Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!

Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Gambar oleh: cempedak.fotopages.com

Bacaan lanjut: Nikah Khitbah – Surat untuk ibu bapa

224 comments

  1. mintak share..tq

  2. mencari ketenangan

    salam… sy amat tertarik dgn artikel anda.. betul dan sy skong 100% pandangan saudari, klu ibubapa tidak menyokong anak2 utk berkahwin awal, hbis 2 mcmmana nk cegah mrk drpd buat mksiat? dimana2 ade maksiat skrg ni.. mustahil ibubapa akan intip anak2 mrk tiap2 masa… jd utk mengelakkan terjadi sesuatu dosa yg besar… baik ambik jln yang terbaik dan di redoi Ilahi.. saya slah seorg yang ingin nikah gantung sbb sy dan si dia blm ada duit lg.. sy baru hbis blaja.. klu bleh sy nk elak kan terjerumus dr maksiat n dosa.. tp fmly n ibubapa sy tidak bersetuju.. sy xthu nk terang kt mrk cmne… kdg2 sy jd keliru..

    • hhhmmm…saudara…sy rasa ibu bapa saudara memounyai sebab y tertentu mengapa tidak bersetuju….mungkin mereka lebih memandang ke hadapan…oleh dengan itu sudara kena kuatkan lagi iman & usaha untuk mencapai apa y saudara inginkan…insyaallah dengan niat y baik akan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T

  3. salam..saya imah…palajar ipta tahun akhir..pasangan saya baru mula bekerja…kami berniat untuk bernikah khitbah..tp masalahnya mak saya tak boleh terima konsep nikah gantung ni…
    nampak macam mudah..tapi nk terang kan dekat kedua ibubapa bagi mereka faham..sangat menggerunkan….mcm mana cara mudah dan pendekatan yang boleh d ambil supaya mereka faham dan izinkan nikah khitbah ni..??

    • jika mereka benar memahami islam dan tidak mementingkan adat, pasti mereka boleh fahaminya. ia adalah untuk mengelakkan maksiat. berbincang dengan baik dan pastinya anda dan pasangan kena kembali kepada islam itu sendiri dengan menjadi seorang yang mengikut syariat dari apa pun segi, jangan hanya dari segi nikah sahaja.. beri ibu bapa penerangan yang baik contohnya bagi dengar cd2 ceramah berkaitannya atau artikel2 berkaitan dari ustaz2 yang dipercayai.. jika ada dalil Quran dan hadith yang boleh digunapakai, berilah pada mereka..

  4. assalamualaikum….. sy rase masyarakat melayu memang payah utk kita betulkan ape yg dorg dah percaya sejak turun temurun..sy hadapi masalah yg sama… sy pelajar perubatan, kita sedia maklum, kursus perubatan sekurang2kan 5 tahun pembelajaran… sy rase ingin mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar, tapi mesti parents x bagi… nikah khitbah ni perlu dilaksanakan mcm ne ea? perlu buat kenduri2 juge ke or just nikah dgn beberapa org saksi? lagi satu… kursus nikah tu kena buat juga ke?

    • salam.. nikah macam biasa, gi aje kursus.. bezanya suami dan isteri tak tinggal satu bumbung dan mereka halal dating ke mana sahaja..

  5. mcm ne nk wat tiket cpel nie….???
    🙂

  6. salam…sedikit pendapat diperlukan untuk menyakinkan ibubapa..

  7. bagi saya cara mudah begini.. bincang dgn mak ayah di kedua2 pihak, jika mereka memahami agama dan kedua2 pasangan memahami dan mengikuti suruhan agama, pasti sama2 setuju. kemudian ambil kursus kahwin, dan nikah. hanya keluarga sahaja yg tahu. isteri tinggal di rumah ibu bapa dan masih lagi ditanggung ibu bapanya, sama juga lelaki. cuma mereka bebas keluar masuk dua2 rumah dan bebas pergi dating sebab ikatan yg sah. jika terprojek pun takde masalah sbb mereka dah nikah. tapi better jgn jimak dulu sbb laki masih tak tanggung isteri dgn bagi nafkah. jika nafkah zahir tak bagi, takkan nak bg nafkah batin kan? malu la sket. so dua2 belajar dan kerja sampailah mampu, buat majlis kahwin dan umum pada org.. bukankah seronok hidup mcm tu? halal kan?

  8. pperkongsian menarik. teruskan menyebarkan agama ini .

  9. Satu artikel yang sungguh bermanfaat
    sesuai pada masa sekarang ni
    terima kasih kerana berkongsi

  10. mmg payah nak yakinkan parent yg agak kurang mengenai agama…likes me….dh try bagi tau about nikah gantung kat diaorg…siap kakak tolong sokong…but the answer still sem..mrk kata nak nikah hbskn blaja dlu then kerja kjp…how could i waiting 2 years more…ms ne sy hanya bykkn hajat mg Allah bukakn hati parent kt…i know mmg bahaya couple sblm kwen..sesiapa yg g hj or umrah…prayer 4 me..mg urusan dipermudhkn….i very sad when thinkg about us yg bercouple tanpa ikatan…suggest smethg 4 me.. =(

    • ramai yang macam ni..zaman sekarang tak macam dulu…sebab kebanyakkan remaja sekarang masih belajar..tapi dengan info syahirul ni..atleast kite da ade input..usaha la k..jangan putus asa. my bro pun nikah khitbah….baru jek tahun lepas.. just yakin kan your parents:)

  11. nikah khitbah..
    sdah suami isteri tp x tinggal serumah..
    emm.. adakah persetubuhan itu dihalalkan dlm nikah khitbah??

    mcm mna pula klu pregnant setelah nikah khitbah??

