Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!

Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Gambar oleh: cempedak.fotopages.com

Bacaan lanjut: Nikah Khitbah – Surat untuk ibu bapa

224 comments

  1. ustaz..mohon copy eh..terima kasih..

  2. assalamualaikum…
    saya tertarik dengan artikel nikah khitbah ni…saya nak tanya kebenaran dan boleh tak saudara berikan sy bagaimana cara untuk saya jelaskan kepada org yg lebih tua yg xtahu akan hal ini? dan saya nak kepastian, jika nikah khitbah bermakna tidak boleh duduk serumah sehingga majlis perkahwinan dilangsungkan ataupun boleh duduk serumah jika mahu? apa hukumnya jika kita duduk serumah selepas nikah gantung dan selepas itu sudah tiada majlis perkahwinan dibuat dan si isteri telah mengandung? boleh terangkan lebih lanjut?

    • waalaikumsalam,

      soalan 1:
      boleh tak saudara berikan sy bagaimana cara untuk saya jelaskan kepada org yg lebih tua yg xtahu akan hal ini?

      jawapan:
      cuba try dengan tnya ibu bapa diorang tau pasal nikah (khitbah) x?
      then cuba mnta dorg bagi pendapat ke..

      sng cerita, jgn straight to the point sgt..(bergantung pada parents)kasik goreng2 dulu ke..

      soalan 2:
      jika nikah khitbah bermakna tidak boleh duduk serumah sehingga majlis perkahwinan dilangsungkan ataupun boleh duduk serumah jika mahu? apa hukumnya jika kita duduk serumah selepas nikah gantung dan selepas itu sudah tiada majlis perkahwinan dibuat dan si isteri telah mengandung? boleh terangkan lebih lanjut?

      jawapan 2:
      nikah ni sama dgn nikah biasa, hubungan laki2 dan perempuan halal.

      cuma, kebiasaannya pasangan yang nikah gantung ni belum bekerja / x de duit..
      jadi seeloknya di jauhkan dululah persetubuhan..

      sehingga,

      pasangan tersebut ada duit nak wat kenduri / dah bekerja..

      cuba baca post2 lama..

      wallahualam.

      • “nikah ni sama dgn nikah biasa, hubungan laki2 dan perempuan halal, cuma, kebiasaannya pasangan yang nikah gantung ni belum bekerja / x de duit, jadi seeloknya di jauhkan dululah persetubuhan” jadi, wajib beri nafkah?

      • tak wajib sehinggalah anda membawa si isteri ke rumah anda. Ulama’ ada memberi penerangan tentang ni. Selagi si isteri tak melangkah masuk ke rumah si suami, maka suami xwajib bg nafkah.

      • rumah suami tu trmasuk rumah ayah mrtua skali ke ?

  3. salam…
    ermm sy trtarik ngn topik ni..
    halnya jgak ada kaitan ngn situasi sy skrg ni..
    ermm…sy dh btunang 4bln..then,sy dn tunang sy plan nk nikah bln 9 ni..tp parents sy x izinkan sbb sy baru abih blajar n masih xbkerja… sy bg tau sy nk nikah dlu sbb sy xmo jd bkn2 wlaupn sy juz hubung ngn tunang sy tu mlalui fon…
    so,mcm mna nk sttlekn..sy pun kompius.. :oups:

  4. saya pun nikah gantung tahun ogos2007 dan bersanding pada disember2007… masa tu saya masa masih belajar dan tamat pengajian pada bulan disember…saya rasa patut nikah khitbab ni dilakukan pada zaman sekarang…ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting… tp pasangan yang nikah khitbah pon kene mejalalni proses yang betullaaa…jgan dah nikah nti x nk buat majlis pulak dgn alasan dah sah jadi suami isteri buat ape nk membazir duit belanja kahwin buat kenduri…kenduri kahwin tuh utk bg tahu org sekeling yang kita suda berkawin dan menjamu org smbil bersedekah…takut kalo nikah jerr org ingat dah terlanjur, sbb tuh nikah jerr.. betul x??

