r..masalah MENTALITi…huhuhu…ini pndgn aku jer ler…

  19. […] lanjut: Nikah Khitbah – Surat untuk ibu bapa ShareRelated Posts:Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapa (27)Dedah aurat: Alasan yang biasa didengar […]

  20. sy cbe utk fhm sedalam nye..
    menda yg bgus mcm ni mmg ptut d buat tp susa nak d trme org skrg dgn b’mcm2 mentaliti yg ada….(opinion)

    nk mmntk permission kwen pn da tkot d’kata mcm2.. gatal la, miang la..
    h0h0h

  21. 2207308 says:

    Terima kasih memberi pengajaran

  22. wahida says:

    Assalamu’alaikum
    Sahabat saya dah bagi surat ni kat family dia,tp x dapat izin utk berbuat demikian.
    Emm dia agak kecewa dgn keputusan tu,kesian kat dia…agak susah nak fahamkan family utk yakin dgn rezeki yg ALLAH berikan lepas nikah nanti.
    Moga dimudahkan urusan sahabat saya…
    AMIN #_#

  23. abg fikri says:

    salam..aku ni bkn nye nk kate taw byk ttg agame..juz nk share..yg aku dgr,kalo mendirikan masjid(kawen),Allah akan luaskan lagi pintu rezeki hambanye..Allah maha pemurah lg maha penyayang kan?jadi,usahlah sempitkan fikiran dgn perbezaan zaman skarang dgn zaman dulu(dlm aspek mencari rezeki)..di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..bukankah lebih elok jika hubungan dua jantina yg bercinta dlm keadaan halal?masalah sosial terjadi adalah disebabkan mentaliti kita sndiri yg mghalang perkahwinan di usia muda..wallahualam..

  24. izakaria says:

    salam, aku sangat2 setuju la kawen sambil belajar drp dok caple tak tentu hala kehulu kehilir..then macam2 terjadi, nafsu woo nafsu mana boleh di bendung..nanti dah kawn baru tau macam mana nak menambahkan razqi..setakat ujian sikit2 tu biasa arr org2 yg tak kawen pun ada ujian gak..ha3.. :)

  25. Kazen says:

    i saw this article before u posted here :) sumber utama dari mana?

    1. Kazen says:

      sori just btnye…conpius..hehe jgn marah…

  26. asmaqhusna says:

    abang long saya juga kawin waktu tengah belajar. betapa pedihnya hati seorang ibu, tapi dia benarkan juga dengan hati yg berat. keluarga masing2 yang tanggung. tapi dia tak buat perancangan betul2…dapat zuriat tiap2 tahun, sekarang dia ada tiga anak…
    ibu bapa juga yang perlu tanggung….adakah kita tidak rasa itu menyusahkan? tambah lagi kami ramai adik beradik yang masih dalam tanggungan….perubatan di luar negara sangat mahal…nak kena tanggung anak2 mereka lagi….kadang2 dia kerja juga kalau ada peluang, tapi pendapatan dia tak menentu
    *saya sokong nikah awal, tapi perlu buat perancangan dalam melahirkan zuriat…..dan perlu fikir adik beradik lain lagi yang perlu ditanggung (kalau ada adik beradik)
    ~sekadar berkongsi~

  27. puya says:

    sgat memberi info dan pengajaran….insyaAllah kalo saya jdi ibu bapa,saya akan mengizin kan anak saya utk nikah khitbah tp dgn memberi syarat kepada anak saya bahawa nikah khitbah bukan sekadar utk memudahkan meraka brjumpa tetapi memberikan mereka kematang dlm menempuh alam berumah tangga..

  28. hamba ALLAH says:

    begitu indah isi surat nie.. =(

  29. AKU SEORANG BAPA says:

    ana cukup setuju dengan surat tersebut zaman sekarang muda mudi terlalu bebas walaupun berada didepan emak bapa mcm mana kalau berada jauh dari keluarga.masa ana dulu kalau nak jumpa awek kena sembunyi takut pada emak ayah.ibu bapa la ni siap bancuh kopi lagi kalau calun menantu datang/nak jemput p dating.bila dah tunang mak ayah dah tak kisah(bkn semua)bagi ana tak pyh tunang atau cinta lama2 sangat nikah khidbahlah jalan penyelesaiannya.Allah akan memberi rezki yg melimpah pada hambanya yg btul2 iklas

  30. siti says:

    perkara yang baik sentiasa mendapat keredoaan ALLAH..x salah kalau kita ingin bernikah awal..itu adalah perkara baik..pasal rezeki..itu ketentuan ILLAHI..kita berdoa dan bertawakal pada-NYA..dia lebih mengetahui.. ;) ;) ;)