    • halal, tapi tidak digalakkan sebab suami masih belum beri nafkah zahir (makan, minum, pakaian, duit belanja) pada isteri..

  12. khitbah nie baik,,tpi macam mane pulak jika dah berkhitbah dan selepas itu pasangan mula merasa bosan kerana berkahwin terlalu muda?…

    • ayooo….soalan..hehehe…bertahanlah… dah tu takkan nak menghalalkan maksiat.. :p just my opinion..:)

    • yg ini silap psgn itu sendiri, bkn yg kawen muda je nosan, yg kawen masa umo 30 tahun ++ tu, boleh bosan jugak..

      bg saya buat apa pn akan bosan, main game pn bley bosan, cumanya bila bosan tu, kena tau cara untuk serikan blk perkahwinan…

      pg honeymoon ke, dating mcm org muda ke, byk lg la

  13. mak, besok nak kawin boleh?
    eh.. tapi dengan siapa T_____T

  14. insan dlm kbntuan

    salam…sy & psngn msh bljr..kmi pnh mrncng tuk brkwin mse bljr & dah pun mntk izin dri ibu bpa…tp mrka mlrng & mrka jgk mnyurh kmi ptskn hbngn wlaupn sbgai kwn..tp kmi msh brhbng dgn sms..pe yg ptt kmi lkukan.kmi hnye xmau mlkukan mksiat..mntk pndngn..

    • em sbb itu adalah digalakkn nikah khitbah ini dijalankan secara rahsia, mksudnya hnya ibubapa kedua2 belah pihak tau pn sudah mencukupi…

      bila dh sampai masanya untuk berumah tangga barulah buat kenduri dan hebahkan yg kita sudah berkahwin secara rasmi 🙂

  15. erm, saya pon maseh belajar.. mmg halangan slh1 hlgn terbesar ialah kewangan.. huhu.. lyke majoriti post di atas, parent cadangkan keje dlu, tolong mak ayah dlu, baru kawen 🙁
    but, saye x stuju gitu =(
    erm, my parent ni type yg “veteran” laa.. huhu.. kalu dgr nikah gantong, mcm xsedap pula (maafkan saya, tp ini realiti)… n parent takot malu pada sedara mara, jiran2 anak nikah gantong kenapa.. byk persoalan timbul kemudian.. again, i want to get married sooner , tp, ibu bapa x izinkan, spt penjelasan di atas.. =(

  16. jika mak ayah yakin dgn nikah khitbah ini… macam mana plak jika ada tentangan dari pakcik makcik atau kaum keluarga yang lain… minta segara beri cadangan penyelesaian..

    • DIEORANG TENTANG SEBAB APE AWK??? :((

      kadang2 bila fikirkan kalau nikah khitbah ni boleh timbul fitnah plak kan…yela mesti orang tertanya-tanya kenapa nak kahwin secara ringkaskan…tapi tulah perkara baik mesti dipandang buruk… yang mulia itu buruk,yang buruk itu macam mulia pulak..cth :aie:

      situasi 1:”eloklah mereka kahwin da terlanjur pun,da pregnant 4bulan…jangan tangguh-tangguh perkara baik” 😐

      situasi 2: “eh kenapa nak nikah awal ni? mesti dah terlanjur tu..teruk betul budak-budak zaman sekarang ni” :p

      nampak tak..dah terjadi barulah eloklah kahwin?dah dose baru eloklah kahwin..adoi.. :bloody:

      time masing-masing ikhlas suci nak nikah cara baik..ha tabur lak fitnah dah terlanjur plak. padahal elok je memasing tak pernah bersentuh..iskk..iskk…sedih..sedih…
      =(

      APA-APA SEMUANYA ATAS NIAT..:)
      panjang plak komen den..sori TT.. 8)

  17. ini pertama kali bace pasal kahwin gantung yang dijelaskan dengan details:)

  18. salam..sya tertarik dgn artikel ni..tp jika kta berkahwin smasa study adkh tgjwab suami dr segi nafkah zahir itu wajib sedangkan kta tahu si suami pun masih lagi belajar?dan tujuan brkhwin itu pn adlh utk mengelakkan perkara yg tdak sepatutnya berlaku..

  19. salam….
    ayah sy bagi kami nikah gantung ni….sbb kami dah lama sgt couple…cuma..belah lelaki…..nak kan majlis yang meriah2..tapi tak tahu bilanya nak berlangsung pun… 8) ..nak buat mcm mana ya???ada idea tak???