    • kalau kita buat majlis kenduri kahwin, nanti takut mengundang dosa apabila lelaki lain melihat si isteri dipersandingan. malahan ada perempuan yg datang ke majlis kenduri dengan tidak menutup aurat. majlis itu sudah pon menjadi tidak berkat dan dimurkai oleh Allah.

      • lebih elok buat majlis kesyukuran dan doa selamat, jemput orang yang terdekat sahaja. kita boleh beritahu yang si suami dan isteri itu menjadi suami isteri yang sah. kan mudah begitu?

  5. menarik la artikel ni…..
    sy lebih faham dengan konsep nikah…
    nak copy blh?

  6. Salam ukhuwah..
    Thanx sb sntiasa mengingatkn kami akan hal2 spt nih.. artikel ni sgt elok utk dijadikan panduan kpd sume.. smoga Syahirul.com tak jemu2 utk berdakwah..
    😉

  7. perindu kebenaran

    assalamualaikum ustaz, saya merupakan salah seorang penuntut di IPTA. bagaimana saya ingin meyakinkan ibu bapa saya ini mengenai nikah khitbah ini?? ini disebabkan ramai kawan saya yang sudah nikah khitbah tapi telah gagal dan akhirnya bercerai. :love:

    • just pandangan…laki yg soleh utk wanita yg soleh….sebaiknya bg wanita mencari lelaki yg beragama(bkn ateis) kerana itu menjamin kebahagia..sbg cntoh, suami x solat, puasa x cukup, adakah kebahagian itu akan wujud?keberkatan akan bertandang? yg penting niat kita kawin adalah untuk mencari keredhaan Allah yg utam…wallauaalam

  8. Insya’Allah…mencari penjaga tulang rusuk yg boleh menerima cara seperti ini =)

  9. assalamualaikum.. menarik penulisan saudara.. saya suka gambar yg disertakan sebagai haisan contoh hubungan yg halal.. lagi pun itu adalah sahabat baik saya.. rosidah rahim.. bersama suami nya.. esby.. skrg mereka di mesir.. thanks..

  10. salam ustaz…mintak izin copy gmbr ni ye
    sk sgt gmbr nie
    bole kan….:)

  11. minta izin untk d copy

  12. Slm. Wujud ke dokumen sah nikah khitbah?

    • siswi azhari,mesir

      wslm,minta izin tlg jawab ye..Mmmm…dokumen nikah wujud cz nikah ni sama mcm nikah biasa n melalui prosedur2 nikah yg biasa..lainla klu x daftar kt pejabat kadi n x berurusan mmg la x de dokumen2 tu..klu kita perempuan,perlu ada wali yg mengurusan urusan pernikahan kita 😀 ..harap dpt membantu

  13. serupa macam nikah kontrak kat indon, arab saudi, dan di amerika. tapi nama dan cara diubah sedikit. kenap pula perlu duduk asing2 kalau dah nikah. khitbah sebenarnya adalah budaya orang arab bukan budaya islam. penulis nak ikut budaya mana satu? budaya tanam anak perempuan hidup2 pun budaya orang arab (jahiliyah) jugak.

    • anda terlalu prejudis..cuba kaji dulu btol2 ape itu nikah khitbah..dan knape ia diperkenalkn dalam islam,ape tujuannya…jgn terlalu berkeras hati untuk menerima pendapat org..sesungguhnya islam itu memudahkan..kenapa kita harus merumitkannya..

  14. berapa lamakah tempoh maksima nikah khitbah ni ye?