  31. norfaliza says:

    =( …semoga diriku juga dipermudahkan…

  32. nurul says:

    ana turut stuju…

  33. shafini says:

    masih memikirkn ape patot dibuat..biley pkir blik kakak n abg ana bleh je kawen lpas keje.xkn la ana nk wat sejarah plak kn,susah gk.tpi bimbang akn diri ini.mmg perlu tangug risiko.uhhhhh,,bingung! :-|

  34. syafiq anwar says:

    memang sgt2 mnarik.. tujuan sebenar nikah khitbah ni hnya skadar nk halalkn perhubungan.. nafkah zahir bleh bgi walaupun x sberape.. nafkah batin tu tggu2 la hbes studi nti.. dah dpt pkrjaan ttap nnti bru lah fkir nk brumah tgge.. ni la jlan penyelesaian yg trbaik drpd couple..

  35. pengemiskasihillahi says:

    bernikah adalh sunnah tidak kira sama ada d bzakan rumahtangga/nikah itu.jd apabila saling berstuju,maka sama2lh mlayari bhtera.rasulullah tlh mmbri cnth yg bnyak kpada kta,maka ikutilah baginda.hukum nikah ada 5.pilihlah hukum keats kmu krn apabila sah shj ijab &kobul maka brmulalah tanggungjwb d dlm prkhwnn itu.ia bkn mudah sprt yg dsngka.ksabaran,pngorbann,kfahamn,kasih sayg amat2 dperlukn

  36. budak mentah says:

    ambo rasa, adat melayu yg terlalu menonjol membuatkan pemikiran umat menjadi sempit. Bayangkan, kehidupan sebagai seorang pelajar bukan terhenti setakat mana bermulanya perkahwinan namun berterusan hingga ajal. Perkahwinan bukan penghalang bagi menuntut ilmu bahkan suatu pancaran kesedaran dalam diri seorang pelajar. Pahtu, jika ditanya ‘ilmu agama dh cukup ke gatal nk kawin?’..perhalusilah diri kita akan hakikat ilmu tersebut tidak terbatas luasnya dan ia akan terus menyubur jiwa jika suami sendiri yg mengkehendaki…lelaki yg soleh untuk wanita yg soleh..rezeki? Allah yg memberi, kita hanya mencari..allah itu Maha Pemurah lg Pemberi rezeki, yg penting usaha ke arah mencari rezeki diteruskan…. “Janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takutkan kemiskinan (kelaparan), bahkan Kami yg memberi rezeki kpd kamu”-al araaf

  37. Cahaya Kerinduan says:

    mohon share ye saudara… ;)

  38. wan says:

    mnta izn copy

  39. nininana says:

    assalamualaikum,saya pelajar di uia dan ingin berkongsi cerita pasal nikah khitbah ni..kalau nak komen,silakan..3 minggu lepas saya dah meminta izin kat ibubapa saya untuk nikah khitbah dgn awek saya..begitu juga dgn awek saye ni..kami sudah lama bersama sejak dari sekolah lagi dan saya dah bernekad untuk menjadikan dia isteri saya..saya dan awek saya dah siap membuat solat sunat istiharah agar diberi petunjuk..kami berdua dah merancang hidup yang akan kami lalui selepas nikah khitbah..rancangan kami lebih kurang same saje dgn artikel ni..kami pon bagitau rancangan kami ni kat ibubapa kami..tapi malangnya,rancangan kami ni ditolak oleh mereka..ibubapa saya siap boleh kata yg saya kene ‘buat2′ org lain sampai buang tebiat nak kawin cepat..mereka bukan lah tolak semua nya,mereka kasi kami teruskan tapi mereka tidak redha hubungan kami..saya pon xpaham..kalau boleh kami berdua nak kawin dgn redha ibubapa kami..itu yg kami mahukan teramat sangat..sebab xmau membelakangkan mereka yg dah besarkan kami berdua..mereka suruh saya habis belajar dulu..saya rasa,saya akan lebih bersemangat dan tenang utk belajar bila sudah bernikah..sekarang saya masih lagi cube nak pujuk ibubapa saya..tapi dah kehabisan idea utk pujuk ibubapa saya ni..kalau ade ustaz2 atau sesiapa yg ade jalan utk pujuk ibubapa saya ni tolonglah share..dan doakanlah saya dan awek saya ni nikah khitbah cepat..amiiinnn..assalamualaikum..