  20. sgt best!
    especially gmbar tu..
    awww….
    🙂

  21. Salam. Sy nak komen pasal gambar je, sbb tu gambar kawan saye. Comel kan. Wslm

  22. Bro syahirul mohon share kat blog..

  23. salam, saya umur 19 tahun & psgn umur 20 thun,,sye msih bljr tp psgn baru je bkrja di bank..kami slalu bncg pase nikah gntung..bile sye bncg ngn mak ayh depa x bg..alasan sbb sye tgh bljr & tnggu ade kerja sampai duit byk..mslh skrg kami dah kapel dah lebih 4 tahun..sye rungsing hbgan yg tiada ikatan neh..sye neh anak sorg pmpoan je dlm kluarga, sbb tu mak ayh kalo bole nak wat knduri segala bagai..

  24. akhie bah tawiyah

    alhamdulillah…. syukran dapat g 1 ilmu baru…. smoga ALLAH meredhai perjuangan sucimu selalu…. amin.
    😉

    • maafsayacetekilmuagama

      semudah itu awak menilai suatu ilmu…awak dah sure ka which part in quran/ hadith/ sunnah nabi cited by the author..lepas baca banyak kali saya tak nampak satu pun…this thing deals with islamic matters..bahya kalau disalah tafsirkan..can not simply conclude this as true…so sorry..

      saya juga berdoa perjuangan suci seorang muslim menyampaikan ini penuh dengan keredhaan illahi..cuma sya harapkan suatu kebenaran yang pasti….

  25. maafsayacetekilmuagama

    salam..

    saya nk tanya banyak soalan harap yang betul2 mempunyai ilmu yang betul2 konfiden je jawab..bimbang timbul kekeliruan…saya tak dapat melahirkan sebarang pendapat kerana saya tiada ilmu agama mengenai isu pernikahan dalam islam…saya hanya faham yang bernikah untuk orang islam mestilah berlandaskan syarat2 nikah…tetapi mengenai nikah khitbah ini masih menimbulkan beberapa soalan dalam benak fikiran saya seperti soalan dibawah…

    kalau pasangan muda mudi berkahwen melalui cara ini adakah sijil nikah mereka sama seperti orang yang kahwin dengan cara yang kebiasaan dilakukan orang muslim malaysia?

    jika mereka melahirkan anak..adakah sgala prosedur pendaftaran kelahiran kematian juga sama?

    jika mereka bercerai adakah mereka dikehendaki menyelesaikan masalah penceraian mereka di mahkamah syariah seperti biasa?

    apakah hukumnya jika seseorang lelaki itu bernikah tetapi hakikat mereka belum/tidak mampu menyediakan nafkah zahir terutamanya..selain batin

    adakah walaupun dengan cara ini dapat menghalalkan sesuatu perhubungan, dapatkah ia menyelesaikan masalah sosial?

    • salam..

      nikah adalah seperti nikah biasa.. prosedur semua sama.. hanya yg bezanya suami dan isteri tidak tinggal sebumbung.. suami dan isteri ditanggung parents masing2 sehingga suami sudah stabil dan keluarga isteri akan serahkan isteri pada suami utk tinggal bersama.. nafkah zahir mula wajib suami beri pada isteri setelah isteri diserahkan pada suami..

      boleh baca lagi di: http://syahirul.com/nikah-khitbah-surat-untuk-ibu-bapa/

      • maafsayacetekilmuagama

        berapakah tempoh masa yang diberikan sebelum isteri itu diserahkan untuk tinggal sebumbung kepada suaminya yang sudah stabil..

        tidak tinggal sebumbung..tpi boleh keluar dating2, pegang2 tangan..or possibly to have sex since dah jadi suami isteri..lepas dating2 balek rumah maseng2?

        i just dont get it yet so sorry..bukan nk argue..but saya nk real solution for this..

  26. Assalamualaikum…….sya rasa sgt2 lega apabila dpat terbaca artikel ni,sbb sya dngan pasanagn sya dh bercinta 11 tahun.satu tempoh yg lama.jd kami berdua telah berbincang dn kami mmg berhajat untuk berkahwin,tp kami masih belajar dan lg dua tahun baru akn habis belajar bg pihak lelaki dan pihak perempuan akn tamat bulan 5 ni.dulu mmg sya xambil berat psal kwin2 ni sbb mrsakan belum ada kerja jd xperlu kwin,tp skrang secara TIBA2 kami berdua mcm diseru satu suara yg menyeru percepatkan perkahwinan kami,sbb zaman skrang ni mcm2 maslah sosial berlaku.mmg nfsu boleh ditahan,tp syaitan sntiasa ikut bersama kita. TERIMA KASIH DGN ARTIKEL INI……..

    • maafsayacetekilmuagama

      apa beza kalau awak tunggu lagi 2 tahun boyfriend awak habis belajar dengan kahwin sekarang..
      11 tahun awak boleh bercinta..tunggu lama kenapa 2 tahun awak tak boleh tunggu pulak…

      saya rasa awak nak kahwin sebab awak dah nak habis belajar bulan 5 nih..

