Thursday , 18 December 2014

Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!

Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Gambar oleh: cempedak.fotopages.com

Bacaan lanjut: Nikah Khitbah – Surat untuk ibu bapa

Comments

  1. pipah says:

    assalamualaikum.. sy nk tny,, kalo da nikah khitbah ni nty da bkerja dan mampu perlu ke bernikah semula sprti biasa??

    1. Wassalamu’alaikum.. baru perasan, xde org jwb lgi soalan ni.. hmm, dia mcm ni tau, nikah khitbah dgn nikah biasa ni sama je, ada akad, nk bwt hntrn skali pn xpe, yg bezanya diorg x duduk sbumbung.. cth mcm yg llaki blaja di UIA, yg pmpuan blaja di UM, hari mnggu jmpa kat hotel bajet.. mcm tu je.. (Credit to Ust Kazim Elias) :)

  2. aidil says:

    kalau nikah khitbah ni nafkah x wajib ke atas suami..bagaiman pulak dgn dosa2 isteri?ayah ataupun si suami yang tanggung selagi dalam istilah nikah khitbah ni?

    1. nur says:

      Salam.. maaf sy pn x brpa tahu.. tp mengikut kata Ustaz Azhar.. slagi dlm istilah nikah khitbah.. sgala tanggungjawab & dosa masih atas si ayah.. tgk nie:

      http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA

  3. Humaira' says:

    Assalamualaikum..saya dah berulang kali membaca artikel yang menarik di atas. Saya mempunyai rakan lelaki yang masing-masing belajar di tempat dan negeri yang berbeza. Walaupun, jika dilihat dr persepsi masyarakat, tidaklah ada apa2 masalah. Namun, jiwa saya meruntun-runtun untuk segera mempercepatkan pernikahan kami walaupun kami dikatakan masih muda di awalan 20-an. Saya juga tidak sanggup menghadapi zina hati merindui seseorang yang bukan halal bg saya lagi. Jadi, baru-baru ini, terdapat sedikit perbincangan antara kami untuk menghalalkan hubungan kami melalui nikah khitbah. Masalah yang kami hadapi adalah untuk meyakinkan kedua ibu bapa kami kerana pada masyarakat di kawasan daerah kami, masih belum tersebar pemahaman mengenai nikah khitbah dan belum ada yang mengamalkan nikah khitbah.
    harap ada yang dpt memberi sesuatu info dan serta ilmu utk diamalkan dan dilakukan.. :8
    sekian, Wassalam

  4. akma says:

    asslm….sy ingin menambah kmen dr saudara puya yang menyatakan bahawa utk apa lagi membuat knduri prkhwinan utk m’beritahu bahawa kita sudah berkahwin….adakah kahwin khitbah itu kita tidak memberitahu kepada masyarakat bahawasanya kita sudah kahwin??

  5. zul says:

    cuba tgk video ni..ada keterangan yg jelas skit…
    http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA

  6. iwan says:

    Cuba dengar penjelasan Ustaz Azhar…..InsyaALLAH…dpt menjawab soalan saudara & saudari
    http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA

  7. Miss Anyss says:

    Assalamualaikum ..saudara saudari sekalian ,bolehkah kalian terangkan maksud NIkah Khitbah secara ringkas kh ?saya kurang faham mengenainya ..tq :)

    1. Wassalamu’alaikum.. hmm, dia mcm ni tau, nikah khitbah dgn nikah biasa ni sama je, ada akad, nk bwt hntrn skali pn xpe, yg bezanya diorg x duduk sbumbung.. cth mcm yg llaki blaja di UIA, yg pmpuan blaja di UM, hari mnggu jmpa kat hotel bajet.. mcm tu je.. (Credit to Ust Kazim Elias) :)