    1. budak qlate says:

      masyarakat kita sekarang berfikiran ke arah sekular. mereka lebih cenderung untuk membiarkan anak2 mereka terjebak dakam masalah remaja seperti kapel berbanding tuntutan untuk menjauhi perkara yang haram yang penting dapat hidup senang di dunia (dengan harapan bila habis belajar menjamin kemurahan rezeki walaupun hati tidak seberapa sebagai hambaNya)..wallauaalam

  40. sha says:

    sebb ramai yg syok couple..mak ayh dorg xtahu pon..kalo nikah mesti kne kasi tahu kann2..ank2 sekarg byk sgt ikot yg xelok..kalau mk ayh die positf ak rse oke je kott..yg pntg restu~

  41. rozana says:

    ikhlas…tu perkataan yg plg pntg…parent kene ikhlas, ank yg nak menikah pun kene ikhlas..baru la jln yg nak dilalui nmpk terg n insyaallah diberkati…parent dpt phala krn membenrkn nikh, ank dpt phala krn bjihad mghindri dosa..parent jgn terlalu rasa dah sempurna akal..ank2 jgn rasa diri dah ckup mtg….hdup smpi mati adalah proses belajar…nak mati pun org msih ajar mngucap!!..jd, IKHLAS lah…igtan utk diri sy juga

  42. jaja says:

    kahwin bukan untuk menghalalkan yang haram. nikah khitbah bagus kalau niat betul. contohnya nak elakkan zina hati n menjauhi zina. bukan niat nak kawin boleh keluar pegang pegang bedua-duaan sesuka hati. kalau salah tolong betulkan. terpanggil komen di sini :)

  43. keliru says:

    Assalam. Maaf nk tanye. Sape yang buat post ni ye? tegur sy jika silap..penyampaian maklumat tntg nikah khitbah dalam post ni lebih kepada pandangan dan pemahaman peribadi. bagi sy, wujud beberapa kekeliruan tentang apa yang dibincangkan. Adakah surat ini benar dibuat? Mengapa penulis ingin melaksanakan nikah khitbah sedangkan tiada calon langsung. Sy khuatir pemahaman berbeza dr penulisan ini disebarkan. Sy dapati tiada nas & dalil2 yg mengukuhkan pandangan saudara. Sy bukan mempersoalkan nikah khitbah, cume dibimbangi pandangan peribadi ini menjadi rujukan orang lain. Jika boleh saudara gunakan dalil2 yang sah agar tidak lari dari apa yg ingin dismpaikan. Wallahualam.

    1. Tun Tejaa says:

      Assalam..saya setuju dengan ‘keliru’…..Saya sedikit ragu2 bila si penulis samakan penangguhan nafkah batin Rasulullah saw terhadap Aisyah…

  44. isi hati says:

    sy stuju dgn penulis surat ini..indahnya cinta selepas berkahwin..sume jadi pahala.. :love:

  45. Ahmad says:

    Assalamualaikum,
    Berkaitan statistik di universiti tempatan mengenai perkahwinan antara mahasiswa, di mana sy boleh rujuk sumbernya yea?
    Terima kasih, JZKK

  46. Tun Tejaa says:

    Rasulullah saw menangguh nafkah batin kepada Aisyah kerana Aisyah belum lagi Mumayyiz dan di tangguh sehingga Aisyah capai mumayyiz…Dalam bab surat kat atas ni, wanita yang bakal dinikahi sudah mumayyiz kan…?

    Niat saudara yg menulis surat ni sudah bagus untuk mengelakkan maksiat, tetapi hujjahnya meragukan…… ;)

  47. Jaja Fendy says:

    okk, saya suka baca ulasan saudara, saya mintak untuk ulaskan entry saudara di blog saya, terima kasih ;)

  48. addin says:

    saye tdk pecaye langsong :p

  49. mujahid cinta says:

    Alhamdulillah..xde slah nyer nkah khitbah nie..law pnghayatan agama mcm nie pnya tinggi dlm setiap individu, Malaysia pown dpt rhmat..btul mgkin surat nie sekadar dibuat utk mmberitahu niat murni along, tp isi nyer tdak meragukan bg sy..pnjelasan surat ini tdak laen tdak bkan adalah ‘hkmah’ nikah khitbah 2 sndiri..so utk kefahaman ibu bapa sndiri, ad baik nyer mksud nikah khitbah pown kta hntarkn sma. sy pown ad niat tuk brkhwin gk, tp blum dpt kekuatan. semoga Allah dtgkn kekuatan dlm htiku ini tuk pos surat nie..bkan nk pelihara nafsu semata-mata tp pelihara kemaslahatan umat manusia n maruah dri jga..insyaallah