      • “Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan syaitan yang terkutuk”

        Ada 3 perkara yg perlu disegerakan: 1)hutang, 2)jenazah, 3)perkahwinan

        maaf ya…..2 tahun di alam persekolahan sma sekali tidak sama seperti 2 tahun dialam dewasa.2 tahun dialam persekolahan kita masih dikawal ketat ibu bapa, tp skrang smuanya berubah, umur kita semakin meningkat pengaruh dr luar semakin bnyak dan kita semakin jauh dr ibu bapa.mmg 11 tahun kami dpt tggu,tp apabila kita mendpat pelbagai petunjuk bhwa elokkan dipercepatkan kwin tetapi kita mengguhkannya dikhuatiri syaitan dh mula seronok dan akn bekerja lebih keras utk mmbuatkan org yg mengguhkan perkahwinan ini terjebak dlm zina dan maksiat.

        Maaf jika tersilap.

      • maafsayacetekilmuagama

        11 tahun maksudnya awak start bercinta dari sekolah rendah ke?

        saya percaya nikah memang perlu dipercepatkan untuk mengelak maksiat..cuma saya macam tak boleh terima bagaimana kehidupan anda selepas bernikah secara khitbah ini..awak masih di tanggung oleh keluarga anda dan suami anda juga ditanggung..tidak mungkingkan akan berlaku suami anda dalam suatu kebarangkalian berubah..maksudnya apabila dia tahu yang isterinya tertanggung oleh keluarga, dia akan mula mengambil ringan terhadap soal kebajikan anda.
        anda tidak tinggal sebumbung, maksudnya isteri bebas untuk ke mana sahaja (isteri keluar tanpa pengetahuan suami)..walaupun ada handphone tidak bermakna isteri tidak boleh berbohong terhadap suaminya..

        anda juga bernikah secara khitbah, anda kini bebas untuk keluar dan bersama-sama dengan suami…boleh bersetubuh..tidak kah ada kemungkinan dalam tempoh khitbah itu anda berkemungkinan mengandung? bagaimana anda mahu menghadapi keadaan tersebut jikalau suami masih belum habis belajar..tiada kerja, tiada sumber kewangan sendiri..adakah keluarga juga akan tanggung anda jika anda mengandung dalam tempoh khitbah tersebut.

        sebab dikatakan nikah khitbah bermaksud anda sudah sah bergelar suami isteri tapi tidak tinggal sebumbung. tapi anda sudah halal untuk bersetubuh.

        sorry saya macam merepek jeh..cume saya nk tahu sejauh mana anda fikir kalau perkara seperti ini dibolehkan..sya bukan nk gaduh..so haarap maafkan saya..

      • Pada pendapat saya, nikah khitbah ini adalah untuk eliminate maksiat(dosa).

        “anda juga bernikah secara khitbah, anda kini bebas untuk keluar dan bersama-sama dengan suami…boleh bersetubuh..tidak kah ada kemungkinan dalam tempoh khitbah itu anda berkemungkinan mengandung? bagaimana anda mahu menghadapi keadaan tersebut jikalau suami masih belum habis belajar..tiada kerja, tiada sumber kewangan sendiri..adakah keluarga juga akan tanggung anda jika anda mengandung dalam tempoh khitbah tersebut.”

        merujuk quote diatas..adalah lebih baik jika pasangan tersebut sudah bernikah justeru maksiat(dosa) dapat dielakkan..

        my personal view, kalau pasangan tu dah bernikah secara khitbah. insyaAllah pasangan dapat mengelakkan proses setubuh..

        Sila betulkan jika ada salah..

        Islam itu indah..

        :8

  27. maafsayacetekilmuagama

    sorri la soalan saya nampak cam tak masuk akal je utk ditanya..so sila jawabla seadenya.sya memang tak tahu all this thing..because i’m totally a typical/ortodok malay person yang tau kalau hal kahwin/nikah ini semua nih adah proses merisik, bertunang, bernikah(official being husband and wife yang sah) and bersanding..itu yang standard..kalau biasa yang simple2 nih tunang nikah and bersanding/ majlis(not neccessarily bersandeng)
    menjadi suami isteri apabila kedua-dua pasangan telah bersedia untuk berkeluarga,menjaga kebajikan antara satu sama lain dan memikul tanggungjawab..
    bertunang bagi saya adalah titik permulaan bahawa wujudnya niat sesorang lelaki itu untuk memperisterikan seorang wanita sebagai suri di hati..tapi masih menjaga batas2 perhubungan..

    itu yang typical malay macam saya paham..

    • ni bukan nak bg dalil…tapi nak bg sedikit informasi:)

      begini… abang saya berkahwin tahun lepas atas dasar nikah khitbah(nikah gantung) jugak nak sebab nak menyelesaikan masalah posting kerja. kalau isteri dia tak dapat bagi alasan yang kukuh,maka die kena posting ke sarawak. jadi cara terbaik adalah alasan mengikut suami. jadi mereka pun berkahwinlah secara sederhana.iaitu akad nikah dan makan-makan dalam rumah sahaja. tak ramai yang datang.abg sy dikira tidak stabil lagilah dalam ekonomi tetapi itu tak mengharamkan cara kan..ayah mertua abg sy tu seorang ustaz, dan die setuju dengan cara tu. dia faham semua tu selain urusan posting,dia tahu jugak pasal syaitan nafsu dan sebagainye. jadi baiklah kahwin. 6 bulan selepas itu barulah mereka buat majlis kahwin untuk orang ramai. dan sepanjang 6 bulan itu mereka duduk berasingan.:) the thing is simple dont make it so heavy.