  8. qila aqilah says:

    assalamualaikum…sy ingin brtanyekn pndapat…sy ingin berkahwin dn bertunang..tetapi ibu sy menentang sehabis2nye….kami saling menyayangi antare stu same lain…dlm hati kecil sy ingin kn hnban yg halal sy rase selamat disisi islam…tp ibu menjadi penghalangnye….jd bgaimane dn ape yg perlu sy lakukan? :bloody: :bloody:

    1. Wassalamu’alaikum, brkenaan dgn bab kawin, better slow talk dgn ayah.. sbb ayah yg wali, mk x bleh campur, msuk dapur, men kuali.. hoho.. tp btul la, bincang elok2 dgn ayah.. ptg2 bwt air oren kt ayah, sblum tu baca la jampi2 skit.. hoho (credit to Ustaz Azhar Idrus) :)

  9. nurul says:

    bg pdpt sy, xperlu lh nikah khitbah.. nikah biasa shj.. mmg dh set target bila nk nikah & kenduri, buat plan & persiapan.. cukup sekadar tahu & kenal siapa bakal jd teman hidup kita, & msg bsetuju d satukan. mmg xperlu bcinta sblm kahwin.. jd boleh elak couple yg mdtgkn maksiat.. semua nya bgntung pd kita sendiri.. apabila kita sudah bnikah, tgjwb & nafkah sbg suami isteri sudh bermula. knp perlu asing tmpt tinggl? nikah kitbah ini berlaku apabila kenduri lewat d lansung kn slps pernikahan kn? atas sbb2 ttentu..

    1. tokdalang says:

      nurul, nikah khitbah ni bagus untuk student. bukan sbb nk lewatkn kenduri, tp untuk mngelak berlakunya zina dsb. kalau student, kn xde duit, camne nk buat majlis? nk bg nfkah lg. kalau nikah khitbah, suami xperlu bg nfkah lg pun.

      1. nurul says:

        owh.. nrl fhm.. tp kn, kita p menara gading utk blja.. org tua kita pon bukn mghrpkn kita cari calon psgn msg2.. tp klo dh mmg hsrt anak2, biasa nya mrk xkn menolak krn mrk x mampu nk hlg.. hukum nikah ada 5.. knp d tetap kn hukum tu.. nk mengelakkan maksiat 2 byk caranya.. jika sy guna alasan ini utk bnikah. sy yakin org tua sy akan jwb “kamu tahu bgaimana utk mengatasinya”.. skrg mmg byk isu ttg nikah awal, nikah muda.. bagaimana pula ttg isu penceraian? bukan itu juga perlu d pndg serius?

      2. cayrosuke says:

        mana lebih elok nurul?? becerai ke.,.,., berzina??

  10. aizad says:

    assalamualaikum.saya berumur 21 tahun dan masih lg belajar.saya belajar di russia dlm kos perubatan dan akan habis pengajian pada 2015.sy mempunyai buah hati di malaysia dan sama umur dgn saya.saya amat berminat dgn nikah khitbah ini.dan ingin bertanya,andaikata saya bernikah khitbah dengan buah hati saya,bagaimana dgn tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri.dari segi tanggungan, makan minum, zahir dan batin.adakah saya perlu memberikn wang terhadap nya?jika perlu,bagaimana saya hendak menanggung nya sedangkn sy masih belajar dan tiada pendapatan.dan halalkah hubungan kelamin jika bernikah khitbah ini?

    dan adakah ada jangka masa tertentu untuk bernikah khitbah sebelum majlis perkahwinan dilangsungkn?

    harap mendapat respons.dan ingin minta pendapat,wajarkah saya bernikah khitbah dgn buah hati sy?kami sudah berkenalan selama 3 tahun.

    sekian.