    • siswi azhari,mesir

      nour…tempoh nikah x de had maksimun @ minimum..kiranya,selagi hayat dikandung badan n selagi perkahwinan mampu diteruskan,ianya tidak ada masalah..yg tdk diblhkan dlm syara’ (islam) bila mana perkahwinn tu ada tempoh masa yg tertentu..sbgai cth 3bln dll

  15. nice sharing =)

  16. Assalamualaikum..aah, brp lme maksmum nkah kthbah? Brthun bole ke? 2,3thn..

    • Jawab tuk Nur je

      wa’alaikumus-salaam…

      nikah khitbah tu nikah jugak.. cuba tengok comment kat atas.. da diterangkan oleh sahabat di atas…

      tak da tempoh limit.. sebab nikah khitbah tu nikah yang sama juga.. cuma suami isteri tidak duduk sebumbung.. (serumah) 🙂

  17. tapi… mcm mna klau tempoh nikah gantung tu.. tetiba berubah ati… mintak dijauh kan an…

    • siswi azhari,mesir

      nana…pe2 banyakn minta petunjuk n buat banyak2 solat istiharah n hajat..moga2 pasangan yg kita pilih adalah yg terbaik buat kita..

  18. salam. trime ksih atas info yg dberikan. info ini sgt bguna pd sy. sbb sekarang ni sy tgah blaja kt IPTA dan sudah mpunyai kekasih hati yg sebaya. tempoh pngajian kami msih ada setahun. jd, kami plan utk nikah khitbah dlu bg mngelakkn maksiat, zina dan fitnah. sekarang ni kami tgah mncari idea dan info utk kami bbincang dgn ibu bapa mngenai hal ni dgn harapan direstui..harap semua saudara seIslam mndoakn kami..di sini sy ingin bertanya tntg prosedur pertama yg perlu kami lakukan utk nikah khitbah ini? blh ustaz terangkn tntang langkah pertama yg perlu kami lakukan? trime ksih atas ksudian ustaz mbntu kami..

  19. penantianitu_penyiksaan

    sesungguhnya restu ibu-bapa dalam melaksanankan sesuatu adalah sangat penting.walaupun tanpa restu mereka,mungkin kita akan bahagia.saya rasa mcm da give up nk truskan nikah khitbah ni.ade sstengh manusia y ble trime bnde ni..tp ade jgk y mmbngkang skeras2nye.mungkin btl,hnye dgn ksh syg,cinta, niat sy y btl2 ikhls untk mndirikan rmh tgge tidak cukp untuk menggung sgale risiko y bakal menimpa.so,sy brtawakal n brdoa je la byk2 smoga dibukakan pintu hati mereka untuk mmbenarkan kami berkahwin.amin…mcm2 sy da ikhtihar kn.tp kuasa tetp dtangn mereka.

    • salam..sama la kita..saya dan pasangan pun masih dalam proses utk nikah khitbah ni..hakikatnya,majority mmg ramai yg x setuju..dan kami sedar yg restu dr ibu bapa tu sgt penting..apa yg kami blh bwat sekarang hanya la bertawakal..sama2 la kita tabah utk menghadapi tempoh ini..dan doa kn kami jugak ye..yg pling penting kita dgn pasangan kena la saling memberi semangat,tidak berputus asa dan sentiasa berdoa..amin..

  20. assalammualaikum jamian..
    diarab mereka mengamalkan nikah khitbah ini..pada waktu ini mereka masih tinggal berasingan..ketika inilah pasangan ini mengenali pasangan masing2..sekiranya tidak sehaluan,pada masa ini juga dilepaskan wanita tersebut dalam keaadan dia masih suci..sememangnya inilah sepatutnya dilaksanakan agar maksiat dapat dielakkan..manusia lebih mementingkan adat yang biasa dilakukan dari perintah Allah yang wajib dilaksanakn..manusia takutkan kata2 manusia daripada azab Allah yang pedih tidak terkira..Ya Allah peliharalah kami agar tergolong dlm golongan hamba2MU yang diredhai..amin..wallahu a’lam

  21. assalam.. sy suka baca artikel ni.. tp bkn mudah kan nk yakinkan masyarakat skrg tentang nikah khitbah.. mereka lebih terikat dgn adat melayu..