      jangan terlalu ikut adat.. dekat malaysia je kahwin gile susah..pergilah negara asia barat…senang je nak bertunang…tak yah berhantaran bagai. serius..kalau anda seorang ibu,saya rasa saya paham perasaan takut menyusahkan diri nanti. kalau anda seorang anak saya paham anda tak nak menyusahkan ibu bapa:) niat baik..baguslah 😀

      “jangan menghalalkan maksiat berleluasa”

      • saya sokong dengan pandangan saudara,jgn menghalalkan maksiat berleluasa.sedangkan jika kita berniat untuk melakukan kebaikan pun Allah dh berikan kita pahala,inikan pula jika kita melaksanakan sesuatu yg dpat mencegah maksiat pasti akn diredhai Allah dan apa shja pekerjaan jika diredhai Allah,pasti mudah untuk kita kerjakan.

      • maafsayacetekilmuagama

        thanx for ur information…isu ini adalah subjektif..
        bernikah khitbah kerana untuk mengelakkan maksiat…alasan yang baik untuk mencegah kemungkaran.

        bernikah khitbah sebab tak mampu menanggung isteri kerana ekonomi dirinya tidak stabil..mungkin betullah jugak sebab rezeki tuhan yang tentukan

        bernikah khitbah sebab mahu gunakan alasan sudah berkahwin sebab mahu ikut suami.tidak boleh berjauhan pun xpelah.

        bernikah khitbah sebagai tiket untuk bercouple? dont u think its pathetic??? bukankah ia seperti merendahkan nilai dan martabat sebuah perkahwinan? desperately married because they want to go out for dating2 tgok movie, berduaan ditaman, makan2..dan orang tak boleh salahkan mereka sebab mereka dah nikah gantung?
        saya cuba untuk letakkan diri dalam situasi yang positif tentang hal ini tapi makin lama saya fikir makin sukar saya menerimanya..yang saya percaya ialah nikah yang seperti biasa…xperlu nk digantung gantung..kalau betul nk elakkan maksiat kenapa takut nk nikah seperti biasa..kenapa risau tak boleh sambung belajar? belajar bukan kira usia..knapa sebab takut dapat anak kalau tinggal sebumbung sekatil? bukan ke anak tu rezeki juga, lagi ada anak lagi murah rezeki kan? xke ekonomi diri maju nti? takut nti dah dapat anak tak boleh fokus belajar habis tu boleh fokus plak kalau bercouple/bercinta?

      • anda mempunyai iman yang tinggi di dada. dan tak semua orang mempunyai semua itu. saya sendiri pun tak menyarankan budak umur belasan tahun berkahwin khitbah ni.mungkin untuk student2 ipta/s..

        pasal title pathetic tu..luaskanlah maksud penulis..mungkin itu adalah cara paling baik untuk mengurangkan maksiat @ buang baby adalah dgn berkahwin. bkn maksudnye istilah perkahwinan tu diambil mudah. tapi ini adalah alternatif.. manusia tak sama..ada yang mampu bersabar..ada yang tak..

        “bukankah ia seperti merendahkan nilai dan martabat sebuah perkahwinan? desperately married because they want to go out for dating2 tgok movie, berduaan ditaman, makan2..dan orang tak boleh salahkan mereka sebab mereka dah nikah gantung?”

        so,how do feel pada umat manusia yang keluar berdating,pegang tangan,makan2 dan sebagainya tanpa apa-apa ikatan? pathetic tak?hahaha..ada beza terlanjur tanpa ikatan dengan terlanjur dengan ikatan.

        just be positive…

      • maafsayacetekilmuagama

        saya dah ulang kali cakap saya faham nikah untuk elak kan maksiat..maksudnya betollah lebih baik daripada keluar dating tanpa ada hubugan kan..saya takda masalah mengenai hal ini…faham x

        yang saya isu kan ialah kenapa ada khitbah kenapa x kahwen ataupun nikah seperti biasa sahaja..kenapa xpercaya kalau dengan nikah itu akan menambah rezeki lagi2 jikalau dapaat cahaya mata…kenapa risau pula kalau nk kata bila nikah nti dapat anak xboleh pokus stdy…

        awak tak payah counter saya balek dengan menda yang sama…sya dah post banyak kali pun orang keep on answering benda yang sama…’its better than those yang xkahwen/nikah g dating” ofcourse la better sebab cegah maksiat..

        tapi apa yang xsetujunye kenapa khitbah? kenapa xkawen macam biasa? baca betol2 la dulu baru jawab..

        kalau pasal saya kate tajuk ni pathetic tu saya tak niat nk mengata yang penulis pathetic..it just saya tensyen dengan sikap manusia nih yang suka mencari alasan untuk mmpermudahkan hidup tanpa memikirkan kesan sebaliknya..walaupn dah jelas memang nikah mengelakkan maksiat..tapi apa kah kesan nya kalau dengan nikah khitbah itu jikalau suami tibe2 berubah hati disebabkan belum menanggung isteri..dan menyebabkan si isteri mengandung dalam tempoh isteri masih di bawah jagaan keluarga..sebabkan tau situasi mereka halal…

        penat tanye…tapi tak ade lagi yang menjawab soalan,.. =(

      • nikah khitbah ni alternatif la…takde beza dgn kahwin biasa cume majlis kecik
        duduk berasingan kalau tak mampu nak sediakan tempat tggl lagi.
        kalau da pregnant okei jek la..rezeki..
        uii..punye la banyak org lain jwb bg contoh nape tak phm?adoi..
        tahu tak total kos nak kahwin seperti “biase” di malaysia ni berapa? kalau tak da rm10k tak yah berangan k… 8) padahal mas kawen baru rm25.50 haha..ikut negeri. tuh duit hantaran/hadiah perkahwinan tu yang cecah rm5 keats. cop dah campur belom duit jamuan makan/kenduri? belom kan..? pikirkan lah ye…