    1. Wassalamu’alaikum.. hmm, nikah khitbah dgn nikah biasa ni sama je, ada akad, nk bwt hntrn skali pn xpe, yg bezanya diorg x duduk sbumbung.. btul dah tu dduk jauh.. bila khitbah, x mnjadi kwajipn utk suami bgi nafkah, tp x salah klau nk bgi.. nway, xde syarat pn bila kena bwt majlis kawin, nk bwt 5 tahun akn dtg pn xpe.. mcm tu je.. (Credit to Ust Kazim Elias) :)

  11. syafiq says:

    kes perceraian?..”anda tahu bagaimana nak mengatasinya..”boleh dielakkan sebab tu dalam islam ade 3 peluang(talak)….kes anak luar nikah dan zina lebih serius kerana ianya merupakan dosa besar…

  12. jiwa_lara85 says:

    Assalamualaikum rakan2…
    sy dah bertunang sebulan dan dlm sebulan tempoh pertunangan sy dapati hubungan sy bersama si dia kurang serasi,bila sy fikir masak2 sy dapati kami berdua tidak serasi….apabila sy buat keputusan untuk putus tunang si dia tidak dapat menerima dan mengugut sy untuk menyaman sy dan keluarga…..megikut undang2 syariah malaysia bolehkah si dia menyaman sy atas sbb sy ingin mmutuskan pertunangan ini…….mohon bantuan sahabat2 di sana bagi sedikit pengetahuan pd sy…….terima kasih,,salam

    1. syahirul says:

      saman tak laku

  13. Afiys says:

    nikah kithbah merupakan salah satu cara ataupn pnylsain untuk mgelak kan zina berleluasa..dgan ini memupuk sikap tggjwb antara psgn. ianya sudah akad, maka sah sebagai suami isteri cuma si isteri blum duduk sebumbung dgn suami atas sbb2 trtentu sperti masih blajar, atupn masih usia muda dsbg… jika dikaitkn dgn masih blajar.. smmgnya pelajar tugas nya blajar..namun fitrah manusia seperti bernikah juga adalah tuntutan yang kadang kala berlaku serentak keingnannya semasa sdg blajar,.maka tiada salah nya kithbah mjd jalan pnlsayan.:)

  14. syafi najihah says:

    macamana pulak dengan AURAT kte dgn suami??

    1. Afiys says:

      apa yang saya faham xda aurat antara suami isteri slpas nikah kithbah

    2. dah kata suami isteri, mana ada aurat ! ;)

  15. dinz says:

    salam…saya budak baru blajar…

    mau tnya sikit…nikah khitbah nie perlu ka jgak wang hantaran, mas kawin dan sebagai nya..=D

    1. Wassalamu’alaikum..nikah khitbah ni sama je mcm nikah biasa.. mas kawin tu wajib.. hntrn ke bnda2 len tu x msalah, xde pn spe.. bezanya yg ketara skali is x dduk sbumbung je.. (Credit to Ustaz Kazim Elias) :)

  16. nana says:

    nikah di siam di kira nikah khitbah juga?

    1. tmpat x jadi syarat utk nikah khitbah pn.. nikah khitbah ni brkaitn dgn pelaksaan je.. ;)

  17. Assalamualaikum…

    Saya sudah tahu tentang nikah khitbah nie, dan pernah dengar penerangan dengan jelas..cuma persoalan saya disini, ada tempoh tak untuk nikah khitbah nie? maksud sy mmg digalakkan untuk tahun akhir pengajian saja ke? atau awal tahun? kerana saya masih dalam tahun pertama pengajian, tapi hati nie kuat inginkan pernikahan daripada ber’couple’ tanpa ikatan, ibu saya izinkan..cuma sy nak sedikit jawapan yg lebih jelas supaya sy akan lebih yakin untuk laksanakannya. kalau nikah kithbah dalam tempoh yang panjang boleh tak?

    minta pandangan

  18. wan zakaria says:

    salam,ap hukum ny klu kta bertunang dgn org lain,dan bernikah dgn org lain.sedang kn ikatan pertunangan msh ada dan blm pn diputus kn.

  19. tanya says:

    kalo nikah gantung pastu x kawin pastu pisah.
    kira jadi janda ker?