  22. kalo seandainya telah berkhitbah lpas tu kedua2 dcide nk putus, adakah sma mcm bercerai? adakah kedua2 akn dipggil duda dan janda?

    • siswi azhari,mesir

      Ruffy..klu berkhitbah (bertunang) x dikira sbgai janda @ duda kerana bertunang x de lafaz akad nikah..tetapi klu dh bernikah,ianya panggil sbgai duda @ janda..cuma,tempoh iddah bg permpuan(janda) yg berbeza,sekiranya perempuan itu ingin bernikah semula..permpuan yg sudah bersama suami(bersetubuh) dan kematian suami iddahnya(tempoh menunggu) 4bln 10hari..permpuan yg sudah bersama suami dan bercerai tempoh iddahnya 3 kali suci(haid) @ 3 bln..manakala permpuan yg belum pernah bersama suami,bgnya tiada iddah dan blh bernikah dgn sesiapa yg di kehendaki slps bercerai dgn suami…

  23. info yng sngat berguna….mohon copy boleh??

  24. Salam, kalau org bernikah secara khitbah, apakah akan ada surat nikah?

  25. salam uztaz, saya berminat dgn idea kahwin secara khitbah ni..sbbnye..wlaupn saya dan psgn berjauhan (dia di malaysia, saya di uk) kami selalu berhubung melalui telefon atau pn melalui skype. saya sentiasa rasa apa yg saya buat ni salah..tapi saya masih tak dapat penyelesaian. insya-allah, saya akan cuba berbincang dgn keluarga ttg nikah khitbah ini.

    tapi uztaz, saya ada beberapa soalan, kalau nikah secara khitbah, perlukah kita mengikut procedure seperti nikah biasa seperti menghadiri kursus kahwin, aa sijil nikah dan sebagainya?

  26. salam….alhamdulillah ada setengah masyarakat dh nmpk cara untuk mengelak perkara maksiat…..lagi bagus kalau lelaki sekrg ni faham dgn konsep nih….kalau perempuan je yg faham tk jadi jugk….orng tua pun sama jgk….malahan diorng boleh ckp mcm2..lgipun bercinta nih..’1 perkara’ yg kita perlu tanya pada diri kita dalam ‘usaha’ untuk mencari jodoh ialah samada kita ‘usaha’ untuk melengkapkan tanggungjawab ataupn ‘usaha’ untuk ditambahkan dosa..orng ckp ‘nk bt ape duduk jer jodoh tk dtg sndiri’..mmg betul tpi niat kene betul lah…usaha kita tu kearah mana.ini bkn skdr ckp..sye pun prnh tgglkn cinta krn cinta Allah…alhmdllh…tk sgka hati terasa sgt tenang smpai skrg…subhanallah…kita mmpu kalau kita berkehndkkn…mgkn smpai satu masa nnti….ada manisnya…amin….

  27. untuk ‘maafsayacetekagama’….awk ckp awk keliru dgn artikel ni sbb tkdek dalil yg menguatkan lagi pemahamn awk kn….1 perkara yg syer blh gtau…..rujukan yang pertama mesti berlndskn nas2 dri Al-Quran,kemudian dsbbkn Al-Quran diturunkan dlm satu bentuk yg kompleks untuk difahami oleh sglntir manusia,diterngkn dlm hadis2 nabi melalui perawi2 yg sahih(cube rajinkn diri untuk siasat perawi2 melalui tafsir ibnu katsir)…kemudian ade kemusykilan lagi diterangkan semula dalam ijmak ulamak..yakni para2 ulamak akan memutuskan berdasarkan penelitian dlm A-Quran dan hadis2 nabi…then lastly…ade jgk yg mnjdi kmyskilan diterangkan dlm kias..yakni difikirkan oleh akal waras manusia dalm menntukn apa yg blh dan ape yg tk boleh brdsrkn hasil2 rohani yg kita akan dapat dan semua orng akn dpt….jdi dlm konteks nih…dtrgkn dlm kiaslah…ape yg mendtgkn kabaikan antaranya untuk elak maksiat tadilah….harap awk faham…ade satu kisah dlm surat khabar yg syer bace baru2 ni….disebut sebagai ijtihad ….yakni perkara yng difikirkan boleh dlm keadaan tertntu.ataupun keadaan darurat…sye terang dlm bntuk shj….ini adlh care mudah yang syer bgtau untuk kita faham konsep memahami islam….wallahua’lam…andai saya salah..sila betulkan……