        “ha ni dah contoh lain daripada “alasan” maksiat” :o:

  28. Salam, mohon mintak dalil berkenaan nikah khitbah ini.

  29. assalamualaikum.
    ade x tips, mengelak dr org mengorat..uh.uh.tamo kapel2 ni..
    hehe. sorry soalan out of the topic and cam soalan bonus je.hope akan dtg nye isu ke isu lepas2 ke pasal ni,tlg share kan.terima kasih.

  30. salam, artikel yang sangat bagus dan menarik. mohon share bersama rakan2 yang lain ye. terima kasih.

  31. penantianitu_penyiksaan

    salam bro..pleez…ade xdalil berkenaan khitbah ni?…
    saya pon mgalami msalah y same mcm sahabat2 diatas
    saya dah bertunang n nk mrancang kawen khitbah
    saya dah hbs study,tp pasangan saya masih berbaki 4thun untuk hbs.
    saya dan tunang saya duduk berjauhan
    saya dah jumpe pon mak ayah belah perempuan sume..saya dah terangkan..tp diorg still lg xbole nk terime apa y saya dan pasangan cakap…susah sgt nak wat diorang faham..saya seolah2 terseksa hidup dalam keadaan mcm ni…
    bergelumang dalam dosa y xpenah sudah..
    sy rse sgt2 brsalah..
    niat sy untuk berkahwin bukan kerana semata2 sebab nafsu…tp sebab sy sygkn die sgt,dialah impian sy.bagi sy bialah ade ikatan yang sah antara kami,skurang2nya,bl sy ucapkan kate2 rndu pada die bukanlah 1 dosa.

    • maafsayacetekilmuagama

      kahwin macam biasa je la..xpayah takut nk kate2 rindu lagi…semua bda yang awak nk awak boleh dapat dari pasangan anda..

      • penantianitu_penyiksaan

        klu ble kwen mcm biase so org xkn brcerita tntg nikah khitbah ni.rse ingin brkahwin 2 mgkn xbrlaku pd sume remaje,tp pd sesiape y mghadapinye,pasti die akan tau betapa tersiksanya penantian itu.

  32. good info…^_^ 😉

  33. sya share ye.. amat bagus sgt article ni..

  34. menarik … tp … ibu bapa mst tak sokong dgn nikah khitbah ni .. memandangkan skrg .. byk alasan yg di berikan .. anak2 masih muda… masih belajar.. dan sbgnya …

  35. assalam..
    pada pemahaman saya, nikah khitbah ni bertujuan untuk mengelakkan terjadinya maksiat ketika pasangan bertemu (dating, p kluar makan ke, p tgk movie ke).

    Sila betulkan sekiranya saya salah..
    (untuk kefahaman diri sendiri)

    Islam itu indah..Allahuakbar
    :8

    • maafsayacetekilmuagama

      .tu ke tujuan berkahwin..nk g tgok movie..kluar makan dating..

      • mgkin ad salah faham disini. keutamaan nikah khitbah ni saya nampak kearah pasangan yang;

        1.Masih menuntut di kolej atau university
        2.Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
        3.Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

        Saudara / Saudari,

        cinta / sayang tu kita tidak boleh tolak 100%. walau mcmana pon, rasa sayang tu akan timbul.

        Misalnya, pasangan belajar di university yang sama, kelas sama, pasangan akan menuntut bersama selama 5 tahun(contohnya) dan berniat mahu berkahwin selepas tamat pengajian(atau bila2 pon), sekiranya pasangan tu saudara / saudari, takkan sepanjang pembelajaran tu x nak jumpa langsung(xkan langsung x rindu), jadi untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat(ketika bertemu), nikah khitbah ni adalah salah 1 jalan penyelesaian.

        “nikah khitbah ni bertujuan untuk mengelakkan terjadinya maksiat ketika pasangan bertemu”

        pada sayaa, kalau dah nak sgt ade pasangan..kene la bertanggungjawab kan..
        dan ini salah 1 cara..

        wallahualam..

        minta tolong admin terangkan lebih lanjut..saya pon baru tahu pasal ni..
        sila betulkan saya ya..

        p/s: saya ada hubungi efatwa@islam.gov.my berkenaan perkara ni..jadi kalau ade info saya sertakan lain kali..insyaAllah..