  28. stakat ni sy perhatikan rakan2 yg nikah khitbah dri golongan berada dan berkemampuan..mgkin kerana ade nya sokongan ekonomi dri kedua belah pihak keluarga dan parents yg sgt memahami..so, couple khitbah ni xperlu risau akn kedudukan mereka even still lg tgh blaja..berbeza dgn pndgn dri keluarga yg sderhana,mgkin parents mimikirkn mse dpn ank mereka nnt dan mahukan jaminan msng2..cemburu dgn keluarga yg bekemampuan seperti mereka yg nikah khitbah.. T_T

  29. Nur Qaseh Hayati

    saya nikah khitbah n skg tgh mengandung, xda masalah apa2 malahan hidup skg nie di redhai insyaallah..pasal kenduri tu cukup la sekadar yg mampu utk memberitahu masyarakat sekeliling..dan jgn membazir..ikut kemampuan bapa kepada si pengantin perempuan itu yg sebenarnye..

  30. Salam ustaz, kalau nikah khitbah sampai 6-7 tahun tu boleh? Sebab sy nampak kebanyakan org nikah khitbah cuma dlm 6 bulan shj. Memandangkan saya masih belajar dan sy rasa sy dah jumpa pasangan yg soleh jadi kami nak nikah khitbah sampai habis belajar(4tahun) lepastu kerja(dlm 2@3 tahun), baru nikah betul2 dan duduk serumah.. Boleh ke??

    • siswi azhari,mesir

      salam nadjwa..tlg jawab utk soalan ni..asal kalimah nikah tu sampai bila2..jdnya x de istilah tempoh masa yg tertentu bergantung pd pasangan tersebut(keserasian hidup bersama)…bila ada tempoh yg tertentu,keadaan tu dh kembali pd zaman jahiliah dan tidak lg diblhkan pd masa skrg..mengenai kbnyakan org mampu bertahan 6 bln,mgkn mereka tidak serasi utk teruskan hubungan sebagai suami isteri yg sah sperti selalu bergaduh dll dan mereka memilih utk berpisah sekiranya mmg tiada jalan yg terbaik utk selamatkan rumah tangga sperti pendamai org ketiga dll..itu tidak menjadi masalah..perlu diingt ada satu perkara yg diblhkan tetapi sangt di benci oleh Allah Taala iaitu bercerai..yg penting utk bernikah,perlu ada persetujuan dr kedua ibubapa sbgai tanda keredhoan mereka dan memilih pasangan yg betul2 ikhlas pd diri kita n Allah bkn sekadar nafsu semata2..alhamdulillah,sy dh mendirikan rumah tangga hampir 4 thn n masih belajar dan tinggal serumah..mula2 kuarga x bagi,kita sbgai anak perlu terangkan keadaan n sbbnya utk mengukuhkan kefahaman pd keluarga..alhamdulillah,lama2 mereka faham n merestui..

  31. sangat2 berguna la bro…
    wa share k..
    tq!