        Islam itu Indah.. :8

      • alamak..emo je..kasik info la ckit..:P

  36. tapi saya ada baca lu, ada ulama sendiri mengatakan hukum nikah gantung tu haram… pasal dlm isalm sendiri xde menyebut pasal nikah gantung… sebab apbila lafaz nikah sah diucapkan… maka berjalan r tanggungjawab sebagai suami isteri dlm rumah tangga berkenaan…

  37. cahaya kehidupan

    alhamdulillah..satu perkongsian dan artikel yg baik utk dibaca oleh masyarakat di zmn kini.. ^_^

  38. assalamualaikum…
    sy sgt setuju dgn cara nikah khitbah…skrg ni dah mcm trend remaja bercouple.sblm jd lebih teruk nikah khitbah harus diamalkn oleh msyrkt skrg.

    • saya pon setuju..
      minta jika ada informasi lebih lanjut..

      kenapa tiada pembelajaran / kupasan lanjut pasal ni ye?

      saya baru tahu..

  39. eh, tu gambar muawwis tu..

  40. Lagi bagus cinta jarak jauh. Kerana cinta jarak jauh bole mengelakkan perbuatan maksiat antara dua pasangan ;). Tak payah couple. Ramai yang couple sebab nak menunjuk2 diri tu bagus. Pampang gambar pegang2 tangan kat public. ish2..

    • tak jugak..

      bila xda hubungan yg sah..

      1.bila kata rindu – dosa x?
      2.bila kata sayang – dosa x?

      bila ada hubungan yg sah..

      1.bila kata rindu kat ayg – pahala
      2.bila kata sayang kat ayg – pahala

      Wallahualam..
      sila betolkan kalau salah..
      XD

  41. hambaAllahyglemah

    salam, sy tertarik dgn post kali ni.. tp masalah yg tmbul di sini,mcm mna sy nk terg kn kpd tman llaki dn ibu bapa sy mngenai nikah khitbah ni.?
    2) tman lelaki sy ada teman wanita lain. tp kmi pnah tlanjur. dan teman lelaki sy pnah brjanji pd ibu sy, dy akn mnjaga sy tp dy msih x bole lepaskn teman wanitanya, pd msa yg sma, dy menyayangi sy.
    sesungguhnya, sy amat kesal dgn apa yg tlah kami lakukn. 🙁

    • maafsayacetekilmuagama

      teman lelaki awak tidak jujur dalam hubungan anda..jelasnya dia lebih dahagakan nafsu daripada cinta..kesian saudari dilayan sebegitu..harap tinggalkan dia sahaja walaupun anda pernah terlanjur…sebab dalam keadaan sperti ini die boleh mempunyai teman wanita lain yang tidak boleh dilupakan/lpaskan..so untuk masa hadapan yang lebih baik carilah orang lain yang boleh menerima anda seadanya..

  42. sy nk tny soalan ttg nikah khitbah

    sekiranye couple amik result utk nikah khitbah, duduk 1 bumbung , si suami mampu beri nafkah utk si isteri bagaimana lak??? confius r…..
    de stgh org pandang serong ttg nikah khitbah????

    kurang arif ttg nikah khitbah
    tq

    • kalau si suami dah mampu untuk beri nafkah , tak perlu lagi dah nikah khitbah 🙂
      pasal orang lain pandang serong tentang nikah khitbah ni , kita biarkan je . kita buat perkara yang betul , urusan kita dengan Allah . mulut orang kita tak boleh nak tutup 8)

      • ya betol!!!!

        x plu lagi nikah khitbah..

        kenapa??

        sbb..xde pape dah yang nak digantungea..
        kawin yola..
        :8

  43. kalau nikah khitbah nie kita nk bersama pn dh boleh kn??? boleh tolong jelaskan x ?
    terima kasih kerana sudi kongsi artikel ini…

    • Tidak digalakkan.

      Nikah khitbah ni terjadi sebab pasangan nak elak maksiat tapi pada masa sama ade perkara laen yang dibuat, example, si wanita nak study je..xnak kawin lagi..tapi nak ade boipren..khitbah..utk eliminate dari maksiat jadi..

      kenapa x digalakkan..

      sbb..dua2 study..jadi x de la duit kalo mgandung..

      ap yang digantung?

      1.nafkah zahir
      2.nafkah batin

      sampai bila?

      sampai selesailah si wanita n laki2 tadi study n keje..

      bila ad duit..yang digantung tadi pon xlah gantung dah…

      wallahualam..
      tolong betolkan jika ada kesalahan..

  44. Assalamualaikum, saya cuma agak sedikit keliru dan ingin bertanyakan perbezaan antara “bertunang” dan “bernikah”. Adakah ia sama atau mempunyai ciri-ciri yang berbeza?

    • maafsayacetekilmuagama

      tunang = tak official lagi jadi husband and wife, sekadar perjanjian lisan, bertulis whatever antara dua pihak keluarga yang pasangan kekasih itu akan dipasangkan sebagai suami dan isteri di suatu masa akan datang. tidak boleh berpegangan tangan, melakukan persetubuhan, berduaan, berpelukan antara mereka kerana mereka tiada ikatan yang sah dari segi undang-undang islam

      nikah= pasangan tersebut telah bersetuju untuk secara hukum islamnya menjadi suami dan isteri yang sah, telah mengikuti semua syarat2 nikah, syarat2 perwalian dan semua requirement seperti yang telah ditetapkan oleh undang2 syariah islam sesuatu kerajaan. dan mereka pada saat selepas disahkan sebagai pasaangan suami isteri telah menjadi halal utk melakukan persetubuhan.,,

      correct me if i wrong..i just tell what i know

      • Ohh, begitu rupanya.

        Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

        Semoga ALLAH dapat membalas jasamu 🙂

  45. Assalam,
    Saudara / saudari,

    Minta jika ada video mengupas tentang nikah khitbah ni..sila forwardkan linknya..

    Terima kasih. :8

  46. mohon share..menarik ! 🙂

  47. maafsayacetekilmuagama

    saya harap tuan punya blog could say stg to justified unresolved questions here..

    • Assalam,

      kenapa khitbah..knapa bukan nikah/kahwin terus.

      khitbah / gantung ni merujuk kepada perjanjian antara dua pihak untuk mnyelesaikan satu-satu hal sebelum melangsungkan perkahwinan, contohnya:

      1.Masih menuntut di kolej atau university
      2.Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
      3.Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
      4.Dan sebagainyalah..mybe siWanita nak shetelkan hal study ke.

      disebabkan perjanjian yg dibuat, pasangan tu dah nikah..tapi yang gantungye/khitbahnya tu adalah nafkah zahir / batin / keduanya..(xberapa pasti mane 1 gantung..tapi mmg gantung la nie)
      (tu yang x digalakkan tinggal sebumbung)

      Contohnya situasi mcm dibawahla; nak kasi kumpul duit wat majlis perkahwinan.

      “Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.”

      Kenapa khitbah?

      1.Mase nak p shopping brg2 kahwin..p ngan pasangan jgak…
      2.Mase p try2 baju? Pasangan jugak.
      3.Mase try cincin? Pasangan jugak.

      If x nikah lagi masa ni, perkara x baik berlaku.

      Situasi laen;

      Mamat ni pergi blaja kat UK, sampai sane, culture shock, pastu tjumpa pulak buah hati(org islam), niat kt dalam hati…aku kene buat sesuatu utk elak maksiat ni..tapi duit x de..camno..alang2..niat la lpas grad kahwin..

      Tup..
      Nikah Khitbah masuk..

      dorg pn bernikah, tpi x tggal sebumbung, nafsu / perasaan mamat ni..dapat la dikawal dengan kehadiran pasangan ini tadi..nescaya..INSYALLAH..mamat ni x la terlibat dgn perkara2 diatas.

      Wallahualam..tolong betolkan yee..sy pon baru pasal khitbah ni..borak2 la dgn rakan2..tnye..hek hek

      Ingat nak sambong..tapi ade hal..
      InsyaAllah..laen kali..

      Cuba saudara/saudari hubungi pihak JAKIM untuk lebih pemahaman..sy x dpt reply lagi..XD

      Islam itu Indah..
      :8

      P/s: admin..kasi la info baru..XD..i excited pasal bab nie la..

      • Lupe plak..bila perjanjian tu dah selesai..

        Contohnya..

        laki p jmpa ayh pmpn..mntak khitbah sbb sama2 belajar..n niat nak kahwin after keje 2/3 tahun..

        selepas 2/3 tahun keje..

        laki pon dtg la balik..ckp kat ayh pmpn..nak langsungkan perkahwinan..sbb duit pon da cukup..ade la 1/2k..

        relevan khitbah?

        sbb, mamat tu xde duit, n still menuntut.
        tapi gatal..

        Wallahualam..
        betolkan kalau salah..

        nk bagi clear kan lagi statement sblum ni..

        TQ

      • maafsayacetekilmuagama

        yess thanx for ur info..new point here we got..sebab lelaki itu dah gatal kan.. :love:

        mana la admin..shouldnt he update this topic..its an interesting topic..i can see many point of views nw..thanx again

      • boleh the other way around..pmpn or laki da gatai..

        gatai ni boleh jgak bawak mcm2 maksud..

        antaranya perasaan syg n cinta tu..mesti ada..duk la cerok mane..mesti ade rase nak sayang..

        hehe..

        that the part yang keluarnya istilah khitbah / gantung ni..

        wallahualamm..

        p/s: btl la..mana admin? x de maklumat baru?

      • lah nak jawapan gatal je ke maafsycetekilmuagama? hahaha..

        kelaka gile =(

      • maafsayacetekilmuagama

        dah tuuu aku tanya soalan bagai suma jawab tahape ntah..susah nak kasi paham…aku tanye ape kesan nye berkhitbah nih..apa tindakan yang boleh diambil dari kebarangkalian yang len..sebab nk discuss supaya orang bleh belajr fro that thing…tpi jawapan sume lebih kurang je..

        i said gatai is one of the points la..its a good point..tapi still tak menjawab pe yang aku nk..kau faham ke..ke kau tak faham lagi..semua ego..cakap nk elak maksiat..la nk kahwin tapi tak mampu tapi hati dah jiwa kacau..

        aku xanti pun khitbah2 nih..cuma cara penyampaian dalam penulisan blog nih je aku xpaham..dengan xde sumber or dalil2 yang adil..simply mengelirukan..

      • haha..mcm2..
        :8

  48. bg yg ibu bapa yg x brp nak bagi….berdoalah kpd Allah spy Allah bukakan pintu hati mereka. Hati mereka Allah juga yg pegang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*