  32. salam…sy nk tnyer pndngan…sy ada mngenali seseorg lelaki…dn kami mmg merncang nk kawen..tp kerana kami msih terlalu awl di usia 20 mgkin pada pndangn ibu bapa kami, kami x patot nikah pada seawl usia begini..ttp kami ingin nikah utk mghalalkan hubungan kami agar diredhai Allah..ttp kami khuatir jika pndngn kami utk nikah khitbah ditolak bulat2 oleh kedua ibu-bapa kami..mcm mana nk bg taw nk terangkan kpd kedua ibu bapa kami…dan skrg kami masih bljr n pd masa yg sama kami juga brkerja tp berlainan tmpat..kami ader jugak ber5bincang ttp kami pon khuatir takot di marahi oleh kedua ibu bapa kami dgn alsan x habis blajar lagi..sbnrnyer..kami ingin bernikah khitbah krn jika kami berjumpa ianya tidak mnjd satu kslahn krn kami sudfah halal..namun krn kami tidk halal itu yg mbtaskan kami dan usaha utk mnjgnya…rakan2 kami juga ader mengesyorkan kami supaya nikah dgn nikah khitbah ttp bila smpai waktu baru boleh ddk bersama sehingga tugas masing2 dah selesai..ttp itulah mslh yg mlnda kami..kami kalu boleh x mahu mbuat dosa spti remaja2 skrg…kdg2 nk ckp pada kdua ibu bapa kami pon kami simpankan hasrta kami krn khuatir kami dimarahi dan apa yg kami ckp akan ditolak bulat2…kami merncng utk nikah khitbah hnya krn mahu mghalalkan apa yg telah Allh kurniakan dgn cara yang Dia redhai..kami juga x mahu dikutuk Allh..tolong sy…mcm mana kami ingin memberitahu pada kdua ibu bapa kami agar mrk phm??kami x mahu dgr kalu mereka mrh2 tidak setuju dan mngatakan kami ini mggatal lah ,x nk bljr lah…padahal kami ingin berkeluarga apabila kami sudah bersedia utk brumah tgga mpunyai anak dan hnya skrg kami ingin perhubungn kami ini halal dn jika kami berjumpa atau kemana2,kami sntiasa diredhai Allah…mcm mana yer??

    • yang penting ade kbranian utk slow talk dgn ibu bapa..
      jika kta brani utk bernikah,tp xbrani nak gtau ibu bapa,janggal kan?
      ya,mgkin mereka akan menolak/marah2, tp itu xbrmaka kita kena bhenti berusaha + doa.
      juga kenalkan calon anda kpd ibu bapa begitu juga sebaliknya..biar mreka berkenal-kenalan spya mudah utk urusan yg seterusnya..

  33. ayah dan ibu saya bernikah dengan cara ini..alhamdulillah..kekal hingga hari ini..aminn

  34. salam.. tahniah.. dan jazakallah cz share ilmu yag penuh bermakna buat semua pemuda dan pemudi.. kurangkan manusia ke jalan hitam.. ramaikan manusia ke jalan yang penuh cahaya.. amiiinn… doakan ana juga, mudahan jodoh dipertemukan..

  35. mcmna nk wat nikah ni ?nk kena rujuk sapa?then if dah nikah khitbah ni boleh bersama ka?or kalu hujung minggu duk sebilik?
    8)

  36. Assalamualaikum w.b.t…

    Saya ingin bertanya, adakah syarat-syarat nikah khitbah ini sama dengan syarat-syarat untuk nikah yang biasa dilakukan seperti wali. adakah wali perlu ada ketika nikah khitbah dijalankan.

  37. nikah gantung ni wajib bagi nafkah tak?

  38. bace la betul2 artikel kat ats tu bai..ustaz dh terang berjela2,,,lagi xpaham..dah namenye nikah..mmg la halal untuk bersetubuh..cume xtgal sebumbung je

  39. dah try explain kt parents.. kena marah…ahli keluarga semua marah perli sindir2…last2 betegang leher adik beradik.. tak tau la ape nak jadi…..

  40. saya dan kekasih (saya lebih selesa kalau di panggil kawan) masih lagi belajar. dan mungkin kawan saya akan tamat pengajian setahun selepas saya tamat. tapi saya sebagai perempuan, tebal muka menyuarakan hasrat kpd kwn saya untuk bernikah supaya dapat menghalalkan hubungan. ayah saya turut menyokong. tapi malangnya, kawan saya, termasuk ibu beliau dan ibu saya tidak menokong. biasa lah kan, alasannya, habis kan belajar, belajar tinggi2, cari kerja bagus. Hmm. apa pendapat ustaz?

  41. As-salam ustz…….mcm mne kalo kite mlamar golongan hawa n tnpa bg taw mrk dlu, trus kpd kuagenya??

  42. salam ustaz..saya ada stu pertnyaan..andai kata satu pasangan tu berada dalam keadaan nikah khitbah dan kemudian mereka bersetubuh tetapi tidak mengandungkan si isteri kerana masih kedua-duanya masih belajar.bole saya tahu apakah hukumnya untuk keadaan sedemikian.terima kasih

  43. assalamualaikum ustaz.saya nak tahu,jika selepas nikah khitbah kedua pasangan merasakan tidak mampu meneruskan perhubungan lagi,adakah cerai jalan penyelesaian jika ingin berpisah?kalau ‘couple’ gaya anak muda sekarang,bile tak mahu bole ‘clash’ katenya.

    adakah dengan nikah khitbah ini,kedua pasangan telah cukup syarat2 sebagai suami isteri mengikut syarak?

    jika pasangan yg nikah khitbah duduk di bawah satu bumbung,adakah gugur istilah khitbah itu,walaupun belum disempurnakan majlis kenduri dan sebagainya.

    maklum balas ustaz saya dahulukan terima kasih.

  44. mohon share…nk tnya kalau dh nikah khitbah kalau suami n isteri masih stdy lagi so perlu x suami mmberikan nafkah?? atau pun masih ditanggung lagi oleh org tua masing2??? cuba jelaskan..saya nk tahu,,sbb saya nk kawin ni..

  45. Assalammualaikum…ustaz..
    mohon bertanya…saya sudah mempunyai calon..kami mempunyai keinginan utk disatukan kerana ingin dirdhai Allah hbgn nie..kami xnak bertrusan tanpa ikatan yg sah…tapi kami msih xde rzeki nak dsatukan…mslh kwngn dan kjer..kdg2 saya pkir mgkin ad silapnya saya nie sbb tue Allah berikan jalan nie..saya perlukn pndpt ustaz..ble terbace soal nikah khitbah nie saya terdetik…..adkh ni jalan yg terbaek buat kami..??ap yg perlu saya lakukan….

  46. papepown…sblom wat keputusan..pk sampi empuk dlu..

  47. assalamualaikum ust..
    sy nak tanye.. mcama klu nikah khitbah in case,sy dan psngan sy dua2 blajar d luar ngara,jauh dr kuarga dan kami tinggal serumah? ada ka klu tinggal serumah akn wajib istri d tanggung suami atau masi d tanggung kuarga?

  48. Ada pula ibu bapa yg ‘mengharamkan’ apa yg halal bg pasangan nikah gantung atas alasan takut hilang seri pengatin.. Nikah gantung atau nikah kahwin ttp kena ada persediaan mental, fizikal dan rohani pd pasangan. Kalau x, x panjang la umur rumahtangga tu, bukan sekadar nak halalkan couple atau merendek ajer…

  49. ustaz, sya stuju sgt2 dgn cara ni..sya sbenarnya ingin tnye pendapat ustaz..sya dan teman sya terpisah jauh antara dua bnua..skang ni sya dan si dia tengah study..sya insyaAllah tamat pengajian dr luar negara dlm 3 taun ag, tp si dia insyaAllah ag 2 taun..bleh x ustaz bg pendapat ustaz, apa yg perlu sya buat..jazakallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*